WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday 26 December 2009

JOM DVD:Nobuta Wo Produce


Nobuta Wo Produce a.k.a The Make Over(Bahasa Melayunya kurang sedap..Kami Mengubahsuai Babi Hutan..huhu) asalnya adalah karya novel yang popular di Jepun.Kotani(Maki Horikita) adalah pelajar perempuan baru yang paling selekeh,serabai dan tidak mempunyai keyakinan diri.Dia digelar Nobuta(piglet).Shuuji(Kazuya) merupakan pelajar paling popular yang melayan semua pelajar secara sama rata.Akira(Yamapi) pula anak orang kaya yang tak mengaku kaya,senget dan tak disukai Shuuji.Bagaimanapun kehadiran Kotani mengubah mereka berdua menjadi sahabat.Kesian melihat Kotani dibuli keduanya merancang untuk mengubahsuai Kotani menjadi pelajar perempuan paling popular di sekolah.

Pelbagai halangan ditempuhi 3 sahabat ini termasuk pembulian ketua pelajar wanita,mengubah imej Kotani supaya lebih anggun lagi feminine dan operasi mencari BF untuk Kotani.Semasa perubahan ini tanpa disangka,Akira jatuh hati kepada Kotani tetapi daripada gerak geri Kotani lebih menyukai Shuuji.(Kesian Akira..).

Bagaimanapun Kotani mengambil keputusan untuk menganggap kedua-dua lelaki itu sebagai orang terpenting dalam hidupnya.Mereka bertiga tetap menjadi sahabat setia hingga ke akhir cerita.Akira mengikut Shuuji ke sekolah baru manakala Kotani sudah mempunyai keyakinan diri walaupun tanpa dua orang lelaki terpenting di dalam hidupnya di sekolah lama.

Cerita ni dah lama..2005..tapi masih hangat untuk dilayan.Paling kawaii masa Akira ajar Kotani cara ambil kuasa macam Power Rangers untuk meningkatkan keyakinan diri.Kotani dengan muka kayunya buat aksi..NOBUTA POWER!Hahahaha..

Drama ni banyak nama2 yang grand selain Maki(One Missed Call 3 and Hana Kimi) ada juga Erika Toda(Death Notes).

Drama ni ada 10 episod dan aku bagi 5 bintang.Perfect!

Versi cun tetapi boleh saksi versi selekeh dalam Nobuta.
Akira tengah ajar Kotani yang serabai dengan aksi ala-ala Power Rangers..NOBUTA POWER!
Buat aksi Nobuta Power dengan muka kayu masa dating dengan pakwe sekelas yang diatur Shuuji.
Akira tengah pujuk Kotani yang gagal dalam temujanjinya.Baik hati Akira dan sweet sesangat.

JOM DVD:Innocent Love


Kanon(Maki Horikita) hidup seorang diri setelah abangnya,Yoji dituduh membunuh ibu bapanya 6 tahun yang lalu.Dia ditolak masyarakat kerana menjadi adik pembunuh.Bagaimanapun Kanon tetap mempercayai abangnya tidak bersalah. Junya(Yujin) pula menjaga tunangnya yang koma,Kiyoka(Uchika).Dalam pada masa yang sama adik angkatnya,Mizuki dan kawan lelakinya,Subaru menyukai Junya.Junya tidak pernah tahu sahabat baiknya itu bukan merupakan lelaki yang normal.Subaru pernah cuba menamatkan nyawa Kiyoka kerana memikirkan Kiyoka menyusahkan Junya selama 3 tahun dia koma.Kanon hadir dalam hidup Junya sebagai pembantu rumah dan menyukai Junya dalam diam-diam tetapi memahami Junya yang mencintai Kiyoka.

Kanon juga mengalami masalahnya sendiri kerana dia mengalami trauma yang teruk semasa kematian ibu bapanya sehingga terlupa apa yang sebenarnya terjadi semasa ibu bapanya dibunih.Setelah beberapa episod akhirnya Kanon tahu yang abangnya terpaksa membunuh ayahnya kerana ayahnya yang tidak berperikemanusiaan merogolnya dan dia tidak sengaja tertikam ibunya yang cuba melindung ayahnya.Kiyoka yang sedar dari koma pula mengejar cinta Subaru dan tidak mempedulikan Junya.Dia yang masih tidak pulih sepenuhnya seperti anak kecil yang menagih cinta Subaru.Kisahnya,dahulu Kiyoka koma kerana menelan pil tidur akibat cintanya ditolak Subaru.

Junya mula menyedari yang dia mencintai Kanon dan ingin mengahwini Kanon.Kanon menolak kerana merasakan dirinya kotor.Bagaimanapun Junya ikhlas dan menerima Kanon seadanya.

Semasa perkahwinan mereka,Kiyoka yang pulih sepenuhnya mula mengingati pengorbanan Junya yang menjaganya ketika koma.Ketika terjun dari bangunan untuk bunuh diri setelah menyaksikan perkahwinan Junya dan Kanon,Junya yang ditimpa kemalangan kerana menyelamatkan Kiyoka.Junya pula hilang ingatan dan Kanon terpaksa menjaga Junya.

Ending dia tengok sendiri,tapi cerita ini memang mengalirkan air mata.Huhuhu..semuanya 10 episod.

Friday 25 December 2009

Khilaf Cinta:Bab 4

Haqim menolak daun pintu kamar bernombor 303.Menghabiskan masa di lounge dan menikmati kopi panas bersama-sama Sofiya adalah saat-saat yang paling diingininya buat masa ini.Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi.Dia menguap keletihan.Yang difikirnya sekarang cuma tidur.Langkahnya dimajukan ke hadapan sebelum dia tersepak satu ‘benda’.

Dalam samar-samar cahaya Haqim baru tahu ‘benda’ yang disepaknya ialah kaki Aesyah.Wanita itu sedang tidur nyenyak di hadapan almari berhadapan pintu.Haqim menghela nafasnya.(Buat apa dia kat sini?)

Dia duduk di hadapan isterinya dan mengamati wajah ayu itu.(Nak kata tak cantik..tidak,sangat cantik!).Paling mahal hidung yang mancung dan kecil tetapi sedikit ternaik seperti hidung anak patung.Kulitnya bersih dan cerah.Alis mata yang lentik dan tebal dapat dilihat dengan jelas apabila matanya dipejam.Kalau dibuka,matanya besar tetapi redup.Rambut lurusnya panjang hingga ke dada.

Haqim menggeleng-gelengkan kepala.Wajah Sofiya muncul di mindanya.Perlahan-lahan dia mengangkat Aesyah yang sedang tidur.Dia tidak mahu membangunkan Aesyah.Dia menyelimutkan isterinya dan mengambil bantal.

Haqim tidur di bawah.Tangannya diletakkan ke dahi.Hatinya sedikit terusik.Mengapa dia masih tidak tenang walaupun sudah berjumpa Sofiya?

******

“Abang..”

Suara merdu yang menerjah telinganya membuatkan Haqim ingin lebih lama tidur.Rasanya seperti dibuai nyanyian indah.

“Abang..”

Tangan halus yang menggoncang-goncang bahunya menyebabkan Haqim terjaga.Pandangan yang kabur pada mulanya.Lama-kelamaan semakin jelas.Aesyah yang masih bertelekung tersenyum kepadanya.

“Dah pukul 6.50 pagi..dah nak syuruk.”

“Syuruk?”Haqim kehairanan.Tidak mengerti.

“Subuh dah nak habis,”Aesyah tersenyum melihat suaminya yang terpinga-pinga.“Matahari dah nak naik,”

“Oh..subuh..ya..ya..,”Haqim bingkas bangun dan masuk ke bilik air.Sebelum ini tiada siapa yang mengejutkannya untuk sembahyang subuh.Kalau bangun,sembahnyang.Kalau tak bangun,tidak.

Selesai mandi dan berwuduk,dia mengerjakan solat Subuh di saat-saat akhir.Kelam-kabut.Selesai bersolat dia mencapai alat kawalan jauh dan menghidupkan televisyen.Aesyah meletakkan secawan teh o panas di atas meja kopi.Haqim mengekori Aesyah menggunakan anak matanya.Entah kenapa,dia berasa bersalah terhadap isterinya.Kuasa hebat Sofiya menyebabkan dia sanggup untuk membiarkan Aesyah terperap semalaman di kamar bulan madu mereka.

“Abang..”

“Hem?”

“Teh dah nak sejuk,”

“Oh..”

Haqim meneguk teh o panas yang disediakan Aesyah.Fikirnya Aesyah ingin bertanyakan ke mana dia semalam.Rupanya yang disibukkan teh yang tidak diteguknya.

“Aesyah tunggu abang ke semalam?”

“Ya,”Aesyah tersenyum memandang Haqim.

“Kenapa?Kan abang ada extra smart card?”

“Aesyah rasa,Aesyah patut tunggu abang..tapi..”Aesyah terdiam seketika.Ada rasa kesal di wajahnya.“Aesyah tertidur,maafkan Aesyah,”

“Ha?”Luqman Haqim terperanjat mendengar ungkapan maaf itu.Sepatutnya dia yang meminta maaf kerana membiarkan Aesyah keseorangan.

“Abang marahkan Aesyah?”

“Marah?Tak de lah.Abang cuma hairan kenapa Aesyah tunggu abang,”

“Tempat seorang isteri untuk suaminya.Syurga Aesyah sekarang pun di bawah telapak kaki abang,sudah tentu Aesyah akan menunggu kepulangan cahaya jannah buat Aesyah kan?”

“Oh..macam tu..”Haqim meneguk lagi teh o panas itu.(Baginya aku syurga buatnya?Hakikatnya?)

“Abang,”

“Hem?”

“Terima kasih sebab angkatkan Aesyah ke atas katil.”

