WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday, 5 February 2010

Khilaf Cinta:Bab 5

Haqim kaget melihat Sofiya berjalan keluar di lorong yang sama dengan laluan ke arah kamar hotelnya.Lantas tangannya mencapai pergelangan tangan Sofiya.

“Apa yang you buat di sini?”

I kembalikan cermin mata you.Kenapa?”

“Kepada Aesyah?”

“Ya.What’s wrong?”

Haqim melepaskan pergelangan tangan Sofea.Hembusan nafas kesal kedengaran.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Sukar memahami tindakan Sofiya.Seolah-olahnya Sofiya tidak mempercayainya.Seolah-olahnya dia lelaki yang mudah jatuh cinta dengan gadis lain.

Unbelievable.She’s beautiful.”

Who?”

“Isteri you.Kalau I sebagai lelaki,I pun akan jatuh cinta kepada dia.”

You know what?It’s enough,”Haqim bersuara perlahan.Langkahnya diatur menuju ke kamar bulan madunya.

Sofiya terdiam.Sekian lama bercinta,dia tahu hati Haqim terguris kerana kesangsiannya.Namun hati wanitanya tidak berdaya menolak rasa cemburu.Isteri Haqim bukan sahaja cantik malahan kelihatan ayu dan baik.Walaupun dia benci melihat Aesyah,mahu tak mahu sebagai manusia ada sedikit rasa suka melihat peribadi wanita itu.

(Sukarnya membenci gadis itu!)

******

Tanpa berkelip Aesyah memandang suaminya yang sibuk mengemas pakaian.Tak sampai pun seminggu mereka di Pulau Pinang,Haqim mengambil keputusan untuk pulang.Dia sendiri tak tahu mengapa.Ingin bertanya bimbang jika mengguris hati suaminya.Muka Haqim masam mencuka.Entah apa yang tidak kena.

“Aesyah..”

Suara Haqim mengejutkan Aesyah.Dia memandang suaminya. “Ya?”

“Ada sesiapa datang tadi?”

“Ada.Staff abang.Sofiya namanya.Katanya dia kawan baik dengan abang juga,”Aesyah tersenyum.Memberi penjelasan yang panjang lebar untuk pertanyaan pendek Haqim.

“Oh,”Haqim kelihatan agak sedih.Dia memandang Aesyah dengan tidak berkelip.Risau hati Aesyah melihat wajah sugul Haqim.Apa pula yang tidak kena dengan suaminya?Apakah dia telah tersalah kata?Atau ada tindakannya yang mengguris hati Haqim?

“Maafkan abang..,”Seraya dengan kata-kata itu Haqim memeluk Aesyah yang berada di hadapannya.Aesyah berdiri kaku.Terkejut dengan tindakan Haqim.Haqim memejamkan matanya.Air mata jernih mengalir di pipinya.Pelukannya semakin erat.Perasaan berdosa menyelubungi hatinya.Dia rasa berdosa kepada Aesyah.Perasaan itu semulajadi hadir dalam hatinya.

Aesyah masih tergamam.Perasaan keliru turut bercampur.Ketika itu dia dapat merasakan ada hubungan emosi yang tidak dapat dilahirkan dengan kata-kata.Dia berasa kasihan dengan kekesalan Haqim walaupun dia tidak tahu apa yang dikesalkan.Ada juga rasa marah dan cemburu.Anehnya dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dimarahkan atau dicemburukan.Yang pasti rasa itu hadir dalam hatinya.

“Kita pulang,”Haqim melepaskan pelukannya dan menyambung semula mengemas pakaian seperti biasa.Seolah-olah tiada apa yang berlaku.Aesyah tidak mampu membantah.Dia membantu Haqim mengemaskan pakaian.Pandangannya dilempar sayu ke arah Haqim.

Ya Allah,ampunkan dosaku jika ada kekhilafanku yang membuat suamiku gusar..jika ada salahku,janganlah dilemparkan kesedihan buat suamiku..kerana dia telah meminjamkan tulang rusuknya buatku berdiri tegak..diletakkan berdekatan dengan hati buat diriku menumpang kasih..berteduh di atas nama cinta suami dan isteri di alam fana ini..aku amat berterima kasih kepadanya dan aku bersyukur kepada-Mu..aku tidak mungkin mampu memberi cinta seagung Khadijah kepada Rasullullah S.A.W,hanya satu yang kupinta Ya Allah..berikanlah sejuta kegembiraan buat Luqman Haqim..

