WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday 8 April 2010

Khilaf Cinta:Bab 6

Ambulan yang membawa Datuk Iskandar mengeluarkan bunyi siren yang bising dan lampu merah yang berputar-putar.Datin Balqis menjeling ke arah Aesyah yang tidak henti mengalirkan air mata di sisi Datuk Iskandar yang kelihatan lemah.Dada lelaki itu berombak,naik dan turun.Keringat memenuhi dahinya.Dalam kerisauan terhadap suaminya yang tercinta,Datin Balqis tidak dapat mengelakkan kebencian terhadap Aesyah.

Entah kenapa,dahulu dia hanya tidak mempedulikan menantunya itu.Apa yang terjadi sudah terjadi.Cuma baru-baru ini,hatinya berasa sakit melihat wajah yang kononnya polos dan suci itu.Alim-alim kucing barangkali.Dia sendiri curiga apabila melihat suaminya rebah di tangga dengan Hafeez dan Aesyah di hadapan suami malangnya itu.Apa yang dibuat dengan Hafeez dalam keadaan samar cahaya itu hanya Tuhan saja yang tahu.Entah-entah digodanya Hafeez apabila Haqim tiada di rumah.Tak cukup abang,adik pun dirembatnya.Perempuan murahan.Cemuhan demi cemuhan mencurah-curah keluar lantas mengoyak hatinya.

“Hah,kau tak telefon suami kau?”

Nada suara Datin Balqis terkandung seribu kebencian tatkala melontarkan pertanyaan itu kepada Siti Aesyah.

“Ehmm..Aesyah..Aesyah call..call.. Abang Haqim,”Suara Aesyah tersekat-sekat dalam sendu tangisannya.Tangannya terketar-ketar memegang telefon bimbit.

Datin Balqis mengeluh kecil.Sanggul lintangnya dibetulkan.Dia menarik nafasnya dan menggenggam jari jemari suaminya.Hatinya sebak melihat keadaan Datuk Iskandar.

“Assalammualaikum..hello..abang..abang..daddy..,”

Siti Aesyah tidak dapat menahan tangisannya.Tangisan itu seiring dengan bunyi siren ambulan yang melalui jalan-jalan sepi kala dinihari di kota Kuala Lumpur.

Sayu dan memilukan.

******

Hujan renyai mulai turun ketika Haqim dan Sofiya sampai di Institut Jantung Negara.Rambut dan kemeja kelabu yang dipakainya basah sedikit.Mujurlah hujan mulai lebat sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bangunan.

Seperti biasa dia bertemu Sofiya di coffee house sebuah hotel terkenal di ibu kota.Menghabiskan masa bersama gadis yang dicintainya.Dia gusar untuk pulang ke rumah walaupun besok ialah majlis perkahwinan bagi pihak pengantin lelaki.Tidur di atas lantai dengan Aesyah di atas katil bukanlah situasi yang menyenangkannya.Bukannya dia tidak bisa menahan naluri lelakinya tetapi dia risau jika tindakannya melukakan hati Aesyah.Baginya Aesyah tidak bersalah dalam soal perkahwinan mereka.Nasib gadis itu sama sahaja dengannya.Rela dalam terpaksa.Tak apalah,tak lama lagi mereka akan berpisah.Dia pasti Aesyah akan senang dengan perpisahan itu kelak daripada menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah menyentuhnya.

Haqim berlari ke arah Aesyah yang sedang menelekupkan mukanya dengan tubuh yang bergetaran menahan tangisan.Haqim duduk di sebelahnya dan meleraikan tangan yang menutup wajah ayu itu.Jari jemarinya mengesat air mata yang membasahi pipi isterinya.

“Abang..daddy..”

Belum sempat Aesyah menghabiskan ayatnya,Haqim memeluknya perlahan cuba menenangkan hati isterinya.Aesyah menangis di atas bahunya teresak-esak.

Sofiya hanya terdiam memandang Aesyah di dalam pelukan Haqim.Dia tahu Haqim cuma lelaki budiman yang cuba mententeramkan hati Aesyah.Dia sudah lama kenal Haqim,sudah faham benar sikap Haqim yang terlalu penyayang dan baik hati.Bagaimanapun dia tidak dapat menidakkan betapa kerdilnya dia pada saat itu.Di sana Aesyah memeluk Haqim sebagai suaminya.Dia?Dia hanya mampu memeluk Haqim sebagai teman lelaki.Bunyinya kekasih tetapi faktanya seperti perempuan simpanan.Indah tetapi tidak bermakna.

