WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Monday, 29 October 2012

MISS PINKY NOTE :)

CAK!!
Salam alaik and hai..welkem MISS PINKY NOTE.. saya sanggup melepaskan S3 yang fungsi best sangat dan warranty SME demi Samsung Galaxy Note N7000 yang cuma gerenti AP tapi kaler peveret saya.. PINK!!

Perjalanan mendapatkannya agak rumit. Di online saya mendapati harganya cuma RM1440 tapi memandangkan AP tak sanggup rasanya saya nak ke KL kalau rosak. Masa balik untuk beraya di Perlis memang hati dah tak sabar nak dapatkan kaler pink yg limited edition n tak dipasarkan kat Malaysia. Saya pergi ke kedai telefon dekat Nasi Kandar Fatimah. First, FIVE TO U Trading. Tauke yang sangat baik hati memberitahu saya kena order kalau nak NOTE PINK. Mungkin hari ISNIN. Tapi saya sudah balik Perak hari tu.

Jadi saya pergi kedai sebelah, ya ampun kereknya apek tu. Harga dia letak RM1450 tapi kerana kereknya dia saya tak sudi nak order. Macam kitaorang (saya dan adik) saja nak ganggu dia sebab kitaorang tanya harga dulu. Dah la tak ada display cakap macam ayam. Ntah apa yang datang malamnya.

Akhirnya saya ke Taman Kemajuan ke Adeka Enterprise. Sangat baik isteri si tauke tu walaupun mahal seratus daripada apek kerek, saya pun setuju. Walaupun kena order juga dari Alor Setar. Tak kisahlah kerana itulah untungnya BERBUDI BAHASA. Orang tak kisah bayar lebih asal service puas hati. Murah kalau muka macam tembok, sepa mahu kan?

Pink dan Hello Kitty macam biasa :P
Dan inilah handphone AP Samsung saya yang pertama :D Saya tak peduli AP pun janji made by SAMSUNG n kaler pink. Adik saya pun dah bebel sebab saya banyak berhabis untuk casing. Sebelum saya dapatkan casing cute Hello Kitty dan flip casing Lucky Bear saya dah bazir beli 2 casing hodoh. Kalau dah suka macam itulah hihihihihi :D

Flip case rotate yang berattttt

Saturday, 29 September 2012

Saya Nak Jadi Tohru Honda Yang Baik Hati

Salam alaik dan hai,

Yesh inilah Tohru Honda. Karakter utama dalam anime 'Fruitsbasket'. Saya cuma nak sentuh peribadi Tohru sahaja. Pasal cerita tu nanti.

Tohru sangat lurus dan baik hati. Dalam dunia ni, siapa yang lurus dan baik hati mesti kena buli dan pijak. Begitulah Tohru. Tapi Tohru sangat penyayang. Orang yang mulanya membenci Tohru pun akhirnya menerima Tohru seadanya. Tohru juga sangat melihat semua orang baik. Jika jahat pun, ada sebabnya. Ya saya sudah pasti mengecualikan pandangan ini kepada pembunuh bersiri jika saya Tohru.. huhu..


Walaupun Tohru hanya sekadar karakter rekaan. Tapi saya nak jadi seperti Tohru Honda yang baik hati.. ;)

Saturday, 22 September 2012

Novel Cinta Suci Zahrana

Sebelum ini saya membaca kisah ' Cinta Suci Zahrana' yang diantalogikan dalam novel ' Dalam Mihrab Cinta'. Sememangnya saya menyukai kisah ini. Tentang Zahrana, wanita berusia 30-an dalam mencari cinta diredhai Allah. Seorang pensyarah, cantik tapi sangat dirisau bondanya menjadi perawan tua. Berhadapan dengan kecaman lelaki tua yang kaya Pak Karman kerana Zahrana menolak lamarannya. Zahrana sanggup menerima Rahmad si penjual keropok kerana Rahmad merupakan lelaki yang tahu agama. Serta kisah Hasan, bekas murid Zahrana. Pengakhiran cerita yang sangat manis sebenarnya. Tak nak beritahu ending nanti spoil. Alhamdulillah sempat membeli versi novel semasa singgah di Popular, Tesco Mergong. Nak tahu apa yang dipanjangkan lagi walaupun novel Kang Abik kali ini nipis. Saya memang penggemar karya Kang Abik. Karya beliau menjadi inspirasi saya dalam karya kreatif dan falsafah hidup.


Thursday, 20 September 2012

Muhammad Itu Pesuruh Allah

Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh

Kelmarin, rakan sekerja saya seorang penganut Kristian Katolik, seorang guru Bahasa Inggeris, meluahkan rasa marah terhadap filem bajet murah arahan Nakoula Basseley Nakoula. Katanya pengarah filem itu pendek akal. Cuba membuat parody seperti 'Scary Movie' tapi tak ada otak.

Itu amarah daripada rakan saya yang bukan beragama Islam. Marah yang masih dikategorikan suam-suam kuku. Saya belum lagi menonton trailer filem tersebut ketika itu.

Saya bukanlah seorang ustazah atau tinggi ilmu agama tetapi post saya kali ini dibelenggu dengan rasa marah, kecewa dan sedih dengan permainan filem ‘Innocence Of Muslims’. Sebelum saya menonton trailer ini saya berpendapat sabar.. kerana Nabi junjungan kita juga sabar ketika dilempari najis oleh kaum musyrikin Quraisy ketika dahulu. Saya berfikir keganasan bukanlah jawapannya.

