WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Tuesday, 4 September 2012

Sentuhan Pena Jiwang


Salam dan hai,

Tadi sempat melayan ‘Kau Yang Terindah’. Terasa melankolik cinta jiwang Bollywood walaupun tak da tukar-tukar baju. Kalau tak salah nanti Syamil akan membantu Alisha mencari Firman. Itu yang saya terus teringat cerita ‘Dhadkan’. Ayok.. yang tak layan filem Bollywood memang tak tau cerita apa. Tapi plot nya mengisahkan suami yang sangat baik tahap mega power, isteri yang merindui kekasih lama dan kekasih lama yang berusaha sehingga menjadi kaya-raya untuk menawan isteri orang a.k.a ex-gf beliau.

Masa ni ‘ Dhadkan’ memang naik walaupun pelakonnya Akshay Kumar dan Shilpa Shetty bukanlah sesanjung Shah Rukh Khan dan Kajol. Saya sangat suka lagu ‘ Dil Ne Yeh Kaha Hai Dil Se’. Tengok cerita tu empat..enam kali pun tak jemu. Jiwang kan? Kihkih..

Jadi saya letak lagu-lagu Bollywood yang memang kaki saya ala-ala eh eh bergerak sudah bila dengar. Ni jangkitan masa Abang Boy di Pulai Burger Station putar lagu Hindustan la ni. Tapi Hindustan zaman sekarang dah kurang best, tu pasal drama Korea naik. Rasanya My Name Is Khan dan 3 Idiots je saya layan. Tapi dulu memang cerita cinta jiwang tahap meleleh boleh tengok sambil sengih sorang2. Bajet diri Karishma Kapoor atau Aishwarya Rai..:P

Sejak kembali menemui sentuhan jiwang saya ni, maka idea penulisan saya pun makin bercambah-cambah. 

2 comments:

Emas Delima said...

betul tu kak...citer hindustan la ni dah kurang best dan syok nak tengok..kadang2 adegan2 tu n pemakaian terlalu melampau2 lebih dari hollywod lagi bg saya..dulu2 ada gak tapi tak terlalu 'loya' nak tengok..heheehe...banyak cerita kekluargaan dan kalau cerita cinta pun memang boleh layan la...korea pulak memang menjadi2 sekrang tapi kalau drama dorang kadang2 boleh di agak ceritanya..ada hero heroin dan second hero and heroin..hero heroin gaduh dulu.hero berlgak dan 2nd hero baik sangat suka kt heroin last2 first hero yang dapat..hehehe...panjang ler pulak..ada tengok citer bridal mask?best gak..

Bidasari said...

sekarang da x best sgt hindustan..ngengader je cerita. pelakon pun x fefeeling mcm yg dulu. lama da x layan korea. tetibe je layan drama melayu kihkihkih :P

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D