Langkah kakinya diundur ke belakang sebelum kelibatnya dilihat Aesyah.Mukanya kemerahan dan rasa hina menebal di dalam dirinya.

“Sakit hati?”

Suara yang berbisik di kuping telinganya menambahkan lagi sengsara hatinya.Matanya dipejamkan.Tanpa dipinta mengalir air jernih ke pipinya.Dikesat dan dia berpaling ke belakang melihat tuan empunya suara.

You kenapa?Suka ambil kisah hal I?You suka kat I?”

Please..tolonglah,”Hafeez tersenyum sinis.Matanya kelihatan merah dan bengkak.

“Habis tu,kenapa?”

“Kalau you sakit hati,you cepat-cepatlah minta Abang Haqim berpisah dengan Aesyah.Hati I pun senang,”Hafeez berlalu meninggalkannya tanpa mempedulikan Sofiya yang terpinga-pinga dengan jawapannya.

Sofiya tidak mengerti apa yang ingin disampaikan Hafeez.Tapi hatinya sedikit lega kerana sekurang-kurangnya dia mendapat sokongan Hafeez supaya Haqim dan Aesyah berpisah.Dia masih membatu di sebalik dinding.Hendak pulang dia menumpang kereta Haqim.Mahu tak mahu tubuh itu terus kaku melekat di tabir dinding.

Hafeez menghempaskan punggungnya di atas kerusi.Otaknya berserabut.Sudahlah Siti Aesyah menolaknya bulat-bulat.Daddy pula sedang terkujur di bilik pembedahan bertarung antara hidup dan mati.Serangan jantung yang paling kronik sepanjang hayat Datuk Iskandar.Paling merisaukannya jika daddy melihat apa yang berlaku antaranya dan Siti Aesyah.Kini di hadapannya,tidak sampai pun dua meter,Abang Haqim sedang memujuk Siti Aesyah.Seperti luka yang ditabur garam.Itu yang dirasakannya.

Di hujung sana Hadiey yang baru selesai menunaikan solat hajat memeluk Datin Balqis yang bersedih.Sesekali dia mencium pipi ibunya.

Sebaik sahaja pintu bilik pembedahan dibuka.Semua ahli keluarga Datuk Iskandar meluru ke hadapan.Sofiya hanya memandang dari jauh.Doktor Faisal yang mengetuai pembedahan itu menepuk bahu Haqim sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Sekujur tubuh yang dilitupi kain putih mengiringi Doktor Faisal di belakang.Haqim lemah lutut melihat tubuh kaku yang melintas di hadapannya.Kudratnya dikuatkan untuk memegang tubuh Siti Aesyah yang sudah lemah longlai.Datin Balqis rebah di pangkuan Hadiey dan Hafeez.

“Maafkan kami..ajal dan maut di tangan Allah.Datuk dah tak ada,”

Sepatah kata Doktor Faisal meranapkan hati Luqman Haqim.Sofiya yang sekadar mencuri pandangan dari jauh mengesatkan air matanya.Perlahan-lahan dia keluar dan membiarkan dirinya dibasahi titis hujan.Walaupun Datuk Iskandar tidak begitu baik dengannya tetapi dia mengharapkan semoga roh lelaki itu tenang di alam barzakh.Kakinya melangkah ke perhentian teksi.Dia tidak mahu menyusahkan Haqim untuk menghantarnya.

Luqman Haqim baru saja kehilangan ayahnya.Dia memahami situasi itu.

*****

Pelamin yang tersergam indah itu sudah dirobohkan oleh pekerja-pekerja yang dipertanggungjawabkan.Meja-meja dan khemah yang didirikan dibiarkan.Majlis di hotel dibatalkan serta-merta.Majlis perkahwinan hari ini bertukar menjadi majlis pengebumian.Sanak saudara dan rakan taulan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Iskandar.VVIP yang hadir turut memberikan ucapan takziah untuk Datin Balqis dan anak-anaknya.

Hujan masih lagi tidak berhenti dari semalam.Payung-payung berwarna hitam memenuhi halaman banglo besar itu.Haqim memandang ke langit.Hatinya berdoa moga hujan berhenti apabila jenazah hendak dikuburkan nanti.Tidaklah menyusahkan jenazah apabila hendak disimpan nanti.