Hari ini ada trailer filem tersebut terbabas ke dalam YouTube walaupun diharamkan di Malaysia. Saya menonton kerana ingin tahu kebenaran kejijikan filem ini. Saya masih bersabar ketika menonton adegan si doktor mempermainkan Islam sebagai terrorist dan seks. Namun apabila datang adegan mempersendakan kekasih Allah itu, saya terus menitis air mata dan tidak sanggup menonton baginda Rasulullah dipersendakan sejijik itu. Sekalipun puak yang terlibat menghasilkan filem itu tidak mempercayai agama Islam, di mana etika dan moral mereka mempermainkan junjungan besar itu?
Ketika Mel Gibson menghasilkan The Passion Of Christ tahu pulak pihak Yahudi membantah dan memohon Gibson memohon kemaafan kerana menggambarkan Yahudi yang membunuh Jesus.
Apa yang saya rasa, sedih, jijik dan amarah kerana kekasih Allah dihina setahap itu. Saya tidak hairan jika ayah-ayah, abang-abang dan adik-adik lelaki saya membuat rusuhan di Indonesia mahupun Libya. Baru saya faham mengapa saudara seIslam saya di sana begitu mengamuk. Mereka tidak tahu bagaimana sayangnya umat Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bagi mereka itu hanya gurauan atas nama seni. Gurauan yang diselit dengan propaganda. Memang kalau ikutkan amarah hati sangat terkutuk pembikin filem tersebut. Kurang ajar punya Nakoula. Sampai hati mereka mempersendakan Rasulullah S.A.W.
Saya bukanlah muslimah yang sempurna. Penuh cacat celanya. Banyak dosa yang dilakukan sehingga tak tersuci walaupun tujuh lautan. Namun ketika melihat trailer filem tersebut, saya rasa roh saya bagai terbakar. Beristighfar banyak kali melihat perkara jijik itu.
Nabi tidak pernah mencederakan kanak-kanak, wanita dan orang tua musyrikin ketika perang. Tidak pernah mengasari tahanan perang. Setiap kali berlaku peperangan kerana perjanjian dilanggar. Sehingga kini kita tahu siapa yang gemar melanggar perjanjian perang.
Mereka menganggap Nabi Muhammad kaki perempuan. Tapi terdetik di hati saya, kenapa mereka menganggap demikian? Kerana sebahagian besar umat Islam pada zaman ini menggunakan kuasa berkahwin empat untuk apa? Bukan seperti Rasulullah yang mengahwini janda-janda kematian suami untuk membimbing mereka. Bukan seperti Rasulullah yang melayan Siti Aishah seperti anak-anak ketika kecil. Bukan seperti Rasul yang hanya mencinta Siti Khadijah sampai mati. Walaupun Khadijah sudah lama pergi tetapi bibir Baginda masih memuji.. Khadijah begitu, Khadijah begini sehingga dicemburui isterinya yang lain.
Rasulullah sebenarnya penjaga maruah wanita. “ Ya Humairah (si pipi merah),” dipujuknya baginda kepada Siti Aishah yang merajuk. Bukannya menampar pipi. Hubungan suami isteri baginda diadakan dalam selimut. Itukah kaki perempuan?
Kesilapan umat Islam masa kini ialah hanya segelintir yang mengadakan dakwah secara harmonis melalui risalah dan tazkirah kepada rakan-rakan bukan seagama kita. Salah kita kerana kita tidak menunjuk contoh seorang mukmin dan mukminah seperti sahabat-sahabat Nabi kepada bukan Islam.. termasuklah diri saya juga..:(

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".Surah Al-Mumtahanah (60) : ayat 8.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil, Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan”. Surah Al Maidah (5) : ayat 8.

Ya, kaum muslimin akan terus diduga. Sepertimana keluarga Yasir yang sabar diduga dan diseksa sehingga mati kerana terus menyebut ‘ Rabb kami adalah Allah’. Sepertimana Abu Jahal yang pernah mencaci dan mengeji Baginda ketika hidupnya, begitulah generasi Abu Jahal masa kini.

Istighfar..

Alhamdulillah Untuk MUET Saya

Alhamdulillah sujud syukur. Memuaskan walaupun tak flying colors. Dengan persediaan last minute spot soalan masa nak exam MUET, akhirnya saya dapat juga result yang buat saya tak perlu ambil paper ENGLISH untuk semester ni di UPM.. ^-^ ..yeehuu..!! Thank you Allah..


Wednesday, 19 September 2012

Nescafe 3 In 1 Tak Boleh Ke?

Ini adalah Nescafe 3 in 1. Doktor minta saya kurangkan minum ni selepas migrain.. tapi sebab teringin saya minum balik selepas seminggu tinggal.. sedaplah! :-D ( Sambil layan 'Kau Yang Terindah').


Thursday, 13 September 2012

So Iphone 5 Sudah Keluar

Iphone 5 sudah keluar. Semua media wow.. kawan-kawan saya yang fangirl pun wowww.. saya tak pegang Iphone 5 sebab baru je released pun kan lagi. Tapi pernah juga mencuba Iphone 4 dan 4S kawan. Daripada segi design, Iphone memang stylish. Sangat cantik. Ketahanan pun jatuh berapa tingkat dan retak seribu pun boleh pakai lagi. Of course tu kelebihan Iphone. Tak dapat dinafikan.

Apa yang saya tahu Iphone 5 suda jadi gigantic. Sudah jadi 4 inci. Ada juga boleh dibuat panggilan 3G menggunakan IOS6.. maaf kalau saya dapat maklumat salah. 3G call bagus untuk pasaran Malaysia.

Kalau anda perasan, hp mat salleh kebanyakkan memerlukan duit lebih dan data tambahan. Saya pernah dan masih minat BlackBerry (Canada) kerana kepantasan social networknya. Rekabentuk pula sungguh cikgu ekekekek. Tapi sama seperti Iphone yang sangat Amerika, BB juga memerlukan pelan tambahan untuk lebih efisen penggunaannya. Berbanding telefon yang pandang ke timur macam Samsung (Korea), Sony yang tak ada lagi Ericsson(Jepun) dan HTC (Taiwan).. anda hanya perlu menggunakan data internet. Murah dan bajet.

Bila Samsung menggunakan design curve untuk Ace mereka kata Samsung tiru. Bila depa tiru touchscreen hp yang asalnya bernama IBM’s Simon ( Tentulah tak glamor sebab tak ada strategi pemasaran macam Iphone) dikatakan inoooovaaatiff.. senang cerita boleh je Apple target saman LG dan HTC, atau Motorola yang juga Amerika.. tapi kenapa Samsung? Sebab tu pesaing terdekat. Produk Asia pulak tu.. mana boleh tahan kan?

Link untuk first touch hp: http://arstechnica.com/tech-policy/2012/02/if-android-is-a-stolen-product-then-so-was-the-iphone/

Pemasaran cara barat sebenarnya penuh dengan propaganda. Terutamanya Amerika. Timbal balik sama saja dengan buatan negara Asia. Orang cakap yakin diri dan jual diri lebih. Daripada segi politik mereka mengesahkan diri mereka sendiri sebagai negara dunia pertama. Walaupun daripada segi sosio ekonomi, Jepun tersangatlah maju walaupun selepas pengeboman Hiroshima. Filem perang mereka sentiasa menunjukkan menang dengan Vietnam dan Jerman walaupun sebenarnya kalah terbenam. Bab filem jangan cakaplah, alien pun target USA dulu. Malah kalau satu dunia diserang zombie pun seorang wanita bernama Alice boleh menyelamatkan satu dunia. (Cewah kan.. padahal makcik minat je layan Resident Evil..:P)

Bagi saya buatan Amerika yang paling terbaik ialah BRAD PITT!! :D
Saya Brad Pitt.. dari muda sampai tua saya tetap kacak.. :P
Berbalik pada Iphone 5. Kuasa membeli di tangan anda. Kalau berminat, belilah. :)

Kau Yang Terindah

Ku di sini mengalunkan rindu yang resah
Aku di sini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang

Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang
Bagai semalam semuanya hilang..

