WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday, 18 December 2011

Bil Celcom Exec 50 Plus M Advance 58 PERTAMA

Salam dan hai..hari itu saya agak ternganga menerima bil PERTAMA Exec 50+Data 58 saya.Penting juga untuk anda yang baru nak mencuba Celcom.Jangan jadi seperi saya yang tak research dahulu.Nak tau apa cerita?Jom!

Urusan convert line dari DIGI ke Celcom berlangsung di cawangan Celcom SEJAGAT INDAH di Kangar,Perlis.Pegawai Celcom yang berurusan dengan saya namanya Cik Jarina.Sebelum ini saudari tersebut cuma menerangkan fixed bil yang saya perlu bayar cuma RM108 setiap bulan.Malah dia juga meminta saya tidak menggunakan Exec 20 kerana katanya rugi.RM20 baru sewa belum dicampur dengan berapa sms dan call yang saya guna.

Saya pun tanya ada apa-apa yang perlu dibayar tak?Mulanya katanya tidak namun dia meminta saya membayar RM58(pada 30/11/2011)untuk m Advance saya(3GB untuk RM58).Jadi saya pun berfikir,okay sekurang-kurangnya bulan ini saya akan bayar RM50(Untuk penggunaan call dan SMS yang tak sampai RM50 pun sebenarnya).

"Bayaran lain,cik?"
"Tak ada,itu sahaja."

Akhirnya sampai bil terus rahang jatuh ke bawah macam Spongebob.Rupanya saya tetap dikenakan bayaran data RM58,yang saya bayar cuma up front yang tak diterangkan Cik Jarina itu(sekali seumur hidup katanya di dalam bil).Juga duti setem yang tak diterangkan oleh cik puan itu sebanyak RM10.

Pasal pro rate itu saya call customer service dan itu katanya bayaran sebelum bil dikemukakan(grrrr...apa salahnya start terus dari saya guna khidmat talian mereka macam DIGI?).Memandangkan saya terlewat menukar bil online maka kena RM3 untuk kertas bil dan pro rate lagi RM1.30.Si Pegawai Khidmat Pelanggan tu barulah menerangkan semua bil yang saya tak tahu itu.Saya pun beritahu beliau yang pegawai anda juz menerangkan fixed price RM108 dan tidak menerangkan yang advanced RM58 yang saya bayar untuk upfront M Advance.Apa benda pro rate,duti setem atau hidden charges lain untuk bil pertama langsung tak berbunyi.Si Pegawai Khidmat Pelanggan itu berjanji yang bil kedua saya akan OK macam biasa.

Panggilan dan SMS saya tak sampai RM10 pun.Tapi itu no komen la sebab saya tengah bercuti.Takut nanti dah balik Perak call mama dan piya sudah lebih RM50.Kita tengok nanti kalau sampai bil kedua pun macam tu saya tukar juga Exec 20.Yang best cukai kerajaan RM4.31.

Setelah ditolak rebate segala bayaran dikenakan saya RM169.31 dan oleh sebab saya dah bayar advance RM58 maka bayaran bulan ini RM111.30.Amik kau...

Sebelum ini saya gunakan DIGI SMART PLAN.Memandangkan signal DIGI di Perlis teruk terpaksa saya bertukar kepada Celcom.Saya bayar advance DIGI RM68 dan bil yang datang cuma bil yang saya gunakan.Kalaulah DIGI membuat liputan menyeluruh..memang sudah bye bye Celcom dan Maxis letak dalam tong sampah.

Buat masa ini bak kata Mila Amylia dalam novel dan filem 'Ombak Rindu'..REDHA ITU RELA DAN PASRAH ITU MENYERAH.

Saya PASRAH je..huk huk

Bill Date 13/12/2011
Package Celcom Exec 50

Payment Detail Date
Amount(RM)
Cash Payment 30/11/2011
=-58.00

One Time Charges
Amount(RM)
Stamp=10.00
mAdvance Upfront Charges=58.00
=68.00

Monthly Charges(From Date To Date)
Amount(RM)
Itemised Bil(13/12/2011-12/01/2012)=3.00
Itemised Bill-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=1.30
Call Waiting/Hold(13/12/2011-12/01/2012)=-0.00
Call Waiting/Hold-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
CLIP(13/12/2011-12/01/2012)=0.00
CLIP-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
Telemanager Basic(13/12/2011-12/01/2012)=0.00
Telemanager Basic-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
Monthly Fee(13/12/2011-12/01/2012)=50.00
Monthly Fee-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=21.67
Celcom Broadband mAdvance(13/12/2011-12/01/2012)=58.00
Celcom Broadband mAdvance-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=25.13

TOTAL:159.10


Chargeable Usage
Amount(RM)
Local Calls=3.01
Domestic SMS - Send=2.76
1300 Calls=1.05
SMS Content Services - Sent=0.15

TOTAL=6.97

Discounts & Rebates
Amount(RM)
Itemised Bill Discount=-4.10
Usage/Call Charges-Waived=-6.97
mAdvance Rebate (1 Month)
-58.00
-69.07

6% Service Tax
Amount(RM)
Monthly Charges=4.31

Current Charges
169.31<------lalalalalalalalalala..:p

Moral cerita jangan percaya cakap mana-mana kakitangan telco mana-mana pun atau syarikat mana-mana pun.Buat Research dahulu.Sekian,terima kasih.SEMOGA PEKERJAAN DAN REZEKI GAJI ANDA DIBERKATI ILAHI...:)

Saturday, 17 December 2011

Biarkan Gelora Melanda Hati

Sudah 2 tahun saya melalui Disember yang pahit.Sebagai manusia biasa saya mengeluh.Sebagai Hamba Allah saya cuba memohon kekuatan.Benarlah kata arwah chaq(atok) saya dulu.. “Jangan suka sangat,suka jawapnya duka..,”

Saya sebolehnya tidak mahu mencari musuh.Namun harus saya akui kadangkala tak semua orang dapat memproses apa yang dipertuturkan atau ditaipkan saya.Saya selalu menghadapi masalah disalah ertikan pertuturan atau kata-kata.Saya perlu berhati-hati apabila bertutur atau menintakan kata-kata kelak.Nak mengatakan TIDAK pun sukar.Akhirnya saya terjerumus dengan masalah ‘janji atau tidak janji’.

Ramai rakan-rakan melabelkan raut wajah saya dalam kategori baik dan kesian.Perubahan perlu dilakukan agar situasinya kelak tugas saya bukan hanya untuk memuaskan hati pihak lain terlebih dahulu.Adakalanya saya ikhlas dan redha dengan situasi itu dan adakalanya saya Cuma pasrah untuk mengelak keadaan menjadi parah.Namun daripada pasrah itu akibatnya hati saya yang tidak tenteram kerana terlalu memendam.

Serius?Mungkin masanya saya patut serius.Tahun hadapan saya bakal menjangkau 33 tahun.Sudah terlewat untuk saya tidak serius dalam mengharungi hidup dan akhirat.Asyik suka-suka sampai bila kan?

Saya terpanggil untuk serius dalam kehidupan semenjak melihat sahabat sekolah rendah saya,Puan Raudzah Mat Rejab seorang peguam syarie yang memenangi kes berprofil tinggi ‘RM 999,999.99’ Puteri Netty Izma(sila rujuk Google atau arkib Utusan Malaysia).Saya dan Che Di(nama panggilan)sama-sama saja buat nakal semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Paya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(P)Kangar.Bagaimanapun dewasa ini beliau sudah meninggalkan saya jauh ke belakang dalam mencapai matlamat hidup di alam fana ini.Bukan sahaja beliau malah rakan-rakan lain yang pernah berada di kedudukan di bawah saya dalam akademik pun.

Allah menguji saya dengan seronok dalam dunia sehingga membuat saya lupa untuk berbakti kepada dunia.InsyaAllah semoga tahun hadapan dan tahun berikutnya saya akan tutup Disember dengan senyuman…

Doakan saya dapat menyambung pengajian Ijazah dalam program pensiswazahan guru pada tahun hadapan.Doakan juga semoga manuskrip pertama saya yang sudah diubahsuai diterima syarikat penerbitan.Saya sudah berusaha yang tinggal hanya doa dan izin Allah SWT.Jika tiada rezeki,walaupun kecewa bermakna Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya.

Minggu ini kakitangan awam bersyukur menerima bonus setengah bulan gaji.Para penjawat awam juga akan memilih sama ada setia dengan SSM atau SPBA.Andai merasakan ingin terus berbakti di muka bumi Allah ini makan terimalah pencen 60 tahun di bawah SPBA.