Hatinya sebak ketika kali terakhir melihat wajah daddy yang dikasihi sebelum kain kafan melitupi wajah Datuk Iskandar.Terbayang-bayang wajah jernih bapanya dalam haruman setanggi.Dia jarang mengerjakan solat namun pada hari ini dia mengerjakan solat jenazah untuk daddy nya.Bukan sahaja dia malahan Hafeez juga.Hadiey apatah lagi,ustaz muda.Daddy tak salah jika dia meninggalkan solat.Dalam sibuk bekerja,daddy masih menghantarnya dan adik-adiknya ke kelas agama.Cuma dia dan Hafeez lebih kepada duniawi.Adiknya Hadiey bisa mempertahankan kedua-dua alam dunia dan akhirat.Air mata membasahi pipi Luqman Haqim.

“Abang..van jenazah dah sampai,”

Siti Aesyah menggenggam tangan suaminya.Haqim mengangguk perlahan.Kasihan juga dia melihat mata Aesyah yang bengkak.Walaupun baru menjadi ahli keluarga mereka rasanya seperti sudah lama dia mengenali mereka.Kasihnya terhadap bapa mertuanya tak lebih tak kurang seperti bapa kandungnya.

“Abah tak sampai lagi?”Haqim bertanya lembut.

“Belum.”

“Kereta rosak teruk barangkali.Tak apalah.Abang pergi dulu,”

Aesyah melepaskan pegangan tangan Haqim.Abahnya ada menelefon yang keretanya meragam di Tapah.Aesyah memahami yang jenazah perlu disimpan dengan segera.Tak perlu menunggu ketibaan keluarganya.Jam berdetik 12 kali menandakan jam 12 tengah hari.Hujan masih membasahi bumi Allah ini.

Haqim,Hafeez dan Hadiey mengusung jenazah Datuk Iskandar masuk ke dalam van jenazah.Mereka turut dibantu Tuan Haji Mustafa yang merupakan peguam yang memegang amanah syarikat dan amanah Datuk Iskandar sendiri.Datin Balqis tidak mampu menghadirkan diri ke tanah perkuburan kerana terlalu lemah.Jenuh juga dia ditenteramkan rakan-rakannya.Aesyah ingin pergi ke perkuburan tetapi dia keliru hendak menumpang kenderaan siapa.Keretanya masih di kampung.

“Aesyah,you nak tumpang I?”Sofiya mencuit lengan Aesyah.Aesyah tersenyum sambil mengangguk.Sofiya sendiri tak pasti atas alasan apa dia menumpangkan isteri Luqman Haqim itu.Pertanyaan itu timbul spontan ketika dia melihat Aesyah seolah-olah mencari kenderaan untuk ke tanah perkuburan.

Perjalanan ke tanah perkuburan tidak sampai 20 minit.Ketika sampai di sana Aesyah dapat melihat Haqim dan Hadiey cuba membantu orang ramai mempercepatkan timbusan tanah merah.Baju Melayu yang dipakai mereka basah kuyup dengan peluh.Hafeez sekadar memerhati abang dan adiknya.Hujan sudah mulai berhenti tetapi tanah masih basah langsung menyukarkan tanah ditimbus.

Hati kecil Aesyah berdoa semoga jenazah cepat disimpan.Apa sahaja dosa bapa mertuaya masa silam janganlah diaibkan semasa pengebumian jenazah.

Allah yang Maha Mengasihi umatnya mempermudahkan timbusan tanah yang basah dan lembik itu melitupi jenazah yang tersimpan 7 kaki di bawah tanah.Suasana ketika itu senyap dan sunyi.Hanya bunyi deruan angin yang lembut bertiup kedengaran.Ustaz Asrul yang merupakan imam masjid kariah di situ memulakan bacaan talqin dengan lafaz bismillah.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya, bagiNya semua kerajaan dan bagiNya segala puji , Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia hidup kekal tidak mati, di tangan kekuasaanNya semua kebaikan dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Setiap yang hidup pasti mengalami mati, dan sesungguhnya pahala yang demikian hanya ditunaikan pada hari Kiamat nanti, maka barangsiapa yang dihindarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga sungguh dia telah beruntung, dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanya kesenangan yang melalaikan.