Wednesday, 12 September 2012

Review Samsung Galaxy S3

Assalammualaikum dan hai, Hari ni saya nak review sikit mengenai Samsung Galaxy S3. Ya akhirnya, macam tak percaya saya beli. Padahal S2 sudah menjadi buah hati saya. Pertama saya tak berkenan dengan rekabentuk S3. Saiz yang besar memang bukan idaman wanita. Sebab tu saya elak Note walaupun function besh. Tapi saya rasa Samsung cuba mengelak saiz Iphone agaknya.

Saya beli di kedai Nokia dekat escalator Tesco Manjung. Amoi2 di situ sangat berbudi bahasa dan melayan pelanggan dengan baik. Harganya sedikit mahal berbanding FSE di deretan kedai yang sama. Tapi ya Allah maha sombong betul penjual kedai FSE itu. Maklumlah masa tu saya pakai t-shirt dan jeans ala lepas tuisyen. Memang pandang kerek sangat. So saya pangkah kedai tersebut.

Oh anda akan dapat usb kabel yang bercantum dengan soket cas bateri, earfon dan cas kereta. Saya juga dapat flip casing kaler pink.. ekekekek.. Dan pastikan anda mendapat SMS warranty Samsung selewatnya sebulan selepas pembelian. S3 rasanya sama sahaja dengan S2 tapi tentulah ada upgrade kan? Antaranya..

1. Quadcore empat teras yang membuatkan hp anda tak akan lag. (Tepuk2)
2. Boleh upgrade ke Jellybean 4.1.. tapi kena tunggu giliran. Pre install masih ICS 4.0.
3. Smart stay di mana hp anda tak akan terpadam selagi anda memandang. Akan detect melalui front camera.
4. S Voice akan call contact pakai cakap je. (Tapi termuncung2 juga mulut kalau tak dibantainya call orang lain..:P)
5. Video yang akan motion dalam video player.
6. Ada motion sensory. Saya belum explore. Yang saya tahu bila saya telangkup hp, music player akan berhenti. Yang lain saya belum explore lagi.
7. Micro sim, bererti sim yang besor kena potong. Macam Iphone. Bererti anda tak boleh suka suki tukar sim ke hp lain yang bukan micro sim.

Boleh command suruh unlock tapi kalau suara dah parau beliau tak cam..:P

Gedabak kan? Tengah menunggu update software ke Jellybean. Kalau tak sabor anda boleh buat di kedai tepon.

S Voice saya suara seorang jejaka, sebab tu ayat ngorat power.. tapi bila provok pasal Apple terus ayat coverline :P
Command suh call adik :)


Cun kan versi kaler merah? Tengok kat Sen Heng tadi sudah kuar. Zalim betul sebab saya dah beli warna biru..huh!
Err..saya rasa itu je kot yang saya perasan berbeza daripada S2. Kalau semua ni tak menarik minat anda maka baiklah stay kepada S2 yang lebih stylish dan feminin. Tolak design yang gedabak, saya puas hati dengan S3. Cuma agak geram bila saya dah beli kaler pebble blue ni baru kuar version garnet red..-_-..kejam!

Friday, 7 September 2012

Hot And Cold Gemini

"I'm a Gemini, so I change my mind every day," ( Natalie Portman)

So true!


Tuesday, 4 September 2012

Sentuhan Pena Jiwang


Salam dan hai,

Tadi sempat melayan ‘Kau Yang Terindah’. Terasa melankolik cinta jiwang Bollywood walaupun tak da tukar-tukar baju. Kalau tak salah nanti Syamil akan membantu Alisha mencari Firman. Itu yang saya terus teringat cerita ‘Dhadkan’. Ayok.. yang tak layan filem Bollywood memang tak tau cerita apa. Tapi plot nya mengisahkan suami yang sangat baik tahap mega power, isteri yang merindui kekasih lama dan kekasih lama yang berusaha sehingga menjadi kaya-raya untuk menawan isteri orang a.k.a ex-gf beliau.

Masa ni ‘ Dhadkan’ memang naik walaupun pelakonnya Akshay Kumar dan Shilpa Shetty bukanlah sesanjung Shah Rukh Khan dan Kajol. Saya sangat suka lagu ‘ Dil Ne Yeh Kaha Hai Dil Se’. Tengok cerita tu empat..enam kali pun tak jemu. Jiwang kan? Kihkih..

Jadi saya letak lagu-lagu Bollywood yang memang kaki saya ala-ala eh eh bergerak sudah bila dengar. Ni jangkitan masa Abang Boy di Pulai Burger Station putar lagu Hindustan la ni. Tapi Hindustan zaman sekarang dah kurang best, tu pasal drama Korea naik. Rasanya My Name Is Khan dan 3 Idiots je saya layan. Tapi dulu memang cerita cinta jiwang tahap meleleh boleh tengok sambil sengih sorang2. Bajet diri Karishma Kapoor atau Aishwarya Rai..:P

Sejak kembali menemui sentuhan jiwang saya ni, maka idea penulisan saya pun makin bercambah-cambah. 

Sunday, 2 September 2012

Resident Evil 6!

Wahai penduduk Racoon City!



Resident Evil game is back! Yeah, saya dah terlalu tua untuk bermain video game, still it brings back the memory. Apatah lagi orang yang pernah saya sayangi memperkenalkan game ni. Bring back the memory masa dating, beliau cari video game Resident Evil kat Low Yatt Plaza.Guy should know, kalau kena gayanya, awek anda akan follow apa yang anda minat. Apapun cinta pertama saya tu dah beranak-pinak dan jadi tokey kain di Terengganu.


Ok stop personal story. (Apakah?). Kali terakhir saya bermain Resident Evil semasa siri ke-4. Itupun masa umur 29 tahun dan rasanya 30-an dah terlalu tua untuk main video game kihkih. Rasanya baru semalam saya berumur 23 tahun masa first time saya main Resident Evil 3 dekat pc. Saya tak pernah main game RE yang first series, tapi pernah main siri ke-2,3 dan 4. Yang siri-siri khas tu saya dah tak ingat. Jadi pernah je verangan nak pakai cosplay Jill Valentine masa third series dulu :P. Saya selalu anggap x-boyfriend dulu tu Leon Scott Kennedy dan saya Claire Redfield. Tu la asal-usul nama Claire..la pulak..cerita lagi kisah shenta dulu2.

Resident Evil 6 ni ada tiga storyline. First, kisah Abang Leon sayang..dan dia berpasangan dengan Helena Harper (Watak baru). Leon selalu je tukar-tukar partner..jahat betul CAPCOM. Dalam cerita Leon, Presiden U.S dah bertukar jadi zombie (bapa si Ashley RE4 la kot). Wow! Selamba derk je kan Presiden US jadi zombie dan kena tembak sedas di kepala pulak tu. Kalau Malaysia buat macam tu, abis lah.

