WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday 20 May 2012

Hobi Bajet Besar: Sekadar Hobi Atau 'Show Off'?

Salam alaik dan hai..lama tak lemaskini blog. Alhamdulillah semua tugasan untuk semester 1 berjaya dilangsaikan. Markah terpulang kepada tuan pensyarah yang bijaksana. Nanti saya cerita pasal tugasan.

Saya nak cerita pasal hobi. Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya, apa hobi kamu? Kita biasanya menjawab hobi-hobi dalam buku teks seperti membaca buku, mendengar radio, menonton televisyen, menunggang basikal, mengumpul setem dan bla bla. Biasanya bila meningkat dewasa, hobi kita sudah lain. Walaupun dah dewasa masih ada lelaki yang suka mengumpul koleksi permainan yang mahal-mahal. Ada yang suka mengumpul jam tangan. Sebut pasal hobi yang memerlukan bajet lebih ini biasanya akan dicop sebagai 'show off' (menunjuk).

Pernah tak anda yang suka kereta setiap kali memasang 'sport rim' atau menukar stereng dianggap menunjuk oleh teman-teman? Atau yang suka membeli barang kemas dan minyak wangi? Atau dalam konteks saya, gajet.

Baru-baru ini rakan yang suka mengumpul minyak wangi terpaksa menunjukkan koleksinya di bahagian dapur bilik guru kerana bimbang disindir menunjuk. Dua orang rakan yang baru membeli Ipad pun sembunyi-sembunyi menggunakan teknologi Steve Jobs itu. Ini semua kerana pemikiran dangkal sesetengah pihak yang menganggap 'show off'.

Banyak bezanya antara keterujaan dan menunjuk. Yang mana menunjuk?

Saya ada seorang sahabat yang suka bercerita mengenai hobi melancongnya. Sekejap di London, sekejap di New York. Mungkin kerana dia suka menyebut harga pelancongannya dia dianggap menunjuk. Ya itu memang menunjuk. Sebut harga memang 'show off'. Tambah disebut dengan penuh keyakinan. Hehe..
Saya dan beberapa orang rakan sekerja mempunyai hobi gajet, minyak wangi dan perfume. Bagaimanapun kami mengelak menyebut harga di hadapan orang lain. Mujur hobi murah jugak. Kalau minat mengumpul kereta?Tu dia.

Tak kurang juga yang membebel membazir. Untuk orang begini ingin saya nasihatkan, tak perlulah membebel untuk orang lain selagi mereka tidak meminjam wang anda. Kedua, selagi tidak mengganggu kerja. Ketiga, selagi hobinya bukan mudarat seperti mengumpul mangsa bunuh. Orang sebegini bukan sahaja tidak memahami hobi seseorang malahan kategori sakit hati tengok hobi yang agak urban. Urban tak urban pun, orang yang suka mengumpul setem dan matawang asing pun mengeluarkan bajet yang lebih. Tapi benda dah suka memang tak lokek.

Contohnya macam di bilik guru, hobi yang kurang mendapat kritikan ialah membeli 'tupperware', membeli buku resepi masakan, membeli 'handbag' Louis Vuitton keluaran Petaling Street dan kasut tinggi Polo Swiss di Billion, Manjung. Bagaimanapun di SJKC, hobi yang mahal seperti melancong ke China, Russia, Hong Kong dan sebagainya masih diterima dan mendapat sokongan padu. HAHA. Adoi! Itulah manusia kan, kalau sudah perkara yang disukai.

Obses terhadap sesuatu benda itu menyebabkan kita sering bercerita dengan teruja tanpa menyedari impaknya dari pandangan orang lain. Jadi, kawallah sikit. Atau cerita saja pada ibu..:p..pernah saya buat benda yang sama. Menceritakan telefon bimbit keluaran terbaru atau psp yang baru dibeli. Mama dengar saja tanpa komen. Tapi kalau saya kekeringan wang barulah mama memberi pandangan dengan lemah lembut dan sopan: Lain kali beli barang kemas macam mama, harga pun tinggi kalau gadai dan jual balik..bukan macam gajet jual balik rugi..:p

Selagi hobi itu memberi faedah dari segi ilmu dan kesihatan..teruskanlah. Kita tidak dilahirkan untuk memuaskan hati setiap insan. Jika mereka masih terus bercerita biarkan mereka bercerita di belakang kita. Di situlah kedudukan orang yang sentiasa tidak puas hati dengan orang lain. Di belakang orang menerima kentut. :)

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D