Hai hamba Allah, Iskandar bin Zaleha,ingatlah janji yang telah engkau bawa keluar dari dunia dan membawanya ke negeri akhirat. Iaitu kesaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhamad saw itu adalah utusan Allah, dan kematian itu adalah benar, alam kubur itu adalah benar, nikmat dan azabnya itu adalah benar, pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur itu adalah benar, kebangkitan dan hisab itu adalah benar, syafaat junjungan kita Nabi Muhamad saw itu adalah benar, syurga itu adalah benar, neraka itu adalah benar, pertemuan Allah dengan ahli hak adalah benar, dan bahawa Allah akan membangkitkan semua orang yang ada di dalam kubur itu adalah benar.

Hai hamba Allah, Iskandar bin Zaleha, sekarang engkau telah berada di dalam lapisan bumi dan di antara golongan orang-orang yang telah mati. Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan kepada kamu, kedua-duanya adalah Mungkar dan Nangkir, maka janganlah kamu terkejut dan takut kepada kedua-duanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya adalah makhluk Allah yang sama seperti kamu.

Apabila kedua-duanya bertanya kepada kamu, “Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Apakah pegangan kamu?Dan siapakah saudara-saudara kamu?”maka jawablah dengan fasih dan keyakinan yang benar, “Allah Tuhanku, Muhammad nabi ikutan ku, Islam agama ku, Kaabah kiblat ku, Al-quran pegangan ku dan kaum muslim dan mukmin adalah saudara-saudaraku.” Dan katakanlah, “Aku rela Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul.” Dan dengan berpedoman kepada hal itu engkau hidup, dengan berpedoman kepada hal itu engkau mati dan berpedoman kepada hal itu engkau akan dibangkitkan nanti insya Allah dalam keadaan aman.

Semoga Allah meneguhkan iman kamu dengan perkataan yang teguh. Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Semoga rohnya dirahmati Allah SWT.

Aesyah memerhatikan dari jauh.Ketika tujuh langkah terakhir akan datang Mungkar dan Nangkir menyoal si mati.Apa yang diperlukan bukan lagi status dan ringgit tetapi amalan dan doa anak-anak yang soleh.Doa dipanjat ke tujuh petala langit semoga tenang roh ayahanda mertuaku di sana.Semoga tenang menantikan hari pengadilan tiba di mana kita akan berkumpul semula di padang masyar menunggu hukuman atau ganjaran.Ya Allah,lindungilah kami sekeluarga,

*****

Jam di dinding sudah menunjukkan jam 6 petang.Tetamu yang terakhir sudah melangkah pergi dari banglo besar itu.Hadiey menutup daun pintu berkayu jati itu.Wajahnya kelihatan tenang walaupun baru kehilangan daddy yang dikasihinya.Tipulah jika dia tidak sedih,tapi air mata bukanlah bekalan untuk daddy di alam sana.Daddy memerlukan limpahan doa dan bukannya kesedihan yang melampau-lampau.

Datin Balqis kelihatan pucat dan hanya merenung jauh ke hadapan.Dinding itu ditembusi dengan pandangan matanya.Menerawang merindui wajah suaminya.Separuh jiwanya sudah hilang.Lelaki yang dicintainya sudah tiada.Pergi tanpa meninggalkan pesan.Secara mengejut meninggalkannya seorang diri tanpa teman yang sentiasa menyayanginya sejak 25 tahun yang lalu.

Mummy,minum dulu,”Aesyah menghulurkan secawan teh kepada Datin Balqis.Kasihan pula melihat ibu mertuanya yang sudah patah semangat.

Datin Balqis merenung wajah Aesyah yang cuba tersenyum ke arahnya.Muncul rasa benci yang meluap-luap di dalam hatinya.Menyampah dan meluat.Memang perempuan tak guna ini punca segala-galanya.Berlindung di sebalik wajah yang tidak berdosa.

“Pembawa sial!”Jeritan Datin Balqis memenuhi ruang rumah itu.

Cawan yang dihulurkan itu ditolak lantas air teh yang panas itu tertumpah ke atas tangan Aesyah.Matanya dipejamkan menahan perit.Cawan itu pecah berderai ke atas lantai.

Mummy!”Haqim mendapatkan Aesyah yang menggeletar tangannya menahan lecuran yang mulai kemerahan.Hadiey tergamam melihat kegilaan Datin Balqis.Hafeez pula cuma mampu memandang dari jauh.Hatinya risau tetapi gilalah dia jika dia turut menerkam Aesyah yang kesakitan itu.