Allah berikan kekuatan untuk saya meneruskan perjalan hidup pada masa ini dan pada masa akan datang.Berikan senyuman kerana selain sedekah ia juga terapi buat rohani diri :)

Saturday, 3 December 2011

JOM WAYANG:Ombak Rindu


Secara jujurnya saya tidak pernah membaca novel ‘Ombak Rindu’ walaupun ramai rakan-rakan saya yang sudah membacanya.Lewat ‘Ombak Rindu’ dihasilkan saya sibuk di institut perguruan ketika semester kedua.Sibuk dengan assignment memang tak tersempat nak baca.

Saya juga menghadapi dilema sama ada ingin menonton Ombak Rindu,Breaking Dawn Part 1 atau Puss In The Boots.Takut juga mengecewakan seperti 'Lagenda Budak Setan'.Bukan senang nak keluar ke panggung wayang sejak anak saudara saya Piya makin besar.Tak bawa mengamuk dah bawa mengamuk dalam panggung.Hari ini Piya bersama ibunya balik ke rumah bapa kakak ipar saya,jadi FREE.Saya memilih Ombak Rindu setelah adik saya,Yaya memang bersungguh mengajak kami sekeluarga menonton Ombak Rindu.Memikirkan filem ini juga arahan Osman Ali yang saya kagumi arahannya dalam ‘Anak Halal’,maka,apa salahnya kan?

15 minit pertama saya sudah bergenang air mata melihat perwatakan ibu saudara Izah lakonan Delimawati(also known as Hantu Kak Limah)yang hiba apabila suaminya memaksa Izah ke Kuala Lumpur. “Aku ni dah tak lama..”lontaran dialog itu saja sudah buat saya hiba.

Seterusnya?Memang dihujani dengan adegan-adegan yang meruntun hati.

Maya Karin memang menjiwai lara Izah.Beragama,polos,suci dan dibuli suami.Adegan yang menambat hati saya ketika dia mengunci diri di dalam tandas semasa Haris mengamuk kerana menyangkanya mengandung.Maya Karin memang favorite saya dalam 'Anak Halal'.Tetapi,raut wajah dan tutur kata Maya sebagai Izah yang sepatutnya ayu dan lembut tak terhadam oleh saya.Rakan-rakan yang sudah membaca novel dan menonton filem ini juga memberi pendapat yang sama.(Mungkin..Fazura lebih sesuai?Pendapat saya).Apapun Maya sudah menjiwai wataknya dengan baik.

Aaron Aziz sebagai Haris memang cukup perisa.Ego,kacak,romantik,kurang ajar,baran dan baik hati.Berbanding Seth Tan dalam Nora Elena yang sangat romantis,Haris mewakili lelaki biasa dengan ego yang tinggi.Rasa nak lempang Haris pun ada dan rasa jatuh cinta pada Haris pun ada.Jadi,Aaron Aziz sudah memberi yang terbaik semampunya.

Lisa Surihani sebagai Mila Emilia juga semakin berkeyakinan.Kuat cemburu,bengkeng,tamak dan cantik.Rasa sangat rimas melihat dia menangis tidak berair mata di dalam ‘Lagenda Budak Setan’.Tetapi itu semua ditepis oleh Lisa Surihani dalam ‘Ombak Rindu’.Saya paling suka adegan Mila bersama Izah di rumah Mila dan babak akhir di tengah sawah bendang.Jiwa wanita saya turut menangis apabila Mila memberitahu betapa dia mencintai Haris,terdiam dan kemudiannya linangan air mata mengalir di pipinya.

Bront Palarae sebagai Mail seperti biasa selamba dan berkeyakinan.Azizah Mahzan sedikit over acting bagi saya.Apapun dia berjaya membuat saya menyampah dengan wataknya.

Memang babak ke babak disunting dengan pantas tetapi padat dan tidak mencacatkan jalan cerita seperti yang terjadi kepada ‘Lagenda Budak Setan’.Saya rasa penulis novel ini Fauziah Ashari tidak perlu risau kerana suntingannya masih kemas.

Sedikit kelakar melihat fan club Mila yang tidak realistik(Nampak pak pacak sangat).Begitu juga adegan Izah menonton Mila diwawancara dalam televisyen.Tak selari adegan Mila dengan dialog.Tetapi itu semua tidak mencacatkan 'Ombak Rindu'.

Lagu tema yang dinyanyikan Adira dan Hafiz juga membuai jiwa.Siapa penciptanya ya?

Rasanya sudah lama rakyat Malaysia tidak dihidangkan kisah drama berat yang penuh dengan air mata seperti era 60-an dan 70-an(Permintaan Terakhir,Esok Masih Ada,Ibu Mertuaku-sekadar beberapa filem).Tayangan jam 12.15 tengah hari di Big Cinema,Alor Star Mall tadi juga full house.Semasa saya membeli tiket jam 10.50 pagi tadi hanya tinggal tempat di barisan pertama hingga ketiga.

Penghayatan saya cuma terganggu dengan ketawa penonton yang tidak kena mengena dengan adegan yang tidak sepatutnya diketawakan.Contohnya semasa Izah mengucap 'Ya Allah lindungi aku..' berulang kali semasa Haris cuba meragut kehormatannya.Pekerja panggung juga sudah membuka pintu semasa adegan Haris dan Izah di atas bot.

Saya bagi 4 daripada 5 bintang..:)..sediakan tisu dan tak rugilah tiket anda jika anda memang inginkan drama berat yang meruntun hati..

Wednesday, 23 November 2011

MBMMBI menggantikan PPSMI

Rujukan:Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dasar MBMMBI(Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.

KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:

a. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b. Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:

Latihan untuk bahasa Malaysia:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 Minggu
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:
i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

Institut Pendidikan Guru
a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b. “Teacher Study “ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.

Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum – 3 kali praktikum :
a. Semester 5 – 4 minggu
b. Semester 6 – 8 minggu
c. Semester 7 – 12 minggu
Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.

ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:

i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara

Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:
a. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
b. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
c. IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
d. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
e. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:
a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah.

English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:

a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
- Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.

b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
- Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
- CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
- OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.

Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
- Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
- Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.

Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.



Kata saya:Nampaknya sama ada PPSMI atau MBMMBI latihan intensif untuk para pendidik lebih ditumpukan kepada Bahasa Inggeris.Pihak bertanggungjawab patut juga merangka latihan intensif untuk Bahasa Malaysia memandangkan sukar untuk memastikan penguasaan Bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan.

Tuesday, 22 November 2011

Bertindak Biar Bijak

Tahniah kepada Harimau Muda kerana berjaya memenangi pingat emas untuk Sukan Sea di Indonesia.

Apa yang dapat saya lihat malam itu semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan ideologi politik bersatu menyokong anak-anak muda kita.Melihat anak-anak Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka juga nampak menyejukkan mata berbanding melihat konsert menyambut Hari Merdeka(mohon maaf tapi itulah yang terdetik di hati saya).

Menerima cemuhan media dan penyokong Indonesia juga diharungi bersama.Agak sedih melihat Konfrontasi Malaysia diwujudkan semula oleh sebilangan besar rakyat jelata Indonesia.Di bawa menaiki kereta perisai barracuda bagaikan pergi berperang.

Yang sering digembar-gemburkan adalah kerana lagu 'Negaraku' diplagiat daripada lagu 'Terang Bulan'.Namun beberapa kajian menunjukkan lagu tersebut asalnya daripada lagu 'La Rosalie' daripada pencipta Perancis,Pierre-Jean de BĂ©ranger.Lagu tersebut popular di Pulau Seychelles dengan irama Hawaii,'Mamula Moon'.Apakah maling sedang menuduh maling?Jika pihak Perancis tidak menuntut lagu tersebut bermakna ada perjanjian lisan(barangkali) atau sememangnya kerana zaman dahulu tiada akta hakcipta maka sebegitu saja dijadikan lagu sama ada 'Negaraku' atau 'Terang Bulan'yang disadur daripada lagu 'La Rosalie'.Rujukan:http://en.wikipedia.org/wiki/Negaraku

Saya juga terkilan melihat komen balasan rakyat Malaysia yang ibaratnya ‘2 kali 5,5 kali 2’ dengan komen penyokong fanatik Indonesia.Marah itu adalah percikan api daripada syaitan.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku,“Lalu Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”Riwayat al-Bukhari.

