WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday, 26 December 2010

Cuti Yang Dihabiskan Dengan Cik Piya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Minggu depan dah nak mula sesi persekolah tahun 2011.Paling nak dirindu mestilah Cik Piya.Dah nak balik Perak.Dah nak kena set minda untuk kerja dan jauh daripada family.Huhu..

Aksi sebelum tido..
Aksi menunggu order tak sampai-sampai..
Aksi minta whipped potato kat Achik..

Friday, 24 December 2010

Penyakit Tak Boleh Tidur

Salam,

Sejak dua minggu lepas dah dapat penyakit mata terbuntang waktu malam.Lepas Subuh baru boleh tidur.Lepas tu mulalah sakit kepala sebab dapat tidur kejap je.Habis kuat pukul 10 pagi lebih dah kena bangun.Tidurnya 4 jam je.Ntah la..dah macam vampire.Sekolah akan bermula 3 Januari 2011 ini.Seminggu saja lebih kurang.Jadi kenalah tune waktu tidur ikut GMT 8+ Malaysia balik...ni tak tidur2 lagi..

Wednesday, 22 December 2010

The Deleted Post:A Stranger Called Pembuli

This is a post yang saya delete.Entry ni pada 2 Oktober 2010.And I don't think I should delete it.Coz it's something to remember.At least,kita ingat benda yang pernah membuat kita tersenyum.Right?

Di bawah lindungan langit kirmizi,ketika itu lintasan shooting star melalui longitud dan latitud yang bertepatan di bawah garisan waktu yang ditetapkan Dia.Tanpa sengaja Aishwarya telah add seorang jejaka ala Abishek Bachan setelah melihat uniform seperti Tom Cruise dalam Top Gun layaknye.

Watching in slow motion as u turn around n say..take my breath away..(haha)

Okay..okay..dah iklan.Tak berapa minit kemudian,dah approve.Sebagai heroin Hindustan yang berbudi bahasa,Aishwarya pun mengucapkan kalimah syukriya.Abishek pula dah buat Q&A seperti temuramah reporter Rolling Stones dan Kristen Stewart.
BELLA!BELLA!

Berlangsung lebih lanjut mengalahkan Forum Perdana di RTM1..teman setia anda!
Huh,rupa2 nye Abishek bukanlah An Officer and A Gentleman tapi rupanyer uniform men paintball.Memang tak de kecederaan sedikit pun mahupun kecederaan tumit.Bukan TOM CRUISE!Tidak!

Baru kenal..Aishwarya dah kena buli dengan Abishek Bachan nih.
U belanja I makan roti canai 4 keping!Esok gerak Subuh(walauponnnnn..)!Butang baju Melayu mana?Apa ni makan coklat!Sebab tu sakit perut!U kecik,I smackdown je!U tak de lesen keta!Hahaha!Chicken!Kok!Kok!

IKUT SUKA HATI LAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Tapi...

Sebenarnya Abishek ni baik ati(part kembang idung)..Abishek ni selalu suruh makan nasi walaupun ada makanan lain seperti bihun goreng,mi kari dan sebagainya(hehehe..).Abishek ni memang cakap tak de filter,tapi soft hearted terutamanya pasal children.

Dah..dah..kalau puji lebih2 karang mulalah Abishek tu karang bermaharajalela.
Selepas beberapa ari kenal,Aishwarya rasa dah lali dah kalau Abishek asyik ping!ping!masa tengah keje.:p..tapi Abishek janganlah cakap garang sangat..

‘I MANA DER GARANG..KELAKOR..’(ye ler tuh..:p)

Alasan!Haishhh..

Hehe..panjang umur dan rezeki bersambung lagi al-kisah abishek Bachan A STRANGER CALLED PEMBULI!Itupun kalau ukhuwah antara Aishwarya dan Abishek dipanjangkan Allah SWT..:)

Sunday, 19 December 2010

Hmmm....

Berapa orang yang sanggup berkawan kerana kepentingan?Dan berapa orang juga yang sanggup menggadaikan kepercayaan seorang sahabat juga kerana kepentingan?Serta berapa orang yang menggadaikan amanah pastinya kerana kepentingan.

Sampai satu tahap,kesabaran saya sudah sampai kemuncaknya.Saya cuba mengembalikan aura positif dengan menyingkirkan rasa MARAH,DIKHIANATI dan DITIPU BULAT2.Sudah berapa kali terhantuk.Acapkali juga saya terngadah.Sepatutnya daripada dulu lagi saya tidak membuang masa dan rezeki berulang alik ke kota metropolitan untuk satu perkara yang cuma keseronokan semata-mata.Betapa saya memperjudikan kerjaya saya ketika itu.

Entahlah..sekarang kepentingan itu saya buang jauh-jauh.Sama-sama kita lihat,berapa orang yang masih bersahabat kerana tiada kepentingan lagi?Satu sudut yang lain saya berasa lega kerana tiada yang perlu hasad lagi kerana tiada kepentingan.Saya kembali kepada seorang guru bersama nawaitu untuk memberi didikan yang sempurna kepada anak Malaysia.Walaupun gaji sederhana dan tidak glamour,doakan saya berjaya dengan nawaitu saya.

Tak salah menjadi jujur dan naïf kerana kualiti itu sukar ditemui dalam individu sekarang.Sikap mudah baran dan emosi yang patut disingkirkan.Teringat kat Prof Dr Muhaya Mohamad,orang yang tension ialah orang yang mengambil kira cakap orang(lebih kurang).Orang berasa susah dan keliru kerana perkataan itu sering dilafazkan dan diset dalam mindanya.Difikirkan balik,ada kebenarannya.

Allahuakbar,tak tahulah nak cakap..saya cuba tarik nafas dalam-dalam dan lepas.

Ya Allah ampunkan dosa saya yang saya lakukan secara sedar atau tanpa sedar..

Friday, 17 December 2010

Terkenang Semasa Dulu

Cuti-cuti sekolah ni memang teringat zaman kanak-kanak dulu.Dulu dari kecik sampai darjah enam(sebelum UPSR)memang duduk rumah arwah chaq(datuk).Memang rapat dengan arwah,masa tadika kat Kemas Mukim Paya dulu arwah chaq yang hantar dengan basikal dia.Bukan duduk belakang sebab basikal dulu-dulu seat lebar.Selalu duduk kat palang,arwah dah alas pakai kain berlapik-lapik.Arwah ni ada bela kera(sejenis spesies monkey buat ambil kelapa ye..).So kera tu kat belakang,aku kat depan..haha...so orang kampung bagi gelaran Pak Leh Kera.Sabar je la..bunyi macam zalim tapi tu dah jadi trademark.

Arwah memang datuk kesayangan cucu-cucu.Masa tu sepupu2 aku Abang Mir,Kak Uni,Yen,Ajun,Ajam,Kak Mezia,Aira dan Oney boleh jer main-main rounders dan baling kasut bagai nak rak.Arwah suka je sebab cucu dia ramai.Paling aku suka main lubang rusuk arwah sebab arwah kurus sangat so ada macam lubang sikit bawah dada.Seminggu sebelum adik aku Yaya(Eziera)lahir,arwah menghembuskan nafas terakhir selepas menderita stroke dekat 2 tahun.Arwah mula stroke masa aku darjah 1.

Masa tu aku tak tahu kenapa bibir arwah senget dan sebelah anggota dia tak boleh gerak.Memang sedih sangat,walaupun masa tu aku kecil lagi,tapi memang sedih sebab sebelum arwah meninggal aku kecil hati sebab arwah minta aku bagi duit kat sepupu aku yang lain.Konon otak kanak-kanak aku ingat arwah nak bagi kat aku.Padahal sebagai cucu yang menetap kat situ,aku dah selalu dapat macam-macam.Rupanya arwah macam tahu dia nak pergi tu arwah bagi kat cucu-cucu lain.Aku memang menyesal gila masa tu sebab marah kat arwah.Semoga Allah merahmati roh chaq,Salleh Bin Chat dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Kenangan masa kat kampung yang aku masih ingat masa banjir besar tahun 1988.Masa tu family ada bela seekor anak kucing nama Jojie.Jojie ni dapat masa baby lagi.So masa banjir,mama terpaksa la susah payah teman dia buang air kecil dan besar kat beranda rumah lepas tu cuci balik.Tu satu,yang tak boleh blah lepas banjir memang berkumpul cacing-cacing kat bawah rumah.Euww!Memang geli gila bergelimpangan.Yang ntah apa-apa masa tu aku ngan papa dan abang boleh sauk(tahan guna baldi atau penapis santan)ikan haruan dan puyu yang terlepas daripada bendang dekat beranda rumah.Bukan sikit,ada la dekat sebaldi kecil.Memandangkan kami tiga orang je dalam keluarga yang makan ikan darat(air tawar),so papa la yang kena siang sebab Nanab dan mama tak sudi sebab hanyir.Berlagak tu bonda dan bonda sedara aku itu haha!...

Papa masa tu kerja kerani kanan saja,tapi entahlah masa tu aku rasa cukup bahagia sangat walaupun sederhana.Masa tu makan KFC pun tak pernah.Masa aku dapat UPSR 3A1B(yang B nye penulisan BM..ironiknya aku jadi cikgu BM)baru la papa nak bawa pergi makan KFC,tapi sebab penuh papa bagi alasan sebab aku dapat 1B pergi je dekat Restoran Diana Fried Chicken(restoran tempatan).

