WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday 18 December 2011

Bil Celcom Exec 50 Plus M Advance 58 PERTAMA

Salam dan hai..hari itu saya agak ternganga menerima bil PERTAMA Exec 50+Data 58 saya.Penting juga untuk anda yang baru nak mencuba Celcom.Jangan jadi seperi saya yang tak research dahulu.Nak tau apa cerita?Jom!

Urusan convert line dari DIGI ke Celcom berlangsung di cawangan Celcom SEJAGAT INDAH di Kangar,Perlis.Pegawai Celcom yang berurusan dengan saya namanya Cik Jarina.Sebelum ini saudari tersebut cuma menerangkan fixed bil yang saya perlu bayar cuma RM108 setiap bulan.Malah dia juga meminta saya tidak menggunakan Exec 20 kerana katanya rugi.RM20 baru sewa belum dicampur dengan berapa sms dan call yang saya guna.

Saya pun tanya ada apa-apa yang perlu dibayar tak?Mulanya katanya tidak namun dia meminta saya membayar RM58(pada 30/11/2011)untuk m Advance saya(3GB untuk RM58).Jadi saya pun berfikir,okay sekurang-kurangnya bulan ini saya akan bayar RM50(Untuk penggunaan call dan SMS yang tak sampai RM50 pun sebenarnya).

"Bayaran lain,cik?"
"Tak ada,itu sahaja."

Akhirnya sampai bil terus rahang jatuh ke bawah macam Spongebob.Rupanya saya tetap dikenakan bayaran data RM58,yang saya bayar cuma up front yang tak diterangkan Cik Jarina itu(sekali seumur hidup katanya di dalam bil).Juga duti setem yang tak diterangkan oleh cik puan itu sebanyak RM10.

Pasal pro rate itu saya call customer service dan itu katanya bayaran sebelum bil dikemukakan(grrrr...apa salahnya start terus dari saya guna khidmat talian mereka macam DIGI?).Memandangkan saya terlewat menukar bil online maka kena RM3 untuk kertas bil dan pro rate lagi RM1.30.Si Pegawai Khidmat Pelanggan tu barulah menerangkan semua bil yang saya tak tahu itu.Saya pun beritahu beliau yang pegawai anda juz menerangkan fixed price RM108 dan tidak menerangkan yang advanced RM58 yang saya bayar untuk upfront M Advance.Apa benda pro rate,duti setem atau hidden charges lain untuk bil pertama langsung tak berbunyi.Si Pegawai Khidmat Pelanggan itu berjanji yang bil kedua saya akan OK macam biasa.

Panggilan dan SMS saya tak sampai RM10 pun.Tapi itu no komen la sebab saya tengah bercuti.Takut nanti dah balik Perak call mama dan piya sudah lebih RM50.Kita tengok nanti kalau sampai bil kedua pun macam tu saya tukar juga Exec 20.Yang best cukai kerajaan RM4.31.

Setelah ditolak rebate segala bayaran dikenakan saya RM169.31 dan oleh sebab saya dah bayar advance RM58 maka bayaran bulan ini RM111.30.Amik kau...

Sebelum ini saya gunakan DIGI SMART PLAN.Memandangkan signal DIGI di Perlis teruk terpaksa saya bertukar kepada Celcom.Saya bayar advance DIGI RM68 dan bil yang datang cuma bil yang saya gunakan.Kalaulah DIGI membuat liputan menyeluruh..memang sudah bye bye Celcom dan Maxis letak dalam tong sampah.

Buat masa ini bak kata Mila Amylia dalam novel dan filem 'Ombak Rindu'..REDHA ITU RELA DAN PASRAH ITU MENYERAH.

Saya PASRAH je..huk huk

Bill Date 13/12/2011
Package Celcom Exec 50

Payment Detail Date
Amount(RM)
Cash Payment 30/11/2011
=-58.00

One Time Charges
Amount(RM)
Stamp=10.00
mAdvance Upfront Charges=58.00
=68.00

Monthly Charges(From Date To Date)
Amount(RM)
Itemised Bil(13/12/2011-12/01/2012)=3.00
Itemised Bill-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=1.30
Call Waiting/Hold(13/12/2011-12/01/2012)=-0.00
Call Waiting/Hold-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
CLIP(13/12/2011-12/01/2012)=0.00
CLIP-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
Telemanager Basic(13/12/2011-12/01/2012)=0.00
Telemanager Basic-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
Monthly Fee(13/12/2011-12/01/2012)=50.00
Monthly Fee-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=21.67
Celcom Broadband mAdvance(13/12/2011-12/01/2012)=58.00
Celcom Broadband mAdvance-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=25.13