Marah untuk mempertahankan agama dan maruah sememangnya dituntut tapi seorang muslim tidak akan mengeluarkan perkataan yang kotor.Bertindak biar bijak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi.

Setiap kejadian ada hikmahnya.Saya percaya huluran bantuan tsunami yang diberi rakyat Malaysia kepada saudara kita di Acheh adalah ikhlas.Maka,tidak perlu kita mengungkit-ungkit apabila ada di antara mereka yang menghina kita kembali.

Semangat yang ditunjukkan skuad Harimau Muda kita juga mengajak kita untuk bersatu-padu mempertahankan agama,bangsa dan negara kita.Dalam kehidupan seharian,jadikan teladan untuk kita bekerja keras meningkatkan ekonomi negara.Pemimpin juga perlu melihat kejadian ini sebagai pembakar semangat untuk mentadbir negara dengan lebih ikhlas demi maruah dan harga diri.Bukan sekadar parti politik,populariti dan material.

Saya rasa tindak balas sedemikian lebih baik daripada mencaci mereka kembali.

Wednesday, 16 November 2011

Review Samsung Galaxy SL i9003

Sebenarnya ini adalah inisiatif untuk anda yang ingin menginginkan Galaxy S tetapi harganya agak mahal.Saya pula memilih Samsung Galaxy SL i9003 ini kerana ingin mencuba telefon Android..walaupun jauh di sudut hati saya masih merindui Blackberry Bold 9700 yang saya anggap Blackberry terbaik jauh daripada Torch 9800.

Review saya kali ini sesuai lah untuk orang yang pertama kali mencuba telefon Android.Pertama,cari data plan yang sesuai tambahan jika anda menggunakan prepaid.Masalah?Masalahnya jika packet data enable maka kredit prepaid anda akan habis sekelip mata jadi ‘koshon-koshon’ sen.Itu pun saya perasan setelah adik saya yang baru membeli Sony Ericsson X10 Mini Pro terkejut jiwa setelah melihat kredit beliau ‘koshon-koshon’ sen dalam masa berapa saat.Jalan terbaik cari data yang sesuai atau disable data packet dan cuma enable masa nak on9.

Data packet boleh didapati di bahagian setting->wireless and network->mobile networks->kemudian disable use packet data dengan buang tanda ‘tick’.Tapi kalau anda guna data plan yang baik gunalah data packet anda supaya semua notifications email dan social network on the spot.Sila pantau2 data plan yang terbaik..yang pasti Maxis akan mengenakan caj berlebihan jika terlebih usage.Digi akan memperlahankan data anda jika terlebih usage.Celcom boleh purchasa data volume kalau terlebih usage(dan data akan perlahan jika lebih usage juga).Pertimbangkan juga dengan voice n sms rates anda..macam saya membebel dalam post yang sebelum ini ada pro dan kontra untuk setiap telco.

Okay..berbalik pada Samsung Galaxy SL.Kelebihan:Hotspot(Jadi boleh guna henfon anda macam WiFi),besar,sound clear,Android 2.2 Froyo(Buleh di ‘upgrade’ pada Gingerbread),macam biasa software sangat menarik boleh didapati di Market..ada Angry Birds,Qibla Compass,Waktu Solat..lebih kurang macam Iphone.Tapi tak adalah Instagrams.Samsung Galaxy SL yang saya beli ada internal memory 4GB..(saya tambah lagi external 8GB).Kalau tak salah saya ada yang 16GB..kalau salah,maaflah ye..

RAM 478MB dan 512MB ROM..boleh tahan laju.Wi-Fi ada dan juga boleh buat 3G call(selain boleh guna sebagai cam untuk YM atau Skype).Kamera cantik 5 MP..tapi…tapi..
Kelemahan tak ada flash,agak berat dalam 131 gram(bagi lady user gitu..)..bukan skrin AMOLED macam Galaxy S tapi Super Clear(tu pun tak lah kelemahan sangat bagi saya).
Battery li-on 1650mAh..lebih bertenaga daripada battery Iphone 4s(1420mAh)..tapi kalau memang kuat guna internet,2000mAh kalau wujud nanti pun akan cepat haus juga.PERINGATAN:Bawa charger kalau kategori on9 24hours hehe..atau guna app JuiceDefender yang mengawal penggunaan bateri anda secara percuma.Kelemahan,kadang2 notifications lambat la pulak.

Masa saya beli bulan September yang lepas harga dalam RM1230 original set di Manjung,Perak.Dalam bulan ini(November 2011) dalam RM1100-1130..huhu.Apapun kalau anda berminat telefon fungsi yanglebih kurang sama(malahan ada flash lagi) dan harga mid range sila cuba Samsung Galaxy W yang berharga lebih kurang RM880++.(ralat juga tidak menunggu W ini).Bezanya saiz yang cute dan battery cuma berkuasa 1500mAh.Tapi CPU 1.4GHz berbanding SL 1GHz..

Keseluruhan saya bagi 8/10..not too good but not too bad..:)

Bahagian hadapan

Bahagian belakang dengan hard case..speaker di belakang.

Gambar indoor(tak ada flash LED handphone ini)

Gambar outdoor

Sunday, 13 November 2011

Mari Membebel Malaysia

Wak hasil balik asal..pening sungguh memilih data internet yang memuaskan hati.Saya mulanya merupakan pengguna Maxis.Sejak mula menggunakan telefon bimbit pada tahun 2001 memang Maxis pilihan..papa saya(hehe).Papa yang menghadiahkan telefon bimbit Nokia 3310 dan kad sim Maxis sebagai hadiah kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan.Mak bapak mana tak suka anak jadi cikgu kan?Kecuali selepas AF,banyak yang nak anak-anak jadi penyanyi :p..

Tapi tu bukan ceritanya,ceritanya begini..semasa menggunakan Blackberry saya masih menggunakan Maxis.Lebih usage pun bil saya dalam RM120(BIS RM40-limited).Bagaimanapun setelah bertukar kepada Samsung Galaxy SL saya terpaksa menukar talian kerana aliran bil akan terus berjalan kecuali data packet disable.Kalau data disable macam mana saya nak terima emel dan notification social network kan?Saya pun bertukar kepada Digi Smart Plan dengan komitmen RM68.Rupa-rupanya Digi pula tidak boleh video call 3G dengan pengguna Maxis.Sedangkan itu saja saluran saya untuk menatap wajah anak saudara saya(Piya)..-_-..nasib baiklah saya ada talian prepaid Maxis yang digunakan masa kecemasan dengan telefon cikai Sony Ericsson C902 huhu..

Saya nak gunakan Digi Smart Plan sebagai hotspot pun tak boleh sebab di Kangar tak ada signal 3G Digi.Huh…jadi masih teruskan dengan Celcom Broadband RM71.70(5GB..sekarang tak ada plan 5GB,ini masa saya punya kontrak dan masih diteruskan)..saya ingat nak tukar Digi Smart Plan RM48(1GB) sebab tak guna sangat Digi kecuali terima emel,FB dan tweet di tepon.

Bil Astro pula dari rm49+ meningkat kepada rm52+ dan bulan ni dah jadi rm59+…rasa ada juga nak guna basic saja..-_-..atau kita boikot je televisyen..hehe..

Sempena PRU ni..pihak mana yang menang tolong jenguk-jenguk isu ini ya?Rakyat bukan pro mana parti sangat pun kecuali yang mana boleh bantu ringan-ringan beban.(Eh politik la pulak hehe).

Ke kena jawap balik...ekau pakai ajo la Nokia 3310 balik..(tapi tapi..macam mana rakyat nak maju kalau tak ikut teknologi kan?kan?:D)

Tuesday, 1 November 2011

Polish Biar Nampak Macam Baru Beli


Baru-baru ini pergi ke Biosys Computer untuk beli Microsoft Office..salah saya lupa nak activate Office selepas format..akhirnya terkunci,edit disable.Terpaksa beli software.Semasa di sana rasa gigit jari tengok laptop terbaru walaupun tablet pc semakin digemari tapi saya suka aje laptop untuk buat kerja.Dalam membekukan aliran wang keluar sendiri(berjimat shermat amalan mulia :D),saya teringin juga nak tukar laptop.Tapi kebetulan masa tu mama berada di Perak jadi saya tak mahu dibebel.Mama memang tak suka kalau barang yang masih elok hendak ditukar.