Wayang?Hehe masa tu Dewan Unimap yang ada sekarang tu Panggung Kapitol.Zaman dulu-dulu hiburan cuma wayang.Aku tak ingat bila first time aku tengok wayang,tapi masa tadika aku dah nangis-nangis nak tengok Azura.Mula-mula pergi Kapitol,full house.Memang papa dah nak balik rumah,aku menangis sampai papa terpaksa beli tiket black market tengok kat Cathay Kuala Perlis.Dulu ada ticket black market,orang tu beli banyak2 pas tu jual balik dengan harga yang mahal.So lepas tengok cerita tu,esok kat tadika masa nyanyian semua budak nyanyi lagu Pak Mamat Ada Kebun,aku seorang je bantai lagu yang Zack duet ngan Azura tu.
Sepupu aku Kak Mezia dan Aira selalu bawa aku tengok wayang free sempena keputeraan Raja Perlis.Aku ni sekolah kampung di Sekolah Kebangsaan Paya.Sepupu-sepupu aku ni sekolah pekan di Sekolah Kebangsaan Putra so selalu dapat tiket free.Pergi tengok wayang naik beca je.Tak cukup bajet jalan kaki sebab masa tu family Kak Mezia,mak teh aku tinggal di Quarters Hospital Kangar(sekarang Hospital Tunku Fauziah).

Apa lagi?Oh ye masa tu video tape(VHS) dah popular.So masa tu selalu juga pinjam video.Selalu abang aku dan sepupu-sepupu aku yang kaki sewa video.Masa tu ada Ariff Video Centre.Sewa macam pinjam buku kat library hehe.Masa tu memang popular horror movie.Ada siri Nightmare’s On Elmstreet,Hellraisers,siri Evil Dead dan Tales From The Crypt.Siri TV paling popular MacGyver,pernah la juga suka dekat Richard Dean Anderson tu.Masa aku darjah 5 dah pandai dah layan radio,so masa tu dah minat kumpulan NKOTB,Richard Marx dan Tommy Page.Even dah pandai baca majalah Remaja haha.Aku ingat lagi first cover Remaja yang aku baca cover Julia Rais.

Masa cuti masa mengaji Al-Quran pun berubah,kalau tak pukul 2 petang dah ubah waktu pagi.Pukul 8 pagi dah kena pergi surau.So kadang-kadang memang liat.Ustaz masa tu Pak Mat memang garang budak lelaki asyik kena tampar sampai songkok terbang.Tapi Alhamdulillah sejak dari darjah dua sampai khatam Al-Quran masa darjah 5 memang tak pernah kena rotan.Ada juga budak perempuan yang kena.Alhamdulillah aku dapat ustaz yang garang.Mana idzhar halqi,mana idgham,mana ihfak hakiki semua kena hafal..

Banyak nak cerita kenangan zaman kanak-kanak ni.Masa tu memang happy sangat.Kalau bergaduh pun bergaduh macam budak-budak.Kawan memang kawan atas kejujuran.Izyani Mashrin Zahari kawan aku sejak tadika,tapi sekarang dah jarang berhubung,bahagia dengan family di Damansara.Yang lain Raudzah Mat Rejab dan Norsanita Md Harris masih ada di FB.Rosnita Mahmud pun sesekali masih ada.Cuma Nurazalia Zakaria dan Farahida Ahmad yang lost contact.

Masa tu mana ada lagi Facebook,Youtube atau Twitter.Memang kuat main kat luar rumah,rounders,baling kasut,bola beracun,konda kondi dan entah apa-apa main kejar-kejar sampai main bola tampar ala Moero’s Attacks.Cuma masih ingat masa buat nakal tengok cerita The Kiss ramai-ramai..haha..

Mungkin sebab masa kecil-kecil hidup kami memang sederhana sangat jadi sekarang apabila dewasa,aku sentiasa cuba berkongsi dengan semua orang setakat yang mampu.Kalau ada rezeki buat apa nak lokek belanja keluarga dan kawan-kawan kan?Kalau tak ada senyaplah.:)

Kenangan mengusik jiwa betul!

Monday, 13 December 2010

Naskhah Salina Bakal Dipentaskan Di IB

Istana Budaya mencari Salina
Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Kredit:Pancaindera,Utusan Malaysia 12/12/2010

NOVEL Salina karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pernah dipentaskan pertama kali pada 1984. Ketika itu, dua watak utamanya iaitu Salina dipegang oleh Fauziah Nawi manakala Jalil Hamid menerajui watak Abdul Fakar.

Tanpa disangka, Salina yang diarah Datuk Johan Jaaffar waktu itu menjadi besar dalam dunia teater apabila mendapat sambutan hebat di kalangan peminat teater. Pementasan itu dianjurkan oleh Badan Budaya DBP.

Selepas 26 tahun berlalu, Istana Budaya (IB) mengesahkan akan mementaskan sekali lagi teater itu pada Jun tahun depan selama 10 hari.

Ketika ura-ura teater itu dalam perancangan pementasan semula, tidak dinafikan ramai pihak yang berminat untuk terlibat dalam Salina.

Lantaran itu, teka-teki mula timbul apabila ramai ingin tahu sama ada pementasan Salina akan diterbitkan oleh Istana Budaya atau syarikat produksi teater? Siapa pula pengarahnya? Paling dinanti, siapakah terpilih memegang watak Salina?

Bagi karyawan teater, mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada teater berkenaan ibarat pungguk yang merindui bulan. Ini kerana novel Salina merupakan antara naskhah hebat Pak Samad yang telah melahirkan banyak sarjana membuat kajian tesis mengenainya.
Justeru, baik pengarah mahu pun barisan pelakon, ramai yang sudah memasang angan-angan untuk dipilih menjayakan teater itu.

Untuk mengarah sahaja, khabarnya ramai yang melobi. Bermacam nama yang disebut-sebut. Tidak ketinggalan nama pengarah teater muda, Norzizi Zulkifli. Namun sekuat mana pun kempen melobi, rezeki tetap di tangan Tuhan. Pengarah Salina khabarnya secara tidak rasmi sudah menjadi milik pengarah dan pelakon tersohor, Mior Hashim Manap.
Bahkan, pemilihan Mior Hashim juga dikatakan telah mendapat ‘restu’ daripada Johan yang menghasilkan naskhah adaptasi dari novel Salina.

Apa yang menarik, pemilihan Mior Hashim itu dilihat tepat kerana beliau pernah terlibat dengan pementasan Salina pertama. Mior Hashim ketika itu memegang watak Hilmy manakala isterinya, Izzaidah Khairan sebagai Nahidah.

Ketika dihubungi, pengarah filem Kemarau Cinta itu enggan mengesahkan tawaran sebagai pengarah Salina sebaliknya selesa mendiam diri seribu bahasa.

“Lebih baik tanya pihak IB. Saya belum sign kontrak apa-apa lagi,” jawabnya berlapik dalam nada ketawa.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, Pancaindera menghubungi Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani yang mesra dengan panggilan Abang Joe.

Beliau mengakui pihaknya telah memuktamadkan calon pengarah Salina dan mencadangkan Mior Hashim sebagai pilihan utama.

“Namun sehingga kini, senarai pelakon Salina belum ada lagi dan pada masa sama pihak IB masih menunggu kebenaran Pak Samad untuk mementaskan Salina buat kali kedua.

“Kalau secara lisan, kami sudah mendapat kebenaran daripada Pak Samad sejak dua tahun lalu. Tetapi yang penting, biarlah wujud persetujuan antara dua pihak yang dibuat secara bertulis,” katanya yang pada mulanya enggan mendedah tenaga kerja di belakang Salina.

Vanida, Umie jadi Salina?

Selepas pengarah Salina diketahui, spekulasi kini pasti beralih kepada barisan pelakon utama yang akan dipilih nanti. Watak penting iaitu Salina sebagai pelacur tentunya menjadi idaman ramai pelakon wanita di negara. Berdasarkan senarai awal, khabarnya Tiara Jacquelina menjadi calon utama berdasarkan kredibiliti di pentas teater.

Namun difahamkan Tiara terpaksa menolak tawaran keemasan itu apabila dia perlu menumpukan perhatian kepada syarikat produksinya yang akan sibuk menerbitkan teater muzikal ketiga iaitu Nora Zain pada tahun depan.

Penolakan Tiara itu dijangka memberi peluang kepada aktres popular, Sofia Jane untuk beraksi dalam Salina. Jika Sofia menjadi pilihan, ibu kepada kepada tiga orang anak itu dilihat berdepan tugas besar untuk menjayakan watak Salina.

Sofia yang mula dikenali menerusi filem Mira Edora perlu lari daripada watak Zaleha sebagai isteri yang menjadi jalang dalam filem Perempuan, Isteri dan ... pada 1993.
Pelakon kacukan British dan Melayu itu juga mungkin berdepan kritikan ramai apabila raut wajahnya yang tidak memiliki wanita Melayu.
Ini kerana Salina digambarkan sebagai seorang wanita yang penuh dengan wajah kemelayuan, menggoda, berambut panjang dan berusia dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun.

Dan jika faktor wajah wanita kemelayuan menjadi keutamaan, Mior Hashim mungkin mempunyai dua pilihan lain iaitu Vanida Imran dan Umie Aida.
Selain menepati ciri perwatakan Salina, standard lakonan Vanida dan Umie berada dalam kelas tersendiri apabila masing-masing pernah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik di negara.
Mohamed Juhari ketika diajukan siapa peneraju Salina itu, dia memberitahu ramai pelakon wanita yang mengidamkan watak Salina itu sejak 10 tahun lalu.

Jelasnya, Tiara pernah berhasrat untuk menerbitkan filem Salina manakala Erma Fatima juga pernah kepingin watak yang penuh mencabar itu.