“Hem,”Haqim menjawab sepatah.Dia merenung wajah ayu dan naïf di hadapannya.Seperti anak kecil yang tidak mengerti apa-apa,Aesyah masih mengukirkan senyuman untuknya.

“Aesyah,”

“Ya?”

“Siap.Kita keluar,”

Aesyah berasa terharu mendengar kata-kata Haqim.Dia fikir dia akan terperap lagi di bilik memandangkan kejanggalan di antara mereka.

Haqim pula tidak pasti dengan keputusannya mengajak Aesyah keluar.Agenda itu tidak termasuk dalam perancangannya.Dia bukannya haiwan,dia manusia yang ada akal dan budi bicara.Keputusan itu dikeluarkan atas kehendak akal fikiran.Bukan hatinya.Dia pasti memang dari fikiran dan bukannya hati.Pasti.

*****

Ombak yang memutih itu berbuih tatkala menghempas pantai.Suasana di Pantai Batu Ferringhi pada pagi itu agak lengang.Mungkin kerana hari bekerja,maka bilangan ibu bapa yang membawa anak-anak ke situ agak kurang.

Haqim berjalan seiringan dengan Aesyah di tepi pantai itu.Kedua-duanya menjinjing sepatu masing-masing.Tiada perbualan yang didengari buat masa ini hanya bunyi deruan ombak yang jelas kedengaran.

“Apa kata kita main satu permainan?”Aesyah cuba memecahkan kesunyian.Haqim memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan.Dahinya berkerut.

“Permainan?”

“Ya.Permainan yang mudah.Abang bagi satu perkataan,Aesyah akan jawab.”

“Contoh?”

“Contohnya,abang sebut kucing,Tanpa berfikir dan terus jawab.Mungkin..Aesyah akan jawab Johnny,”

“Johnny?”

“Nama kucing Aesyah masa kecik,”

“Oh..haha..”Haqim ketawa kecil mendengar jawapan Aesyah.Aesyah memandang wajah Haqim yang manis terukir senyuman.(Kan lebih kacak kalau tersenyum daripada serius memanjang..).

“Okay..abang fikir dulu,”Haqim memejamkan matanya.“Okay..makanan?”

“Seri muka,”

“Kereta?”

“Picanto,”

“Warna?”

“Pink,”

“Cinta?”

“Luqman Haqim,”

Haqim tersentak.Pertanyaannya terhenti.Muka Aesyah pula merah padam.Rasanya mahu dipotong lidahnya yang tak pandai menipu.

“Okay..sekarang Aesyah tanya abang,”Haqim tersenyum.Cuba menyelamatkan situasi Aesyah yang nampak malu.Dalam fikirannya barangkali Aesyah hanya spontan menyebut namanya tanpa apa-apa makna.

“Ha..okay..Aesyah tanya,”Nada suaranya tidak dapat menyembunyikan rasa gementar.Tergagap-gagap.

“Okay.Abang tunggu,”Haqim memetik jarinya.Lucu melihat aksi Aesyah yang serba-salah.Aesyah menarik nafasnya dalam-dalam.

“Baik..masa kecil?”

Batman,”

“Bunga?”

“Matahari,”

“Wanita?”

“Sofiya,”

Aesyah terdiam.(Sofiya?).

“Kenapa?”Haqim memandang wajah Aesyah.

“Tak ada apa-apa,”Aesyah tersenyum.Berusaha untuk tersenyum.Haqim memegang tangannya.Merenung tajam ke mata Aesyah.

“Aesyah tak mahu tahu siapa Sofiya?”

“Abang nak beritahu Aesyah?”Suara Aesyah gementar.Ya,dia hanya wanita biasa.Wanita biasa yang sukar melihat lelaki yang disayanginya mempunyai wanita lain.

“Tak,”Haqim melepaskan pegangan tangannya.Dia tidak tahu mengapa dia bertanyakan soalan bodoh itu kepada isterinya.Dia terpaku di situ seperti patung.

“Kalau macam tu.Tiada apa yang perlu disoalkan dan dijawabkan,”Aesyah tersenyum lagi dan meneruskan langkah kakinya.

“Sebelum berkahwin dengan abang,Aesyah tak ada teman lelaki?”Haqim masih berdiri kaku ketika melontarkan soalan itu.

Aesyah menggelengkan kepalanya.Jujur.

Haqim mengeluh.Dia menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil.(Gadis secantik ini tiada teman lelaki?).

“Kenapa abang ketawa?”

“Bendul,”Haqim menarik tangan Aesyah dan menggenggamnya dengan erat.Tindakan yang tidak dijangkakan Aesyah.Saat itu dia terlupa siapa Sofiya yang disebut Haqim.

******

Sofiya yang memakai cermin mata hitam melambai-lambaikan tangannya kepada Haqim.Haqim yang juga memakai cermin mata hitam membalas lambaian itu sambil tersenyum.

Semalam mereka sudah berjanji untuk makan tengahari bersama.Dijelingnya jam di tangan.Kekasihnya sudah lewat 15 minit.Buat pertama kali,Haqim lewat daripada biasa.Selalunya Haqim akan muncul lebih awal daripadanya.

“Lewat,boo.Kenapa?”Persoalan itu pantas dilontar di saat Luqman Haqim melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Sorry,I temankan Aesyah tadi.Kesian pulak asyik memerap di dalam bilik,”

“Mesra nampak,”Sindir Sofiya.Cemburu.

“Temankan aje,apa yang mesranya?”Haqim menggeleng-gelengkan kepala.

“Cantik kot,I nak tengok nanti cantik sangat ke minah jakun tu,”

You janganlah cakap dia macam tu,”

“Kenapa?You dah jatuh cinta?Dah lupa perjanjian?”

I tak lupa perjanjian kita.Tapi you janganlah hina dia atau sesiapa pun.Itu tak termasuk dalam perjanjian kita,”

Wajah Haqim berubah.Masam.Memang dia tak suka menghina sesiapa pun.Sama ada pengemis di tepi jalan atau anak raja di singgahsana,semuanya sama.

Sorry boo,”Sofiya memegang tangan Haqim.“You tak tahu apa yang I rasa,”

I tahu,”Haqim bersuara perlahan.Matanya memandang Sofiya.“Berikan I masa,we just get married.I hanya cintakan you,”

Sofiya tersenyum.Dia curiga andai dia bisa kehilangan Haqim.Sekian lama menuai musim cinta,kelewatan Haqim menemuinya membuatkannya hilang arah.Mana tahu hati Haqim bisa lemah akhirnya.Kucing yang menghadap ikan,apa saja kemungkinan akan terjadi.Cincin yang diberikan Haqim diputar-putar di jari manisnya.Rasa cemburu dan curiga masih menguasai Sofiya.

******

Aesyah berbaring di atas katil.Suratkhabar The Star diselak-selaknya.Pulang dari tepi pantai tadi,Haqim terus menghilangkan diri.Katanya mahu berjumpa perkerjanya yang terlibat dengan konvesyen pemasaran di hotel ini.

Ingatannya mengimbas di saat Haqim memegang erat tangannya.Rasa bersyukur memanjat di hatinya.Menyelinap satu keindahan yang tak dapat diungkapkan oleh Aesyah.Kerana cinta yang dihalalkan Tuhan memberi sejuta nikmat berbanding cinta murahan.Sentuhan seorang suami yang amat bernilai buat Aesyah biarpun sekadar genggaman tangan.Memberi gambaran secara tidak langsung bahawa Haqim akan sentiasa memimpin dan melindunginya.

Bunyi ketukan di pintu kamar hotel itu mengejutkan Aesyah.Sudah pasti bukan Haqim kerana suaminya mempunyai kad kedua.Aesah bangun dan menuju ke arah pintu.Rantai kunci dimasukkan ke dalam selak.Perlahan-lahan pintu itu dibuka sedikit.

Seorang wanita tinggi lampai berdiri di hadapan pintu.Orangnya cantik dan tampak urban.Gadis itu tersenyum memandangnya.

“Puan Aesyah?”

“Ya,”

“Encik Haqim tertinggal cermin matanya,”Gadis itu menunjukkan cermin mata hitam Gucci di tangannya.

“Oh,”Aesyah membalas senyuman itu dan membuka rantai kunci pintu hotel itu.

I Sofiya,”Gadis di hadapannya menghulurkan tangan tanda ingin bersalam.Aesyah menyambut huluran tangan yang diberi.Namun nama Sofiya itu membuatkannya sedikit resah.(Apakah Sofiya ini yang disebut Abang Haqim?).

“Sofiya?”Aesyah bertanya.Gugup.

“Ya.Kenapa?”

“Tak de apa.Cuma rasanya Abang Haqim pernah sebut nama Sofiya,”

“Oh..sebenarnya selain staff,I dan Encik Haqim kawan baik sejak sekolah lagi.Sebenarnya tak pernah ber’encik’ pun dengan dia,”

“Oh,patutlah,”Aesyah berasa lega.

“Puan Aesyah jangan risau,I dan Haqim memang best friend.Itu saja,”Sofiya cuba tersenyum.Memandang Aesyah atas dan bawah.

“Kalau Sofiya kawan baik Abang Haqim,tak perlulah ber’puan’..panggil saja Aesyah,”

“Okay I will call you Aesyah,”

“Eh,masuklah dulu.Nanti Abang Haqim balik,”

“Tak pe,I nak hantar sunglass ni saja,”Sofiya meletakkan cermin mata hitam itu ke tangan Aesyah.“May be balik KL nanti I boleh bawak you jalan-jalan,”

“Terima kasih Sofiya,saya sangat-sangat hargai,”

“Okay Aesyah,I pergi dulu,”Sofiya tersenyum.“Better late than never..selamat pengantin baru,”

“Terima kasih Sofiya,”

Sofiya mengangguk.Langkahnya diatur kemas meninggalkan kamar bulan madu Luqman Haqim dan Siti Aesyah.Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Di dalam kamar hotel,Aesyah memandang cermin mata hitam suaminya dengan rasa lega.Rasa malu pun ada kerana dia cemburukan nama Sofiya yang disebut Haqim pagi tadi.Aesyah rasa amat lega kerana Sofiya hanyalah sahabat baik dan pekerja suaminya.Dahinya diketuk perlahan.