Second story, pasal Sherry Birkin. Ingat lagi Sherry dak kecil yang Claire selamatkan dalam RE2? Sherry dah jadi ejen kerajaan dah sekarang. Beliau berpasangan dengan Jake Muller. Jake ialah watak utama. Sapa Jake? Jake ni anak penjahat hensem yang mati dalam RE5, Albert Wesker. Kenapa tak nama Jake Wesker? Entahlah.

Third story, pasal abang Claire, Chris Redfield dan Piers Nivans di Hong Kong. Chris memang main hero, beliau tak wujud pun dalam RE4. Tapi saya tetap suka Leon lebih :D
Macam RE5 (walaupun saya tak main), ada partner. Habiskan tiga cerita ni maka cerita keempat akan unlock.

Sejak dah berumur ni saya layan filem RE saja. Kalau anda peminat setia game RE memang sakit hati tengok cerita sebab berlainan plot. Tapi sebab RE sokong juga movies RE. Paling sakit hati saya Leon Scott Kennedy dalam game lagi handsome daripada dalam filem. Begitu juga Carlos Oliveira. Yang menjadi pun rasanya Jill Valentine dan Ada Wong (cuma pendek).

P/S: Pada 7 September nanti, tayangan perdana Resident Evil: Retribution akan ditayangkan di TGV Sunway Pyramid dengan membawa Li BingBing (pemegang watak Ada Wong). Acara akan bermula pada jam 6 petang. Kalaulah dapat undangan tiket memang layan je. Dan..dan..ada dijual merchandise RE masa tu..geget2 jari di sini..takkan nak ambil cuti hari Jumaat kot..

Suasana Hari Raya Yang Happening


Salam alaik dan hai..masih mood raya lagi kan? Saya pun tak sabar nak pulang beraya lagi pada minggu hadapan. Jumpa femili tersayang. Layan juga video raya 'Oppa Gangnam Style' ni. Yang menari-menari tu pun cucu-cucu lelaki dan nenek mereka yang 'Hey,sexy lady!'..rasa memang suasana hari raya sungguh mereka..haha..

Jom kita berkuda-kuda :D





Tuesday, 5 June 2012

Karenah Courts Mammoth

Salam alaik dan hai hai..
Hari itu 3 Jun tengah baca Harian Metro, mata ini terpandang iklan Sale Courts Mammoth. Keles gitu sampai 50%. Sofa mak aih gojes semuanya. Even dapat hadiah tv lcd 32 inci atau tablet 7.0. Dalam otak saya ni memang ingat Galaxy Tab 7.0. Sofa rumah mama ni dah 8 tahun pakai so rasa nak raya ni patut tukar.

So after Zuhur, papa, mama, Yaya dan saya pun pergi la showroom 'Mahkamah Gajah Purba' kat Kangar. Kitaorang sepakat nak ambil sofa ini. Mula ingat nak buat flexi kredit. Staff tu inform kalau beli ansuran bukan harga yang 50% tapi harga biasa. Ok lah kitaorang paham bab tu dah namanya hutang. So fill the form. Masa tu tanya gift, dia kata gift tu untuk RM2000 plus harga masa offer. Tapi tak dapat kalau beli cash or kredit bulanan selain 60 bulan. Maksud kena cari barangan RM2000 plus dan buat hutang 5 tahun barulah dapat TV LCD Sony 32 inci tu. So saya tunjuk paper yang dapat free tablet 7.0 dengan belian 1000k ke atas. So this staff bagitau tak payahlah kak, tu tablet China. La pulak. So I decided flexi credit 3 years.

Dah dia offer warranty setahun kena tambah RM118. Ok. Tapi yang hairannya, bulanan saya bertambah lagi RM5.90 setiap bulan. So sangat tak logik untuk 3 years maksud warranty tu bukan RM118 tapi  dah jadi RM212.40. So saya tanya ni apa? Hidden caj ke? So dia kata dia letak warranty tu dalam kredit 3 tahun tu dan diorang ada kiraan sendiri. Aik, boleh tak RM118 tu bayar cash? Dia cakap tak boleh kena masuk dalam flexi credit juga, Tang mana flexi pon saya tak tahu. Tanya lagi caj dokumentasi you ke ni? So dia cakap ya. Ntah betul ntah tidak. Tu tak termasuk caj lori RM89. Huh kalau Cavenzi atau Wescourt selalu bagitau sebelum isi borang. Termasuk kos penghantaran harga cenggini. Ini CM diam je kalau korang tak tanya nasib ler.

Cuma respect staff tu sebab dia sabar layan pertanyaan saya. Kalau orang lain mesti dah sound: Cikgu banyak tanya, cikgu beli cash la..hihi..

Nak jadi cerita esoknya wakil flexi card 'Mahkamah Gajah Purba' ni telefon saya maklumkan saya kena buat agreement lain sebab alamat saya di Perak dan alamat penghantaran di Perlis. Semalam staff tu fill keduanya alamat Perlis. Siap suruh bawa bil elektrik papa sebagai bukti. Masa tu memang dah fed-up sebab minta budi bicara betulkan alamat by fon pun tak boleh. Malas nak sign punya cerita, saya terus cakap: Tak pelah saya beli cash je laaa..sangat menyusahkan..

Petang tu beli cash dan tak sampai 10 minit selesai kerja. Even tak payah pun beli warranty setahun RM118 itu yang tetiba jadi RM212.40 kalau flexi credit. Dari segi untung pun lebih untung la beli cash. Penghantaran lagi seminggu. So tanya staff tu (ni staff lain) kalau dalam seminggu tak sampai saya boleh call tanya ye? Dia cakap boleh. Sebab before ni pernah beli kabinet tv cash jugak. Dekat sebulan CM tak hantar rupanya tak de stok. Geram jer masa tu sebab tak beritahu. Pas tu cancel dan nak ambil balik duit sebab depa nak offer stok lain. Nak ambil duit tu pun macam minta sedekah sebab tunggu staff lunch dulu la.

Tapi sebab sofa tu cantek,pejam mata sebelah beli juga hihi..tengok macam mana, sampai ke tidak dalam seminggu ni..InsyaAllah harapnya sampai..

Monday, 21 May 2012

Jom Gajet:Samsung Galaxy Tab 7.0

Salam sejahtera dan hai,

Bagi anda yang rasa nak beli Ipad tapi nak kos murah sikit boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab 7.0.Untuk orang Perak area Manjung, anda boleh dapatkan dengan harga RM1299 sahaja. Ya benar, di outlet Samsung di Tesco Manjung. Tapi kalau anda ingin menambah 'screen protector' dan beg mereka akan menawarkan RM190-barangan asli Samsung. Jadi keseluruhannya RM1489. Ini harga pada 1 Mei 2012. Harap maklum.

Kalau anda memang tak nak 'screen protector' dan beg saya cadangkan anda membeli terus di outlet Samsung.