“Pementasan Salina kali kedua ini merupakan langkah IB untuk memenuhi hasrat ramai pihak yang tidak kesampaian mementaskan Salina sebelum ini. Mengenai ura-ura watak Salina akan dipegang oleh Sofia, tawaran rasmi belum dibuat lagi dan kita juga perlu mendapat kebenaran daripada suaminya.

“Namun kita tidak menafikan terdapat calon lain jika berdasarkan perwatakan Salina memiliki wajah kemelayuan dan berambut panjang, Vanida Imran dan Umie Aida memenuhi ciri-ciri itu,” katanya sambil membayangkan pengumuman rasmi barisan pelakon Salina akan dibuat pada Februari depan.

Mohamed Juhari menambah, watak Salina bukan satu-satunya watak penting yang perlu diberi perhatian sebaliknya watak di sekeliling Salina turut menjadi tonggak kekuatan teater itu nanti.
Katanya, watak-watak seperti Abdul Fakar, Hilmy, Nahidah dan Sunarto tidak boleh dipinggirkan kerana kehadiran mereka membuatkan watak Salina menjadi kuat.

Sementara itu, Pancaindera difahamkan watak Abdul Fakar bakal menjadi milik dua aktor popular iaitu Hans Isaac atau pun Aaron Aziz.

Cuma keraguan yang timbul di sini apabila Abdul Fakar memiliki kriteria seorang lelaki yang kelihatan jantan di sebalik wajah yang tidak kacak.

“Kalau Hans atau Aaron yang terpilih, terpaksalah kita menjadikan wajah mereka nampak buruk dan ganas,” katanya sekadar memberi pandangan.

Pada masa sama, watak Sunarto khabarnya mungkin dipegang oleh Fizz Fairuz manakala watak adik angkat Salina, Hilmy yang berusia belasan tahun akan dipikul oleh Mohd. Syafie Naswip.

“IB akan memulakan perbincangan dengan calon barisan Salina dalam masa terdekat ini dan saya harap semua pihak bersabar untuk mengetahui perkembangan selanjutnya,” katanya yang enggan mengesahkan barisan calon pelakon Salina.

PENDAPAT SAYA:
Saya membaca novel Salina lewat usia 19 tahun.Mungkin agak terlewat membaca naskhah itu.Tapi Salina merupakan karya agung Tan Sri A. Samad Said yang wajib dibaca.Kisah suka duka perempuan joget.Salina menerima Abdul Fakar yang ganas kerana lelaki itu mirip bekas tunangnya.Dalam masa yang sama Salina juga kakak angkat kepada Hilmy.Diselitkan juga dengan kisah Hilmy yang baru belajar menyukai perempuan dengan anak dara jirannya,Nahidah dan Sunarto lelaki Indonesia yang juga anak angkat keluarga Ab Mutalib.

Semasa saya membaca novel ini saya baru mengenali nama Zulhuzaimy yang bergandingan mantap bergandingan dengan Umie Aida dalam Intan Mahsuri.Saya memang membayangkan wajah Zulhuzaimy ketika membaca novel ini.Zulhuzaimy ketika itu memang tampak remaja dan kurus-kurus orangnya.Wajahnya membayangkan Hilmy yang amat menyayangi Salina.

Salina pula ketika itu saya membayangkan aktres Nasha Aziz.Abdul Fakar pula Sidi Oraza.Watak Sunarto pula Rosyam Nor.Cuma ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan siapa Nahidah.Tapi jika sekarang,mungkin Liyana Jasmay sesuai membawa watak itu.

Soal Salina saya setuju dengan pemilihan Sofea Jane walaupun dia berwajah keInggerisan.Walaupun hanya muncul berapa minit dalam Sayang Salmah,emosi Sofea Jane amat bertepatan untuk membawa watak Salina yang lemah lembut tetapi tertekan dengan karenah Abdul Fakar.

Saya masih membayangkan Sidi Oraza untuk Abdul Fakar kerana gambaran fizikal Abdul Fakar yang besar-besar orangnya.Kalau diberi pilihan antara Hans atau Aaron,mengambil kira bencinya saya pada watak Hans dalam drama siri Sephia mungkin saya memilih Hans..tapi masih hati saya membayangkan Abdul Fakar itu Sidi Oraza.Saya tidak mempunyai masalah dengan Syafie Naswip untuk watak Hilmy atau Fizz Fairuzz untuk Sunarto.

Tak sabar menantikan naskhah Salina dipentaskan kerana ketika pementasan kali pertama saya baru berusia 5 tahun.

Sunday, 12 December 2010

Once Upon A December

Dancing bears, painted wings,
Things I almost remember
And a song someone sings,
Once upon a December

Someone holds me safe and warm
Horses prance through a silver storm
Figures dancing gracefully
Across my memory

Far away, long ago
Glowing dim as an ember
Things my heart used to know
Once upon a December

Someone holds me safe and warm
Horses prance through a silver storm
Figures dancing gracefully
Across my memory

Far away, long ago
Glowing dim as an ember
Things my heart used to know
Things it yearns to remember

And a song
Someone sings
Once upon a December

Happy belated birthday papa,semoga Allah memberkati selalu..

Tuesday, 30 November 2010

Jangan Jadi Ketam Tapi Jadi Semut

Salam..apa motif tajuk di atas selain daripada lapar ketam masak lemak?Hehehe..peringatan untuk diri sendiri.Ketam jalan tak betul(mengiring) tapi nak ajar anaknya berjalan.Logiknya,apalah salah ketam tu kan?Dah kejadiannya begitu.Tapi abstraknya,kita sebagai orang dewasa haruslah menunjuk contoh yang baik.Begitu jua jika ingin menasihati seseorang,maka betulkanlah langkah kita dahulu.

Kenapa semut?Semut kan selalu salam apabila berjumpa sesama mereka.Kejap-kejap salam dah mengalahkan Ibrahim Pendek dalam Nasib Si Labu Labi.Abstrak,itu tandanya semut menghargai persaudaraan.Malahan sifat kerjasama semut juga hebat yang amat.

Jadi kawan-kawan daripada jadikan semut idola anda dan bukannya Lady Gaga..agagagga..:D

Monday, 22 November 2010

Piya Say Her Name

Muka ceria nak ikut orang bank in payment kad kredit..hoh!
Pagi ni baru dapat jumpa my beloved niece,Piya.Dia baru balik dari rumah nenek sebelah ibunye di Thailand.So memang tak dapat nak control.Pergi CIMB tadi pun nak ikut dan bikin kecoh.Sekarang dah setahun 8 bulan dan dah pandai sebut nama sendiri,kira 1,2,3,salam amin cium tangan dan ucap terima kasih(maceh).Kat bawah ni adegan ceria mak cik kenit nih.

Sunday, 21 November 2010

Pecahkan Saja Gelasnya Biar Bising

Halaman rumah papa.Masa banjir.

Nowaday.Macam lepas perang.

Salam pagi Ahad.Semalam saya baru sampai rumah mama dan papa di Perlis.Meninggalkan rumah sewa kesayangan(ye ke)di Ayer Tawar,Perak.

Minggu ni especially 2 ari sebelum sekolah tutup memang menyakitkan hati.Disimpan mahu menanah.Pecahkan saja gelasnya..biar bising!So post pasal BlackBerry Torch tangguh dulu,kali ini saya nak bising.

Sampai di rumah papa,saya terkejut melihat kesan-kesan peninggalan banjir selama 5 hari.Barangan peribadi saya seperti koleksi komik romantika komedi Feel 100% daripada siri 1 hingga 14 hancur.Saya kumpul sejak zaman sebelum memasuki maktab perguruan(zaman menganggur selepas Infotech Mara)sampai zaman kerja.Sayang betul.Novel-novel Norhayati Berahim dan Aisya Sofea pun dah jadi lunyai.Nasib baik siri Harry Potter,Twilight dan buku-buku agama ada di rumah saya di Perak.Katil semua sudah runtuh tinggal tilam saja.Almari mudah pasang siap yang saya selalu letakkan koleksi buku,DVD dan album gambar pun habis rosak.Koleksi DVD filem Ekin Cheng yang saya kumpul zaman remaja pun tak dapat diselamatkan(haha..huhu..).Gambar-gambar zaman sekolah dan teman tapi mesra pun dah melekat-lekat.

Bab katil,rak dan almari nanti kita plan untuk ganti semua2 tu.Alhamdulillah mesin basuh,peti sejuk,televisyen,dekoder astro,DVD player selamat.Kelakarnya rak televisyen dah tinggal sekerat.

Family saya sudah pun mendaftar untuk bantuan mangsa banjir tapi wallahualam mungkin tidak sepantas nasib mangsa-mangsa gunung berapi di Indonesia yang pantas menerima bantuan kerajaan Malaysia kan?Mungkin peta geografi menunjukkan Taman Desa Pulai 2,Kangar,Perlis lebih jauh daripada Indonesia..:)...

Back to basic and reality,saya seronok menghabiskan masa dengan adik-adik dan mama dan papa.Yang sentiasa menyokong saya dalam apa jua keadaan.GEMBIRA,SEDIH,KEBANGKITAN atau KEJATUHAN.Walaupun cuti sebulan lebih tapi saya cuma balik Kangar 2 minggu sahaja.Saya ada 'kerja terbengkalai' di Perak.Doa2 kan saya.Saya memang anak manja mama,rasanya benda sikit-sikit pun saya boleh menangis.Tapi semakin meningkat usia dan pengalaman,ada kalanya saya tak boleh bergantung kepada keluarga lagi.Independent woman dah.Duit pun dah tak boleh terlalu boros.Dua tiga bulan lepas banyak sangat simpanan.Dah rambang mata.Tinggal seciput dah.Bila keluarga sendiri sudah jadi mangsa banjir.Dah pening kepala pula nak cekau duit nak tolong papa.Mari berjimat-cermat!(Walaupun baru beli BlackBerry Torch 9800 hadoihhh...)

