WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday, 19 November 2016

The G-Day: Konvokesyen UPM Yang Ke-40 On 25th October 2016

Salam! A bit late.. tapi nice to throwback. Alhamdulillah after 4 years yang kelam kabut akhirnya macek graduate juga. Better late than never kan? Kitaorang ambik jubah on 15th October. Rent Hello Hotel. Sebelum ni Ihome, try hotel baru. Harga okey tapi Selangor tengah krisis air pihak management should consider bagi timba ka apa tahan air sebab 2nd day memang air tak da. Bila ada air je, kena cepat2 mandi haha.

Ok tips untuk yang nak ambil jubah UPM tu for next gday.. siapkan semua slip2 yang perlu dan ambik ikut nombor meja. Boleh test padan tak padan. Macek tazzangka masih boleh pakai S. Untuk UPM korang boleh bawa balik seminggu sebelum konvo. Haha. Masa raptai tu pakai apa pun tak pa. Janji sopan la kan. Nak pi tak pa, tak pi pun tak pa. Tapi pi pun okey sebab boleh la dapat sikit gambaran hari tu. Tak ada protokol bagai apa pun masa raptai tu.

Masa G-Day.. konvokesyen UPM yang ke-40. Me and my PPG group kena last sidang. Supposed I pi sorang ja. So I malas dok hotel dan pi pagi2 by flight. Last minute Yaya dapat cuti. So adik daku tu follow. Ambil CRK 2 hari saja. Cikgu2.. untuk konvo hanya CRK saja okess tak ada cuti off record macam masa ambil exam di U. Sgt rush haha.. pasal flight delay 30 minutes sebab ribut. From KLIA ke KL Central pulak driver bus bawak sangat romantik and end up train nak pi Serdang lagi 1 jam baru nak sampai KL Central. So kami rent teksi RM41 ke UPM sambil dapat bawa balik token KTM. Sampai sana teksi tak boleh terus masuk ke Dewan Besar, jadi menapak sikit. Mujur Reen da sampai dulu and then Kak Ita. Yang lain nak beratur masuk dewan baru jumpa tu pun Nani ghaib. Sebelum ni dok ingat duduk ikut matriks number.. rupanya duduk segeng je janji kau ada kad nombor yang nak bagi kat pembantu MC. Kitaorang bila da segeng ni memang tak behave haha. Sidang habis dalam 5 petang lebih kurang. Tak sempat nak bergambar satu geng hujan lebat. Masa ni juga kena hurry hantar balik jubah dan ambik transkrip. Unless nak datang balik. Tq my darlings Reen dan Nani tolong settle bab tu pasal ku nak kejar bas balik Perlis. Oh ya, masa tu sempat beli bunga hidup plus any patung yang korang nak tinggal RM30 saja sebab depa dah nak tutup gerai.

Pendek cerita dengan lapar dan kaki ketaq2 sampai TBS around 6.40 pm dan kalut nak Asar. Telekung semua habis. So terpaksa minta kat adik yang sedang tidur dengan telekung haha. Settle jamak takdim Maghrib Isyak dan belasah nasi kandaq yang kitaorang rasa sangat heaven sebab kelaparan. Bas pukul 8.30 pm and we arrived Perlis lebih kurang 3 pagi. Chot chet mandi dan tak lena sampai Subuh.

What a journey... mujur2 dua minah cuti rehat. Alhamdulillah. Thank you Allah. This is for you mama!


14.10.2016; Sejenis makan2 kat Medan Selera Seri Serdang.. gelak2 bising2..
Paling2 makan2 la kan..
15.10.2016-Test jubah memasing tepi tasik UPM
16.10.2016- Raptai di Dewan Besar
My mama tak dapat pi konvo so fullfill her dream ambik Pre Convo here at Denai Larian Perlis.
25.10.2016- G-Day! Gambar yang sempat pose sebelum beratur ke Dewan
Untunglah kan ada juga orang bagi bunga dan Pikachu 'seketul' haha

Sunday, 31 January 2016

Bicaraku Pada Tuhan

Bicaraku pada Tuhan
Aku takut
Ada hitam dalam dunia ini
Yang telah meracuni aku
Hingga lelah cari penawar
Namun masih ada parutnya
Bicaraku pada Tuhan
Aku lemas
Lemas jika hanyut neraka sana
Nampak syurga tapi berapi
Membutakan mataku menutup hijabku
Jangan hanyuti aku lagi ke sana
Bicaraku pada Tuhan
Aku hilang
Hilangkan aku daripada ketawa
Bau dosa dan noda
Sucikan aku dan bilasi hati ini
Aku gentar Tuhan
Jika kasihMu kian jauh
Jangan pergi Tuhan
Aku sangat memerlukanMu..

Ikhlas: Aku, 11.24 pm.

Tuesday, 19 January 2016

Tugasan SKP2203 TITAS: Tamadun Sebagai Satu Proses Kehidupan

Salam dan hai, saya tengah mood murah hati. Di sini sesiapa yang nak muat turun tugasan TITAS especially student PPG UPM saya halalkan untuk anda. Semoga kita semua dipermudahkan dunia akhirat. Amin..

DOWNLOAD DI SINI

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D