WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Tuesday, 5 June 2012

Karenah Courts Mammoth

Salam alaik dan hai hai..
Hari itu 3 Jun tengah baca Harian Metro, mata ini terpandang iklan Sale Courts Mammoth. Keles gitu sampai 50%. Sofa mak aih gojes semuanya. Even dapat hadiah tv lcd 32 inci atau tablet 7.0. Dalam otak saya ni memang ingat Galaxy Tab 7.0. Sofa rumah mama ni dah 8 tahun pakai so rasa nak raya ni patut tukar.

So after Zuhur, papa, mama, Yaya dan saya pun pergi la showroom 'Mahkamah Gajah Purba' kat Kangar. Kitaorang sepakat nak ambil sofa ini. Mula ingat nak buat flexi kredit. Staff tu inform kalau beli ansuran bukan harga yang 50% tapi harga biasa. Ok lah kitaorang paham bab tu dah namanya hutang. So fill the form. Masa tu tanya gift, dia kata gift tu untuk RM2000 plus harga masa offer. Tapi tak dapat kalau beli cash or kredit bulanan selain 60 bulan. Maksud kena cari barangan RM2000 plus dan buat hutang 5 tahun barulah dapat TV LCD Sony 32 inci tu. So saya tunjuk paper yang dapat free tablet 7.0 dengan belian 1000k ke atas. So this staff bagitau tak payahlah kak, tu tablet China. La pulak. So I decided flexi credit 3 years.

Dah dia offer warranty setahun kena tambah RM118. Ok. Tapi yang hairannya, bulanan saya bertambah lagi RM5.90 setiap bulan. So sangat tak logik untuk 3 years maksud warranty tu bukan RM118 tapi  dah jadi RM212.40. So saya tanya ni apa? Hidden caj ke? So dia kata dia letak warranty tu dalam kredit 3 tahun tu dan diorang ada kiraan sendiri. Aik, boleh tak RM118 tu bayar cash? Dia cakap tak boleh kena masuk dalam flexi credit juga, Tang mana flexi pon saya tak tahu. Tanya lagi caj dokumentasi you ke ni? So dia cakap ya. Ntah betul ntah tidak. Tu tak termasuk caj lori RM89. Huh kalau Cavenzi atau Wescourt selalu bagitau sebelum isi borang. Termasuk kos penghantaran harga cenggini. Ini CM diam je kalau korang tak tanya nasib ler.

Cuma respect staff tu sebab dia sabar layan pertanyaan saya. Kalau orang lain mesti dah sound: Cikgu banyak tanya, cikgu beli cash la..hihi..

Nak jadi cerita esoknya wakil flexi card 'Mahkamah Gajah Purba' ni telefon saya maklumkan saya kena buat agreement lain sebab alamat saya di Perak dan alamat penghantaran di Perlis. Semalam staff tu fill keduanya alamat Perlis. Siap suruh bawa bil elektrik papa sebagai bukti. Masa tu memang dah fed-up sebab minta budi bicara betulkan alamat by fon pun tak boleh. Malas nak sign punya cerita, saya terus cakap: Tak pelah saya beli cash je laaa..sangat menyusahkan..

Petang tu beli cash dan tak sampai 10 minit selesai kerja. Even tak payah pun beli warranty setahun RM118 itu yang tetiba jadi RM212.40 kalau flexi credit. Dari segi untung pun lebih untung la beli cash. Penghantaran lagi seminggu. So tanya staff tu (ni staff lain) kalau dalam seminggu tak sampai saya boleh call tanya ye? Dia cakap boleh. Sebab before ni pernah beli kabinet tv cash jugak. Dekat sebulan CM tak hantar rupanya tak de stok. Geram jer masa tu sebab tak beritahu. Pas tu cancel dan nak ambil balik duit sebab depa nak offer stok lain. Nak ambil duit tu pun macam minta sedekah sebab tunggu staff lunch dulu la.

Tapi sebab sofa tu cantek,pejam mata sebelah beli juga hihi..tengok macam mana, sampai ke tidak dalam seminggu ni..InsyaAllah harapnya sampai..

8 comments:

Anonymous said...

so mcm mana? dah dapat ke sofanya? hihi

Bidasari said...

ALHAMDULILLAH da dapat lepas seminggu.hadiah kat mama hehe

Janet Ooi said...

flexi credits ni kira mcm mana? nape harga dia lg murah dr harga biasa? courts bukan bayar installment patutnya harganya mesti lebih mahal dr biasa. ke courts kira mcm mana?

kooixin lim said...

cube cek kat website courts http://www.courts.com.my/ psl flexi credit ni. yg aku tau, flexi credit ni mcm bg murah utk kita kalau bli brg kt courts. ada 14 plan pembayaran kot kalau x silap. plan tu mcm fleksibel pastu ikot kmemampuan kita ngan cara mcm mana yg kita suka bayar. mcm brpatutan gitu la

Erina said...

lol, lbh baik gune credit card je utk beli brg2.. Buat ape beli flexi card utk beli barang…

Zara Mia said...

baek tak yah beli pape. skang brg mahai. cukai brlambak.

paulicafarafri said...

bank2 lain ade pelan dan interest rate beza utk credit card diorg.. Tp flexi card fixed, ade pakej dan pelan yg bagus

Janet Ooi said...

baek try g courts tanya sndiri flexi credits ni mcm mana. lg detail lg paham. bc kat website pon mcm dh mnarik benefit dia.

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D