Ada hamba Allah ajak saya join MLM.Sebenarnya memang tak kena dengan jiwa saya.Komplikasi nak cakap jiwa orang seni ni.Jadi saya menarik diri.Bagi saya setiap pekerjaan memerlukan kepuasan dan jangan mendera jiwa orang.If we r talking about biz than straight to biz.Dun mix with personal and biz.Dun lie even a white lie.Or whatever.

Apa lagi?Huh!Saya sendiri dah berapa kali mention saya tak suka dengan sikap saya yang mudah kompromi dengan orang.Tapi saya tak sampai hati.I hate people yang outloud.Tolonglah,puhlease..saya masih cuba hormat kerana anda sekalian lebih tua daripada saya.Tolonglah bersikap selayaknya dengan usia.(Ni apahal pula?Semua dah bercampur)

One more.Semalam saya pergi Maxis Kangar(Easyring)and of the staff perempuan yang rambut pendek jaga kaunter registration memang kerek sangat.Apapun terima kasih untuk staff yang kerja bahagian prepaid,payment dan registration(pakai tudung).Yang short hair tu memang sarcastic.Boo.I don't know her name tapi berlagak macam dia anak saudara Fernandez Maxis.PANGKAH!

Guru?Memanglah banyak karenah memandangkan bekerja di dalam kelompok yang kecil.Setelah 6 tahun di tempat kerja yang sama,hati jahat saya memang kadang-kadang membuatkan saya langsung tidak ada hati nak bekerja.Minta transfer tak dapat2.Daripada papa tak ada diabetes sampai dah kritikal.Jadi adalah 'insan-insan prihatin' yang sudi mencari kesalahan saya.Terima kasihlah.Tapi yang tak seronoknya apabila benda yang saya tak buat pun boleh dijadikan isu.Kalau saya tahu siapa yang kaki fitnah tu memang saya nak lempang je mulut yang suka makan daging tak halal.Isi neraka betul.

Kemudian saya berfikir rasional dan waras kembali,berlawan biar bijak.Kalau saya melakukan kerja secara proffesional tak mungkin makhluk-makhluk jahat ni akan sembrono membuat cerita palsu.Tahulah manusia,kesalahan lebih enak dicari walaupun kononnya 1 Malaysia.Kerja mana pun ada karenah dan birokrasi.

Tapi semasa saya tertekan memang saya rasa nak sembur semua orang saja.Kadang-kadang kita memerlukan sahabat yang kita percayai apabila tengah tak stabil.So kadang2,bila member yang selalu kongsi suka duka dan anggap macam sibling sendiri pun tenggelam timbul macam mangsa banjir memang ada kalanya hangin satu badan.

Back to rasional,kawan pun ada juga life dan masalahnya sendiri.Sebenarnya,di situ menguji keikhlasan saya dalam bersahabat,kalau ikhlas mengapa nak terasa kan Tisha?Apapun she still my fren and sister.Saya minta maaf kepada seorang Hamba Allah yang tak pasal-pasal jadi mangsa.So kalau Hamba Allah itu membaca post ini,sekali lagi akak minta maaf and I hope ur get ur voice back.

Hadoihhh,week ni memang not the best week ever..al-sabr min al-iman..tarik nafas,bawak relaks..ALL IS WELL.Wassalammualaikum WBT.

Wednesday, 17 November 2010

Sembang Gadgets:Pengharaman BlackBerry Dan Nak Cari Handphone Murah Untuk Video Call

Salam.Lama dah tak cerita pasal gadget.So kali ni gebang2 pasal gadget jap.Dulu kita heboh kejap pasal pengharaman BlackBerry.Kita sedia maklum BlackBerry dibangunkan oleh RIM(Research In Motion) di Kanada.

Masalahnya apabila segala perbualan dan data dalam emel dan juga BBM(BlackBerry Messenger)berpengkalan di RIM,Kanada.Jadi mungkin data-data yang mengandungi isu-isu keselamatan atau rahsia Negara akan terbocor.Sebab itu negara seperti Arab Saudi mengharamkan perkhidmatan BlackBerry.Kecuali pemprosesan data maklumat itu di negara masing2.

Bagaimanapun di Malaysia penggunaan BlackBerry tetap diteruskan.Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Joseph Salang Anak Gandum berharap rakyat
Malaysia menggunakan peranti BB dengan bertanggungjawab.

Saya berminat dengan aplikasi social FB seperti Facebook dan Twitter.Malahan melalui Social Feeds segala update status boleh dihantar serentak ke mana2 social network tanpa mengira masa dan tempat.Dengan bayaran RM40(paling minimum bagi Maxis),saya boleh menggunakan BIS termasuk Google(kecuali download,pakej yang lebih mahal).
Tapi masalahnya sekarang,saya rindukan anak saudara yang berada nun di Perlis.Selalu dapat dengar suara saja tak dapat nak lihat wajahnya melalui video call.Saya akan membeli talian prepaid dan membeli handphone 3G(utk video call) yang murah.Jadi saya sedang cuba usha Sony Ericsson Naite J105.Harganya berpatutan iaitu dalam lingkungan RM305-315(untuk AP set).So may be nak cari warna merah..:D..

Sony Ericsson Naite J105

Adik saya pula baru kehilangan Nokia C6 kerana dicuri semasa camping kadet bomba.Kesian pula bila dia terpaksa pakai Sony Ericsson W705i saya yang lama.So bila dia Cuma minta Nokia C3,kita pertimbangkan bulan 12 nanti.Kelemahan Nokia C3 tidak mempunyai 3G(tak dapek nak wat video call)tapi mempunyai wifi.Da macam BlackBerry Curve 8250.Harga original Zitron dan Avaxx dalam lingkungan RM499.
Nokia C3 Pink

Post akan datang saya akan cuba review mengenai BlackBerry Torch 9800.

Tuesday, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam sejahtera,buat pertama kali dalam hidup saya Aidil Adha kali ini disambut tanpa keluarga dan takbir raya di kampung.
Saya juga ada harga diri,apabila mahu diminta cuti rehat khas pun bagaikan meminta sedekah lebih baik saya keraskan hati.Cuti cuma sehari mana bisa saya kelam kabut pulang ke Perlis dari Ayer Tawar?Soal birokrasi ini memang lumrah dunia fana ini.Memberi tetapi dengan nada kurang memuaskan.
Saya rasa kelemahan saya untuk berkata 'tidak' dan sering bertolak ansur dalam sesetengah situasi memberi tamparan juga buat saya.Jadi saya belajar untuk keraskan hati agar ada masanya tidak dipijak oleh manusia-manusia yang lupa hujungnya adalah kematian.
Berbalik kepada Aidil Adha,menurut Islam ini adalah perayaan yang besar..al idul kabir.Tapi budaya di Malaysia telah menjadikan perayaan ini sebagai perayaan kedua selepas Aidil Fitri.Sama-sama kita muhasabahkan diri sama ada kita mampu mencapai tahap pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan puteranya Nabi Ismail A.S.Sesungguhnya Allah SWT telah menduga nabi kita dengan seberat-berat ujian kerana kasihkan baginda.Allahuakbar!

Wednesday, 3 November 2010

Susah Hati Banjir Di Perlis

Papa baru MMS..view dekat Titi Cai,Kangar.Ini dekat jalan raya.Kawasan taman perumahan dah masuk air dalam rumah.

Salam..susah hati sebab rumah mama di Taman Desa Pulai 2,Kangar dah dinaiki banjir paras lutut(dalam rumah).Aku ingat lagi banjir tahun 2005..3 hari baru air surut dan kami dapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri(RM500)dua tahun kemudian selepas banjir.Tak tahulah nak salahkan siapa.

Baru lepas kursus LINUS Tahun Dua di Pangkor dan terus update blog.Ye la,selepas ini aku akan marking paper sampai habis dan esoknya akan cuba curi masa untuk Ujian Pasca murid Protim(sebab deadline 12 November 2010).Jumaat minggu depan juga ada Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Melayu.Sekolah dah nak tutup jadi kena settle juga minit mesyuarat panitia dan fail persatuan BM,jadi jadual agak pack.

Susah hati sebab tak dapat pulang ke Perlis.Kesian nanti mama,papa,nanab dan adik nak cuci rumah.Bukannya seronok pun nak cuci rumah yang dah bercampur air najis dan air banjir.Tak lama lagi Hari Raya Aidil Adha pulak.Perlis sambut raya Qurban.

Pasal Facebook,buat masa ni diam la dulu.Menyesal juga main redah saja approve orang.Sebab aku dah pening dengan komen dan PM yang tak memahami situasi.So lepas ni kalau terbuka balik pun biarlah kawan yang betul-betul kawan.

Cukup2 la kawan Facebook yang ada..semoga yang ada ni pun saling memegang dunia dan akhirat..(sebab aku pun manusia biasa dan lemah..).

Aku sentiasa ingatkan dalam hati..aku pun tak sempurna jadi don't expect ppl to be perfect too.Kalau aku ada speculation pasal orang,orang pun akan ada speculation pasal aku.I'm trying my best not to judge ppl.Tapi bukan bidang kuasa aku kalau orang nak judge aku.So may be sebab tu aku quit fussy about soulmate or cloz frenz.Tapi once aku dah baik ngan somebody,may be orang pula akan jengkel sebab aku ni too concern n protective.So kalau benda ni mengundang negatif dan merenggang silaturahim,aku akan ubah.Korang tahu siapa korang dan aku memang ikhlas berukhuwah dengan korang.Tak kisahlah kawan dari sekolah rendah,menengah,Mara,maktab atau yang ada sekarang.Tapi kalau dah silent(especially yang dah ada family),kita ikut rentak je.