******

Datuk Iskandar mengeluh kecil apabila menerima panggilan telefon daripada Haqim.Kelat hatinya untuk menghadiri mesyuarat pada petang itu.Mereka akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini.Alasan Haqim dia tidak tega membiarkan daddy menguruskan soal majlis perkahwinan seorang diri.Walaupun ditegah berkali-kali,anak sulungnya itu tegas dengan keputusannya.Jarang Haqim membantahnya.Hatinya cuak jika dia bermasalah dengan Siti Aesyah.Tapi bilangnya tiada apa yang perlu digusarkan.Siti Aesyah juga melontar suaranya di sebalik telefon bimbit.Bunyinya girang dan tiada masalah.Tak tahulah jika menantunya cuba menjaga air muka Luqman Haqim.

“Kenapa daddy muka monyok?”

Suara Datin Balqis menjengah ke telinganya.Dia cuba tersenyum.Tetapi masih kelihatan tawar.

“Haqim dan Aesyah balik malam nanti,”

“Eh,cepatnya.Ada masalah ke?”

“Tak adalah.Haqim tak sedap hati membiarkan kita menguruskan majlis perkahwinan ni,”

“Hem,baguslah..daddy pun tentu tak sabar jumpa menantu kesayangan daddy,”Datin Balqis menyindir suaminya sambil memakaikan kot kepada suaminya.

Mummy tak suka Aesyah?”

“Soal itu sekarang tak penting.Suka atau tidak,dia sudah pun menjadi isteri Haqim.Siapalah mummy untuk berkata tidak suka,”

Seperti anak kecil yang merajuk,Datin Balqis keluar dari bilik tanpa bersalam dengan suaminya seperti biasa.Datuk Iskandar menggeleng-gelengkan kepalanya.(Balqis..Balqis..tak ubah macam zaman muda..semakin marah,semakin cantik!).

Hadiey yang kebetulan lalu di hadapan kamar daddy dan mummy terdiam seketika.Hairan dia memikirkan jika benar mummy tidak menyukai Kak Aesyah.Kakak iparnya itu bukan sahaja cantik malahan berbudi bahasa dan pegangan agamanya juga tidak longgar.Bukan sahaja mummy,malahan Abang Hafeez juga seperti ada sesuatu yang tidak kena sejak kehadiran Kak Aesyah.Dia bukannya budak kecil lagi,dia sudah berusia 17 tahun.Apa saja yang tidak kena dapat ditangkap mindanya.Ingin dia berbicara soal itu dengan Mak Jah.Tapi bimbang pula dianggap menjaga tepi kain orang.

“Hei,apa yang you menungkan?”

Serentak dengan pertanyaan itu Hadiey dapat merasakan bahunya ditepuk.Hafeez berdiri di belakangnya dengan wajah yang agak serius.Tekanan kerja di pejabat barangkali.

“Tak ada apalah Abang Hafeez,”Hadiey meneruskan langkahnya ke hadapan.Hafeez memandang adiknya atas dan bawah.(Budak ni asyik termenung je..masalah hormon remaja yang tak dapat dibendung.Emo.)

“Abang Hafeez,”Hadiey bersuara sambil berpaling ke arah abangnya.“Abang Haqim dan Kak Aesyah akan pulang hari ni,”

Hafeez tidak memberi sebarang tindak balas untuk penyataan Hadiey.Hatinya bergetar di saat mendengar nama Aesyah.Jiwanya serba kacau.Masih geram tatkala memikirkan Aesyah menjadi kepunyaan Abang Haqim.Abang Haqim yang tidak menghargai Siti Aesyah.Kalaulah masa bisa diulang semula,Hafeez akan memastikan Siti Aesyah menjadi suri di dalam hidupnya.Atau masihkah ada peluang buatnya untuk mencuri hati Siti Aesyah?

Fikirannya mula diganggu dengan godaan syaitan.Bukankah syaitan sudah berjanji untuk menggoda anak cucu Adam sehingga hari kiamat?Itu janji yang sudah termaktub dalam kitab Al-Quran.

Bagi Hafeez,dia tidak memikirkan soal itu.Halal atau haram.Dia benar-benar gila.Gilakan Siti Aesyah.Bukannya cinta berdasarkan nafsu seperti selalunya.Cinta yang datang dari hati.Jauh di sudut hati dia berharap Abang Haqim menceraikan Siti Aesyah.Terukkah dia kerana mencintai isteri abangnya?

