WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Tuesday 22 November 2011

Bertindak Biar Bijak

Tahniah kepada Harimau Muda kerana berjaya memenangi pingat emas untuk Sukan Sea di Indonesia.

Apa yang dapat saya lihat malam itu semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan ideologi politik bersatu menyokong anak-anak muda kita.Melihat anak-anak Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka juga nampak menyejukkan mata berbanding melihat konsert menyambut Hari Merdeka(mohon maaf tapi itulah yang terdetik di hati saya).

Menerima cemuhan media dan penyokong Indonesia juga diharungi bersama.Agak sedih melihat Konfrontasi Malaysia diwujudkan semula oleh sebilangan besar rakyat jelata Indonesia.Di bawa menaiki kereta perisai barracuda bagaikan pergi berperang.

Yang sering digembar-gemburkan adalah kerana lagu 'Negaraku' diplagiat daripada lagu 'Terang Bulan'.Namun beberapa kajian menunjukkan lagu tersebut asalnya daripada lagu 'La Rosalie' daripada pencipta Perancis,Pierre-Jean de BĂ©ranger.Lagu tersebut popular di Pulau Seychelles dengan irama Hawaii,'Mamula Moon'.Apakah maling sedang menuduh maling?Jika pihak Perancis tidak menuntut lagu tersebut bermakna ada perjanjian lisan(barangkali) atau sememangnya kerana zaman dahulu tiada akta hakcipta maka sebegitu saja dijadikan lagu sama ada 'Negaraku' atau 'Terang Bulan'yang disadur daripada lagu 'La Rosalie'.Rujukan:http://en.wikipedia.org/wiki/Negaraku

Saya juga terkilan melihat komen balasan rakyat Malaysia yang ibaratnya ‘2 kali 5,5 kali 2’ dengan komen penyokong fanatik Indonesia.Marah itu adalah percikan api daripada syaitan.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku,“Lalu Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”Riwayat al-Bukhari.

Marah untuk mempertahankan agama dan maruah sememangnya dituntut tapi seorang muslim tidak akan mengeluarkan perkataan yang kotor.Bertindak biar bijak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi.

Setiap kejadian ada hikmahnya.Saya percaya huluran bantuan tsunami yang diberi rakyat Malaysia kepada saudara kita di Acheh adalah ikhlas.Maka,tidak perlu kita mengungkit-ungkit apabila ada di antara mereka yang menghina kita kembali.

Semangat yang ditunjukkan skuad Harimau Muda kita juga mengajak kita untuk bersatu-padu mempertahankan agama,bangsa dan negara kita.Dalam kehidupan seharian,jadikan teladan untuk kita bekerja keras meningkatkan ekonomi negara.Pemimpin juga perlu melihat kejadian ini sebagai pembakar semangat untuk mentadbir negara dengan lebih ikhlas demi maruah dan harga diri.Bukan sekadar parti politik,populariti dan material.

Saya rasa tindak balas sedemikian lebih baik daripada mencaci mereka kembali.

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D