Back to cerita banjir.Deepavali ni memang cuti umum.Tapi tak de plan lagi.Ingat nak turun KL tapi hati kat Perlis teringat umah masuk banjir.T-shirt2 budak shahiratics pun habis dah kena banjir.So rezeki Izzy Designs.Kuasa Tuhan..Allahuakbar!

Harap family kat umah abang sepupu(Ajun) selamat dan adik aku lagi sorang yang kat Politeknik Arau,Yaya sabar juga duduk atas bukit tapi dikelilingi air.Kerajaan please hantar bantuan makanan untuk budak2 poli tu dan juga untuk mangsa2 banjir.

Letih memang letih..tapi lepas Zuhur ni nak kemas2 rumah yang dah ditinggal 3 hari dan mandi dan tanda kertas.

Tuesday, 26 October 2010

Cukup-cukuplah...

Salam..baru-baru ini terlayan pula lagu Nubhan ‘Aku atau Dia’ versi cover ni,penyanyi dia Suhaimi@Mimi Loma..lagu ni tak ada kena mengena dengan hidup.Memanglah dua tiga menjak ni jiwa saya tak menentu,tapi lagu ni tak kena mengena pun..kawan pun ada pesan jangan dengar lagu sedih2..(hehe)..sesiapa yang selalu ikut status facebook saya pun mungkin naik mereng membaca..

Hai..tak tahulah nak cakap..apalah nak jadi..saya cuba bangkit semula walaupun berapa kali nak bangun tu terpeleot.Tiap kali saya nak senyum depan cermin..senyuman saya kekok..dah tak bersinar.Kerana apa?Senyuman yang manis sempurna dan score 10 itu datangnya daripada hati yang perfect dan tulus suci.

Saya tak mampu nak tunjuk kesedihan di hadapan keluarga saya.Jadi,yang menjadi mangsa selalunya kawan-kawan.Cengengnya saya sampai rasanya mungkin mereka pun naik menyampah.(Huhu..)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Jadi di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa mendorong saya pada saat saya tercium tersungkur menyembah bumi.Semoga Allah SWT yang membalas jasa baik anda.Walaupun masalah saya cuma sekecil zarah tapi tumpuan yang diberi lebih besar daripada muka bumi yang dicipta Allah SWT.Saya juga mohon maaf jika saya banyak beremosi sepanjang kekeliruan saya.

Okay..tarik nafas panjang-panjang dan lepas...sudah hampir 3 minggu..cukup-cukuplah saya merana ala2 Latifah Omar merana dek P.Ramlee dalam filem ‘Merana’..(hahhahaahaha..)..ni lagu favorite Mak Cik Tun nih..


Insya Allah..apa yang berlaku ada hikmahnya..pengajaran buat saya sendiri.Saya cuma Hamba Allah yang lemah dan ujian ini tidak sebesar mana pun jika dibandingkan dengan saudara yang lain terutamanya di Palestine..kan?

Wednesday, 20 October 2010

For Sale My Used Blackberry Bold 9700 (Dah Dijual)

(HARAP MAAF POST LAMA SUDAH DIJUAL)
Fokus BB Torch..saya nak jual BB Bold 9700 ni.Jarang pakai sebab sekarang ni guna BB Storm 2.Ada memori kad 2GB je,charger,earfon,guide dan malangnya kotak tak dapat nak bagi sebab dah ke mana-mana.Kalau betul-betul nak komen je kat bawah.Saya letak rm1200.By hand di Kangar.Tempat lain kena tambah post..:)...Sila2.


Monday, 18 October 2010

Review Blackberry Torch 9800 Di You Tube

Review tentang BB Torch 9800.Berita baik touch screen dia x lagi 'click' macam Storm tapi smooth.Kamera MP.Harga AP set RM2060(setakat tarikh hari ni).Teringin juga,siapa nak beli Storm 2 dan Bold @ saya?:)


credit:crackberry.com

Saturday, 16 October 2010

One Tough Day With Piya

Balik Perlis and jumpa my beloved niece Piya.Pagi2 kul 7,dia dah datang with her mom(my sister in law gi keje and tinggalkan dia with my parent).So tengahari tadi bawak dia gi Kangar.Actually nak potong kaki seluar jeans..maklum le orang pendek..4 inci kena potong hehe.
Mak Ngah:Jom jalan2!
Piya:(Mesti lebih gojes kalau saye yang pakai sunglass nih..)
See?Me and Armani soooo perfectttt!(Ceh..dengan senyuman bongkak!)..hehe..
Paw KFC...!!
woops..wooops..lajunyerrrr..nak ke mana tu???
Aik..u turn?Musykil nih!
Nak kopok!Nak kopok!I dun care!(Motip u-turn..huh!)

Pukul 5.30 tadi dah balik umah abah dia..sok kul 7 pagi datang balik..ketuk2 pintu.Paw KFC,coklat n kopok...

Ingatkan Saya..

Saya mudah terlupa..nyanyuk sebelum usianya..barangkali mudah alpa dan lalai..mohon bantu,ingatkan saya.Ingatkan saya tentang kisah Zulaikha di mana beliau menarik baju Yusuf A.S..sehingga menimbulkan keaiban diri.Ingatkan saya tentang Hawa yang termakan buah Kurdi bersama-sama Adam A.S sehingga terbuang daripada syurga.Ingatkan saya tentang Balqis yang mendedahkan betisnya di Istana Sulaiman A.S kerana menyangka lantai yang berkaca itu air.Ingatkan saya tentang cemburunya Siti Sarah terhadap Hajar sehingga Hajar terpaksa merentasi gurun Sahara dan udara kering dan Ismail A.S menendang-nendang mata air zam zam buat bondanya.Ingatkan saya bahawa wanita adalah penghuni neraka yang paling banyak...

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika Israk Mikraj.Saidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah S.A.W. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda S.A.W menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain."Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah S.A.W ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda S.A.W menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Ya Allah..Masya Allah..Astaghfirullahalazim..Allahu akbar..ingatkanlah saya..

Sunday, 10 October 2010

Rindu Aksi Piya

Rindu dah Cik Piya...masuk minggu depan dah 2 minggu tak jumpa makcik kenit nih.Sekarang dah pandai amin amin shium tangan.Uncle India cuit pipi pun dia dah shium tangan(haish...)..
Hide...(cari mana saya..hahaha..)
Seek!Cak!
Susah ati da paparazzi asyik follow..:p

Tuesday, 21 September 2010

Bingkai Jiwa

Tuhan kalau mampu masa diputar
Aku ingin dia melihat semula
Saat penat dia mengendong aku
Yang tak lelah mengganggunya
Saat pulang dari kantor
Dengan kereta peugot lama
Aku ingin mengulang saat dia berkata
“Itu buah hati saya!”
Dengan wajah bangganya
Menyebut nama yang menjadi sebutan bibirnya
Melihat bingkai gambarku
Waktu kali pertama aku jauh daripadanya
Dari Kedah ke Kuala Lumpur
Lewat usiaku 18 tahun
Injakan masa mejarakkan kita
Tuhan kalau mampu dipadam waktu
Aku tak mahu ingat amarah itu
Bara yang meluap di dalam jiwa
Akal langsung tidak terjana
Saat aku lupa
Manusia hanya hamba
Bukan nabi mahupun rasul
Tidak sesekali ulul azmi
Dahulu dia mampu mencuci luka kudisku
Sekarang mampukah aku mencuci luka kudisnya?
Waktu semakin singkat
Kita mampu mengira usia yang meningkat
Tapi tak mampu menjangka usia yang tinggal..
Ku pohon dia semula sihat
Supaya lidahnya basah dengan zikir
Dan langkahnya laju ke rumah Allah
Tiada lagi tubuh yang kering..

Sunday, 12 September 2010

Luahan Hati Seorang Hamba Yang Lalai

Assalammualaikum WBT..lama rasanya tak tulis blog.Pagi ini saya menulis blog ini selepas keadaan yang amat marah dan kemudiannya tenang secara perlahan-perlahan.Saya terfikir,betapa Allah SWT itu masih sayang akan saya walaupun kadang-kadang saya lupa kepadaNya.Kadangkala saya menangis di atas tikar sejadah dan ada kalanya hamba Allah yang tak sedar dek untung ni mudah sahaja melipat sejadah selepas solat.Tapi...Dia tak pernah melupakan saya.

Iman ini ada naik dan turunnya.Terima kasih kerana mama dan papa menghantar saya belajar di SMKA.Saya ni nakal jadi mudah terbabas.Sudah tentu besar harapan orang tua saya supaya saya mampu menjaga akhlak dan akidah.Usia kadangkala bukan mematangkan tapi membuatkan saya kadangkala hanyut dengan nikmat yang Allah berikan.

Saya pernah menjauhkan diri daripada Aishkimmers dengan niat mendekatkan diri kepadaNya.Bukanlah bererti melalaikan saya tetapi ingin mendekatkan diri dengan lebih kepada Maha Pencipta.Maka penulisan saya pun lebih kepada karya seperti Khilaf Cinta.Kemudian,manusia yang mudah lupa ini menyertai pula Shahiratics.Saya sudah lupa nawaitu saya yang ingin menumpukan lebih kepadaNya.Kelalaian saya semakin bertambah-tambah.Seronok dengan duniawi semata-mata.Hinggalah Dia menghantukkan kepala saya daripada lena yang panjang.