(Kenapalah aku suka curigakan Abang Haqim?)

Tuesday 22 December 2009

Eternally By Utada Hikaru

Sejak menonton drama bersiri Innocent Love,aku suka sangat lagu Utada Hikaru,Eternally yang dijadikan tema drama ni.Lagu Utada memang best pun sejak zaman lagu First Love sampai la Flavor Of Life,Prisoner Of Love dan Come Back To Me.

Original / Romaji Lyrics
me no maeni iru kimi ga sukoshi kagayaki
mawari ga mienai
watashi-tachi wa doko ni iru no

zawameki hajimeta haikei no nakani
mada kienai da ne
mou nani mo kikoenai
But I can feel your breath

odoroku hodo kimagurena tenkai ni sukoshi dake
watashi rashi kunai kitai o, oh oh shiteru

I wanna be here eternally
kono mama mitsume aetteitai
I can feel you close to me
itsumademo sobani wa irarenai
kono shunkan dake wa zutto eien ni

tatakai ni dekakeru maeno hito yasumi
anata to sugoshitai
yakusoku wa kondo aeta toki ni
Can you hear me breath?

odoroku hodo dewanai tenkai ni mo
kandou shichau toki ga dare ni datte, oh oh aru

I wanna be here eternally
dare ni mo mitsukaranai tokoro ni
I can see you are all I need
ashita made tasuke wa iranai
kono shunkan sae mo kitto just a fantasy

I can feel you close to me
ano basho ni kaere nakunatte mo
ima no kimochi dake wa zutto eien

I wanna be here eternally
I can see you are all I need
kono shunkan dake wa eien ni


ENGLISH
In front of me, you start emitting lights
and I can't see.
Where are we?
Among the noisy landscape,
don't disappear yet.
I can't hear anymore.
But I can feel your breath
Due to this surprising outcome,
oh oh I still hope.
I wanna be here eternally
Like this, I want to stare.
I can feel you close to me
I can't be without forever.
Make this moment eternity.
A break before this battle.
I want to spend my time with you.
The promise is next time we meet.
Can you hear me breath?
Even the unsurprising outcome,
oh oh everyone sometimes will be touched.
I wanna be here eternally
At the place where no one can see us.
I can see you are all I need
Untile tommorrow, I don't need help
maybe, this moment is just a fantasy
I can feel you close to me
Even if I can't go back to that place,
this feeling is eternity
I wanna be here eternally
I can see you are all I need
At least this feeling is eternity

Transliterated by Eliseogene <tidusquall@yahoo.com>

Translated by busbuddy

Monday 21 December 2009

Khilaf Cinta:Bab 3

Selesai mandi,Haqim memakai pijama dan menyikat rambutnya.Dia sekadar mengerling seketika Aesyah yang tengah bersembahyang Isyak.Jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi,ikutkan hati dia ingin masuk ke pejabat pada esok paginya.Bagaimanapun dia terpaksa menjaga hati daddy.Daddy beriya-iya memberinya cuti selama seminggu.Percutian yang tiada makna baginya.

Haqim mengambil bantal dan selimut keluar dari biliknya.Langkah kakinya diatur perlahan-lahan bimbang didengari orang lain.Apa pula difikirkan orang apabila pengantin lelaki keluar dari biliknya pada malam pertama.Tambahan orang gajinya,Mak Jah.Walaupun sekadar orang gaji,Haqim menghormati orang tua itu yang menjaganya sejak kecil.Yang lainnya tiada masalah kerana masing-masing keletihan sejak dari dalam penerbangan lagi.

Selesai bersolat,Aesyah membaca Al-Quran.Tingkah laku Haqim tidak sedikit pun melukai hatinya.Kerana Haqim adalah segalanya buatnya kini.Dia sudah berjanji kepada abahnya untuk menjadi isteri yang baik untuk Luqman Haqim.Terngiang-ngiang hadis yang sering dilafazkan abahnya sejak Datuk Iskandar merisiknya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Aesyah cuma ingin menjadi perkara yang terbaik untuk suaminya.Itu janjinya kepada abahnya.

Di tingkat bawah Haqim masih tidak dapat melelapkan mata.Dia tidak pasti apa yang dilakukannya adalah betul atau salah.Kakinya yang lenguh dilonggarkan.Dia menghela nafasnya.Secubit rasa bersalah kerana membiarkan Aesyah di biliknya.Sama ada berperikemanusiaan atau tidak,Haqim mencintai Sofiya tetapi tidak mahu melukakan wanita asing yang baru saja memasuki hidupnya.

Suara Aesyah membaca Al-Quran terngiang-ngiang di dalam telinganya.Hampir jam 2 pagi baru dia dapat melelapkan mata.

*****

Datuk Iskandar sekadar memerhati tingkah laku ganjil Haqim.Dia tampak tidak selesa apabila Aesyah melayaninya untuk sarapan pagi.Bukannya dia tidak tahu Haqim tidur di tingkat bawah semalam.Sebagai manusia,dia memahami perasaan malu di antara mereka tetapi sebagai lelaki sukar Datuk Iskandar menerima sikap Haqim.

“Aesyah seronok tinggal di sini?”

“Alhamdulillah..seronok,daddy,”Aesyah tersenyum manis.Kedua lesung pipit yang terserlah di kedua-dua pipinya menambahkan lagi keayuannya.

Hafeez memandang ke arah lain.Boleh jadi gila dia memandang wajah manis kakak iparnya.Dia bingkas bangun dan meninggalkan meja makan.

“Hafeez,makan pun tak habis..you nak ke mana?”Datuk Iskandar meninggikan sedikit suaranya.Agak berang dia melihat nasi lemak yang tidak dihabiskan Hafeez.

I ada banyak kerja,”Dia menjeling Aesyah yang menuangkan teh untuk abangnya.“Abang Haqim kan cuti seminggu,I yang nak tanggung semua kerja abang.”

“Kalau you pun ada banyak kerja,abang masuk pejabat hari ni,”Haqim bersuara.Cuba mengambil kesempatan untuk mengelakkan diri bersama Aesyah.

“Haqim tak payah kerja,kan daddy dah bagi cuti?Nak kerja apanya?Baru kahwin semalam,hari ini dah kerja?”Datuk Iskandar merenung tajam ke arah Haqim.Haqim terdiam.Lidahnya kelu untuk melawan kata Datuk Iskandar.

“Tahu pun,kalau tak de apa hal,I pergi dulu,”Hafeez mengambil kot biru Dunhill di atas sofa.

“Awal kerja hari ni Hafeez?”Datin Balqis yang baru menuruni anak tangga hairan melihat Hafeez.Jam di dinding baru menunjukkan pukul 7.30 pagi.Biasanya pukul 9 pagi baru anaknya itu ke pejabat.Aesyah bangun dan mencium tangan ibu mertuanya.Datin Balqis tidak memberi sebarang tindak balas.Dia duduk di sebelah Datuk Iskandar.

I banyak kerja,mummy.I pergi dulu,”Hafeez mencium pipi Datin Balqis dan berlalu keluar dari situ.Jiwanya terganggu dengan kehadiran Aesyah yang berdiri berdekatan dengan ibunya.

Hadiey yang mendiamkan diri sejak tadi turut berasa aneh melihat tingkah laku abang keduanya.Dia memandang ke arah Aesyah yang turut keliru dengan Hafeez yang seolah-olahnya mengelak daripadanya.Kesian pula Hadiey melihat kakak iparnya.Dia menghulurkan kuih seri muka untuk Aesyah.

“Akak nak makan?Mak Jah yang buat,confirm sedap,”

“Terima kasih Hadiey,akak memang suka makan seri muka pun,”Aesyah menyambut pinggan berisi kuih seri muka yang dihulurkan Hadiey.Hadiey tersenyum.

“Mak Jah buat apa pun memang Hadiey makan,”Perempuan tua dalam usia 60-an menggosok-gosok rambut Hadiey.Mak Jah turut tersenyum memandang Aesyah.“Aesyah nak makan apa pun Mak Jah boleh masakkan.”

“Boleh,kita masak sama-sama ye Mak Jah?”Aesyah bertanya sambil duduk semula di sebelah Haqim.

“Boleh,”Mak Jah tersenyum lagi.Sejuk hatinya memandang wajah Aesyah.Keluarga ini sudah lama tiada serinya bagi Mak Jah.Semasa Haqim dan Hafeez masih kecil,keluarga ini memang bahagia dan ceria.Setelah masing-masing besar,serba suram dan tak kena.Tidak tahu mengapa.

Datin Balqis bersarapan tanpa mempedulikan perbualan Aesyah dan Mak Jah.Dia juga ada agendanya tersendiri.Pukul 9 pagi nanti dia harus merasmikan butik baru yang dibuka sahabat baiknya Datin Nora di The Curve.

“Macam mana rancangan honeymoon?”Datuk Iskandar cuba memecahkan kebisuan Haqim.

Honeymoon apa?Next week ada kenduri pulak.Tak payahlah,”Jawab Haqim malas sambil menghirup teh yang masih panas.Lidahnya terasa melecur.Salahnya sendiri kerana tidak meniup terlebih dahulu.

“Apa pula tak payahnya?Daddy akan sponsor,Soal wedding party tu pun daddy boleh uruskan.”Datuk Iskandar terdiam seketika.Memikirkan sesuatu.“Haqim dan Aesyah nak ke mana?Rome?Paris?”