*****

Sejak pulang ke Kuala Lumpur,Haqim banyak menghabiskan banyak masanya di pejabat.Bagaimanapun dia harus juga menyibuk dengan majlis perkahwinan yang beriya-iya hendak dijayakan Datuk Iskandar.Baginya tak ada majlis apa pun lagi senang.Sejak pulang dari Pulau Pinang dia langsung tidak bertemu Sofiya.Menghubungi melalui sms atau telefon pun tidak.Sofiya seperti memahami dirinya yang mahukan ketenangan dan tidak mengganggunya.Hanya ucapan selamat pagi yang ringkas setiap kali mereka bertembung.Rasa bersalah timbul di hatinya.Hati wanita.Barangkali kalau dia di tempat Sofiya pun dia akan curiga seperti kekasihnya.

Laci meja dibuka.Haqim tersenyum memandang gambar kenangannya bersama Sofiya yang diambil di pada tahun lepas.Mereka berdua berdiri di antara watak Chip dan Dale di Disneyland,Tokyo.Percutian di Jepun itu merupakan percutian yang terakhir sebelum Haqim bergelar suami orang.

Aishiteru..”

Suara manja yang berbisik di telinga Haqim itu mendamaikan perasaannya.

“Maafkan I Haqim,”Sofiya memeluk Haqim dari arah belakang.Wajahnya terkandung seribu penyesalan.

I tak marahkan you.Cuma I sedikit kecewa,”Haqim mengucup lembut tangan yang halus itu.Tidak berasa kekok berbanding memegang tangan isterinya yang sememangnya halal untuk disentuh.

I memang bodoh kerana curigakan you,”

I yang bodoh kerana menganggap benda yang you rasa ni remeh,”

I can’t live without you,boo,”

Sofiya meletakkan tangan Haqim ke pipinya.Haqim dapat merasakan air mata yang membasahi telapak tangannya.Alangkah kejamnya dia membuatkan kekasihnya menangis.Hatinya sebak.Rambut Sofiya dibelainya dengan manja.

Hafeez berdiri di luar pejabat yang kosong.Jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang.Buah halkumnya naik turun menelan air liur.Geram.Dia terpaku melihat kemesraan Luqman Haqim dan Sofiya.Mahu sahaja dia menendang Haqim saat-saat itu.Tetapi dia masih ada rasa hormat kepada abangnya.Wajah ayu dan naïf Siti Aesyah terbayang di fikirannya.Isteri abangnya yang malang itu sentiasa tersenyum gembira di saat menyambut kepulangan Haqim dari pejabat.Hakikatnya Haqim masih bersama lagi dengan kekasihnya.

Jika begini keadaannya,salahkah dia menyayangi Siti Aesyah?

*****

Aesyah melihat jam di dinding.Sudah hampir 1 pagi.Haqim masih belum pulang.Esok bakal berlangsung majlis perkahwinan pihak lelaki.Bagaimanapun sikap Haqim yang acuh tak acuh agak menggusarkan Siti Aesyah.Haqim kembali bersikap dingin selepas pulang ke Kuala Lumpur.Perbualan mereka kekok dan janggal seperti awal perkenalan mereka.Tiada wajah manis Haqim sepertimana ketika mereka di Pantai Batu Ferringhi.Aesyah khuatir dan risau jika sikap Luqman Haqim berpunca daripda layanannya yang tidak kena.

Langkahnya diatur lemah ke dapur.Masih lengkap bertelekung.Selepas menunaikan solat Isyak,dia menyambung bacaan Al-Quran menghabiskan surah Al-Israak.Dituangnya air kosong ke dalam gelas.Pandangannya dilempar ke luar jendela.Pantas terukir senyuman tatkala melihat sebatang pokok jambu air di belakang rumah Datuk Iskandar.Teringat pokok jambu air tempat dia dan Siti Khadijah bermain ketika zaman kanak-kanak.Sebaik pulang dari mengaji Al-Quran di madrasah dengan Ustaz Fitri,sahabat abah,kedua-dua beradik itu sering menghabiskan masa di bawah pokok jambu air itu sementara menanti masuk waktu Asar.Kadang-kadang bermain batu seremban,tidak pun congkak.Haji Salleh tidak membenarkan mereka bermain jauh dari rumah.Cukuplah sekadar di halaman rumah.