Saya dikejutkan dengan satu perkara yang tak pernah diduga dek akal kewarasan saya.Begitu hinanya saya di pandangan mata mereka selama ini.Saya hanya manusia biasa,yang pasti semua itu berpunca daripada saya sendiri.Saya tak layak menyalahkan manusia yang lain.Sedangkan Dia tidak pernah membezakan hambaNya,daripada bilal yang melaung azan yang merdu sehinggalah pembunuh yang mengelar leher ayahnya sendiri.Dia sentiasa membuka pintu keampunan.Jadi,apalah saya untuk menghukum manusia?Pusing-pusing balik saya pun tidak sesempurna mana.

Apa yang dapat saya simpulkan,saya yang sedikit hanyut dengan duniawi kembali.Dia yang Maha Penyayang menyedarkan saya semula.Saya menangis apabila disalah anggap dan dipandang hina atas sebab yang memang tak patut dihina.Tetapi saya lebih hina apabila melewatkan solat kerana asyik melayari Facebook atau meluangkan masa untuk hiburan semata-mata.Apa yang berlaku ada hikmahnya.Sejauh mana keimanan ini dapat bertahan,mohon zikrullah setiap masa(satu amalan yang saya sudah lupa 2,3 menjak ini..).

Begitulah manusia,sudah terhantuk baru mengadah.Baru ingat panas api neraka.Baru ingat dunia ini cuma fana.Baru ingat hanya Dia yang tidak pernah menyalahertikan saya..hambaNya yang tak pernah cukup amalan..........

اِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهْلاَ وَلاَ اَقْوَى عَلَى النَّارِِ الْجَحِيْمِ الله فَهَبْ ِلى تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِِِي فَاءِنَّاكَ غَافِرِ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Tuhanku, aku tak layak masuk syurga Mu. Namun tak upaya menghadapi api neraka Mu. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hambamu.

Wednesday, 1 September 2010

Lepaskan

Ingin aku seru hujan di langit
Biar diriku dipanah halilintar
Kerana aku tahu gemawan itu hitam
Mega itu mendung
Rintik-rintik pula kian lebat
Membanjiri dan mengarami jiwa ini
Kerana langit tidak sepana dulu
Suria endah menyinar megah lagi
Kicauan burung sudah lama bisu
Aku bah dalam nafas sesakku sendiri
Mengkhayal mitosku sendiri
Sedangkan realitinya
Ombak bisa mengubah pantai
Lepaskan dia..
Biar hanyut di tengah gelora
Kerana sudah bisa mengemudi
Walau tanpa kompas dan sauh...

Tuesday, 31 August 2010

Review:BlackBerry Storm II


BB Storm II atau BB Storm 9520.Okey.Kamera macam Bold juga 3.2 MP.Ada wifi..macam biasa ada 3G.Harga beli kat Pertama Kompleks memang mahal RM1980 sedangkan di area Sentosa Alor Star boleh dapat RM1800 ke bawah.Okey spoil sikit kelemahan memang touch screen dia kejung macam besi.Maksudnya tak smooth.Sesuai la untuk lelaki..nak tekan..tekan betul2.Sakit jiwa juga mula-mula pakai.Sound lebih kuat daripada Bold II tapi sedikit pecah macam Nokia Xpress Musics.Nak buka belakang memang memerlukan kekuatan kuku.Kelebihannya Nampak stylo.Tapi bagiku,Bold lebih friendly.

Saturday, 21 August 2010

Mengimbas Kenangan Ramadhan Sebagai Al Zahra Di SMKAPs


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW junjungan besar yang kita kasihi dan cintai.

Selamat menyambut Ramadhan!Bulan yang istimewa yang Cuma sekali hadir member peluang kepada umat Islam merebut bonus dan dividen bekalan akhirat kelak!

Khas untuk para sahabat di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN KANGAR.Masa ni teringat zaman jadi dak SMKAPs dulu..best sebab sekolah tamat pukul 12 tgh hari(hehe) dan terus pergi tadarus Al-Quran dan solat jemaah Zuhur?Ingat lagi kengkawan?Walaupun kita bukan kategori toyyibah tapi nakal kita berpatutan.Ingat lagi kita dengan tudung labuh Batman kaler biru dan tangan berkancing beli URTV hari raya cover KRU(muahahaha).Meh nak state nama2 yg ku rindu..Fadzliyani,Norkhalidatul Asreen,Norildahayati,Suriati,Jamilah,Hasifah,Nurahayu Iswati,Raudzah dan Nurmazidah.PASTINYA SEMUA SAHABAT KHUSUS KELAS SITI FATIMAH DAN SMKAPS AMNYA.Kagum tak?Aku state nama hangpa tanpa salah ejaan.Kakak2 senior ku yang dah ghaib Kak Noraini,Kak Putri Wahedda,Kak Zainor Zahadiah dan Kak Norshida.Ustaz Hadzir Sibon yang suka membebel time kelas kiraat.Ustan Hassan dan Ustaz Abdullah yang hensem(tetibe kan?haha..)..Cikgu Rokiah merangkap mak Eida yang aku takut masa form 2(haha..eida,aku simpan lagi signature hang yang ada Jonathan Brandis agagaga).Cikgu Aminuddin dan ‘isteri’nya dalam makmal sains(ampun!!) dan kelas sastera Cikgu Zainol yang memang favourite aku sebab cikgu bagi saya melukis dalam buku nota..:D...

Sekarang ni masing2 dah kertu tapi belek2 balik FB dan wajah2 tulus mulus tu,oerangai cracko memasing dah menggegar kembali macam zaman form 5 dulu..ESPECIALLY KELAS SITI FATIMAH OKAY!

Terima kasih untuk para pendidik SMKAPs yang mendidik saya menjadi insan berguna.Saya tak akan berjaya jika Cikgu Noorida tak denda saya siapkan karangan di luar kelas atau kena marah bonda Ustazah Fuziah Sanin.Paling ralat sebab tak sempat berjumpa Ustazah Ramlah yang ajar saya Pengajian Syariah sampai saya dapat C3(sedangkan asyik fail memanjang sebelum SPM)..ralat sebab dulu nakal sangat tiap kali ustazah buat kelas tambahan saya dah ponteng awal2.

SEHARUM MEKAR BUDI DAN JASA MEMBAWA HINGGA KE SYURGA..BUAT PARA MUALLIM DAN MUALLIMAH YANG TELAH TIADA..DOA DIPANJAT SEMOGA USTAZ,USTAZAH,SIR DAN CIKGU DITEMPATKAN DI KALANGAN INSAN2 ISTIMEWA YANG MANA DIDIKAN KALIAN MENJADI INGATAN BUAT SAYA DAN KAWAN2 PADA SAAT KAMI ALPA DAN LEKA...

Wednesday, 11 August 2010

Penawar Hati ♥

Amani

Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR

Monday, 7 June 2010

Berita Kepada Kawan

Sebuah lagu nan puitis daripada Saudara Ebiet G.Ade yang sering jadi santapan saya semasa kecik2 dulu.Zaman tu papa selalu sangat layan lagu Indonesia.Bila usia remaja sibuk melayan Nirvana pula la kan?(Hehe..setiap remaja mepunyai zaman rebel nya kan?Cuma pnadai2 la membataskan positif atau negatif).
Semoga lirik ini memberi sedikit muhasabah kepada kita mengapa tsunami kerap berlaku atau cuaca panas tidak menentu.Sesungguhnya Dia menyayangi kita dan memberi ujian supaya kita tidak alpa..:)


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Sunday, 25 April 2010

Luahan Rasa

Saya terlibat secara tidak langsung dengan blogsite untuk budak AF apabila membuka blog khas untuk cerpen satu pasangan popular AF7.Tiada niat untuk represent cuma berkongsi minat dalam penulisan dan menghiburkan hati fans duo tersebut TANPA BAYARAN.Akhirnya atas permintaan ramai,blog itu berkembang menjadi maklumat terkini dan apa sahaja mengenai duo AF7 itu.Mungkin ramai yang tidak tahu tak semua karya cerpen dapat dilakukan dengan sempurna tanpa mood dan feel yang betul.Semasa saya mengendalikan blog tersebut saya dilempar dengan kata PENIPU,JANJI MELAYU dan macam2 lagi yang membuatkan saya rasa bengang dan marah.Katakan saya kata akan update setiap hari maka Hamba2 Allah ini akan tidak henti menghantar mesej di shoutmix sejak pukul 7 pagi dan memaki hamun.Seolah-olah tidak faham definisi update setiap hari.Kalau saya update malam pun masih hari yang sama.Untuk menaip dan memikirkan idea untuk 5-6 mukasurat saya memerlukan masa hampir 2 jam tanpa henti.Saya boleh membuat kerja cincai tapi hasilnya tidak seberapa.Khilaf Cinta lagilah,kadangkala sehari pun ayat tak dapat dibina jika kurang rasa.

Apaun saya lihat adik-adik yang menghantar karya cerpen di blog itu sekarang sudah lagi tidak dimaki hamun seperti saya jika lewat untuk update cerpen.Alhamdulillah.

Saya juga manusia biasa yang makan gaji dan mempunyai komitmen kerja di luar.Sumber rezeki saya.Saya cuma berkongsi minat dan berharap anda enjoy dengan karya saya yang tak seberapa.Janganlah memaksa.Alhamdulillah blog itu sekarang dipegang oleh seseorang yang saya percayai.Saya hanya masih mampu memegang fanpage duo tersebut di FB sahaja.Walaupun saya meminati SHAHIR dan ADIRA saya tidak terfikir untuk membuka blog khas untuk mereka kerana komitmen saya yang mungkin akan menyebabkan saya dihamun.Cukuplah untuk pasangan AF7.Kalau adapun mungkin setakat fanpage.