Bunyi SMS menganggu perbualan mereka.Haqim menekan-nekan Blackberry Jovelin.Satu mesej ringkas tertera di skrin telefonnya.

I ada konvesyen marketing di Batu Ferringhi.You yang pergi atau Encik Azmi?

“Batu Ferringhi.”Haqim tersenyum sambil memasukkan telefon bimbit itu ke dalam saku seluarnya.

“Batu Ferringhi?”Datuk Iskandar mengerutkan dahinya.

“Ya,Pantai Batu Ferringhi,Pulau Pinang,”Haqim menyuapkan lagi nasi lemak ke dalam mulutnya.Mana mungkin dia menghabiskan percutian bersama Aesyah.Hatinya hanya gembira kerana ada Sofiya di Batu Ferringhi.

Aesyah tersenyum melihat suaminya.Tak kisahlah ke mana-mana pun yang penting ada Haqim di sisinya.

*****

Perjalanan hampir 31 kilometer dari International Penang Airport ke Golden Sands Resort tidak meletihkan Aesyah.Sesekali dia memandang Haqim yang memandu kereta Honda Accord yang disewa mereka.Memang aneh tetapi bicaranya dengan Haqim boleh dikira.Dua perkataan yang sering ditutur suaminya ‘ya’ dan ‘terima kasih’.

Sampai di Golden Sands Resort,mereka terus memasuki kamar yang sudah ditempah.Haqim menjinjing kedua-dua bagasi miliknya dan Aesyah masuk ke dalam bilik.

Dia membuka bagasinya dan mencari-cari kemeja Polo yang dihadiahkan Sofiya.Dia menghulurkan kemeja itu kepada isterinya.

“Tolong seterikan,boleh?”

Aesyah tersenyum sambil mengambil kemeja biru tua yang dihulurkan Haqim.Baju itu dikibas-kibaskan sebelum diletakkan di atas kain yang dilapik.Seterika dihidupkan dan kemeja itu digosokkan.

“Abang nak bawa Aesyah ke mana?”

Haqim tersentak dengan pertanyaan Aesyah.Dia tidak pernah memikirkan untuk membawa Aesyah ke mana-mana.Dia hanya ingin berjumpa Sofiya yang sekarang sedang berkonvesyen di hotel yang sama.

“Abang nak jumpa kawan lama,”Haqim bersuara perlahan.Dia memandang wajah Aesyah.“Abang seorang saja.”

Hati Aesyah sedikit tercuit.Pertama kali Haqim berbual panjang dengannya.Walaupun isi bicaranya mendukacitakan Aesyah tetapi sekurang-kurangnya Luqman Haqim sudah mula beramah dengannya.

“Aesyah tak ada hal kan?”Haqim cuba menebak apa yang terkandung di dalam fikiran Aesyah.

“Tak.Baru sehari.Kita ada 6 hari lagi kan di sini?”Aesyah tersenyum sambil menghulurkan kemeja yang sudah siap diseterika.

“Ya..ya..,”Suara Hakim sedikit bergetar.Dia memang tidak bijak menipu.

“Abang nak pergi sekarang?”

“Ya,”

Haqim pantas menyalin pakaiannya dan menuju ke arah pintu untuk keluar.

“Abang..”

“Hem?”Langkah Haqim terhenti.Wajahnya tidak dipaling ke arah isterinya.

“Pukul berapa abang balik?”Aesyah cuba tersenyum.

“Tak tahu lagi.Aesyah kunci pintu,abang ada kad lagi satu,”Haqim menunjukkan kad pintar di tangannya.Tanpa ucapan selamat tinggal,Haqim keluar dari kamar itu dengan tergesa-gesa.

Aesyah terdiam.Sebagai perempuan dia ada rasa curiga.Rasa curiga itu segera dipadamkan.Dia tidak fikir Haqim lelaki yang nakal.Wajahnya lembut seiring dengan tutur katanya.Aesyah menarik nafasnya dalam-dalam.

Dia menyibukkan diri mengemas pakaiannya dan Haqim ke dalam almari.

******

Sofiya baru sahaja selesai menghadiri konvesyen pemasaran untuk hari pertama.Encik Azmi yang turut bersamanya sudah bergegas pulang ke kamar hotel untuk bersama-sama isteri dan anaknya.Saat-saat akhir baru dia mendapat tahu bahawa pengurus pemasaran itu menggantikan Haqim ke konvesyen kali ini.Mesejnya langsung tidak dibalas Haqim.Sebagai kekasih Haqim,dia risau juga jika Haqim melupai janji mereka dan menerima isteri pilihan Datuk Iskandar itu selama-lamanya.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 6 petang.Dia juga ingin pulang ke kamarnya dan menukar pakaian.

Belum sempat melangkah ke hadapan.Matanya telah ditutup oleh tapak tangan seseorang.Bau minyak wangi The One membuatkannya tersenyum.

Boo,”Sofiya menarik tangan yang melindung pandangannya dan terus memeluk lelaki yang berdiri di belakangnya.

Haqim tersenyum sambil meleraikan pelukan Sofiya.

You tak sangka I kat sini?”

I ingat you tak ikut,”

I memang tak terlibat dengan konvesyen.”

“Habis tu?”Sofiya mengerutkan dahinua.

I datang dengan Aesyah,”

“Aesyah?Oh,isteri you.Honeymoon ke?”Sofiya tersenyum sinis.Rasa cemburu yang ternyata tidak dapat dilindung.

“Apa yang you cakap ni?I hanya sayang you tapi I tak boleh nak hampakan daddy yang suggest I bercuti dengan dia,”Haqim cuba memujuk Sofiya.“Lagipun you yang minta I kahwin dengan dia kan?”

“Ye,sebab kita ada perjanjian.Dan..”Sofiya memintal-mintal rambut Haqim yang sedikit berketak-ketak.“I harap you masih menghormati perjanjian itu.”

Haqim memberi senyuman yang paling manis untuk Sofiya.Dia mengangguk sambil memegang erat tangan gadis yang menjadi pujaan hatinya selama ini.

******

Hafeez yang baru pulang dari bekerja melonggarkan tali lehernya dan masuk ke dalam rumah.Dia menjeling Datuk Iskandar yang sibuk berbincang dengan seorang chef terkenal untuk menu majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.

Belum sempat dia melangkah menaiki anak tangga,seorang gadis menghampirinya dengan dua persalinan pengantin.

“Encik,ini pakaian pengantin yang ditempah oleh Datuk Iskandar,”

Tanpa mengesahkan siapa pengantin lelaki,gadis itu kelihatan kelam-kabut dan terus menyerahkan persalinan itu kepada Hafeez.Hafeez mengambil pakaian pengantin itu tanpa berkata apa-apa.

Dia merenung persalinan berwarna merah jambu dan biru lembut itu.Dia tersenyum sendirian.(Sudah pasti Siti Aesyah nampak berseri dalam pakaian ini).

Sejak kecil lagi dia menyukai apa yang disukai abangnya.Kalau abangnya mempunyai robot,dia juga menginginkan robot yang serupa.Pakaian,permainan video atau apa sahaja.Sehinggalah memasuki alam dewasa,dia menyukai Sofiya kerana gadis itu kekasih abangnya.Mujurlah tidak diketahui abangnya,jika tidak pasti menimbulkan perbalahan.

Situasi Siti Aesyah pula berlainan.Dia berani potong jari yang Abang Haqim tidak mencintai isterinya.Peliknya kali ini dia menyukai sesuatu yang tidak disukai abangnya.Hatinya sudah dicuri Aesyah sejak kali pertama menatap wajah ayu itu.Serba tak kena Hafeez dibuatnya.Dia menyalahkan Datuk Iskandar dalam hal ini.Patutnya orang tua itu menjodohkan Siti Aesyah dengannya.Bukan dengan abangnya yang tolol kerana tidak menghargai Siti Aesyah.Lagipun dia dan Aesyah sebaya,sudah tentu dia lebih memahami Aesyah berbanding abangnya yang tua dua tahun daripada mereka.

Bagi Hafeez,abangnya hanya berlagak budiman tetapi lelaki yang pengecut.Dia fikir tiada siapa yang tahu perbuatannya sedangkan Hafeez sudah dapat meneka apa yang berlaku.Suara Aesyah mengalunkan ayat suci Al-Quran pada malam itu dengan lampu yang terang bederang dapat dilihatnya melalui ruang di bawah pintu.Sudah tentu dia memeriksa apa yang berlaku dan hasil tinjauannya,Abang Haqim sedang tidur nyenyak di bawah.

“Abang Hafeez kenapa?”Suara Hadiey mengejutkan lamunanannya.

Hafeez tidak menjawab sebaliknya terus menaiki anak tangga sambil membawa persalinan pengantin untuk Haqim dan Aesyah.

Hadiey menjungkit bahunya.(Ntah apa-apa..)

*****

Jam di tangannya menunjukkan pukul 3 pagi.Aesyah tidak melelapkan matanya lagi.Dia setia menunggu kepulangan Haqim.

Walaupun Haqim mempunyai kad pintar kedua,tetapi Aesyah rasa bersalah jika tidak menunggu kepulangan Haqim.Telefon bimbit di tangannya diputar-putar.Dia mengeluh kecil.(Bodoh betul aku tak minta nombornya).

Matanya sudah kemerah-merahan.Dia bingkas bangun dan membancuh Nescafe panas.Dia duduk bersimpuh di hadapan almari yang berhampiran pintu.Kalau dia tertidur nanti pun dia akan terjaga apabila mendengar pintu dibuka.

Nescafe panas itu dihirupnya.Matanya pula semakin keletihan.Kafein pun tidak mampu menolak rasa mengantuk itu.Aesyah cuba menggagahi dirinya untuk tidak tidur.