Jadi saya memikirkan cara terbaik untuk menahan nafsu yang dibujuk makhluk bertanduk dua ni(shetan la..).Saya polish Dell sampai berkilau2 mengalahkan laptop baru.Macam tu juga Galaxy SL saya.Biar saya rasa baru beli….teruk betul….

Sunday, 11 September 2011

Berry Lover

Tadi saya layan YouTube and my eyes spot on this trailer.


Ni la dia.Saya mula minat PDA,bila saya menonton Disney’s ‘Stuck In Suburbs’.Telefon yang tertukar antara penyanyi dengan ‘minah’ tu pda Palm Treo 600.So masa tu dah niat nak pakai PDA.:p.Masa tu baru kerja so duit ciput sangat.Unfortunately,tak pula ended up dengan Palm.

2009,nampak Dakota Fanning pakai Blackberry Bold 9000 memang smart tak boleh tahan Bold tu.(Oh not again!Haha..).Masa tu memang dah geget kuku kucing nak pakai dah,so sekian lamanya dengan Nokia.Akhir sekali saya pakai Nokia E71 sebelum tukar Blackberry Bold 9700.Welcome to the club dangdut!And i’m falling in luv with this Canadian.

Now memang epy wif my Torch walaupun she acted like a virgin.Ye lah,kena pipi sket pun dah tertekan loud speaker.

Some people are born to be Apple and some people are born to be Berry.My favourite Kardashian,Kim salah satu celeb yang paling setia Berry,never ever media spot her using Apple.Kim used to have Tour dan sekarang dia pakai Bold 2 White Edition.:D..and so jugak Christina Aguilera yang loyal Berry.Celebs lain selalunya tukar2 atau pakai dua2 sekali Iphone dan BB.

And me?I am so in love with Berry...:D

Friday, 2 September 2011

Apa Khabar Orang Kampung?

Apa khabar orang kampung?Sudah lama tak berjumpa.Minta-minta semuanya di dalam sihat sejahtera.

Begitu ler bait-bait lirik lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Bila sebut orang kampung.The real orang kampung yang kita tolak sikit sifat negatif iaitu bergossip macam Perez Hilton,apa sifat orang kampung?

Orang kampung itu bersatu-padu dan bermuafakat.Apabila ada kenduri-kendara semua dijemput tak kira kaya-raya mahupun marhain.Bagai hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicicah.

Apabila ada natijah seperti kebakaran dan banjir,orang kampung itu sentiasa tolong-menolong.

Bila orang kampung dah lalui transformasi yang mendadak maka yang mana adat dilupakan kerana mengejar arus kemodenan yang menuntut diri sendiri diutamakan.

Di tengah-tengah riuh kampung yang sudah menjadi kosmpolitan,hati berbisik:Saya rindu kampung dahulu..tapi mampukan melawan arus kemodenan ini?...

Lalu saya kembali menghirup udara segar..menuju ke arah bukit-bukau mengharapkan ketenteraman dan alhamdulillah ada Wi-Fi yang saya tak tahu siapa punya Wi-Fi(boleh macam tu?) yang masih mampu menghubungkan saya dengan orang-orang kampung yang masih kuat adatnya...kerana ukhuwah yang indah tidak mungkin diputuskan walaupun kita sudah tidak memegang adat yang sama lagi..

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Tuesday, 30 August 2011

Salam Raya Merdeka

Assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Kenapa Raya Merdeka bukan Merdeka Raya?Sebab sambut Raya dulu laa..:)
Hari raya Aidil Fitri disambut sebagai tanda kemenangan kita menghadapi pelbagai ujian menahan nafsu dan amarah sepanjang mengerjakan ibadat puasa selama sebulan.Apapun hasilnya wallahualam itu hanya Yang Maha Esa Maha Mengetahui.

Merdeka pula disambut setiap 31 Ogos sejak tahun 1957 sebagai menyambut hari kebebasan
daripada penjajah British dan yang terdahulu seperti Jepun dan Portugis.Walaupun sudah merdeka sikit tak banyak beberapa tahun selepas menyambut kemerdekaan kita diancam juga komunis dan juga perselisihan antara kaum.

Apapun budaya,agama dan bangsa kita jika kita masih menerapkan nilai murni dan hormat menghormati antara satu sama lain maka kita akan terus berjalan di muka bumi ini dengan rasa aman dan damai.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54..1 Malaysia,Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera..

Thursday, 18 August 2011

Saya Sangat Sedih

Saya tak dapat tidur..saya cuba menceriakan blog tapi hati saya tetap tak ceria..memang ini kelemahan saya..saya rasa amat lemah dan sangat lemah.Pada siapa lagi nak saya ceritakan pada jam 2.30 pagi kecuali blog yang tak mampu mendengar ni?

Kalau telefon terus dibuka saya akan rasa lagi sayu..takkanlah saya nak tukar nombor?Tukar telefon?.............:(

Saya rasa sedih sangat dengan diri saya..sedih sangat2..sangat dan sangat..sangat dan sangat..

Kemudian saya tahu,Allah saja yang ada pada masa2 begini..

Arigatou To Kimi Ni Iwareru To Nandaka Setsunai

When you say thank you to me,
For some reason it hurts,
Like a magic spell
That doesn't get undone even after the good bye.
A hint of bitterness.
The flavor of life

Stuck in the midpoint between friends and lovers,
Like an un-riped fruit dreaming about the day of harvest
Because of being unable to move one more step forward
What's causing this frustration baby?

When you say thank you to me,
For some reason it hurts,
Like a magic spell
That doesn't get undone even after the good bye.
A hint of bitterness
The flavor of life

Sweet talk and tasteless conversations.
It sparks no interest in me
Even when things do not go the way you want
It doesn't mean you've thrown your life away
When asked 'What's wrong?'
I answer 'It's nothing'
The smile then disappears after goodbye
It's unlike me

The more I wish to believe in you,
For some reason it hurts even more
'I like you a lot' instead of 'I love you' sounds more like you
The flavor of life

The moment when you suddenly remember the scent of someone you had almost forgotten
I want to be able to openly and honestly cherish the white purity of the falling snow more

A future tender and warmer than a diamond
I want to grasp it, in this limited time we have, I want to spend it with you

When you say thank you to me,
For some reason it hurts,
Like a magic spell
That doesn't get undone even after the good bye.
A hint of bitterness
The flavor of life

(Utada Hikaru 'Flavor Of Life')

Wednesday, 17 August 2011

Melawan Kesepian

Sangat sakit kepala sebelah kiri,macam tarik urat mata..I juz need 2 tablets of panadol..legalah nanti..hmm..

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan..
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

..semoga mampu ku lawan kesepianku?..mungkin tiba masanya lagu di radio memutarkan lagu raya..

Wednesday, 10 August 2011

I MISS MY MAMA'S 'CUCOQ POIHHH'

Tinggal di Taman Damai,Ayer Tawar ni buat saya rasa macam di Calcutta.Sebab jiran keliling banyak India.Selalu bangun pagi mesti dengar lagu Tamil..ting ting tak geding..:p..Pergi sekolah pula rasa macam kat Macau :p.

Apapun bukan itu yang saya nak cerita.Saat ini saya teringat sangat nak makan 'cucoq poihhh' bikinan Mak Cik Tun(my mama).Actually cucur gandum,tapi nak komersialkan nama supaya lebih cute,entah bila saya panggil 'cucoq poihhh'.Sebab bila letak dalam minyak kan bunyi 'poihhh' haha..(padahal letak apa pun bunyi 'poihh' jer..).

Mak Cik Tun kalau buat 'cucoq poihhh' kembang comel elok je.Garing and well done.Rasa pun shedappp.Kalau saya buat mesti jadi macam lempeng kempis je.Memang sungguh tak berseni I..

Selalu lepas Tarawikh,Mak Cik Tun suka je bikin kopi kaw kaw dan saya yang sesekali balik sana akan mengada-ngada minta goreng 'cucoq poihhh'.Memandangkan balik Kangar last week saya tak sempat nak demand ngada-ngada dengan mama,next week balik saya akan mengada-ngada.

Ngeh hehehehehe..

Tuesday, 9 August 2011

Saya Tetap Sayangkan Awak

"Ayu..semua orang pernah buat salah,tapi saya tetap sayangkan awak.."
Bila cinta ini tak lagi bermakna..yang ku rasa kini hanyalah nestapa..ditinggalkan cinta masa lalu...

SKRETTTTTTTT....

Iye ke?
Betul ke?
Saya tetap sayangkan awak?

