WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday 31 January 2015

Semester 7 Dah :D

Lama sudah saya tak aktif tulis blog.. sejak zaman guna kata ganti nama diri aku tahun 2008. Tu memang zaman aktif. Zaman banyak sangat masa sampai boleh buat fanfiction atau cerita novel cinta sesuci lebaran setulus zahir dan batin. Zaman mekap blog comel-comel melati.  Jadi tahun ni, saya nak cuba aktif blogging balik. Ya, saya guna perkataan cuba sebab saya memang nak cuba saja.. nilai murni: Yakin pada diri sendiri. Background cliche ni kalau ada masa baru cari hat comel-comel melati balik. Tapi konon nak nampak matang.

Hari ini saya baru mula kelas untuk Semester 7. Ni tahun terakhir saya. Kalau hat ni habis, saya CUBA buat Master.. ya cuba lagi :P. Kelas sekejap UPM sekejap KPTM Ipoh adalah mengikut citarasa pembuat jadual UPMET. Jadi seperti bermain permainan Survivor, Opposite Worlds dan yang sewaktu dengannya, kami haruslah bijak mengagak bilakah masa yang tepat untuk menempah hotel atau tiket bas tanpa kerugian jika kelas dibatalkan atau ditukar pusat sehari sebelum kuliah. Hohoho.

Tadi kelas Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu. Walaupun tak se'terror' pembangun software yang advanced macam Clash Of Clans, kami cikgu-cikgi tetap kena membangunkan software untuk pembelajaran. Kerja berkumpulan dan kami dibahagikan mengikut kemahiran. Jadi saya kena resap jiwa macam Angelina Jolie dalam cerita Hackers walaupun kami bukan la nak hack komputer. Jauh la rupa nak macam dia pun.

Nani tanya: Kak Tiesha tau buat potato?

Masa tu terkedip-kedip biji mata dok ingat balik kursus potato zaman tok nadok dulu.. yang masuk dalam ingatan cuma fries KFC dan Banana Potato Minions.

Macek: Tak apa, macam tau.. tak pun kita guna Publisher. ( Dalam kepala, ya aku kena belajaq balik guna Gugel).

So, kami pilih Tahun 3 dengan tema Sains dan Teknologi. Pasal apa Tahap Satu? Sebab tahap tu yang teruja walaupun tayang slaid Power Point. Study smart not hard :P. Bekerja sambil belajar kena pandai-pandai hidup.

Saya janji dengan anak-anak menakan akan balik kampung minggu ni. Tapi terpaksa mungkir janji bila UPMET buat jadual mengejut kuliah tiap-tiap minggu. Piya paling sakan muncung. " Kata nak tengok Frozen Melayu."

Dak aih, tak ada Frozen Melayu tapi dubbing Melayu guna suara Marsha dan Liyana Jasmay yang baru saya download tertekan kononnya versi tak payah  bayar. Tapi apakan daya, Chinese New Year ni la baru balik hometown. Mungkin sempena tahun kambing.. tahun saya.. kambing yang paling suka mandi.

Assignment tu assignment juga. Anak-anak Tahun 6 jangan dilupakan. Apapun saya bersyukur sangat Selasa ni cuti Thaipusam, walaupun tak sambut tapi kita kan 1Malaysia.. terima kasih untuk yang menyambut Thaipusam sebab saya dapat bercuti.. :))))

Last but not least.. semoga Allah memberkati perjalanan kita semua di bumi fanaNya ini.. Amin..







Tuesday 6 January 2015

Review OPPO N1 Mini

Salam alaik dan hoi hoi lagi..

Oppo N1 Mini. Harga dia RM1198 (harga semasa review).. biasa OPPO cenggitu la ada 8 kat belakang. Kalau Vivo 9 kat belakang. Apakah saya ketinggalan atau memang OPPO ni tak boleh kurang? Kalau boleh nego habaq na.

Kita mulakan dengan kelebihan dulu:
1. Kamera 13mp boleh rotate. Makna gambar selfie, wefie dan groufie pun lawo.
2. Design lawa. Ada kaler putih, biru dan kuning.
3. Speaker ok. Better daripada speaker Grand Prime.
4. Ada gesture motion macam2. Contoh tulis saja F untuk FB. Korang edit sendiri. Slide down atau up untuk screenshot. Tap screen 2 kali untuk onscreen. Tap 2 kali kat home untuk offscreen.. dan macam2 lagilah.
5. Batt cepat charge.
6. Quadcore.. walaupun la dah ada octacore.

Kelemahan.
1. Batt cepat kong terutama yg kaki online. Inilah kelemahan yang SANGAT KETARA LAGI KENA CAPITAL WORDS.
2. Tak ada slot untuk micro SD. Internal 16gb dan ram 2gb.
3. Android version Jelly Bean.. sampai la tak upgrade lagi.. bosan nau..

Fazura nak bagi berapa bintang ya? 1.. 2... 3.. 3 bintang!

Monday 5 January 2015

Review Samsung Galaxy Grand Prime

Salam alaik dan hai hai..
Hari ini macek nak cerita pasal Samsung Galaxy Grand Prime. Handphone selfie daripada Samsung. Saya pendekkan cerita lah:

KELEBIHAN:
1. Kamera depan 5mp dengan beauty face memang tak payah edit Camera 360. Auto hilang jerawat :P.
2. Android version Kitkat..
3. Kamera belakang 13mp.
4. Quadcore processor.
5. Walaupun  5 inci tak gedabak, ringan dan boleh masuk poket.

KELEMAHAN:
1. Skrin TFT. Kadang2 mudah panas skrin.
2. Tak ada NFC atau LTE.
3. Tak ada notification LED. Jadi tak tau missed call atau batt full.
4. Internal storage cuma 8gb dengan RAM 1gb.
5. Bunyi speaker so so.. boleh terlepas juga call.
6. Saya selalu menghadapi masalah lag semasa guna Google dan bermain Candy Crush Saga. Tak tahulah sama ada pengguna Prime lain tak ada masalah.

Harga semasa review original RM650 fullset dengan aksesori seperti screen protector dan casing flip bag.

Nora bagi 2.5 bintang! ( Daripada 5 bintang)

Friday 2 January 2015

Oh My AEON!

Tak tahu apa masalah AEON lately ni kerap call tanya nak bayar manual atau auto. Sebelum ni tak ada perangai macam ni. Dah tu bertalu2 call daripada nombor yang berlainan sedangkan dah potong daripada akaun bank saya. Tak sistematik ke sampai tak tau orang bayar ke tak? Kalau tak bayar lain lah cerita. Dah la dalam agreement tulis auto debit lagi mau tanya nak bayar manual ke auto. Ni siap yang kepala 04 tu siap tanya cik dah check akaun dah? Ya ampun!

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D