Saya pun melakukan tinjauan di sekitar kedai telefon bimbit di situ dan mendapat harga RM1350 untuk Galaxy Tab 7.0,beg dan aplikasi percuma dari kedai tersebut. Nama kedai tersebut Sin Yong Heng Telecommunication. Maknanya hanya tambah RM51 untuk aksesori yang bukan asli. Aplikasi yang dimuat turun ialah Angry Birds (3 versi-'original','season' dan Rio), Facebook, Android Turtle, Baseball Super, Blast Monkey, BmSnow, Cut The Rope, Drag Toilet Paper dan Walkabout. Beg merah di bawah pilihan saya sendiri sebab sangat suka warna merah. Servis pun bagus.

Nak berbaloi biar dapat aksesori dan aplikasi.
Tutup. Simpan dalam 'handbag'.
Buka bila nak guna.
Menggunakan Android 3.2 Honeycomb dan rasanya tak akan di upgrade ke ICS. Tapi nak guna wat kije okey jer. Ada 3G dan WiFi. Ia menggunakan skrin Super LCD bukan AmoLED seperti Samsung Galaxy Tab 7.7. Tetapi masih memuaskan. Processor 1.2 GHZ. Setakat sekarang belum sangkut-sangkut lagi YouTube. Malah saya juga bermain Sims Freeplay di sini. Bateri 4000mAh jadi memang tahan lama. Boleh guna untuk 'call', kelebihan daripada Ipad. Kamera belakang 3.2MP dan depan 1.3MP. Agak ketinggalan. Tapi masih memuaskan.
Secara peribadi, saya rasakan Tabby 7.0 lebih sesuai untuk wanita atau mereka yang berjari kecil. Keseluruhan 4.5/5 bintang.:D

P/S: Harga di Kangar, Perlis RM1499 semasa saya meninjau pada tarikh seminggu selepas 1 Mei 2012. Mahal betul!

Sunday, 20 May 2012

Hobi Bajet Besar: Sekadar Hobi Atau 'Show Off'?

Salam alaik dan hai..lama tak lemaskini blog. Alhamdulillah semua tugasan untuk semester 1 berjaya dilangsaikan. Markah terpulang kepada tuan pensyarah yang bijaksana. Nanti saya cerita pasal tugasan.

Saya nak cerita pasal hobi. Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya, apa hobi kamu? Kita biasanya menjawab hobi-hobi dalam buku teks seperti membaca buku, mendengar radio, menonton televisyen, menunggang basikal, mengumpul setem dan bla bla. Biasanya bila meningkat dewasa, hobi kita sudah lain. Walaupun dah dewasa masih ada lelaki yang suka mengumpul koleksi permainan yang mahal-mahal. Ada yang suka mengumpul jam tangan. Sebut pasal hobi yang memerlukan bajet lebih ini biasanya akan dicop sebagai 'show off' (menunjuk).

Pernah tak anda yang suka kereta setiap kali memasang 'sport rim' atau menukar stereng dianggap menunjuk oleh teman-teman? Atau yang suka membeli barang kemas dan minyak wangi? Atau dalam konteks saya, gajet.

Baru-baru ini rakan yang suka mengumpul minyak wangi terpaksa menunjukkan koleksinya di bahagian dapur bilik guru kerana bimbang disindir menunjuk. Dua orang rakan yang baru membeli Ipad pun sembunyi-sembunyi menggunakan teknologi Steve Jobs itu. Ini semua kerana pemikiran dangkal sesetengah pihak yang menganggap 'show off'.

Banyak bezanya antara keterujaan dan menunjuk. Yang mana menunjuk?

Saya ada seorang sahabat yang suka bercerita mengenai hobi melancongnya. Sekejap di London, sekejap di New York. Mungkin kerana dia suka menyebut harga pelancongannya dia dianggap menunjuk. Ya itu memang menunjuk. Sebut harga memang 'show off'. Tambah disebut dengan penuh keyakinan. Hehe..
Saya dan beberapa orang rakan sekerja mempunyai hobi gajet, minyak wangi dan perfume. Bagaimanapun kami mengelak menyebut harga di hadapan orang lain. Mujur hobi murah jugak. Kalau minat mengumpul kereta?Tu dia.

Tak kurang juga yang membebel membazir. Untuk orang begini ingin saya nasihatkan, tak perlulah membebel untuk orang lain selagi mereka tidak meminjam wang anda. Kedua, selagi tidak mengganggu kerja. Ketiga, selagi hobinya bukan mudarat seperti mengumpul mangsa bunuh. Orang sebegini bukan sahaja tidak memahami hobi seseorang malahan kategori sakit hati tengok hobi yang agak urban. Urban tak urban pun, orang yang suka mengumpul setem dan matawang asing pun mengeluarkan bajet yang lebih. Tapi benda dah suka memang tak lokek.

Contohnya macam di bilik guru, hobi yang kurang mendapat kritikan ialah membeli 'tupperware', membeli buku resepi masakan, membeli 'handbag' Louis Vuitton keluaran Petaling Street dan kasut tinggi Polo Swiss di Billion, Manjung. Bagaimanapun di SJKC, hobi yang mahal seperti melancong ke China, Russia, Hong Kong dan sebagainya masih diterima dan mendapat sokongan padu. HAHA. Adoi! Itulah manusia kan, kalau sudah perkara yang disukai.

Obses terhadap sesuatu benda itu menyebabkan kita sering bercerita dengan teruja tanpa menyedari impaknya dari pandangan orang lain. Jadi, kawallah sikit. Atau cerita saja pada ibu..:p..pernah saya buat benda yang sama. Menceritakan telefon bimbit keluaran terbaru atau psp yang baru dibeli. Mama dengar saja tanpa komen. Tapi kalau saya kekeringan wang barulah mama memberi pandangan dengan lemah lembut dan sopan: Lain kali beli barang kemas macam mama, harga pun tinggi kalau gadai dan jual balik..bukan macam gajet jual balik rugi..:p

Selagi hobi itu memberi faedah dari segi ilmu dan kesihatan..teruskanlah. Kita tidak dilahirkan untuk memuaskan hati setiap insan. Jika mereka masih terus bercerita biarkan mereka bercerita di belakang kita. Di situlah kedudukan orang yang sentiasa tidak puas hati dengan orang lain. Di belakang orang menerima kentut. :)

Friday, 20 April 2012

Oh de Bono!

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera..wahhh sudah baru design nak post blog. Hairan teman sebab lama tak masuk. Minggu ni hectic dengan TID, LINUS dan assigment Edward de Bono dan Kenegaraan Malaysia. Wahhhhh penat..dan alhamdulillah dah settle :D

Memang zero pasal de Bono pada mulanya. Minta tolong sheshaper pun tak nak tolong..termasuklah yang dapat anugerah ala dekan..jadi terpaksa cari masa untuk tahu apa itu Program Pemikiran CoRT. Maklumlah mahasistua sedikit kekura. Menggunakan alat berfikir CoRT FIP(First, Important, Priorities) saya pun amik yang important juga..hikhik..