Teringat kenangan zaman kanak-kanaknya bersama Siti Khadijah.

“Huh,hang silang kaki kanan,”Siti Khadijah bergayut di dahan buah jambu sambil mulutnya mengunyah jambu air.Kakaknya memang lasak seperti budak lelaki.

Awat pulak kalau Aesyah silang kaki kanan?”Siti Aesyah mengerut dahinya.Kehairanan.

“Tok wan cakap kalau silang kaki kanan nanti hang kahwin dengan lelaki pilihan abah dan mak,”Siti Khadijah yang berusia 12 tahun ketika itu bersungguh-sungguh menerangkan kepada adiknya.

Biaq pi la.Orang tak ambik tau hal tu pun,”Siti Aesyah memuncungkan bibirnya.Mulutnya terkumat kamit menyanyikan lagu nasyid kanak-kanak ‘Indal Fajri’.

Ya ketika itu dia tidak mengambil peduli kata-kata kakaknya.Walaupun sekadar kebetulan,ternyata kini dia memang berkahwin dengan suami pilihan abah dan ibunya.Dia bersyukur kerana diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan permintaan abah dan ibunya.

Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim,Ibnu Umar berkata, “Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad,apakah perbuatan disukai oleh Allah?”

Lalu baginda bersabda “Sembahyang pada waktunya.”

“Kemudian apa?” Tanyaku lagi.

Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.”

Aku bertanya “Apa lagi?”

Jawab baginda “Berjihad pada jalan Allah.”

Tiada apa yang lebih bermakna buat Siti Aesyah daripada menggembirakan hati abah dan ibu.Semoga mereka diberikan kesenangan di dunia dan akhirat.Ampunkanlah dosa mereka dan letakkan mereka di kalangan orang-orang beriman seperti mana yang Engkau janjikan.Itu yang Siti Aesyah pohonkan setiap saat untuk ayahanda dan bonda yang tercinta.

Air matanya mengalir tanpa dipaksa.Sesungguhnya Siti Aesyah amat merindui abah,ibu,kakak,Pija dan Pejal di saat itu.Walaupun esok sudah pasti dia berjumpa dengan mereka tapi menyelinap perasaan sayu dan sebak di hatinya.

You menangis?”

Suara Hafeez mengejutkan Siti Aaesyah.Cepat-cepat air matanya disapu.Dia tersenyum tetapi masih tidak memandang adik iparnya.Hanya mereka berdua di dalam dapur.Bimbang jika menimbulkan fitnah,Siti Aesyah bingkas bangun.

“Tak adalah Kak Aesyah mengantuk,”

Siti Aesyah cepat-cepat membasuh gelas dan diletakkan di atas rak.

“Boleh tak you jangan bahasakan diri you Kak Aesyah dengan I?”Hafeez memandang Siti Aesyah yang kelihatan tidak selesa dengan kehadirannya.

“Kenapa?”

“Sebab kita sebaya,”

“Tapi Hafeez tetap adik kepada Abang Haqim..jadi Kak Aesyah..”

“Tolonglah,”Hafeez tersenyum sinis.“I tak peduli apa alasan you,I tetap takkan panggil you Kak Aesyah.Muktamad.”

Hafeez mengambil kotak susu coklat dari dalam peti sejuk meminumnya.Aesyah tidak menyambung lagi hujahannya.Dia tersenyum seketika sebelum berlalu pergi.Dia segan dengan Hafeez.Belum pernah mereka berbual.Rasanya ini kali pertama mereka berbicara antara satu sama lain.

You tunggu Abang Haqim?”

Soalan yang terpacul dari mulut Hafeez menyebabkan Siti Aesyah menghentikan langkahnya.Dia berpaling ke belakang.Masih menundukkan wajahnya.

“Hafeez tahu Abang Haqim ke mana?”

“Tak,”Hafeez mengelap bibirnya yang melekat sisa coklat. “Tapi I nasihatkan you..lebih baik you tidur daripada tunggu Abang Haqim.”

“Tak pe lah,Kak Aesyah pun tak boleh tidur lagi.Biarlah Kak Aesyah tunggu Abang Haqim pulang,”Siti Aesyah menarik nafasnya dan mengatur semula langkahnya ke hadapan.

“Tunggu,”Hafeez menghampiri Aesyah.Terlalu dekat menyebabkan Siti Aesyah terpaksa berundur ke belakang.