“Apa yang Haqim jeritkan?Memang perempuan ni pembawa sial.”Mata Datin Balqis bergenang dengan air mata.Tubuhnya terketar-ketar menahan amarah.

Please stop this non sense.Ya Allah mummy,daddy baru saja meninggal.Hadiey,tercegat apa?Pergi ambil first aid!”

Hadiey hanya mengikut arahan Haqim,dia masih terkejut dengan tindakan mummy yang tak diduga.

“Sejak dia masuk ke dalam rumah ni macam-macam jadi.Memang pembawa sial!”Datin Balqis tidak mempedulikan Siti Aesyah yang kesakitan.Dia berlalu masuk ke dalam biliknya seperti anak kecil yang merajuk.

“Gila!”Hafeez menjerit seraya keluar dari rumah besar itu.Jauh di sudut hatinya dia tidak sanggup melihat kesakitan Siti Aesyah.

Luqman Haqim sendiri tidak memahami apa yang sudah terjadi.Mummy tidak pernah mengamuk sebegini.Berjangkit pula kepada adiknya.Hadiey menghulurkan ubat krim kepada abangnya.Dia bergegas pula naik ke atas untuk mendapatkan ibunya.Sebagai anak,Hadiey risau dengan perubahan mendadak Datin Balqis.Jembalang mana yang merasuk ibunya?

Haqim meniup perlahan-lahan lecuran yang kemerahan di tangan Aesyah.

“Sakit?”Perlahan-lahan ubat krim itu disapunya.

“Sikit je abang.Mummy pun tak sengaja,”Siti Aesyah cuba tersenyum.Air mata di pipinya dikesat Haqim.

“Maafkan mummy,abang minta maaf bagi pihak mummy,”Kekesalan terukir di wajah Haqim.

“Aesyah..Aesyah faham,”Nada suara Siti Aesyah sebak.Air mata masih berjujuran mengalir ke pipinya.Itupun dia masih cuba tersenyum.

Seraut wajah ayu dan polos itu bisa meruntun jiwa sesiapa sahaja.Luqman Haqim berasa amat bersalah.Mengapa gadis sebaik ini terheret dalam keluarganya yang sudah hilang kebahagiaannya?Dia tamak kerana menyintai Sofiya.Kepentingan dirinya sering menghantui fikirannya.Bila difikirkan pemergian daddy seolah-olah memberi isyarat supaya dia memutuskan ikatan suami dan isteri dengan Siti Aesyah.Tiada siapa lagi yang bisa melarangnya.Namun bisakah dia meleraikan ikatan pernikahan yang berusia seminggu lebih itu?Kasihan kepada Aesyah atau kasihnya terhadap Sofiya yang harus dipilih.Luqman Haqim buntu.Dua persimpangan yang mula menyesatkannya.

Seminggu yang lalu tanpa ragu dia akan memilih untuk meninggalkan Aesyah dan mengiktiraf gelaran janda muda untuk gadis itu serta-merta.Kini dia sendiri bingung.Keliru dan was-was dengan pilihan yang terbaik buatnya dan semua pihak.

“Assalammualaikum,”Suara orang memberi salam di luar rumah mematikan lamunan Luqman Haqim.

“Waalaikumussalam,”Haqim menjawab sambil memandang Siti Aesyah.Tiba-tiba isterinya mengukir senyuman.Seolah-olah kesakitannya hilang serta-merta.Dia bangun lantas membuka pintu.Menerima tetamu-tetamu yang dirinduinya.Wajahnya berseri-seri.

“Abah!”

Siti Aesyah memeluk erat tubuh tua di hadapannya.Hampir terjatuh Haji Salleh dibuatnya.Seolah-olah sudah lama terpisah dia memeluk pula ibunya.Sebak Hajah Fatimah dibuatnya.Kurus sedikit anaknya.Ya lah majlis perkahwinan yang bertukar menjadi majlis pengebumian.Dugaan yang bukan kecil harus diterima anaknya.

Siti Khadijah merenung adiknya atas dan bawah.Dia memegang lengan adiknya.

Awat tangan hang melecur?”

Aesyah terdiam.Mata Siti Khadijah meliar memandang serpihan kaca yang bertaburan di lantai.Anak matanya memandang tepat ke mata Luqman Haqim yang berdiri tegak seperti patung di situ.

Luqman Haqim berasa tidak senang direnung sedemikian.Kedatangan yang tidak diduga dengan masa yang salah

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D