Akhir kalam, sayanglah orang yang sayang kita bukan orang yang kita sayang..sekian :D..(nak tidur esok kuliah lagi..-_-)

Friday, 23 March 2012

24 Jam Satu Minggu Yang Sibuk

Alhamdulillah dah siap..bila laminate cantik2 sayang pulak nak hantar kat lecturer..huhu

Salam alaik dan salam sejahtera,
Lama tak kemaskini blog.Tahun ni bertambah sibuk kerana saya menyambung pengajian di bawah Program Pensiswazahan Guru.Mahasistua :P..Alhamdulillah,ralat tak dapat masuk UITM lepas SPM dulu tercapai 15 tahun kemudian di UPM.Dulu dapat offer Matrikulasi Sains Perpustakaan(sekarang Sains Maklumat) tetapi tak ada rezeki sebab masa tu tak dapat kediaman di Shah Alam.Jadi saya sambung kejap tingkatan enam di Sekolah Menengah Putra sebelum buang masa di Pra IT Akademi Infotech Mara.Sebab apa buang masa?Sebab saya tak minat Maths,ambil IT memang haru ler..

Beberapa orang rakan semasa di sekolah menengah dulu taklah sehebat mana tapi berkat usaha dan doa sudah menjadi hebat.Saya ni memang malas.Bak kata orang,orang yang berbakat tetapi malas akan dipintas oleh orang yang kurang berbakat tapi rajin.Jadi buanglah sifat yang negatif tu.(Bebel lagi..)

Membahagi masa antara kerja dan belajar memang memenatkan.Sebelum cuti sekolah bulan Mac yang lepas saya kena demam teruk.Jangkitan kuman dalam darah.Masa tu juga saya terpaksa menghadiri kursus pengadil bola jaring,bikin soalan Ujian 1,pergi kuliah kali pertama dan kena selesaikan kerja kursus yang pertama.Demam sampai 2 minggu.Saya sepatutnya menyiapkan kerja kursus semasa cuti tapi sebab demam saya hanya sempat menyiapkan cerita(tugasannya buku cerita).Allah nak uji hamba yang lalai ni.

Akhirnya pukul 6.30 petang tadi baru selesai.Esok kena hantar.Tapi saya belum selesaikan lagi tugasan kedua(berpasangan)..man man..

Segi emosi ada juga naik turun.Masa tak betul memang rasa sakit jiwa.Tapi saya cuba tak layan.Hidup ni ada atas dan bawah.Bila berada di bawah pandai-pandai la naik sendiri.Ada hari orang suka kita dan ada hari orang menyampah.Jadi terimalah seadanya..

Selagi keluarga masih sayang..Alhamdulillah...yang pasti Allah juga yang sentiasa membuka ruang untuk kita..

Oh tadi depan mata tengok orang jual dadah dengan selamba.Tak tahulah ganja ke apa.Yang menjualnya lelaki India dan yang membeli lelaki Cina.Kebetulan semasa atas teksi.Uncle teksi pun geleng-geleng kepala.Dahsyat juga Ayer Tawar ni,urusniaga dadah tepi jalan je.Rasa macam CSI New York dah..






Sunday, 15 January 2012

Nilai Murni Rakyat Malaysia Yang Senipis Kulit Bawang

Salam alaik dan salam sejahtera.Sudah lama saya tidak menjenguk laman muka buku atau blog.Jarang berbanding dulu.Ada rasa yang menjeruk jiwa membaca setiap baris ayat yang membuat wajah saya merah padam.Kenapa?

Di dalam Islam kita disarankan untuk menghormati yang lebih tua.Walaupun mereka melakukan kesilapan ada caranya untuk kita menegur.Hassan dan Hussin yang merupakan cucu baginda Rasulullah SAW juga pernah menegur seorang lelaki tua yang membuat kesilapan ketika berwuduk.Kedua anakanda Saidina Ali RA itu bukan menegur melalui kata-kata nista atau menunjukkan mereka lebih pandai sebaliknya kedua mereka mengambil wuduk dengan cara yang betul di hadapan lelaki tua itu.

Senario alam maya masa kini yang tidak mendedahkan identiti sebenar di sebalik nama samaran mengizinkan ramai khalayak muda mencaci mereka yang lebih tua secara terbuka.Apatah lagi menjelang Pilihanraya Umum ini.Tak perlu membuka laman web atau laman muka buku yang berbaur politik,buka lah mana-mana blog atau laman yang tidak berkaitan pun caci maki itu berterbangan.

Sama ada penyokong parti kerajaan atau pembangkang sama sahaja.Bila dilihat profil mukabuku mereka,ada yang cuma berusia 16 tahun.Mereka dengan sesenang hati mencerca Perdana Menteri Malaysia mahupun Mursyidul Am PAS.Sudah hilang rasa malu dan hormat.

Contoh melalui tauladan?

Barangkali senario di Dewan Rakyat atau Dewan Parlimen yang menyaksikan Yang Berhormat kita saling mencerca dan menuding jari juga menjadi contoh 'terbaik' buat anak-anak muda ini untuk mengamalkan sikap negatif ini.Wallahualam.

Saya sering menerapkan nilai murni kepada murid di dalam pengajaran dan pembelajaran.Apatah lagi soalan penulisan Bahagian C Bahasa Malaysia juga berkaitan dengan nilai murni.Seringkali ditekankan nilai-nilai murni seperti menghormati,kasih sayang,semangat nasionalisme ,rasional dan sebagainya.Namun apakah perlu sidang Parlimen di dalam berita ditakrifkan sebagai tontonan 18SG?Ada anak murid SJKC saya yang bertanya kenapa orang dewasa tidak mengamalkan nilai murni sedangkan mereka pemimpin?

Saya menjawab,memandangkan kamu sudah tahu betapa pentingnya nilai murni dalam masyarakat maka cikgu mengharapkan kamu berjaya menjadi orang dewasa yang berpegang teguh kepada nilai-nilai murni ini.Saya biarkan saja mereka tertanya-tanya tentang sikap-sikap mereka yang tertentu itu.Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Pertanyaan itu juga menyuntik satu semangat buat saya supaya menjadi seorang guru yang lebih baik.Sebagai manusia biasa,saya juga mempunyai sikap-sikap negatif yang tidak wajar dicontohi anak-anak murid saya.Saya bertekad untuk melebihkan sikap yang positif supaya amalan negatif itu dapat dikikiskan sedikit demi sedikit.Dengan izin Allah.

Sama ada sesiapa pun anda,sikap anda mewakili sikap anak muda kita pada masa hadapan.Jika anda seorang penoreh getah,jadilah penoreh getah yang rajin.Jika anda seorang surirumah,jadilah seorang surirumah yang ikhlas menguruskan rumahtangga.Jika anda seorang penyanyi,jadikan kerjaya anda untuk peminat anda melakukan kebaikan.Jika anda seorang pemimpin,biarlah anda dijadikan contoh teladan untuk rakyat,bukan sekadar meminta rakyat melakukan tetapi anda sendiri tidak mengamalkan.Jika anda seorang rakyat,jadilah rakyat yang bertanggungjawab,yang mampu membezakan negatif dan positif tanpa prejudis mana-mana pihak.