Hatinya risau juga.Bimbang apa-apa berlaku kepada suaminya.(Semoga Allah melindungi Luqman Haqim..).

Saturday 19 December 2009

Khilaf Cinta:Bab 2

Sudah seminggu Haqim tidak pulang ke rumahnya.Seminggu itu juga dia tidak masuk ke pejabat.Seminggu itu hanya dihabiskan di Hotel Hilton.

Telefon bimbitnya dimatikan.Dia sudah tidak peduli.Biar daddy dan mummy susah hati memikirkannya.

Mana mungkin dia mengahwini gadis yang tidak pernah dikenalinya.Ini perkahwinan bukannya temujanji kali pertama.Lagipun dia sudah berjanji dengan Sofiya.Hanya Sofiya yang layak memilikinya.

Pening kepala Haqim memikirkan masalah yang dicipta daddy.

Bunyi ketukan pintu mengejutkannya.

Haqim melangkah longlai ke arah pintu.Dilihatnya melalui lubang kecil.Pintu itu peralahan-lahan dibukanya.

“Haqim!”Sofiya pantas memeluk Haqim.Haqim sememangnya merindui Sofiya tetapi dia begitu bingung di saat-saat begini.

Tangan Sofiya dicapainya dan dikucup bertalu-talu.

I’m sorry babe..really really sorry..I tak tahu apa yang ada dalam kepala daddy.”

Boo..I faham,I pun nak bincangkan sesuatu dengan you.”Sofiya membelai rambut kekasihnya sambil duduk di atas sofa.

By the way macam mana you tahu I kat sini?”

I terpaksa searching you macam orang gila.Boo,you janganlah merajuk sampai tahap ni dengan Datuk Iskandar.”

I tak nak kahwin dengan perempuan tu,”Haqim kelihatan cukup sedih.Separuh nyawanya hilang kerana rancangan Datuk Iskandar.

I nak you accept permintaan daddy you.”Kata-kata yang tidak diduga Haqim keluar dari mulut Sofiya.Kata-kata itu bagai panah menusuk hati Haqim

Babe,what’s wrong with you?”Haqim melepaskan pegangan Sofiya lalu bingkas bangun.Kepalanya digeleng-gelengkan.

You ikut cakap daddy you,kahwin.Dia nak you kahwin dengan budak tu kan?Dia tak suruh pun you hidup selama-lamanya dengan perempuan tu.Right?”Sofiya memandang mata Haqim.Memohon pengertian.

Haqim terdiam.(Kenapa aku tak terfikir benda ni?).

Just between us.Lepas bercerai dengan perempuan tu.You will marry me,right?’

Of course sebab I hanya cinta you.”Haqim melutut dan mengucup dahi Sofiya.“Only you.”

******

Hafeez mengetuk pintu bilik Sofiya.Tanpa diberi kebenaran dia masuk sambil tersenyum.Matanya meliar melihat hiasan bunga di bilik pejabat Sofiya.Bunga-bunga yang dihadiahkan oleh Luqman Haqim memenuhi ruang pejabat itu.

“Abang Haqim nak kahwin dengan perempuan pilihan daddy.”

Sengaja dia duduk di atas meja sambil tersenyum nakal.

“Encik Hafeez boleh tak duduk di atas kerusi?”Sofiya menjeling ke arah Hafeez.(Tak habis-habis mengganggu).

“Opss,sorry,”Hafeez menarik kerusi di hadapan gadis jelita itu dan duduk dengan kakinya diletak di atas meja.

“Encik Hafeez nak apa?”

“Tak de apa,I nak mention pasal perkahwinan abang kat you.”

“Terima kasih.I dah tahu.”

“Oh..daddy dan mummy berterima kasih pada you sebab berjaya memujuk abang menerima perkahwinan itu.”

It’s okay.. I ada banyak kerja ni.”

Hafeez bingkas bangun dan berjalan ke arah Sofiya.Dia berdiri di belakang Sofiya sambil memicit-micit bahu gadis itu.

You nampak a bit tense.Kalau ada apa hal,I ada.”

Sofiya menepis tangan Hafeez dan berjalan cepat ke arah pintu.

I really appreciate kalau Encik Hafeez keluar dari bilik I sekarang.”Pintanya tegas tetapi lembut.

Hafeez menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa nakal.Sebelum keluar dia memandang tepat ke mata Sofiya.

“Kau jangan pandang aku sebelah mata.Aku pun tak ada kalahnya nak dibandingkan Abang Haqim.Kalau apa-apa jadi pada daddy atau abang,aku yang menjadi CEO kat sini.Perempuan,jangan berlagak sangat.”

Hafeez mencuit pipi Sofiya sambil tersenyum.Sofiya mengetap bibirnya.Geram.Meluat melihat sikap Hafeez yang berbeza dibandingkan Haqim.

******

Suasana di halaman rumah Haji Salleh agak sibuk.Orang kampung sudah mula bergotong-royong menggoreng kerisik dan menghiris bawang.Tokey Lim sibuk mengarah anak buahnya memasang khemah.

Haji Salleh juga ke hulu hilir bagai tak cukup tangan.Asal perjanjian hanya majlis pertunangan tetapi sahabat lamanya itu meminta dilangsungkan sekali dengan majlis akad nikah.Kelam kabut juga dibuatnya.Mujurlah penduduk kampung sudi menolong.Selain katering,tiga ekor lembu ditumbangkan juga oleh Haji Salleh.Tak enak pula rasanya jika mengharapkan katering semata-mata kerana penduduk kampung sememangnya lebih suka bermuafakat dalam hal kenduri-kendara.

Aesyah memandang sayu ke luar tingkap.Belum pun sempat melepaskan rindu kepada abahnya,tiba-tiba dia perlu berkahwin.Berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya.Menjaga maruah keluarganya,Aesyah tidak pula meminta gambar bakal suaminya.Kalau pendek dan hitam legam orangnya pun Aesyah pasrah menerima.Tidak tergamak dia menolak permintaan abahnya yang beriya-iya ingin menunaikan hajat Datuk Iskandar.

Siti Khadijah yang sibuk menginaikan jari adiknya memahami gejolak jiwa anak gadis di hadapannya.Dia kagum dengan Aesyah.Dia sendiri pun tidak akan ada kekuatan menuruti perintah ibu dan abahnya jika dia di tempat adiknya.

“Kakak sayang saya?”

Tiba-tiba terpacul pertanyaan dari mulut Aesyah.Menyentuh jiwa Siti Khadijah.Rasa sebak menyelubungi jiwa raganya.

“Mestilah kakak sayang hang.Awat?”

“Kalau bakal suami saya halau saya,boleh saya tumpang berteduh rumah kakak?”Ada nada gementar di dalam pertanyaan Aesyah.Sebagai manusia biasa sudah tentu terselit juga rasa curiga terhadap bakal suaminya.

“Aesyah..”Siti Khadijah memeluk adiknya.Dikucupnya pipi kanan dan kiri adiknya.“Insya-Allah,Tuhan akan melindungi adik kakak.”

Aesyah cuba untuk tersenyum.Air jernih mengalir di pipinya.

******

Banglo mewah 5 tingkat itu sudah dipenuhi pekerja-pekerja Purnama Holdings yang sedia membantu untuk memeriahkan rombongan pengantin lelaki.Di saat-saat akhir masih ada yang sibuk menyiapkan barang hantaran.

Haqim duduk di atas katilnya seperti patung bernyawa.Dia hanya mengikut arahan Datin Balqis tanpa bantahan.

Mummy ingat baju warna merah ni cantik dengan Haqim tetapi orang sebelah sana pakai baju kuning,mummy kena tukar last minute.Entahlah daddy Haqim kalut sangat.Haqim?”

Haqim tidak menjawab.Pandangan jauh ke hadapan.Menembus dinding.Hanyut ke dalam alamnya.Entah di mana-mana.Perasaan sebak menyelubungi hatinya.Masih kaku tetapi air mata membasahi pipinya.

“Haqim..”Datin Balqis berasa pilu melihat keadaan anak tirinya.Dia memeluk pemuda itu dan menepuk-nepuk bahu Haqim.Walaupun sebagai ibu tiri,geram juga dia dengan tindakan suaminya.

Hadiey menutup kamar pintu bilik abangnya perlahan-lahan.Dia juga tersentuh hati melihat abangnya dalam keadaan sedemikian.Tiada lagi senyuman dan tawa abang kesayangannya.Dia pun tidak pasti mengapa daddy membuat rancangan ini.Seolah-olah daddy seperti terdesak.

“Hadiey,suruh Abang Haqim siap cepat.Jam 4 petang kita naik flight.Sampai airport Kepala Batas terus ke majlis akad nikah.Lambat betul!”

“Baik daddy,”Hadiey bersuara untuk mematikan bebelan Datuk Iskandar.Akalnya masih memikirkan tindakan drastik Datuk Iskandar.(Mengapa daddy terlalu memaksa?).

******

Perasaan Haqim masih tidak tenang ketika melangkah kakinya ke halaman rumah Haji Salleh.Paluan kompang yang diselangi selawat nabi menyambut rombongan keluarganya.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Bayangan wajah Sofiya bermain-main di kepalanya.

Datuk Iskandar bersalam-salaman dengan penduduk kampung sambil memperkenalkan isterinya,Datin Balqis.Hadiey seperti biasa hanya mendiamkan diri.Hafeez dengan wajah sinisnya memandang keadaan sekelilingnya dengan perasaan jengkel.Di belakang pekerja-pekerja Purnama Holdings turut sama membantu membawa barang hantaran.