TOTAL:159.10


Chargeable Usage
Amount(RM)
Local Calls=3.01
Domestic SMS - Send=2.76
1300 Calls=1.05
SMS Content Services - Sent=0.15

TOTAL=6.97

Discounts & Rebates
Amount(RM)
Itemised Bill Discount=-4.10
Usage/Call Charges-Waived=-6.97
mAdvance Rebate (1 Month)
-58.00
-69.07

6% Service Tax
Amount(RM)
Monthly Charges=4.31

Current Charges
169.31<------lalalalalalalalalala..:p

Moral cerita jangan percaya cakap mana-mana kakitangan telco mana-mana pun atau syarikat mana-mana pun.Buat Research dahulu.Sekian,terima kasih.SEMOGA PEKERJAAN DAN REZEKI GAJI ANDA DIBERKATI ILAHI...:)

Saturday 17 December 2011

Biarkan Gelora Melanda Hati

Sudah 2 tahun saya melalui Disember yang pahit.Sebagai manusia biasa saya mengeluh.Sebagai Hamba Allah saya cuba memohon kekuatan.Benarlah kata arwah chaq(atok) saya dulu.. “Jangan suka sangat,suka jawapnya duka..,”

Saya sebolehnya tidak mahu mencari musuh.Namun harus saya akui kadangkala tak semua orang dapat memproses apa yang dipertuturkan atau ditaipkan saya.Saya selalu menghadapi masalah disalah ertikan pertuturan atau kata-kata.Saya perlu berhati-hati apabila bertutur atau menintakan kata-kata kelak.Nak mengatakan TIDAK pun sukar.Akhirnya saya terjerumus dengan masalah ‘janji atau tidak janji’.

Ramai rakan-rakan melabelkan raut wajah saya dalam kategori baik dan kesian.Perubahan perlu dilakukan agar situasinya kelak tugas saya bukan hanya untuk memuaskan hati pihak lain terlebih dahulu.Adakalanya saya ikhlas dan redha dengan situasi itu dan adakalanya saya Cuma pasrah untuk mengelak keadaan menjadi parah.Namun daripada pasrah itu akibatnya hati saya yang tidak tenteram kerana terlalu memendam.

Serius?Mungkin masanya saya patut serius.Tahun hadapan saya bakal menjangkau 33 tahun.Sudah terlewat untuk saya tidak serius dalam mengharungi hidup dan akhirat.Asyik suka-suka sampai bila kan?

Saya terpanggil untuk serius dalam kehidupan semenjak melihat sahabat sekolah rendah saya,Puan Raudzah Mat Rejab seorang peguam syarie yang memenangi kes berprofil tinggi ‘RM 999,999.99’ Puteri Netty Izma(sila rujuk Google atau arkib Utusan Malaysia).Saya dan Che Di(nama panggilan)sama-sama saja buat nakal semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Paya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(P)Kangar.Bagaimanapun dewasa ini beliau sudah meninggalkan saya jauh ke belakang dalam mencapai matlamat hidup di alam fana ini.Bukan sahaja beliau malah rakan-rakan lain yang pernah berada di kedudukan di bawah saya dalam akademik pun.

Allah menguji saya dengan seronok dalam dunia sehingga membuat saya lupa untuk berbakti kepada dunia.InsyaAllah semoga tahun hadapan dan tahun berikutnya saya akan tutup Disember dengan senyuman…

Doakan saya dapat menyambung pengajian Ijazah dalam program pensiswazahan guru pada tahun hadapan.Doakan juga semoga manuskrip pertama saya yang sudah diubahsuai diterima syarikat penerbitan.Saya sudah berusaha yang tinggal hanya doa dan izin Allah SWT.Jika tiada rezeki,walaupun kecewa bermakna Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya.

Minggu ini kakitangan awam bersyukur menerima bonus setengah bulan gaji.Para penjawat awam juga akan memilih sama ada setia dengan SSM atau SPBA.Andai merasakan ingin terus berbakti di muka bumi Allah ini makan terimalah pencen 60 tahun di bawah SPBA.

Allah berikan kekuatan untuk saya meneruskan perjalan hidup pada masa ini dan pada masa akan datang.Berikan senyuman kerana selain sedekah ia juga terapi buat rohani diri :)

Saturday 3 December 2011

JOM WAYANG:Ombak Rindu


Secara jujurnya saya tidak pernah membaca novel ‘Ombak Rindu’ walaupun ramai rakan-rakan saya yang sudah membacanya.Lewat ‘Ombak Rindu’ dihasilkan saya sibuk di institut perguruan ketika semester kedua.Sibuk dengan assignment memang tak tersempat nak baca.