'Perfect'nya Kasyah dalam 'Lagenda Budak Setan' sampai semua 'aweks' tertawan dengan cinta setengah mati terhadap Ayu.Tapi nama pun novel kan?Diadaptasi ke filem.Saya pun kalau buat novel ayatnya puitis.Hehe..

Hakikatnya dalam dunia realiti..awek tak balas SMS pun ada yang nak 'break'.Isteri lambat buka pintu masa lepas bengang terperangkap 'jam' pun ada suami yang nak bagi 'penampor'.Suami tak ingat 'birthday' pun ada yang seminggu tidur luar.Sayang tu ada,tapi dah kurang.

Moral dialog tu...sentiasa cuba menerima insan lain seadanya..InsyaAllah.

Realiti?Soal "semua orang pernah buat salah,tapi Saya tetap sayangkan awak.." baru betul.Kenapa 'Saya'?'Saya' kan kata ganti nama diri bukannya nama khas yang perlu huruf besar.

Kerana 'Saya' tu Yang Maha Esa.

Hanya Allah SWT yang sentiasa sayang kita walaupun beribu dosa yang kita lakukan.Dia sentiasa memberi peluang kepada kita selagi ajal dan kiamat belum tiba.Walaupun solat selalu berlubang,maksiat jadi makanan..Allah masih melindungi kita,memberi nafas yang baik dan harta benda yang melimpah-ruah.

Ya Allah,sesungguhnya Kekasih Teragung yang sentiasa 'semua orang pernah buat salah..tapi Saya tetap sayangkan awak.."

Sunday, 7 August 2011

Penat Kerja?Release Tension Dengan Angry Birds

Salam alaik,apapun kekhilafan yang kita lakukan,sama-sama kita baiki.Begitulah kesimpulan post saya semalam.Sebagai hamba Allah sudah tentu mengingati-Nya adalah satu keutamaan.

Bagaimana kerja di bulan Ramadhan ini?Saya yang mengajar di sekolah jenis kebangsaan tetap berkoko dan ber-PJK seperti biasa.KIRIK!KIRIK!KIRIK KANAN KIRIK!S ampai petang,bila ada kelas tambahan memang kesabaran ada sedikit ‘pancung’.Penat campur letih darab karenah murid dan kuasa dua dengan karenah office mate sama dengan..’sabor jer ler’.Kitaorang minoriti Muslims kat sini,waktu tengah hari memang dah macam Ultraman hilang power(tet..tet..tet..lampu merah).Yang kuat makan,kuat jugalah karenah..(ops!:D).

So kadang-kadang part childish saya memang terkeluar juga bila nak release tension.Sesiapa yang mengikuti blog saya sedia maklumlah ana ni Minah Gadget.Selalunya saya ambil masa satu jam selesaikan ‘stages’ dalam ‘Angry Birds’ dalam PSP atau melayan pelanggan restoran dalam ‘Diner Dash’. “Abu Lahabi!”(Abu Lahab?)..lebih kurang macam tu bunyinya burung ‘Angry Birds’.Adik saya anggap all those pigs tu macam zionis nak kena lastik.Mungkin faktor usia,saya dah tak berapa minat nak melepas tension menembak zombie sepertimana ‘Resident Evils’ dulu.Walaupun ada juga ‘Silent Hill’ di install tapi rasa malas nak merasa takut dan terkejut apabila melepas tekanan kerja.Apapun Leon Scott Kennedy tetap paling kacak..:p..dan saya tetap perasan yang saya ini Jill Valentine.Sampai ada anak pun rasanya sifat Minah Gadget tu akan ada..so bakal suami,bawa ‘bertendang’..:D

Saturday, 6 August 2011

Catatan 6 Ramadhan 1432 Hijrah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah hari ini sudah sampai 6 Ramadhan.Sudah 6 hari kita menjalani ibadat puasa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Sama ada bertadarus Al-Quran,bertarawikh,bersedekah dan sebagainya.

Hari ini berpuasa di samping keluarga tersayang di Perlis.Berbuka puasa dengan mama dan adik-adik memang antara yang amat saya nantikan.Akhirnya berakhir dengan kekenyangan apabila makan nasi tomato dan asyik ‘melanggah’(minum banyak) air oren.Sakit perut dan senak sehinggakan tarawikh pun terpaksa dibuat di rumah.Saat ini,mama,papa dan Nanab sudah pun ke masjid.Rasa rugi juga kerana bila balik Ayer Tawar memang saya tak akan kesempatan ke masjid atau surau untuk jemaah Tarawikh.

Bersama keluarga memberikan saya sejuta pelbagai rasa berbanding seorang diri di Ayer Tawar.Suasana kekeluargaan memberi saya satu motivasi dan muhasabah saya sebagai seorang insan biasa.Seorang yang masih merangkak-rangkak dalam usaha mencari nikmat akhirat.

Selalunya saya akan mula merindui Ramadhan bila Syawal mula menjelang.Malam ini,saya sudah mula merindui 6 hari Ramadhan yang lepas.Saya tahu saya akan menyesal kerana tidak merebut peluang berjemaah Tarawikh malam ini.Peluang yang hanya ada setahun sekali.Masihkah saya berpeluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan?

Demi Allah,saya ingin manfaatkan Ramadhan tahun ini dengan sebaik mungkin.Sebagai manusia biasa,ada kalanya saya tak lari daripada khilaf dan perbuatan yang sia-sia.Baru sahaja 6 hari,tapi apakah modul Ramadhan saya diisi dengan baik.Hanya Allah SWT satu-satunya Maha Mengetahui mampu mengukur tahap keimanan saya.Saya rasa malu kepada-Nya…

Ya Allah,saban saat saya terleka saya mohon doa dan petunjuk Allah SWT supaya kembali ke jalan-Nya.Jauhkan saya daripada dosa-dosa besar yang tak terbisa diampun jika ajal saya sudah tiba.Betapa dunia hanyalah keindahan sementara sedangkan akhirat kekal abadi.

Betapa hebatnya cabaran menuju proses penghijrahan.Jika mengumpat banyak yang akan ‘join the club’,bila berdiam kita akan dianggap ‘skema’ dan ‘sok suci’ bagai ‘perempuan lindungan Kaabah’ kata mereka.Samalah juga dengan diri ini bila menonton wayang,2 jam mampu bertahan tetapi jika bertarawikh secara berjemaah 90 minit pun terasa lambat.Begitulah juga perkara-perkara yang lain yang puncanya jangan disalahkan orang lain,jika iman kita cuma senipis tisu.

Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta cahaya hidayah buat saya,kawan-kawan,saudara-saudara dan hamba-hamba Allah sekalian di muka bumi ini.Beribadat seperti sesaat nanti kita akan mati dan bekerja memajukan diri dan masyarakat seperti dunia ini kekal abadi.

Maafkan saya jika ada perbuatan yang saya lakukan secara sedar atau tidak menyinggung perasaan sesiapa yang mengenali atau tidak mengenali saya.Maafkan saya..maafkan saya..maafkan saya buat kesekian kalinya.Saya doakan yang terbaik buat kalian.Moga kita sama-sama mampu melalui proses penambah baikan..penghijrahan secara berperingkat dengan lebih baik di bulan Ramadhan ini dan seterusnya pada bila-bila pun.InsyaAllah….

Monday, 25 July 2011

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

(Sumber Oh!Islam)

Pada zaman Nabi Musa A.S., bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan diantara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

P/S:Sesungguhnya tiada lagi yang Maha Penyayang dan Pengasih selain daripada Allah Ya Rabbi yang sentiasa mengampunkan hamba-hamba-Nya...Masya Allah..

Thursday, 30 June 2011

Catatan Kertas Yang Kosong

Tidak bersedia.Bukan tidak bersedia untuk memberi komitmen tetapi tidak bersedia hatta untuk berjumpa pun.Jadi,segalanya cuma mampu diteruskan seperti biasa..seperti ukhuwah fillah kerana Allah.Kerana apa sahaja sudah dicatat di luh mahfuz nya.Perasaan?Kosong cuma…

Tiada tanggungjawab dan tiada masa depan yang pasti..cuma mengorak langkah mengikut jalan yang ada..

Saturday, 21 May 2011

MINGGU YANG SIBUK

Ujian PKSR 1 baru saja selesai pada hari Rabu(18/5/2011).Sekarang masa untuk memasukkan markah ke dalam SAPS(Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah),marksheets sekolah untuk purata markah,analisis Bahasa Melayu dan jangan lupa Minit Mesyuarat Panitia kali kedua.Jadi,masa untuk FOKUS KERJA cuti hujung minggu ini..