Haji Salleh dan Hajah Fatimah menyambut kedatangan bakal birasnya dengan wajah yang ceria.Pelukan ukhuwah diselangi dengan air mata kegembiraan.Datin Balqis cuba menyembunyikan wajah muram durjanya.Sudah tentu dia berasa terkilan kerana tidak dapat bermenantukan Sofiya,tetapi hatinya gentar untuk mengingkari perintah suaminya.Apa yang dapat dilakukan cuma berlagak biasa.

Haqim menaiki anak tangga dengan langkah yang berat.Di dalam rumah,tok kadi sudah setia menunggu di hadapannya.Seorang wanita tua yang bertindak sebagai mak andam tersenyum memandang Haqim yang tampak segak dengan bersongkok dan berbaju melayu serba kuning.Kulitnya yang putih melepak menyerlahkan lagi keserian baju melayu yang dipakainya.Berambut kemerah-merahan,hidung mancung dan anak mata berwarna kehijauan hasil kacukan Inggeris sebelah ibunya.Ramai tetamu yang memuji-muji ketampanan pengantin lelaki.

“Pengantin lelaki dah sampai,panggillah pengantin perempuan keluar,”Arah mak andam sambil mengipas-ngipas dirinya dengan kipas kertas.

Haqim menelan air liurnya.Dia ingin cabut lari dari situ tetapi orang ramai sudah mula memenuhi ruang tamu dan beranda.Duduk silanya terasa canggung.Dalam keadaan yang serba tidak tenteram baginya,bunyi derapan papan yang seiring dengan langkah kaki mengganggu pendengaran Haqim.

Sepasang tapak kaki yang putih dan halus mulus serta dihiasi inai berwarna merah mencuri pandangannya.Perlahan-lahan kepalanya didongak.

Seraut wajah ayu bertudung dengan bibir merah delima merkah tertunduk malu sambil berjalan diiringi mak andam.Wajah yang suci dan tenang.Srikandi Islam yang belum pernah disentuh atau dicemari oleh yang bukan muhrimnya.

Sebagai lelaki sudah tentu hatinya tidak dapat menafikan raut wajah yang manis itu.Namun sebagai kekasih tak mungkin dia bisa menduakan Sofiya.Dalam kamus cinta butanya hanya Sofiya yang bertakhta di hatinya walaupun berdepan dengan bidadari dari syurga.

Hafeez di belakang abangnya juga menatap wajah kakak iparnya tanpa berkelip mata.Dia mengeluh kecil.(Mengapa Abang Haqim selalu mendapat yang terbaik?)

*****

Aesyah menjenguk ke luar tingkap memandang langit gelap yang hanya dihiasi bintang-bintang kejora.Dipandangnya Luqman Haqim di sebelahnya.Suaminya sedang tidur nyenyak dengan earphone Ipod di telinga.

Segalanya berjalan pantas seperti pita video yang dilajukan.Dengan sekali lafaz dia menjadi isteri kepada lelaki asing di sebelahnya.Selepas akad nikah dia terus di bawa menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur.Sepatutnya dia hanya ke sana minggu hadapan semasa kenduri di sebelah pihak Haqim.Datuk Iskandar yang beriya-iya membawanya sekarang.Kata Datuk Iskandar tak salah adat dilanggar kerana hukum agama telah pun mengesahkan bahawa mereka sudah terpateri sebagai suami dan isteri.

Aesyah sudah mula merindukan keluarganya.Memang sebelum inipun dia mengajar di Kuala Selangor yang secara langsung menjauhkan dirinya daripada keluarga.Tetapi perasaanya lebih aneh apabila berjauhan dengan keluarga dan hidup bersama keluarga baru yang asing buatnya.

Fikirannya melayang-layang di saat perpisahan dengan keluarganya petang tadi.

“Jaga diri elok-elok adik,”Siti Khadijah tidak henti-henti mencium pipi adiknya.Bukannya tak pernah berpisah tetapi kali ini rasanya berlainan.Berat betul hatinya melepaskan adiknya.

Aesyah tidak mampu menjawab.Dia sendiri karam dalam air matanya.Ibunya langsung tidak dapat berbicara sebaliknya hanya mampu memeluk anak gadisnya.Pejam celik anak kecil yang dimanjainya dahulu sudah menjadi isteri orang.

Haji Salleh juga sebak melihat keadaan tiga beranak di hadapannya.Aesyah anaknya yang paling mendengar kata.Bukan bermaksud Siti Khadijah anak yang derhaka tetapi anak sulungnya itu sentiasa menegakkan kata-katanya sendiri.Berlainan dengan Aesyah yang akur dengan arahannya.Hitam katanya,hitamlah kata Aesyah.begitulah juga sebaliknya.Kini anak gadis manjanya itu tidak lagi menjadi tanggungjawabnya.Walaupun gembira kerana Aesyah kini menjadi isteri orang,Haji Salleh tidak dapat menafikan kehilangannya.

Aesyah melepaskan pelukan kakak dan ibunya perlahan-lahan.Dia tunduk mencium tangan abahnya dengan penuh hormat.

“Aesyah jaga diri di sana,jangan malukan abah,ibu dan kakak,”Bisik Haji Salleh perlahan sambil memeluk anak gadisnya.

Aesyah hanya mengangguk dengan air mata yang bercucuran di pipinya.

“Anggap ibu dan bapa mertua sama seperti ibu dan abah,”Dikucup dahi anaknya.Aesyah semakin sebak mendengar kata-kata abahnya.

“Jangan jadi isteri yang nusyuz..jangan melawan cakap suami,”Haji Salleh perlahan-lahan mengiring Aesyah dan tangan Aesyah dihulurkan kepada Haqim.

Dalam keadaan serba-salah dan terpaksa,Haqim menyambut tangan Aesyah.

“Haqim jaga Aesyah elok-elok,kalau dia buat salah jangan dipukul sebarangan.Nasihat dan marah dia,”Haji Salleh bersuara dalam nada yang gementar.

Haqim hanya mengagguk.Senyuman tawar terukir di bibirnya.

Datuk Iskandar dan Hadiey turut hiba melihat perpisahan keluarga itu.Hafeez hanya tersenyum sinis manakala Datin Balqis kelihatan bosan dan rimas.

Perlahan-lahan Haji Salleh melepaskan Aesyah.Genggaman tangan Aesyah yang kuat itu dilonggarkan.Haqim pula dalam keadaan terpaksa memegang tangan Aesyah dan mengiringinya menuju ke kereta.

Di saat itu Aesyah tahu bahawa dia kini milik Haqim.Sebagai gadis yang naïf,saat Haqim mengucup dahinya semasa upacara membatalkan air sembahyang,satu perasaan indah menyelubungi hatinya.Dia jatuh cinta kepada suaminya walaupun mereka baru bertentang mata.Walaupun Haqim tidak ramah terhadapnya,dia tahu lelaki itu sebenarnya baik hati.Dia tidak sepatutnya memandang suaminya dengan perasaan syak wasangka dan curiga.

Hafeez memandang kakak iparnya yang sedang menyelimuti Haqim dengan baju sejuknya.Perasaan cemburu menghantui dirinya.Dijelingnya Datuk iskandar yang sedang tidur nyenyak di antara ibu dan adiknya.Dia juga lelaki yang kacak walaupun tidak mempunyai darah Inggeris seperti abangnya.Ramai wanita yang sedia menyerahkan diri kepadanya.Namun hatinya tetap tidak tenang kerana sama ada Sofiya atau Aesyah,abangnya selalu mendapat yang terbaik.

Tambahan Aesyah yang berwajah polos dan tenang.Mendamaikan jiwa di saat memandangnya.Hafeez memejamkan matanya.(Malangnya perempuan sebaik itu sudah menjadi isteri Abang Haqim).

Kapal terbang tambang murah Air Asia itu sudah mendarat di KLIA.Aesyah tidak dapat tidur sepanjang penerbangan itu.Hatinya berdebar-debar untuk melalui hidup-hidup sebagai isteri Luqman Haqim.

Dipandang lembut wajah suaminya dengan penuh perasaan kasih-sayang.

Friday 18 December 2009

Khilaf Cinta:Bab 1

Siti Aesyah masuk ke kelas 5A dengan senyuman manis terukir di wajahnya.Berbekalkan semangat cuti semester akhir yang bakal menjelma,gadis berusia 24 tahun itu begitu ceria menasihati anak-anak muridnya.Jangan bermain air bah..jangan membahayakan diri mandi di lombong..itu,ini,begitu dan begini.Hakikatnya 36 orang murid di hadapannya sudah menebak apa yang bakal dilakukan pada cuti sekolah nanti.Anak-anak SK Kampung Jeram Batu 10 yang berani mati.

Kecuali Aiman.Budak lelaki berkulit sawo matang itu sudah jatuh cinta monyet dengan guru muda di hadapannya.Ayu bertudung.Orangnya comel dan berbadan kecil dengan kulit cerah kuning langsat.Setiap kali Aesyah berbicara,Aiman akan menumpu perhatian dengan penuh minat.Sesekali dia memarahi rakan-rakannya yang membuat bising.

“Cikgu harap cuti nanti kamu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..”

Kringggg!

Bunyi loceng menandakan berakhirnya sesi persekolahan yang terakhir untuk tahun ini disambut dengan sorakan murid-murid.

“Assalammualaikum cikgu..terima kasih cikgu..selamat jalan cikgu..selamat bercuti cikgu!”

Aesyah hanya tersenyum mendengar laungan yang penuh semangat mengalahkan penyokong fanatik bolasepak England.(Selamat bercuti semua!)

Rindunya hati untuk pulang ke kampung.Wajah ibu dan bapanya terbayang-bayang di wajahnya.Begitu juga kakak kesayangannya,Siti Khadijah dan anak-anak saudaranya,Pejal dan Pija.