BIDASARI adalah blog peribadi saya.Segala yang tertera di sini adalah luahan hati dan perasaan saya.Terima kasih buat yang mengikuti blog ini kerana KHILAF CINTA atau DIA TIDAK KECIL LAGI.Saya menyusun jari jika apa yang berlaku kelak di luar permintaan anda.Saya mungkin simple tapi jiwa saya dalam dan halus terutama untuk sesuatu yang saya minat dan lakukan dengan sepenuh jiwa.Jika saya lakukan lebih kurang maknanya saya hendak tak hendak sahaja.Wassalam.

Sunday, 11 April 2010

BlackBerry Bold 9700:The boldest one!


Sebenarnya dah lama berkenan dekat BlackBerrry(BB) ni,since first I saw it dalam telemovie Disney.Tak ingat tajuknya.

Since saya memang Nokia hardcore amatlah sukar melepaskan brand itu sampai la last week saya dapatkan juga BB Bold 9700 ni.Okay apa yang best?BlackBerry Internet Service pastinya yang ada true push email.Maksudnya semua email dan Facebook akan masuk terus ke dalam BB anda.Kadar bayaran mengikut telco masing-masing.Fizikal?Solid dan sedap dipegang.Takkan tergelincir daripada tangan.Kamera 3.2 megapixel.3G ada tapi tak de video call.Ada wifi.Sound superb.May be tak de bass macam Nokia Xpress Music 5800 tapi ada pasti takkan ketinggalan deringan.Ada office tapi perlu license untuk create document(words,power points dan xls).

Anda perlu pegang dan rasa,pasti anda takkan lepaskan BlackBerry Bold 9700..(boleh iklan gitew?).Cukup puas hati..5 bintang!Double thumbs up!


Thursday, 8 April 2010

Khilaf Cinta:Bab 6

Ambulan yang membawa Datuk Iskandar mengeluarkan bunyi siren yang bising dan lampu merah yang berputar-putar.Datin Balqis menjeling ke arah Aesyah yang tidak henti mengalirkan air mata di sisi Datuk Iskandar yang kelihatan lemah.Dada lelaki itu berombak,naik dan turun.Keringat memenuhi dahinya.Dalam kerisauan terhadap suaminya yang tercinta,Datin Balqis tidak dapat mengelakkan kebencian terhadap Aesyah.

Entah kenapa,dahulu dia hanya tidak mempedulikan menantunya itu.Apa yang terjadi sudah terjadi.Cuma baru-baru ini,hatinya berasa sakit melihat wajah yang kononnya polos dan suci itu.Alim-alim kucing barangkali.Dia sendiri curiga apabila melihat suaminya rebah di tangga dengan Hafeez dan Aesyah di hadapan suami malangnya itu.Apa yang dibuat dengan Hafeez dalam keadaan samar cahaya itu hanya Tuhan saja yang tahu.Entah-entah digodanya Hafeez apabila Haqim tiada di rumah.Tak cukup abang,adik pun dirembatnya.Perempuan murahan.Cemuhan demi cemuhan mencurah-curah keluar lantas mengoyak hatinya.

“Hah,kau tak telefon suami kau?”

Nada suara Datin Balqis terkandung seribu kebencian tatkala melontarkan pertanyaan itu kepada Siti Aesyah.

“Ehmm..Aesyah..Aesyah call..call.. Abang Haqim,”Suara Aesyah tersekat-sekat dalam sendu tangisannya.Tangannya terketar-ketar memegang telefon bimbit.

Datin Balqis mengeluh kecil.Sanggul lintangnya dibetulkan.Dia menarik nafasnya dan menggenggam jari jemari suaminya.Hatinya sebak melihat keadaan Datuk Iskandar.

“Assalammualaikum..hello..abang..abang..daddy..,”

Siti Aesyah tidak dapat menahan tangisannya.Tangisan itu seiring dengan bunyi siren ambulan yang melalui jalan-jalan sepi kala dinihari di kota Kuala Lumpur.

Sayu dan memilukan.

******

Hujan renyai mulai turun ketika Haqim dan Sofiya sampai di Institut Jantung Negara.Rambut dan kemeja kelabu yang dipakainya basah sedikit.Mujurlah hujan mulai lebat sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bangunan.

Seperti biasa dia bertemu Sofiya di coffee house sebuah hotel terkenal di ibu kota.Menghabiskan masa bersama gadis yang dicintainya.Dia gusar untuk pulang ke rumah walaupun besok ialah majlis perkahwinan bagi pihak pengantin lelaki.Tidur di atas lantai dengan Aesyah di atas katil bukanlah situasi yang menyenangkannya.Bukannya dia tidak bisa menahan naluri lelakinya tetapi dia risau jika tindakannya melukakan hati Aesyah.Baginya Aesyah tidak bersalah dalam soal perkahwinan mereka.Nasib gadis itu sama sahaja dengannya.Rela dalam terpaksa.Tak apalah,tak lama lagi mereka akan berpisah.Dia pasti Aesyah akan senang dengan perpisahan itu kelak daripada menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah menyentuhnya.

Haqim berlari ke arah Aesyah yang sedang menelekupkan mukanya dengan tubuh yang bergetaran menahan tangisan.Haqim duduk di sebelahnya dan meleraikan tangan yang menutup wajah ayu itu.Jari jemarinya mengesat air mata yang membasahi pipi isterinya.

“Abang..daddy..”

Belum sempat Aesyah menghabiskan ayatnya,Haqim memeluknya perlahan cuba menenangkan hati isterinya.Aesyah menangis di atas bahunya teresak-esak.

Sofiya hanya terdiam memandang Aesyah di dalam pelukan Haqim.Dia tahu Haqim cuma lelaki budiman yang cuba mententeramkan hati Aesyah.Dia sudah lama kenal Haqim,sudah faham benar sikap Haqim yang terlalu penyayang dan baik hati.Bagaimanapun dia tidak dapat menidakkan betapa kerdilnya dia pada saat itu.Di sana Aesyah memeluk Haqim sebagai suaminya.Dia?Dia hanya mampu memeluk Haqim sebagai teman lelaki.Bunyinya kekasih tetapi faktanya seperti perempuan simpanan.Indah tetapi tidak bermakna.

Langkah kakinya diundur ke belakang sebelum kelibatnya dilihat Aesyah.Mukanya kemerahan dan rasa hina menebal di dalam dirinya.

“Sakit hati?”

Suara yang berbisik di kuping telinganya menambahkan lagi sengsara hatinya.Matanya dipejamkan.Tanpa dipinta mengalir air jernih ke pipinya.Dikesat dan dia berpaling ke belakang melihat tuan empunya suara.

You kenapa?Suka ambil kisah hal I?You suka kat I?”

Please..tolonglah,”Hafeez tersenyum sinis.Matanya kelihatan merah dan bengkak.

“Habis tu,kenapa?”

“Kalau you sakit hati,you cepat-cepatlah minta Abang Haqim berpisah dengan Aesyah.Hati I pun senang,”Hafeez berlalu meninggalkannya tanpa mempedulikan Sofiya yang terpinga-pinga dengan jawapannya.

Sofiya tidak mengerti apa yang ingin disampaikan Hafeez.Tapi hatinya sedikit lega kerana sekurang-kurangnya dia mendapat sokongan Hafeez supaya Haqim dan Aesyah berpisah.Dia masih membatu di sebalik dinding.Hendak pulang dia menumpang kereta Haqim.Mahu tak mahu tubuh itu terus kaku melekat di tabir dinding.

Hafeez menghempaskan punggungnya di atas kerusi.Otaknya berserabut.Sudahlah Siti Aesyah menolaknya bulat-bulat.Daddy pula sedang terkujur di bilik pembedahan bertarung antara hidup dan mati.Serangan jantung yang paling kronik sepanjang hayat Datuk Iskandar.Paling merisaukannya jika daddy melihat apa yang berlaku antaranya dan Siti Aesyah.Kini di hadapannya,tidak sampai pun dua meter,Abang Haqim sedang memujuk Siti Aesyah.Seperti luka yang ditabur garam.Itu yang dirasakannya.

Di hujung sana Hadiey yang baru selesai menunaikan solat hajat memeluk Datin Balqis yang bersedih.Sesekali dia mencium pipi ibunya.

Sebaik sahaja pintu bilik pembedahan dibuka.Semua ahli keluarga Datuk Iskandar meluru ke hadapan.Sofiya hanya memandang dari jauh.Doktor Faisal yang mengetuai pembedahan itu menepuk bahu Haqim sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Sekujur tubuh yang dilitupi kain putih mengiringi Doktor Faisal di belakang.Haqim lemah lutut melihat tubuh kaku yang melintas di hadapannya.Kudratnya dikuatkan untuk memegang tubuh Siti Aesyah yang sudah lemah longlai.Datin Balqis rebah di pangkuan Hadiey dan Hafeez.

“Maafkan kami..ajal dan maut di tangan Allah.Datuk dah tak ada,”

Sepatah kata Doktor Faisal meranapkan hati Luqman Haqim.Sofiya yang sekadar mencuri pandangan dari jauh mengesatkan air matanya.Perlahan-lahan dia keluar dan membiarkan dirinya dibasahi titis hujan.Walaupun Datuk Iskandar tidak begitu baik dengannya tetapi dia mengharapkan semoga roh lelaki itu tenang di alam barzakh.Kakinya melangkah ke perhentian teksi.Dia tidak mahu menyusahkan Haqim untuk menghantarnya.