Monday, 9 May 2011

Shahir dan Tomok Di Lokasi Cer Citer Cinta

Shahir,Tomok,Fir,Aida,Lia Natalia,Rozita Che Wan antara yang terlibat untuk telemovie terbitan Zeel Productions ini.Shahir berada di Perlis sejak Jumaat(7/5/2011) sehingga Isnin(9/5/2011).Beliau memegang watak sebagai Ustaz Sarjan.Terima kasih untuk Encik Fendi Seman yang banyak membantu Shahiratics :)..



Sunday, 13 March 2011

Pengawal Over Kawal Shahir Di ABPBH 2010 Tour Di Village Mall

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Grrr tengok hamba Allah yang terlalu mengawal Shahir semasa Shahir baru keluar dari khemah pentas ABPBH 2010 di Village Mall,Sungai Petani.Sebelum tu baik Aizat mahupun Zizan Raja Lawak tak ada pula dikawal bagai rak sebaik keluar dari khemah.Diorang siap lalu lalang tanpa gangguan pun.Malah berhenti seketika untuk mengambil gambar dan habis sangat ada seorang krew ABPBH yang memberi arahan 1 minit untuk ambil gambar.Okay saja peminat ikut arahan.

Ini nak ambil gambar Shahir saja pun bukan ambil gambar berdua atau beramai-ramai.Kamera ditutup dengan tangan dan menolak peminat wanita yang cuba mengambil gambar.Sangat over!

Apa guna event untuk mendekatkan peminat?Fikirlah ada yang datang bukan dari Kedah.Peminat Kedah pula bukan selalu jumpa Shahir.Ada yang tunggu sejak pukul 11 pagi lagi.Memanglah ada sesi bergambar rm5.Tapi kenapa Shahir saja dikawal ketat?Saya tak pasti dengan Faizal Tahir sebab saya segera pulang sebaik Shahir yang dikawal ketat itu dilarikan.Asar pun belum kan?

Buat Hamba Allah itu,orang Kedah bukanlah jakun sangat nak keronyok muka orang.So,fikir-fikirlah pihak-pihak yang bertanggungjawab menyekat dan mengawal Shahir lebih-lebih untuk event fans.Ambil gambor jew nape bako lebih?

Lagi satu kalau ada kumpulan yang sentiasa mengikut Shahir di mana-mana tour ABPBH atau mana2 event bukanlah golongan gila kuasa.Golongan ini adalah peminat yang sukarela mengambil gambar Shahir untuk dikongsi di dalam fanpage fans Shahir untuk tatapan peminat yang tak dapat mengikuti event.Jadi mana2 pihak yang menjaga Shahir atau harap maklum dan bukan suka hati membebel jika mereka ini mengambil gambar Shahir.Bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk dikongsi peminat yang lain.

Wallahualam...
4 orang pengawal termasuk seorang berpakaian uniform putih
Kesian kan orang Kedah?Nak ambil gambar Shahir sorang saja pun kena lari-lari.

Ni masa awal,Shahir ditemani 2 pengawal semasa baru sampai.Sporting jer berenti kejap bagi posing.Tak de kecoh pun kan?Tenang jer

Thursday, 3 March 2011

Mengetam Gigi:Mana Boleh Jadi The Cullen

Assalammualaikum dan hai,

Sekali lagi saya main belasah tajuk tak kena dengan isi.Hehe..

Sejak tiga tahun lepas saya memiliki tabiat mengetam gigi atau grinding teeth dalam bahasa omputeh atau bruxism dalam mediacal term.Saya mula menyedari apabila emak saya komplen dan saya sendiri pernah tersedar dari tidur dan mendapati saya tengah mengetam gigi.Hasilnya?Gigi siong sebelah kiri saya dah tak tajam..dah rata macam jalan lepas kena gelek..so jadi le ‘vampire’ satu siong jer..sebelah kanan.Memang kena ‘bunuh’ dengan Volturi jugak :p

Kalau dibiarkan mungkin saya akan kehilangan gigi.Rahang juga akan berbunyi apabila menguap atau makan.Setakat ni Alhamdulillah gigi masih ada dan rahang memang tak bunyi.Tapi,lama2?Habis tu nak buat macam mana sebab tabiat ini dilakukan semasa sedang tidur.So mari kita cari puncanya dulu.

1)stress
2)tabiat rahang tak relaks
3)kedudukan gigi yang lari struktur
4)tak de punca

Untuk jawapan betul sila jumpe dentist.Tapi saya tak sempat lagi jumpa dentist.Yang pasti saya memang kuat minum benda2 kafein macam Nescafe dan coke.Kalau betul masalah struktur gigi tak betul,dentist akan bagi mouth guard.Saya pun tak tahu bagaimana rupanyer mouth guard ni.Kalau stress kita disarankan jumpa kaunseling atau psychiatrist.

Ada berapa cara untuk mengelak mengetam gigi:

1)Sesekali letakkan lidah di antara gigi atas dan bawah dengan tujuan merehatkan rahang.
2)Kiranya dalam keadaan sedar pun anda mengetam gigi.So ini memang habit yang akan terbawa2 sampai tidur dan elakkan grinding dengan menggunakan cara di atas.
3)Elakkan atau kurangkan mengunyah chewing gum(habit rahang bergerak2 apabila mengunyah gula getah),elak atau kurangkan minum kafein seperti cola atau kopi,coklat dan alcohol.Jangan gigit pen atau pensel.(Aktiviti ini membuat rahang anda ‘terleka’..erk,boleh faham tak ayat saya?)
4)Letakkan kain berbasah air suam di pipi berdekatan telinga.Tujuan:Merehatkan rahang.
5)Tidur mengiring bukannya melentang.

Jum!Anda yang sering ‘menakutkan’ roommate,suami isteri atau mak ayah,adik,kakak dan nenek serta uwan sewaktu tidur,kita cuba cara ini.Yang penting jangan jadi The Cullen yang ada ada gigi taring sebelah :p

Sunday, 27 February 2011

Tiada Pornografi Untuk Blackberry Indonesia


Apakah kes pornografi Ariel Peterpan mendorong Indonesia mengharamkan akses pornografi di Blackberry?Alhamdulillah.Bila agaknya Malaysia akan membuat sekatan ini?Hemmmm.

Rim menggunakan system DNS Nawala untuk menyekat akses ke web pornografi.Walaupun akses masih lagi boleh dibuat melalui komputer peribadi tetapi sekurang-kurangnya dapat dikurangkan.

Secara hukum agama Islam,menonton pornografi adalah salah satu subahat zina,Secara logik,entahlah apa pentingnya pornografi melainkan menyebabkan otak benak?Menambah kes rogol?Sedangkan beratus-ratus tahun dahulu manusia mampu sahaja menikmati seks dengan kasih sayang tanpa pornografi.Kan?

Monday, 21 February 2011

Looking For Rare Nokia 6630


Masih lagi hobi cari rare gadget.Kalau condition elok sangat2 dan ada charger,box,guide,cd,kabel dan MMC.Emel me jugak.I berminat dalam RM150..:)..First Nokia 3G di Malaysia.

Saturday, 12 February 2011

Wanted Nokia N90,N93 or N93i

Looking for this rare handphones.Nak buat rare collection beside my Nokia 6600.Mana2 salah satu.Kalau ader yang masih dalam good condition(no scratches),x de virus dan blab la,ader kotak,charger,earfon,kabel usb,manual dan CD sumer saya berminat membeli salah satu model di bawah N90(RM300),N93(Rm400) or N93i(RM500).Jumpe di KANGAR,PERLIS.Tak de maknanya nak BANK IN atau BY POST.Maklum ler nak beli benda orang dah pakai kena check.Kalau hp nazak,tak minat walaupun RM10.Tu je syarat.Tanya yang lain tak layan.Email teman:devonsha16@yahoo.com
Nokia N90
Nokia N93
Nokia N93i

Wednesday, 9 February 2011

All The Best Shahir For Second Single..Extraordinary(Luar Biasa)

Salam,
Lama tak post pasal Tok Ketua.Tok Ketua tetap comel and the besh :)

First dengar lagu 'Luar Biasa' ni macam lain dah suara Shahir tapi seperti 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' lagu Shahir tetap menyentuh hati.Come on Astro,sudah masuk AF9 mini album Shahir pun tak nampak.Still ada hati nak buat AF9,entah apa nasib budak2 AF9 tu nanti.Lagu yang Edry KRU bikin untuk Shahir 'Wanita',entah apa cerita.