******

Lukman Haqim tersenyum memandang Sofiya yang datang menghampirinya dengan lenggang pinggul yang bisa mencairkan iman setiap lelaki.Gadis tinggi lampai yang menjadi kekasihnya sejak sama-sama belajar di MRSM sehingga melewati zaman universiti di UCLA dan manisnya apabila dapat bekerja di bawah satu bumbung.

Good morning,babe.”

Morning,boo.”Satu ciuman mesra hinggap di pipi Haqim.Mata nakalnya mengerling sama ada pintu bilik pejabatnya tertutup rapat atau tidak

“Ini report yang you nak semalam..”Sofiya duduk di hadapannya sambil menyilang kaki.Rambut ala Cleopatra dengan bibir mungil persis actress Megan Fox membuatkan Haqim bangga memiliki Sofiya sebagai teman wanitanya.Gadis urban yang serba sofistikated.

Genius!”Haqim mengenyitkan matanya.Laporan akaun Syarikat Purnama Holdings itu diletakkannya ke tepi.

“Kalau tak ada apa-apa hal,I keluar dulu..”Sofiya hampir bangun sebelum dihalang Haqim.

“Nantilah..I’ve got something for you.”

Boo,apanya?Birthday I dah lepas pun..so irritated bila you just wish me happy birthday.”Sofiya mengeluh kecil.Kecewa mengenangkan majlis harijadinya yang lepas tidak mendapat sebarang hadiah dari Haqim.

I tak bagi you hadiah ada sebabnya.”

“Sebab apa?”

Haqim tersenyum.Tanpa diduga Sofiya,jejaka tinggi lampai di hadapannya melutut sambil memegang tangan kanannya.

Boo..you..you..just kidding,right?”

Haqim menggelengkan kepala sambil tersenyum manis.Dia menyeluk saku seluar Gucci berwarna putih itu dan mengeluarkan sebentuk cincin dari Tiffani.

Babe..will you marry me?”

Oh my God!”Air mata kegembiraan menitis di pipi putih gebu itu. “Of course I will marry with you,boo.

Satu pelukan manja dan mesra menghangatkan tubuh Haqim.Haqim tersenyum gembira.Sofiya bakal menjadi isterinya.Daddy dan mummy akan diberitahu kemudian.Datin Balqis pastinya no problem.Walaupun sekadar ibu tiri,wanita itu tidak pernah mengecewakannya.Cuma Datuk Iskandar yang perlu dipujuk kerana lamaran dilakukan tanpa pengetahuan big boss.

******

Kereta Picanto berwarna merah jambu itu masuk ke lorong kecil menuju ke Kampung Paya Besar,Beseri.Perjalanan hampir 8 jam dari Kuala Selangor langsung tidak dirasai Siti Aesyah.Keletah anak-anak saudaranya,Pejal dan Pija melompat-lompat kegembiraan mencuit hatinya.

“Mak su balik!Mak su balik!”

Pejal dan Pija memeluk ibu saudara kesayangan mereka.Terhuyung-hayang Aesyah dibuatnya apabila kedua-dua anak kecil itu bergayut di kedua-dua tangannya.

“Mak su letih la sayang-sayang sekalian..hish..”Suara kakaknya membebel kedengaran dari luar rumah.Siti Aesyah tersenyum dan memeluk kakaknya dari arah belakang.

“Assalammualaikum,hot mama!”

“Waalaikumussalam.Bertuah!”Siti Khadijah menepuk-nepuk manja kepala adik kesayangannya.Janda yang kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya itu kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya.Mungkin serba-sedikit lelah membesarkan kedua-dua anaknya seorang diri menyebabkan Siti Khadijah kelihatan seperti awal 30-an.Hakikatnya dia hanya tua setahun daripada adiknya.Bagaimanapun orangnya masih cantik.

“Baru sampai,Aesyah?”Suara ibunya pula menangkap pendengaran telinganya.Aesyah memeluk ibunya yang masih bertelekung putih.Dicium pipi ibunya kiri dan kanan.

“Rindu ibu.”

“Ibu pun rindu.Pi mandi cepat.Maghrib pun dah suntuk.”

“Emm..abah mana?”Pertanyaannya menggantungkan arahan ibunya.

“Abah kat suraulah.Lepas Isyak nanti baru balik.Ada orang nak jumpa.”

“Orang?”Aesyah mengerutkan dahinya.

Hajah Fatimah tersenyum memandang anak gadisnya yang kelihatan bingung dan keliru.

Di halaman rumah,ayam jantan zaman kini yang tidak mengira waktu berkokok.Barangkali memberitahu umat manusia bahawa waktu Maghrib semakin singkat.

*****

Tangan abahnya dicium pernah hormat.Aesyah melemparkan pula senyuman menyambut lelaki yang kelihatan seusia abahnya.Lelaki itu membalas senyumannya.Aesyah berasa kekok apabila pandangan mata lelaki itu tidak berkelip memandangya.

“Kawan lama abah,Pak Cik Iskandar.Orangnya dah berpangkat Datuk,sekarang.Dah cakap pelat KL lebih.Bahasa Melayu pun dah terbalik kuang.”Haji Salleh berseloroh sambil ketawa kecil.

Hang ni..”Datuk Iskandar turut ketawa.

Kenyataannya memang benar,meninggalkan bumi Perlis sejak berusia 18 tahun,Datuk Iskandar terkial-kial bertutur dalam loghat utara.Dia dan Haji Salleh memang bersahabat baik sejak kecil.Selepas mengikut bapanya,Sir Idris mengajar di Kuala Lumpur,entah mengapa dia tidak lagi menjejak kaki ke kampung asalnya.Seronok menikmati zaman mudanya.Era Woodstock yang serba fantasi.Berhijrah di London dan bertemu jodoh dengan wanita Inggeris di sana.

Sebaik sahaja mendapat Luqman Haqim,isterinya tega untuk kembali menganut agama Kristian kembali.Demi menyelamatkan akidah Haqim,penceraian berlaku dengan nilai pampas an yang tinggi supaya Anna Maria tidak menuntut hak penjagaan Haqim.Datuk Iskandar mungkin berfikiran terbuka ketika itu tetapi tidak sampai mengabaikan agama.Kembali ke Malaysia dia bertemu jodoh dengan isterinya sekarang,Datin Balqis.Melayu urban yang serba moden.Tetapi sekurang-kurangnya masih beragama Islam.Hasil perkahwinan kedua,dia dikurniakan dua orang anak lelaki lagi.Luqman Hafeez dan Luqman Hadiey.

Sengaja dikekalkan nama Luqman supaya anak-anaknya mendapat berkat nama Luqman Al-Hakim.Walaupun nama isterinya seperti isteri Nabi Sulaiman A.S dan nama anak-anaknya yang berpangkal Luqman sempena nama pewari hadis yang masyhur,kehidupan mereka agak renggang dari Al-Quran dan Sunnah.Mungkin kerana kesilapan silamnya yang tidak memberatkan ajaran Islam,anak-anak dan isterinya juga tidak menuju ke arah itu.Tuntutan agama dipandang ringan.Ada masa buat,tak ada masa tak buat.Tak pun buat-buat lupa.Hanya Hadiey yang memberatkan tuntutan agama.Anak bongsunya walaupun bersekolah di Methodist Boys School tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu dan membaca Al-Quran.Agak pendiam dan suka menyendiri.Barangkali agak tertekan dengan peperiksaan SPM yang bakal dijalaninya.

Hang mengelamun apa,Is?Minum kopi kalau nak berangan pun.”Haji Salleh tersenyum memandang sahabat lamanya.

Datuk Iskandar tersenyum.Tidak menjawab.Dia memandang wajah Aesyah yang diapit ibu dan kakaknya.Sejuk hatinya melihat wajah jernih ketiga-tiga wanita bertudung di hadapannya.Tambah-tambah melihat Aesyah.Tanpa secalit mekap pun wajah gadis itu kelihatan ayu dan cantik.Hatinya tenang dan aman.

“Aesyah ada teman lelaki?”

Pertanyaan yang terpacul dari mulut Datuk Iskandar menyebabkan wajah Aesyah menjadi merah padam.Abah,ibu dan kakak yang sudah menduga pertanyaan itu tidak menunjukkan apa-apa kejutan kecuali senyuman.

Telinganya terasa merah.Soalan emas dari tetamu misteri.

Lagu tu la dia Is,zaman duk sekolah menengah malunya kat lelaki sampai nak keriau.Sejak masuk universiti baru la berani sikit.Dah jadi cikgu kot malu lagi baik jadi surirumah.”

Tempelak abahnya membuatkan wajah Aesyah semakin merah padam.(Bukan main lagi abah depan kawan lama noo..).

“Haha..beginilah Aesyah,pak cik ada hajat..harap Aesyah dapat tunaikan hajat pak cik.”Datuk Iskandar merenung tepat ke mata gadis muda di hadapannya.Hati Aesyah berdebar-debar.(Masya-Allah..hajat apa pulak ni?)

******

Haqim bersiul-siul kecil sebaik sahaja memasuki banglo mewah 5 tingkat di atas bukit.Dia sedikit terkejut apabila mendapati ada keramaian kecil di ruang tamu.(Majlis apa pulak ni?)

Congratulations big brother!”Hafeez dengan rokok yang masih diapit di bibirnya memeluk Haqim.Asap rokoknya berkepul-kepul memedihkan mata Haqim.

Congratulations amendanya?”Haqim menutup hidungnya.Bukan sahaja bau asap rokok,dia dapat menghidu bau alkohol dari mulut adiknya.(Tak serik-serik dia ni!)

You lah dengan Sofiya..tahniah!”Hafeez tersengih sambil menepuk-nepuk bahu abangnya.

Haqim menepuk dahinya.(Babe..cepatnya berita CNN tersebar..).