“Tolonglah,jangan tunggu Abang Haqim lagi.Jangan susahkan diri Aesyah untuk Abang Haqim,”Hafeez bersuara lembut.Hati lelakinya tidak dapat menidakkan perasaan sayang terhadap Siti Aesyah.Walaupun bertelekung putih,wajah yang bersih tanpa secalit mekap itu nampak ayu dan meruntun hatinya.

“Hafeez,Kak Aesyah naik dulu,”Nafas Hafeez yang panas berhembus ke wajahnya menyebabkan Siti Aesyah curiga.Hatinya disulami rasa takut.(Ya Allah,jauhkanlah aku daripada pandangan dan niat jahat manusia.Peliharalah aku Ya Allah!).

“Aesyah,”Dalam nada bisik Hafeez semakin bertindak berani dengan memegang bahu Aesyah.

“Ya Allah Hafeez,”Aesyah menolak tangan kasar adik iparnya.Air mata mula bertakung di kelopak mata.Rasa marah dan aib membuak-buak di hatinya diperlakukan sedemikian.

“Aesyah,Abang Haqim tak pernah sayangkan Aesyah.I yang sayangkan you.Minta cerai daripada Abang Haqim.I akan jaga you lebih daripada seorang puteri.Lupakan Abang Haqim,”

“Hafeez,”Siti Aesyah menampar pipi Hafeez. Dia terpaksa mengawal suaranya daripada menjerit.Walaupun geram dengan tindakan Hafeez,dia tidak tergamak memalukan adik iparnya jika jeritannya kelak bisa membangunkan seisi rumah.“Mengucap..syaitan apa yang masuk dalam badan Hafeez?”

I memang sayangkan you,”

Ternyata tamparan yang tidak mematikan niat Hafeez.Baginya,dia tidak berniat buruk,dia cuma ingin menyatakan rasa sayangnya kepada Siti Aesyah.Hafeez melutut lemah di hadapan Siti Aesyah.

“Maafkan I,I tak ada niat jahat tapi I jatuh cinta kepada you sejak kali pertama I lihat you.I tak boleh lupakan you,Siti Aesyah,”

“Ya Allah Hafeez,bawa mengucap.Kak Aesyah kan isteri Abang Haqim,”Aesyah terduduk di atas sofa.Lututnya terasa lembik mendengar pengakuan Hafeez.Dicintai adik ipar adalah perkara paling gila baginya.

“Kenapa?Kenapa I tak boleh mencintai you?”Hafeez memandang Siti Aesyah dengan wajah yang sayu.Air mata lelakinya bergenang.Dia pasti niatnya ikhlas mencintai Siti Aesyah.Tiada sebarang agenda tersirat.Tidak seperti niatnya ketika mengganggu Sofiya kerana wanita itu teman wanita abangnya.

“Haram untuk seorang lelaki mencintai isteri orang.Apatah lagi isteri abangnya,”Siti Aesyah bersuara perlahan.Kepalanya masih menunduk memandang lantai.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasullulah SAW bersabda:Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya." (Riwayat Abu Daud)

Hafeez terdiam.Buat pertama kalinya hatinya terluka.Lukanya bukan sahaja membuak malah menanah.Dia menangis tersedu-sedu di hadapan Siti Aesyah.

Siti Aesyah bingkas bangun sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.Maruah dan kehormatan Luqman Haqim perlu dipeliharanya.Langkah Aesyah terhenti apabila melihat Datuk Iskandar yang kelihatan tergamam berdiri di atas tangga.Wajahnya kebiru-biruan.Mulutnya terkumat-kamit cuba menuturkan sesuatu.

“Aesyah..Ya Allah..,”Datuk Iskandar jatuh daripada tangga menyebabkan Aesyah menjerit.

Daddy!”

Jeritan itu menyebabkan seisi rumah menyalakan lampu.Datin Balqis dan Hadiey kelam-kabut menghampiri Datuk Iskandar.Mak Jah pula segera mencapai telefon menghubungi ambulans.Hafeez seperti baru bangun daripada mimpi.Dia terkejut melihat Datuk Iskandar rebah di atas lantai.Ketika meluru ke arah Datuk Iskandar,tanpa sengaja dia tersepak tepak sirih yang bakal dijadikan hiasan untuk majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.

Habis bergolek buah pinang dan kapur tertumpah di atas lantai.Daun sirih pula bertaburan di merata-rata tempat.

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D