Mujurlah ada produk filem 'Karak' dari KRU.Mungkin kalau digilap dan kena gayanya Shahir bisa jadi artis residen KRU.

All the best!

Monday, 7 February 2011

Warkah Seorang Lelaki

Artikel asal:KREDIT: http://daliaalifmim.wordpress.com

Dosa Cinta: Surat untuk perempuan baik


Salam, kiriman ini juga merupakan salah satu kiriman yang aku memorikan bertahun-tahun lamanya dalam otak kerdil aku ini. Selama bertahun-tahun aku melihat rakan-rakan bercinta…kini aku luahkan kecewa aku . Kritik aku jika aku salah , puji aku jika aku benar.


Cinta pada aku suci..bersih…putih umpama kain sutera. Tapi aku tak faham kenapa manusia suka memalitkan nafsu dosa mereka pada sutera cinta ini. Bila melihat rakan-rakan, budak-budak sekolah hingusan berpegangan tangan …aduh..gatal-gatal kulit aku. Aku alah dengan benda-benda macam ni. Tak bolehkah cinta itu diluahkan tanpa sentuhan atau berpegangan tangan?

Lebih berat lagi, ada yang berpelukan dan ada yang bercumbuan di taman, di tempat awam ataupun di laman maya….arghh..! Berkerut dahi aku melihat mereka …boleh kena sawan. Tak dapat aku bayangkan jika ibu bapa mereka boleh melihat sahaja, seolah-olah membenarkan perilaku anak remajanya begitu.

Kolot.. ketinggalan zaman…kurang pengalaman bercinta .. lelaki kecewa .. ?
Mungkin itu akan terkeluar dari mulut hati kamu semua. Cinta itu merupakan perasaan yang tidak boleh dipadam atau dielakkan. Cinta itu halal, cuma bila nafsu menguasai akal dan tubuh badan, hukumnya menjadi haram bila kita melampaui batas pergaulan.

Tidak bolehkah kita bercinta tanpa berpegangan tangan, tanpa pelukan, tanpa cumbuan sebelum sampai Hari Bahagia itu ? Kalau sudah berpegangan tangan, bercumbuan-bumbuan sebelum berkahwin …jangan salahkan pasangan sendiri apabila 2,3 tahun selepas berkahwin timbul rasa jemu, tangan yang sama juga dipegang sejak 10 tahun lalu.

Cuba fikirkan…Bukankah lebih manis jika kali pertama si dia pegang tangan kamu ialah hari di mana kamu berdua diijab qabulkan, hari di mana air sembahyang kamu berdua dibatalkan, hari di mana si dia menyarung cincin pada jari putih kamu. Bukankah lebih manis lagi, jika kucupan pertama itu ialah kucupan di hari nikahmu, kucupan di dahi tanda janji sayang sehidup semati disaksikan wali dan saksi ?

Perempuan baik, dengar nasihat ini.
Perempuan baik, lindungilah leher dan rambutmu.
Selimutilah tubuhmu, jangan diperlihat pada kekasihmu.
Belum tentu si dia itu sehidup semati dengan kamu.
Bataskan pergaulan kamu, tundukkan pandangan kamu.
Kawal suara merdumu, jauhkan tubuh kamu dari kami.

Perempuan baik ..peliharalah nasihat ini.
Nasihat dari kami… lelaki yang lemah ini.

Nota kaki Kak Limah:Den cuma mampu SMS "khalifah sekalian,kami(wanita) ini 'senjata syaitan'..andai kata kami yang menggoda..janganlah join the club tapi bimbinglah kami..andai kalian yang menggoda ingatlah Allah Maha Melihat dan kami wanita lebih lemah daripada kalian.Walaupun kami secantik Natalie Portman atau se'seksa' Megan Fox..bimbinglah kami..bimbinglah kami..kami antara 3 ujian kalian selain harta dan pangkat..huhu.."

Saturday, 5 February 2011

Allah Selamatkan Kamu Cik Yaya

Salam,
Happy birthday to my younger sister,Yaya also known as Cik Mengkudu Duka.Dah 23 tahun dah(6/2).Semoga panjang umur murah rejeki ya mbak!
Motip Yaya pakai payung dan pegang bendera Malaysia nak balik rumah ala Kak Limah balik rumah :D
Birthday girl ceriye..
Yang happy sangat pun orang lain hehehehe

Friday, 4 February 2011

Review:BlackBerry Torch 9800


Salam!
Post kali ni cerita pasal BB Torch 9800.

BlackBerry Torch 9800 menggunakan OS 6.So ada upgrade dari BB sblum ni yang pakai OS 5.Simple cerita kelebihan:kamera 5 MP(ader auto focus n flash),touch screen+slide+qwerty pad,ada pinch zoom(zoom pakai jari je kat screen..bukan syampu je pakai jari..:D..),ada Social Feeds(buleh update status dalam masa yg sama terus ke mana2 social network) dan terdapat dalam wana hitam,putih dan merah.Harap RIM boleh bagi warna2 yang menarik untuk BB walaupun BB ni more into business dan social network.

Kekurangan:Sepatutnya ada sensor yang boleh mengunci screen bila membuat atau mengangkat panggilan tapi kalau rapat sangat pipi dengan screen selalu je tertekan loud speaker atau keypad_so jarakkan sikit bahagian bawah,semasa menggunakan mobile web ada masalah dengan arrow yang tak terkeluar(jarang2 jadi tapi agak menggeramkan bila jadi) dan speaker agak perlahan berbanding BB Bold 9700 yang memang tip top speaker hingga anda tidak terlepas panggilan(moral:letak ringtone yang bunyi nkuat sket).

Berdasarkan tarikh hari ni.Harga original(BRIGHSTAR) dalam RM2000-RM2200 dan AP set(AT&T,Vodafone,Orange,XL dan bla bla)dalam RM1650-RM1800.Apapun set yang anda beli,pastikan anda dapat earfon,kabel usb,pouch,kain lap,cd,guide booklet dan jangan ambil warranty kedai.Macam kat Sentosa Parade,Alor Star baru2 ni my mum terbeli Nokia 6730 Classic tapi dia bagi kotak hitam(ala hp Etouch punye).Watch out,make sure anda dapat kotak sumer complete dan minta kad warranty kalau AP.Antara AP set warranty untuk BB yang saya tahu 5link dan Mobile Genuine.Nanyang tu tak pasti ada tak untuk Blackberry.

Kalau nak puas hati beli yang PENGEDAR SAH DI MALAYSIA seperti BRIGHTSTAR.Dia macam korang nak Nokia korang make sure AVAXX atau ZITRON,Sony Ericsson(Midlands) dan SAMSUNG(FMG).Bukan apa sekarang ni yang jual hp nak untung lebih kadang2 barang second hand dia bungkus elok bagi baru dgn alasan WARRANTY KEDAI atau ada apa2 hal bawak balik kedai.Kalau gitu warranty nye,biarlah rega pun berpatutan,ye tak?Ini harga sama dengan pengedar sah.

Rumusan:Lebih baik dari BB Storm 2 tetapi dari segi kepuasan tidak dapat menandingi BB Bold 9700(BB terbaik!).Keseluruhan 4/5 stars.

LOCATION:RESTORAN SENTOSA,AYER TAWAR,MANJUNG PERAK(FREE WIFI-SEMPAT TOLONG PROMO)

Thursday, 3 February 2011

Shut Up!

Shut..up..shut up to anyone that full of hatred,lying,hypocrite n two faces.Penat dah macam ni.

Tuesday, 1 February 2011

Iklan Jap:Used BlackBerry Curve 8520 White Edition For Sale

Full set untuk dijual :)

OPPS SORY GUYS!SOLD!
Salam,beli di Sentosa Alor Star pada hujung bulan November 2010.AP set warranty setahun.Tujuan jual saya sudah beli BB Torch 9800.Saya memang suka BB.Lady used.Condition elok lagi sangat2.SAYA LETAK RM650.
Saya beri semua full set:
-1 kotak BlackBerry Curve 8520
-1 handphone BlackBerry Curve 8520 white edition
-1 bateri
-Kad memori 2GB(saya padam gambar dan video saya sahaja,lagu dalam tu ada 45 buah lagu dan ringtone 24 buah saya tak padam)
-1 screen protector
-1 charger
-1 earfon
-1 kabel usb(untuk charge melalui computer atau masuk keluar media)
-1 pouch leather BlackBerry(genuine)
-1 cd software
-1 buku panduan(guide)
-1 kad warranty AP set Genuine Mobile Solution(1 tahun)
Maklumat asas:BB ni sesuai untuk social network seperti Facebook,Twitter,Myspace,Yahoo Messenger dsb.Pakej BB mengikut telco(tanya telco anda).Saya menggunakan postpaid Maxis dan pakej BB paling rendah RM40.