Pandang mata anak-anak kecil kita.Mereka cuma sehelai kain putih.Kita yang bertanggungjawab mencorakkan siapa mereka pada masa hadapan.

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.(Riwayat Muslim)

P.S:Manusia tidak sempurna yang cuba menjadi lebih baik walaupun seringkali terbabas.

Monday, 9 January 2012

Review:Samsung Galaxy W

Salam alaik n hai..tadi balik sekolah sangat lapar jadi terus masak paprik ayam dan makan sampai kenyang.Terus rasa nak review Galaxy W bila da kenyang.Alhamdulillah.

Paprik pun letak watermark..-_-

W ni telefon mid end.Masa saya beli bulan 12 tahun lepas.Harga dalam RM920 kat Adeqa Enterprise di Taman Kemajuan kat Perlis.So anda akan dapat lengkap semua kabel,earfon n kies.Kalau tak dapat kies boleh je download.Kies ni penting sebab nak install driver supaya senang nak buat tethering.

Saya ambik warna putih sebab nampak gugurl sket..si Snow White

Okay processor dia 1.4GhZ..tapi tak lah dual core.Skrin pun TFT tak Super LCD atau Super AmoLED.Android yang digunakan Gingerbread 2.3 jadi kira up to date la juga.Sebelum ni saya guna Froyo kat Samsung Galaxy SL saya jadi dapat rasa juga perbezaan lebih laju sket.Amik gambar pun tak lag.

About fon

Ada juga LED Flash untuk amik gambar waktu malam dan gelap gulita.Bahagian belakang kesat dan tak licin jadi ambil warna putih memang risiko cepat kotor.Kalau permukaan licin senang nak cuci.Jadi pakai la hard case untuk melindungi W anda.Hard case SGP yang tak ori pun boleh dapat dalam RM15 ke atas.

Ni sebelum letak hard case..gambar bawah letak hard case(patut amik angle belakang jgk kan..)

Apa yg saya suka dengan mana2 android?Saya sangat suka live wallpaper cute yang suka ikut jari kita..nih si panda akan tengok mana jari anda touch..lagi satu si kucen nekochan lagi comel siap tido,main dan menari kalau touch..

RAM katanya 512MB tapi anda akan dapat 351MB je sebab dah tolak apps.ROM juz 2GB jadi gunalah memory kad yang tinggi.Saya pakai 8GB je buleh la.

Saya tak tahu pengguna W lain.Tapi saya kerap juga menghadapi masalah hang.Dalam sehari akan jadilah juga.Huk huk..:’(

Oh ya kalau anda suka letak rantai telefon.W ni tak ada ye.Jadi kalau nak letak juga sangkut kat lubang speaker.Buat yang tanya ada tak 3G call..ya ada.Dan boleh juga diguna sebagai web cam untuk YM,Skype dan sebagainya.Bab 3G harus faham Digi dan Maxis tak boleh 3G sesama mereka.Kalau anda pengguna Digi,anda memang akan dapat unable video call kalau nak 3G dengan Maxis.Yang len teda masalah.

Kalaulah SL saya ada LED Flash memang saya tak akan tukar dengan W.Secara peribadi,pendapat saya SL lebih rasa mewah.Yang S2,S dan S Plus sudah sememangnya.

Tapi kalau nak kata cute dan feminine,saya rasa W memang pemenang.Bagi kategori mid end,si jejaka mesti tampak hebat dengan Ace manakala si lady dengan Wonder.

Nak tukar tak hp W ni nanti?Tengoklah kalau S2 versi pink yang dipasarkan di Korea only terbabas sebagai AP set di Malaysia..hehe..mungkin saya akan mendapatkan versi pink :D

Keseluruhan saya bagi 3.5 dari 5 bintang.

Sunday, 8 January 2012

Saya Sudah Xpax!

Akhirnya saya bertukar kepada Xpax2.Walaupun pada mulanya saya menghadapi masalah untuk subs weekly RM18.Sebabnya seorang petugas careline CELCOM suruh saya tunggu sejam bila SMS subs yang saya hantar tak di respons.Setelah panash ati saya pun kol careline CELCOM sekali lagi.Kali ini petugas yang lain lebih baik hati dan bertanggungjawab sudi membantu saya dengan subs melalui call.

Dah dapat hidupkan weekly broadband dah tak dapat signal 3G pula.Rupanya kena aktifkan 3G terlebih dahulu.Mujurlah FOC.Okay ini langkah nak aktif 3G for dummy macam saya haha..

Hai saya Snow White versi Panda(tetibe kan..) :D.Kalau belum aktif 3G signal kat atas akan kuar huruf E(Edge) atau G(GPRS) saja.Kalau dah naik 3G atau H(HSDPA) okay la tu..langkah2 macam kat bawah(abaikan masa sebab screen capture lain time hihi)

Macam biasa tekan *118#

Lepas tu tekan 8 My Account

Amik 5 Other Service

Amik 6 FOC Upgrade To 3G


Usai itu anda akan dapat SMS ini dan jawap je 3G..akan dapat respons TQ dari CELCOM

Kalau dah berjaya anda akan dapat SMS ini :D..dan install setting untuk 3G anda yang diberi..

Lepas semua selesai baru saya call careline CELCOM sekali lagi untuk membatalkan Exec 50+Data RM58 dan data only broadband RM68.Macam biasa mesti ditanya alas an,jadi saya jawap saya bertukar kepada Xpax2 plus mobile internet.Mereka berjanji untuk membatalkan dalam masa 24 jam atau selewat-lewatnya 3 hari bekerja.Sempat juga promote 50% untuk 2 bulan bagi data only.Tapi tak payahlah.

Setakat hari ini hanya data broadband yang memberi maklum balas ‘dalam proses pembatalan’.

Coverage data okay lah..kadang2 laju kadang EDGE..tapi yang penting berjimat hehe..

Saturday, 7 January 2012

Antara Dua:Exec 50 Dan XPAX2

Salam alaik dan salam sejahtera..hai pening dan pusing nak ambil pakej pascabayar atau prabayar yang berbaloi.Yang paling ok si DIGI pula dah coverage tak meluas macam CELCOM atau MAXIS.Sebut U-MOBILE pun macam tak ada coverage juga kecuali anda tinggal di KL.

Yang pasti katakan tidak untuk MAXIS.Kecuali ACTIV10 saja yang okay.Err..dan caller ringtone yg up to date..:P..(i..i love you like a love song baby..haha)

Saya rasa Exec 50 dah mula membebankan saya dengan caj 15 sen untuk call dan 12 sen untuk SMS.Walaupun ke mana2 operator.Nak dapat diskaun 30% pun kena pastikan usage RM150.Tu pun tak termasuk data RM58 untuk 3GB.