Saya juga menghadapi dilema sama ada ingin menonton Ombak Rindu,Breaking Dawn Part 1 atau Puss In The Boots.Takut juga mengecewakan seperti 'Lagenda Budak Setan'.Bukan senang nak keluar ke panggung wayang sejak anak saudara saya Piya makin besar.Tak bawa mengamuk dah bawa mengamuk dalam panggung.Hari ini Piya bersama ibunya balik ke rumah bapa kakak ipar saya,jadi FREE.Saya memilih Ombak Rindu setelah adik saya,Yaya memang bersungguh mengajak kami sekeluarga menonton Ombak Rindu.Memikirkan filem ini juga arahan Osman Ali yang saya kagumi arahannya dalam ‘Anak Halal’,maka,apa salahnya kan?

15 minit pertama saya sudah bergenang air mata melihat perwatakan ibu saudara Izah lakonan Delimawati(also known as Hantu Kak Limah)yang hiba apabila suaminya memaksa Izah ke Kuala Lumpur. “Aku ni dah tak lama..”lontaran dialog itu saja sudah buat saya hiba.

Seterusnya?Memang dihujani dengan adegan-adegan yang meruntun hati.

Maya Karin memang menjiwai lara Izah.Beragama,polos,suci dan dibuli suami.Adegan yang menambat hati saya ketika dia mengunci diri di dalam tandas semasa Haris mengamuk kerana menyangkanya mengandung.Maya Karin memang favorite saya dalam 'Anak Halal'.Tetapi,raut wajah dan tutur kata Maya sebagai Izah yang sepatutnya ayu dan lembut tak terhadam oleh saya.Rakan-rakan yang sudah membaca novel dan menonton filem ini juga memberi pendapat yang sama.(Mungkin..Fazura lebih sesuai?Pendapat saya).Apapun Maya sudah menjiwai wataknya dengan baik.

Aaron Aziz sebagai Haris memang cukup perisa.Ego,kacak,romantik,kurang ajar,baran dan baik hati.Berbanding Seth Tan dalam Nora Elena yang sangat romantis,Haris mewakili lelaki biasa dengan ego yang tinggi.Rasa nak lempang Haris pun ada dan rasa jatuh cinta pada Haris pun ada.Jadi,Aaron Aziz sudah memberi yang terbaik semampunya.

Lisa Surihani sebagai Mila Emilia juga semakin berkeyakinan.Kuat cemburu,bengkeng,tamak dan cantik.Rasa sangat rimas melihat dia menangis tidak berair mata di dalam ‘Lagenda Budak Setan’.Tetapi itu semua ditepis oleh Lisa Surihani dalam ‘Ombak Rindu’.Saya paling suka adegan Mila bersama Izah di rumah Mila dan babak akhir di tengah sawah bendang.Jiwa wanita saya turut menangis apabila Mila memberitahu betapa dia mencintai Haris,terdiam dan kemudiannya linangan air mata mengalir di pipinya.

Bront Palarae sebagai Mail seperti biasa selamba dan berkeyakinan.Azizah Mahzan sedikit over acting bagi saya.Apapun dia berjaya membuat saya menyampah dengan wataknya.

Memang babak ke babak disunting dengan pantas tetapi padat dan tidak mencacatkan jalan cerita seperti yang terjadi kepada ‘Lagenda Budak Setan’.Saya rasa penulis novel ini Fauziah Ashari tidak perlu risau kerana suntingannya masih kemas.

Sedikit kelakar melihat fan club Mila yang tidak realistik(Nampak pak pacak sangat).Begitu juga adegan Izah menonton Mila diwawancara dalam televisyen.Tak selari adegan Mila dengan dialog.Tetapi itu semua tidak mencacatkan 'Ombak Rindu'.

Lagu tema yang dinyanyikan Adira dan Hafiz juga membuai jiwa.Siapa penciptanya ya?

Rasanya sudah lama rakyat Malaysia tidak dihidangkan kisah drama berat yang penuh dengan air mata seperti era 60-an dan 70-an(Permintaan Terakhir,Esok Masih Ada,Ibu Mertuaku-sekadar beberapa filem).Tayangan jam 12.15 tengah hari di Big Cinema,Alor Star Mall tadi juga full house.Semasa saya membeli tiket jam 10.50 pagi tadi hanya tinggal tempat di barisan pertama hingga ketiga.

Penghayatan saya cuma terganggu dengan ketawa penonton yang tidak kena mengena dengan adegan yang tidak sepatutnya diketawakan.Contohnya semasa Izah mengucap 'Ya Allah lindungi aku..' berulang kali semasa Haris cuba meragut kehormatannya.Pekerja panggung juga sudah membuka pintu semasa adegan Haris dan Izah di atas bot.

Saya bagi 4 daripada 5 bintang..:)..sediakan tisu dan tak rugilah tiket anda jika anda memang inginkan drama berat yang meruntun hati..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D