WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday 3 December 2011

JOM WAYANG:Ombak Rindu


Secara jujurnya saya tidak pernah membaca novel ‘Ombak Rindu’ walaupun ramai rakan-rakan saya yang sudah membacanya.Lewat ‘Ombak Rindu’ dihasilkan saya sibuk di institut perguruan ketika semester kedua.Sibuk dengan assignment memang tak tersempat nak baca.

Saya juga menghadapi dilema sama ada ingin menonton Ombak Rindu,Breaking Dawn Part 1 atau Puss In The Boots.Takut juga mengecewakan seperti 'Lagenda Budak Setan'.Bukan senang nak keluar ke panggung wayang sejak anak saudara saya Piya makin besar.Tak bawa mengamuk dah bawa mengamuk dalam panggung.Hari ini Piya bersama ibunya balik ke rumah bapa kakak ipar saya,jadi FREE.Saya memilih Ombak Rindu setelah adik saya,Yaya memang bersungguh mengajak kami sekeluarga menonton Ombak Rindu.Memikirkan filem ini juga arahan Osman Ali yang saya kagumi arahannya dalam ‘Anak Halal’,maka,apa salahnya kan?

15 minit pertama saya sudah bergenang air mata melihat perwatakan ibu saudara Izah lakonan Delimawati(also known as Hantu Kak Limah)yang hiba apabila suaminya memaksa Izah ke Kuala Lumpur. “Aku ni dah tak lama..”lontaran dialog itu saja sudah buat saya hiba.

Seterusnya?Memang dihujani dengan adegan-adegan yang meruntun hati.

Maya Karin memang menjiwai lara Izah.Beragama,polos,suci dan dibuli suami.Adegan yang menambat hati saya ketika dia mengunci diri di dalam tandas semasa Haris mengamuk kerana menyangkanya mengandung.Maya Karin memang favorite saya dalam 'Anak Halal'.Tetapi,raut wajah dan tutur kata Maya sebagai Izah yang sepatutnya ayu dan lembut tak terhadam oleh saya.Rakan-rakan yang sudah membaca novel dan menonton filem ini juga memberi pendapat yang sama.(Mungkin..Fazura lebih sesuai?Pendapat saya).Apapun Maya sudah menjiwai wataknya dengan baik.

Aaron Aziz sebagai Haris memang cukup perisa.Ego,kacak,romantik,kurang ajar,baran dan baik hati.Berbanding Seth Tan dalam Nora Elena yang sangat romantis,Haris mewakili lelaki biasa dengan ego yang tinggi.Rasa nak lempang Haris pun ada dan rasa jatuh cinta pada Haris pun ada.Jadi,Aaron Aziz sudah memberi yang terbaik semampunya.

Lisa Surihani sebagai Mila Emilia juga semakin berkeyakinan.Kuat cemburu,bengkeng,tamak dan cantik.Rasa sangat rimas melihat dia menangis tidak berair mata di dalam ‘Lagenda Budak Setan’.Tetapi itu semua ditepis oleh Lisa Surihani dalam ‘Ombak Rindu’.Saya paling suka adegan Mila bersama Izah di rumah Mila dan babak akhir di tengah sawah bendang.Jiwa wanita saya turut menangis apabila Mila memberitahu betapa dia mencintai Haris,terdiam dan kemudiannya linangan air mata mengalir di pipinya.

Bront Palarae sebagai Mail seperti biasa selamba dan berkeyakinan.Azizah Mahzan sedikit over acting bagi saya.Apapun dia berjaya membuat saya menyampah dengan wataknya.

Memang babak ke babak disunting dengan pantas tetapi padat dan tidak mencacatkan jalan cerita seperti yang terjadi kepada ‘Lagenda Budak Setan’.Saya rasa penulis novel ini Fauziah Ashari tidak perlu risau kerana suntingannya masih kemas.

Sedikit kelakar melihat fan club Mila yang tidak realistik(Nampak pak pacak sangat).Begitu juga adegan Izah menonton Mila diwawancara dalam televisyen.Tak selari adegan Mila dengan dialog.Tetapi itu semua tidak mencacatkan 'Ombak Rindu'.

Lagu tema yang dinyanyikan Adira dan Hafiz juga membuai jiwa.Siapa penciptanya ya?

Rasanya sudah lama rakyat Malaysia tidak dihidangkan kisah drama berat yang penuh dengan air mata seperti era 60-an dan 70-an(Permintaan Terakhir,Esok Masih Ada,Ibu Mertuaku-sekadar beberapa filem).Tayangan jam 12.15 tengah hari di Big Cinema,Alor Star Mall tadi juga full house.Semasa saya membeli tiket jam 10.50 pagi tadi hanya tinggal tempat di barisan pertama hingga ketiga.

Penghayatan saya cuma terganggu dengan ketawa penonton yang tidak kena mengena dengan adegan yang tidak sepatutnya diketawakan.Contohnya semasa Izah mengucap 'Ya Allah lindungi aku..' berulang kali semasa Haris cuba meragut kehormatannya.Pekerja panggung juga sudah membuka pintu semasa adegan Haris dan Izah di atas bot.

Saya bagi 4 daripada 5 bintang..:)..sediakan tisu dan tak rugilah tiket anda jika anda memang inginkan drama berat yang meruntun hati..

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D