So saya terpandang XPAX2 dengan kadar 28 sen 10 minit untuk sesama CELCOM dan 28 sen 5 minit untuk network lain.SMS pula 1 sen untuk sesama network dan 5 sen untuk network lain.Wah..tapi bagaimana dengan data internet?(Ni la masalah guna smartphone).Saya pun menghubungi careline CELCOM.So saya dimaklumkan hanya disediakan daily RM5 untuk 500MB dan weekly RM18 untuk 1GB.Anda akan diberikan SMS alert sejam sebelum tamat tempoh.


Tadaaa..XPAX2 macam kedai runcit 1Malaysia :P

Ada tak monthly rates?Malangnya tak ada.Maknanya jika anda ingin seiring dengan penggunaan RM30 sebulan untuk call dan SMS,anda perlu menambah lagi RM18x4=RM72.Kesemua top up yang diperlukan untuk sebulan ialah RM102.

Entahlah saya pasti dengan 28 sen 10 minit saya hanya menggunakan sebanyak 56 sen sehari untuk bercakap dengan mama selama 20 minit sehari.30x58 sen=RM17.40.Bermakna saya ada lagi RM12.60 untuk telefon atau SMS orang lain yang tidak selama mama.Penggunaan 1GB seminggu tidak menjadi masalah untuk saya habiskan.Hehe..

Bermakna saya juga boleh melupuskan data only RM68(5GB) saya.Guna saja data dari Galaxy buat tethering.

Berbanding CELCOM Exec 50 saya terpaksa membayar komitmen RM108 campur tax rm4++.Dengan kadar panggilan 15 sen seminit dan 12 sen per SMS memang saya akan lebih dari komitmen RM108.


Celcom Exec 50 yang sangat zalim dan kuku besi(Haha..apakah?)

Kalau ya pun saya terbabas dalam penggunaan kad top up ni.Rasanya tak adalah bil mencecah RM170 seperti menggunakan Exec 50.Katakan saya perlu menambah top up lagi RM30 pun hanya menjadi RM132 sebulan.

Anda juga boleh menghidupkan expiry setahun dengan caj RM30.Kita try dulu macam mana.:D

Malangnya,saya terpaksa mengorbankan nombor kesayangan saya jika ingin menukar kepada pelan XPAX2.Careline CELCOM memaklumkan saya tidak boleh mengekalkan nombor jika ingin menukar postpaid kepada prepaid.Hukhuk….

Thursday, 5 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

SELAMAT TAHUN BARU!Rasanya tak terlewat nak ucap tahun baru 2012 kan?Rasanya ramai kakitangan awam yang menandatangani skim gaji SBPA.Tapi ada juga yang masih kekal pendirian dengan SSM.

Sebabnya?Gaji tahunan tetap naik walau apapun peratus.Sedangkan SBPA memerlukan usaha gigih untuk kenaikan gaji tahunan.Mungkin ada yang berpendapat banyak yang akan membodek boss tapi ini semua dapat lagi memartabatkan maruah kakitangan awam yang selalu dicop malas dan sengal.Kalau nak naik gaji tahunan kenalah usaha gigih kan?

Naik pun tak adalah macam gaji Perdana Menteri Singapura.Kosmo hari ini meletakkan Lee Hsien Loong di tangga pertama gaji pemimpin dunia dengan menerima gaji berjumlah RM5.31 juta(AS$1.69m).Barrack Obama pun di tangga ke-4 gitu.Manakala Perdana Menteri Negara tekno Jepun di tempat ke-3.Wow!Itupun setelah diturunkan 3.6% setelah mendapat bantahan rakyat Singapura.Akibatnya parti PAP mencatat kejatuhan peratus undi semasa pilihanraya 2011.Membaca carta gaji pemimpin dunia,saya bersyukur Perdana Menteri Malaysia tidak tersenarai.Sekurang-kurangnya duit rakyat tidak dicekau melalui GAJI pemimpin.

Sebagai rakyat biasa yang tak pro mana parti,saya cuma mahu melihat Malaysia semakin maju dan aman.Doanya semoga kemajuan juga seiring dengan keperibadian dan moraliti.Yang utamanya kepercayaan kepada Allah SWT.Bagi rakan-rakan beragama lain sudah pasti dengan adanya kepercayaan agama kita tidak tergamak melakukan maksiat,rasuah,biadap dan sebagainya.(Huhu..).

Tadaa pasal handphone.Setelah menggunakan android nampaknya saya mula selesa dengan fungsi android berbanding BB.Entah apa kehey,saya telah membeli Samsung Galaxy W.Mungkin tergoda dengan bentuknya yang feminine dan comey lotey berwarna Snow White.Tapi dalam sehari mesti hang..(haiyoh!).Sangat rindu pula Galaxy SL saya tu..si hitam yang baik hati..hang pun dua kali sepanjang 4 bulan saya gunakan beliau.Sepatutnya saya beli Samsung Galaxy SII walaupun agak gedabak.Wonder saya selalu menghadapi masalah hang..huh..terpaksa buka battery walaupun tengah shopping..-_-…

Entah kenapa hati belum terbuka menggunakan Iphone.Agaknya nak tunggu Iphone 5 menjengah pasaran pada tahun ni kot..ngeh ngeh..

Oh cakap pasal android.Rasa macam best je melihat Android Shoppe di Melbourne.Boleh tak nak pergi Melben semata-mata nak beli patung Android yang comel tu?:P

Apapun harus diakui semua telefon nak melawan Iphone.Selepas Iphone dengan Siri(walaupun mulut kena kumat kamit sebut proper English nanti Siri jadi silly..tak faham)..android pula nak keluarkan si comel Majel.Harapnya Majel terima patah perkataan yang kuar daripada mulut yang tak de accent English..:P

Pasal isu Amalina..ramai yang terkejut ya melihat Amalina dah jadi Misz Nina..semoga Allah melindungi pelajar cemerlang kesayangan Malaysia itu.

Teringat kata Diana Amir yang takut ayahnya menanggung dosanya.Ada juga kata yang tak pakai tudung lagi sejuta kali perangai baik daripada yang bertudung tapi ‘oh la la’ dengan boyfriend.

Bak orang yang bersolat tapi melakukan zina dan orang yang tak bersolat dan juga tak melakukan zina.Orang yang berpuasa tetapi mengumpat dan orang yang tak puasa tapi tak mengumpat.Macam tu lah.Fikir-fikirlah.

Saya pun manusia biasa juga..marilah kita sama-sama muhasabah diri..sama-sama kita berdoa semoga kita jadi orang yang bersolat dan tidak berzina,berpuasa tidak mengumpat dan menutup aurat dan tidak buat maksiat.Insya-Allah…amin..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D