Tunai sahaja.Cash on delivery hanya di Alor Star(Food Court Star Parade) atau Kangar(KFC Kangar dekat Dewan Kapitol UNIMAP).Harap maaf,tempat lain saya tak hantar.Sebarang emel minta hantar tempat lain tak dapat saya tunaikan.Jika betul2 minat emel saya dulu.Kemudian baru saya call atau SMS hanya yang berminat NAK BELI bukan NAK TANYA.terima kasih.Harga boleh dirunding.Harga BB Curve sekarang 8520 yang baru dalam rm750-rm830.

Emel: devonsha16@yahoo.com

Friday, 21 January 2011

Munchausen Syndrome Satu Penemuan Yang Membuat Saya Terkesima

Salam,
Lewat melayari laman web dan kesihatan saya tertarik dengan artikel yang menyentuh masalah jiwa Munchausen Syndrome.Mungkin hanya mereka yang tertentu saja mengetahui mengapa saya tertarik dengan sindrom jiwa kacau ini.

Munchausen diambil daripada nama tentera Jerman,Baron Munchausen yang sering menceritakanapengalaman-pengalaman hebatnya ketika menjadi tentera.Sedangkan hal itu tidak pernah berlaku.Muchausen Syndrome(MS) adalah satu keadaan di mana seseorang dengan sengaja membuat pembohongan,meniru seseorang,menambah buruk sesuatu keadaan atau mempengaruhi diri sendiri seolah-olah dengan tujuan dilayan seperti orang sakit.Ia biasanya dihidap oleh seseorang yang tidak mempunyai rasa bersalah dan kelihatan innocent dan bisa membuat cerita dengan gambaran yang sedih seperti mengalami musibah,kehilangan haiwan kesayangan,kematian sahabat baik atau ahli keluarga.Seseorang ini mengharapkan simpati daripada orang sekeliling yang bisa mengirimi doa atau harapan agar dia bisa mengatasi masalah yang sulit itu.

Diringkaskan dari: http://kesehatan.kompasiana.com/medis/2010/05/24/gangguan-jiwa-kompasianer/

Saya cuma bisa mengatakan apapun sindrom jiwa dan kekalutan minda,kembalilah kepada Allah atau berjumpa dengan pakar jiwa dan kaunseling supaya situasi tidak berlarutan.

Wednesday, 12 January 2011

Anak Kecil Main Api

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Duduk bersendirian,jauh daripada keluarga dan menjadi komuniti Melayu yang kecil di kawasan ini membuatkan saya berfikir sejenak.Menjadi minoriti bererti sedikit tak banyak akan menghadapi tekanan daripada majoriti.Lantas mengenangkan Melayu yang gah apabila menjadi majoriti.Melayu yang senang lenang.Adakalanya mengejar urbanisasi sehingga terlupa tamadun manusia bangsa Melayu itu sendiri yang berkait dengan Islam.

Melayu terkenal dengan adab sopannya.Menunduk hormat ketika berjalan di hadapan orang tua.Arakian sibuk bagaimanapun tetamu datang disambut dengan senyuman dan jemput sila makan dan minum.Meminang anak dara lagikan berpantun.Hendak bergaduh pun lagikan berpantun.Selat Melaka dahulu menyaksikan Melayu merantau dan berdagang.Marah pun berkias-kias.Al-kisahnya bak peribahasa ‘pukul anak,sindir menantu’.

Berbanding bangsa lain yang mempunyai multi agama.Melayu satu-satunya bangsa yang teguh dengan Islam.Taboo jika didengar Melayu beragama Kristian atau Yahudi.Arab Majusi pernah didengar,Melayu Majusi jelik bunyinya.

Mungkin kerana sinonimnya Melayu dan Islam maka adab-adab seorang muslim amat kuat dalam diri Melayu.Dibaling najis,Rasulullah SAW tidak membalas.Si kucing yang tidur di atas kain serbannya,tidak digerakkan malah dipotong kain serban itu.Cucu-cucu baginda Hassan dan Hussin menunggangi baginda ketika dalam kedudukan sujud semasa solat,baginda sabar menunggu sehingga mereka turun.Rasulullah terkenal dalam dunia perniagaan sebagai seorang jujur dan amanah.Hendak berperang dengan musuh Islam lagikan dibuat perjanjian dan persetujuan.Bukannya menyerang membuta-tuli tak kira anak-anak,orang tua mahupun wanita.

Sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW menjadi pegangan Melayu.Kerana Melayu itu tiangnya agama Islam maka kukuh Melayu sebagai bangsa yang berdaulat,tegas tetapi masih berbudi bahasa.

Namun kini sukarnya untuk mendidik manusia bernama Melayu.Sedangkan hal remeh seperti pemenang Anugerah Juara Lagu 25 pun Melayu sanggup menjatuhkan Melayu yang lain.Apa lagi soal politik yang membabitkan Melayu Muslim seperti UMNO dan PAS?Jeliknya Melayu apabila tidak menjadi mangsa banjir pun mengaku jua demi habuan 5 keping not RM100.Susahnya hendak bernafas dengan aman apabila Melayu terlalu mengagungkan hendonisme,korupsi,birokrasi dan materialistik.

“Emak,kalau kita baik,jujur,orang akan pijak kita,”

Salah satu dialog yang diungkapkan dalam Bujang Lapok semasa si ibu tidak mahu menerima wang si anak yang menipu wang Melayu yang lain.

Maka Melayu,berpijaklah di bumi nyata.Kembali pada tiang asas agama kita.Saya seorang perantau di negeri orang.Bekerja dengan bukan Melayu.Cuma ada 6 orang Melayu di dalam komuniti kecil.Itupun adakalanya sukar nak bersatu.Ada juga yang gemar meninggikan diri daripada membantu rakan yang lain.Tekanan kerja daripada majoriti bangsa lain memang ada.Masa baik,memang manis,jika salah setitis dakwat bisa dicanang sebesar najis lembu.Apatah lagi jika salah sebesar tompok dakwat?Namun sebagai motivasi,jadikan sebagai semangat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.'Mereka' jika salah masih ada yang membantu atau melindungi.'Kita' jika salah jadi bualan sepanjang waktu.Maka elakkan membuat salah.

Seorang bangsa Cina boleh membuka kedai di perkampungan Melayu.Seorang bangsa Melayu membuka restoran bersebelahan Melayu yang lain pun belum tentu mendapat kerjasama,disantau lagi ada.

Mungkin kerana kita generasi PTPN,UITM dan segala hak keistimewaan Melayu.Kita amat bersyukur dengan keistimewaan itu,tapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk kita bersenang-lenang menjatuhkan sesama sendiri,daripada isu sebesar hama sehingga sebesar gajah.Jangan biarkan lagi sejarah pintu gerbang Melaka dibuka untuk Portugis.

Sedih rasanya melihat Melayu menjatuhkan sesama Melayu,menjadi cendekiawan tapi berarah homoseksual atau mati sia-sia di jalanan sebagai mat rempit.Sedangkan semangat berani tak takut mati itu patut digunakan atas landasan yang betul atas nama berjihad kepada Islam.Menjadi khalifah tapi mengambil wang rakyat atau menggunakan nama Islam untuk kepentingan sendiri.Tidak semua,segelintir.Tapi masih sesak nafasnya.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
('Melayu' Sasterawan Negara Usman Awang)

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.
('Melayu Mudah Lupa' Tun Dr Mahathir Mohammad)

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
(Warisan)

Akhir sekali,video ini untuk tontonan bersama.Fikir-fikirlah sejenak.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Say:"O my Servants who have transgressed against their souls!Despair not of the Mercy of Allah.For Allah forgives all sins:for He is Oft-Forgiving,Most Merciful.
(Surah Az Zumar,ayat 53)

Semoga Allah mengampuni kesalahan kita,bukalah mata wahai bangsa Melayu ku..amin.

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D