Come my dear,”Datin Balqis menarik tangan Haqim.Sempat lengan Hafeez dicubitnya. Dia berbisik ke telinga anaknya yang mengaduh kecil.“Behave yourself..jangan muntah kat sini pulak.”

“Okay,mummy,”Hafeez masih tersengih seperti orang mereng.

Haqim menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Hafeez.(Balik daddy karang..teruk kena ni!).Kali terakhir dia tertangkap kerana mabuk bulan lepas.Mengamuk besar Datuk Iskandar apabila Hafeez muntah di dalam dapur.Dihalaunya Hafeez saat-saat itu jua.Seminggu menumpang di rumah rakan,Hafeez pulang semula selepas Datin Balqis memujuk suaminya.

Karakter 3 Luqman yang berbeza.Haqim lebih ke arah mat bunga,Hafeez ternyata hero kelab malam dan Hadiey umpama kiyai muda.Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengerti mengapa ketiga-tiga waris Datuk Iskandar itu berbeza sifat.

Gorgeous, tahniah atas lamaran you.Mmuah..”Ciuman Datin Nora melekat di pipi Haqim.Bakal ibu mertuanya itu ternyata cukup bangga mendapat bakal menantu yang bukan sahaja kacak tetapi kaya dan baik hati.

Thanks auntie.”Haqim tersenyum.

After this no more auntie okay..mummy,right?”Datin Nora tersenyum lagi.

“Okay.”Haqim ketawa kecil. “Sorry auntie..mummy..I nak naik atas sekejap.Sekejap je.”

Datin Balqis dan Datin Nora mengangguk.Haqim menjinjing beg bimbitnya dan menaiki tangga menuju ke tingkat tiga.Bilik nombor satu dikuak.Dia tersenyum melihat Hadiey yang sedang menelaah pelajarannya.

“Hello brother.”Haqim menyapu rambut adiknya.

“Hello Abang Haqim.Assalammualaikum.”Hadiey tersenyum.

“Waalaikunussalam,ustaz.”Haqim berseloroh sambil ketawa kecil.Dia mengeluarkan sebuah fail dari dalam beg bimbitnya.Meletakkan di atas meja.

“Apa ni?”

“Soalan spot..abang korek-korek dari sumber yang dipercayai.”

“Terima kasih abang.Sangat-sangat dihargai.Tapi Hadiey kena usaha jugak.Tuah takkan datang bergolek.Tuhan pun tak akan membantu hambaNya yang tak berusaha.”

“Ya betul tu ustaz.Abang nak mandi dulu.Ada party kat bawah,tak nak join?”

“Banyak kerjalah Abang Haqim,”Hadiey cuba mengelak.Tetapi masih menjaga hati abangnya.

Okay,selamat belajar!”

“Abang Haqim..”Hadiey terdiam seketika.Cuba untuk tersenyum.“Tahniah untuk abang dan Kak Sofiya.”

“Terima kasih adik.”

Haqim tersenyum sebelum keluar dari bilik Hadiey.

Hadiey menarik nafasnya.Baginya Abang Haqim dan Abang Hafeez bagai langit dan bumi.Haqim bertanggungjawab dan baik hati.Kelemahannya mungkin memandang ringan suruhan Tuhan.Sofiya terlalu kebaratan buat abangnya.Wanita seperti Sofiya hanya layak untuk lelaki seperti Abang Hafeez nya.Hadiey mengeluh kecil.(Tak adakah wanita yang baik untuk Abang Haqim?)

******

Hajat Datuk Iskandar menyebabkan Aesyah tidak dapat melelapkan mata.Apatah lagi hajat itu mendapat sokongan seratus peratus dari abah dan ibunya.

“Tak boleh tidoq?”

Siti Khadijah berbaring di sebelah adiknya.Aesyah tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk.

Hang ada boyfriend ka?”

“Mana ada kak.”

“Habis tu apa masalahnya?”

“Saya tak kenal lelaki tu kak.”

“Apa kebaikan kalau hang kenal dia?”

“Saya tahu hati budinya.”

“Ya ka?Kakak dengan aewah Abang Ijam hang kenal sejak zaman sekolah lagi,tapi tak kenal-kenal juga hati budi sampai arwah meninggal.”

Aesyah memandang kakaknya.(Saya simpati dengan kakak tetapi situasi kita berbeza).

“Jodoh yang mendapat restu abah dan ibu.Mesti mendapat berkat adik.”

“Kalau lelaki tu tak suka saya?”Hati Aesyah masih curiga.

“Tu maknanya ujian dari Allah.Pastinya hanya hamba yang disayangi sahaja diberikan ujian-ujian yang perit sebegitu.”Siti Khadijah memandang ke wajah adiknya. “Tak betul la lelaki tu kalau tak suka kat hang pasal hang cantik.”

“Buat lawak pulak.”Aesyah bersuara perlahan.Sudah mula rasa mengantuk.

“Lawak apa,adik kakak memang cantik pun.Ikut sapa?Hajah Fatimah la.”

Aesyah dan Khadijah ketawa kecil.

“Adik,yang penting hang buat semua ni atas permintaan ibu dan abah.Tuhan takkan menzalimi hambaNya kecuali hambaNya yang menzalimi diri sendiri.”

Siti Khadijah teringatkan perkahwinannya yang tidak diperkenankan ibu dan abahnya.Kerana cinta itu buta dia menerima lamaran Ijam walaupun lelaki itu seorang penagih dadah.Perkahwinannya diberikan seribu ujian sehinggalah arwah suaminya meninggal dunia kerana dilanggar kereta ketika khayal.Berapa banyak rantai dan gelangnya tergadai di kedai pajak kerana ketagihan arwah suaminya.

Apapun berlaku,dia mendoakan kesejahteraan suaminya di alam sana.Buruk-buruk pun arwah tetap bapa Pejal dan Pija.Semoga Allah mengampunkan dosa arwah suaminya.Itu doanya setiap waktu.

Dia memandang Aesyah yang sudah pun terlelap.Adiknya begitu naïf.Moga Allah sentiasa melindunginya.

******

Datuk Iskandar tercengang melihat tetamu yang keluar berpusu-pusu dari rumahnya.(Ada apa pulak ni?).

Penerbangan 2 jam dari Alor Setar ke KLIA langsung tidak dirasa.Dia tidak sabar-sabar menyampaikan khabar gembira buat keluarganya.

Party apa ni?”

Datuk Iskandar mendapatkan isterinya sambil menghulurkan bagasinya kepada Datin Balqis.

Party meraikan lamaran Haqim untuk Sofiya.”

“Lamaran?Daddy tak tahu pun?”Suara Datuk Iskandar sedikit meninggi.

Daddy janganlah marah,memang nak maklumkan kat daddy pun,”Pujuk Datin Balqis.

“Bila nak maklumkan?Minggu depan?Hadiey panggil Abang Haqim!”

Hadiey yang baru sahaja menuruni tangga tersentak dengan jerkahan bapanya.Niatnya untuk supper terbantut dan dia terus bergegas memanggil abangnya.

“Cuba daddy jangan bad temper.”

“Memang daddy marah.Keputusan yang sebegini besar dibuat tanpa pengetahuan daddy.Siap dah adakan party.”

Party ni idea mummy bukan Haqim.”

Datuk Iskandar memicit-micit kepalanya yang mula berdenyut-denyut.(Susahlah kalau macam ni!Emak pula yang terlebih!).

“Kau kenapa?”

Matanya menangkap Hafeez yang berjalan terhuyung hayang.

I?Tak de apa daddy..I mengantuk,”Hafeez cuba membetulkan langkahnya.Mati dia kalau ditangkap mabuk lagi.

Datuk Iskandar mendengus kasar.Dia pasti Hafeez mabuk lagi.Mahu sahaja diterajang anak keduanya.Tetapi dia harus menyelesaikan perihal Haqim dahulu.

“Ada apa daddy?”Haqim bertanya sebaik sahaja menuruni anak tangga dengan diekori Hadiey di belakang.

“Haqim melamar siapa?”

“Ohh..pasal tu..Sofiya.”Haqim tersenyum.

Datuk Iskandar cuba mengingati wajah Sofiya.Gadis moden yang bekerja sebagai akauntan di pejabatnya itu memang rapat dengan Haqim.Tak sangka pula mereka menyimpul kasih tanpa pengetahuannya.

Daddy tak setuju!”

Daddy?”Haqim terpinga-pinga.

“Haqim melamar tidak mengikut adat dan agama.Haqim tak utamakan daddy.”

I’m sorry daddy,”Haqim memeluk Datuk Iskandar.Cuba menenangkan kemarahan bapanya.“Haqim tak bermaksud nak mengenepikan Daddy.”

Daddy tetap tidak setuju.”Datuk Iskandar melepaskan pelukan anaknya.“Lagipun daddy dah ada calon isteri untuk Haqim.”

Kata-kata keramat Datuk Iskandar bukan sahaja mengejutkan Haqim,malahan Datin Balqis,Hafeez dan Hadiey turut terpinga-pinga.

Friday 27 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalammualaikum,hari raya korban nih macam biasa pergi makan kenduri daging korban le kan.Ke Chemumar rumah ayah kakak ipar aku.Piya pun di bawa ibunya ke sana sejak kelmarin.Masa kitaorang pergi sana,dia excited giler jumpa kitaorang.Macam-macam aksi aneh dibuatnya.Hari Ahad baru Piya balik Kangar.
Kat umah kitaorang wat kenduri laksa aje.Makan sepuas-puasnya.:)

Piya wat aksi yang kunun-kunun comel sesangat!
Muka nakal tengah membuli mak ngah nyer..
Puan Hatun dan Encik Rais on the way nak pergi kenduri daging korban..:D
Me and my younger sister..yang kecik tak nak ler posing raya2 nih..ish,ish..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D