Luqman Haqim baru saja kehilangan ayahnya.Dia memahami situasi itu.

*****

Pelamin yang tersergam indah itu sudah dirobohkan oleh pekerja-pekerja yang dipertanggungjawabkan.Meja-meja dan khemah yang didirikan dibiarkan.Majlis di hotel dibatalkan serta-merta.Majlis perkahwinan hari ini bertukar menjadi majlis pengebumian.Sanak saudara dan rakan taulan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Iskandar.VVIP yang hadir turut memberikan ucapan takziah untuk Datin Balqis dan anak-anaknya.

Hujan masih lagi tidak berhenti dari semalam.Payung-payung berwarna hitam memenuhi halaman banglo besar itu.Haqim memandang ke langit.Hatinya berdoa moga hujan berhenti apabila jenazah hendak dikuburkan nanti.Tidaklah menyusahkan jenazah apabila hendak disimpan nanti.

Hatinya sebak ketika kali terakhir melihat wajah daddy yang dikasihi sebelum kain kafan melitupi wajah Datuk Iskandar.Terbayang-bayang wajah jernih bapanya dalam haruman setanggi.Dia jarang mengerjakan solat namun pada hari ini dia mengerjakan solat jenazah untuk daddy nya.Bukan sahaja dia malahan Hafeez juga.Hadiey apatah lagi,ustaz muda.Daddy tak salah jika dia meninggalkan solat.Dalam sibuk bekerja,daddy masih menghantarnya dan adik-adiknya ke kelas agama.Cuma dia dan Hafeez lebih kepada duniawi.Adiknya Hadiey bisa mempertahankan kedua-dua alam dunia dan akhirat.Air mata membasahi pipi Luqman Haqim.

“Abang..van jenazah dah sampai,”

Siti Aesyah menggenggam tangan suaminya.Haqim mengangguk perlahan.Kasihan juga dia melihat mata Aesyah yang bengkak.Walaupun baru menjadi ahli keluarga mereka rasanya seperti sudah lama dia mengenali mereka.Kasihnya terhadap bapa mertuanya tak lebih tak kurang seperti bapa kandungnya.

“Abah tak sampai lagi?”Haqim bertanya lembut.

“Belum.”

“Kereta rosak teruk barangkali.Tak apalah.Abang pergi dulu,”

Aesyah melepaskan pegangan tangan Haqim.Abahnya ada menelefon yang keretanya meragam di Tapah.Aesyah memahami yang jenazah perlu disimpan dengan segera.Tak perlu menunggu ketibaan keluarganya.Jam berdetik 12 kali menandakan jam 12 tengah hari.Hujan masih membasahi bumi Allah ini.

Haqim,Hafeez dan Hadiey mengusung jenazah Datuk Iskandar masuk ke dalam van jenazah.Mereka turut dibantu Tuan Haji Mustafa yang merupakan peguam yang memegang amanah syarikat dan amanah Datuk Iskandar sendiri.Datin Balqis tidak mampu menghadirkan diri ke tanah perkuburan kerana terlalu lemah.Jenuh juga dia ditenteramkan rakan-rakannya.Aesyah ingin pergi ke perkuburan tetapi dia keliru hendak menumpang kenderaan siapa.Keretanya masih di kampung.

“Aesyah,you nak tumpang I?”Sofiya mencuit lengan Aesyah.Aesyah tersenyum sambil mengangguk.Sofiya sendiri tak pasti atas alasan apa dia menumpangkan isteri Luqman Haqim itu.Pertanyaan itu timbul spontan ketika dia melihat Aesyah seolah-olah mencari kenderaan untuk ke tanah perkuburan.

Perjalanan ke tanah perkuburan tidak sampai 20 minit.Ketika sampai di sana Aesyah dapat melihat Haqim dan Hadiey cuba membantu orang ramai mempercepatkan timbusan tanah merah.Baju Melayu yang dipakai mereka basah kuyup dengan peluh.Hafeez sekadar memerhati abang dan adiknya.Hujan sudah mulai berhenti tetapi tanah masih basah langsung menyukarkan tanah ditimbus.

Hati kecil Aesyah berdoa semoga jenazah cepat disimpan.Apa sahaja dosa bapa mertuaya masa silam janganlah diaibkan semasa pengebumian jenazah.

Allah yang Maha Mengasihi umatnya mempermudahkan timbusan tanah yang basah dan lembik itu melitupi jenazah yang tersimpan 7 kaki di bawah tanah.Suasana ketika itu senyap dan sunyi.Hanya bunyi deruan angin yang lembut bertiup kedengaran.Ustaz Asrul yang merupakan imam masjid kariah di situ memulakan bacaan talqin dengan lafaz bismillah.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya, bagiNya semua kerajaan dan bagiNya segala puji , Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia hidup kekal tidak mati, di tangan kekuasaanNya semua kebaikan dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Setiap yang hidup pasti mengalami mati, dan sesungguhnya pahala yang demikian hanya ditunaikan pada hari Kiamat nanti, maka barangsiapa yang dihindarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga sungguh dia telah beruntung, dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan hanya kesenangan yang melalaikan.

Hai hamba Allah, Iskandar bin Zaleha,ingatlah janji yang telah engkau bawa keluar dari dunia dan membawanya ke negeri akhirat. Iaitu kesaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhamad saw itu adalah utusan Allah, dan kematian itu adalah benar, alam kubur itu adalah benar, nikmat dan azabnya itu adalah benar, pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur itu adalah benar, kebangkitan dan hisab itu adalah benar, syafaat junjungan kita Nabi Muhamad saw itu adalah benar, syurga itu adalah benar, neraka itu adalah benar, pertemuan Allah dengan ahli hak adalah benar, dan bahawa Allah akan membangkitkan semua orang yang ada di dalam kubur itu adalah benar.

Hai hamba Allah, Iskandar bin Zaleha, sekarang engkau telah berada di dalam lapisan bumi dan di antara golongan orang-orang yang telah mati. Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan kepada kamu, kedua-duanya adalah Mungkar dan Nangkir, maka janganlah kamu terkejut dan takut kepada kedua-duanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya adalah makhluk Allah yang sama seperti kamu.

Apabila kedua-duanya bertanya kepada kamu, “Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Apakah pegangan kamu?Dan siapakah saudara-saudara kamu?”maka jawablah dengan fasih dan keyakinan yang benar, “Allah Tuhanku, Muhammad nabi ikutan ku, Islam agama ku, Kaabah kiblat ku, Al-quran pegangan ku dan kaum muslim dan mukmin adalah saudara-saudaraku.” Dan katakanlah, “Aku rela Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad S.A.W sebagai Nabi dan Rasul.” Dan dengan berpedoman kepada hal itu engkau hidup, dengan berpedoman kepada hal itu engkau mati dan berpedoman kepada hal itu engkau akan dibangkitkan nanti insya Allah dalam keadaan aman.

Semoga Allah meneguhkan iman kamu dengan perkataan yang teguh. Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Semoga rohnya dirahmati Allah SWT.

Aesyah memerhatikan dari jauh.Ketika tujuh langkah terakhir akan datang Mungkar dan Nangkir menyoal si mati.Apa yang diperlukan bukan lagi status dan ringgit tetapi amalan dan doa anak-anak yang soleh.Doa dipanjat ke tujuh petala langit semoga tenang roh ayahanda mertuaku di sana.Semoga tenang menantikan hari pengadilan tiba di mana kita akan berkumpul semula di padang masyar menunggu hukuman atau ganjaran.Ya Allah,lindungilah kami sekeluarga,

*****

Jam di dinding sudah menunjukkan jam 6 petang.Tetamu yang terakhir sudah melangkah pergi dari banglo besar itu.Hadiey menutup daun pintu berkayu jati itu.Wajahnya kelihatan tenang walaupun baru kehilangan daddy yang dikasihinya.Tipulah jika dia tidak sedih,tapi air mata bukanlah bekalan untuk daddy di alam sana.Daddy memerlukan limpahan doa dan bukannya kesedihan yang melampau-lampau.

Datin Balqis kelihatan pucat dan hanya merenung jauh ke hadapan.Dinding itu ditembusi dengan pandangan matanya.Menerawang merindui wajah suaminya.Separuh jiwanya sudah hilang.Lelaki yang dicintainya sudah tiada.Pergi tanpa meninggalkan pesan.Secara mengejut meninggalkannya seorang diri tanpa teman yang sentiasa menyayanginya sejak 25 tahun yang lalu.

Mummy,minum dulu,”Aesyah menghulurkan secawan teh kepada Datin Balqis.Kasihan pula melihat ibu mertuanya yang sudah patah semangat.

Datin Balqis merenung wajah Aesyah yang cuba tersenyum ke arahnya.Muncul rasa benci yang meluap-luap di dalam hatinya.Menyampah dan meluat.Memang perempuan tak guna ini punca segala-galanya.Berlindung di sebalik wajah yang tidak berdosa.

“Pembawa sial!”Jeritan Datin Balqis memenuhi ruang rumah itu.

Cawan yang dihulurkan itu ditolak lantas air teh yang panas itu tertumpah ke atas tangan Aesyah.Matanya dipejamkan menahan perit.Cawan itu pecah berderai ke atas lantai.

Mummy!”Haqim mendapatkan Aesyah yang menggeletar tangannya menahan lecuran yang mulai kemerahan.Hadiey tergamam melihat kegilaan Datin Balqis.Hafeez pula cuma mampu memandang dari jauh.Hatinya risau tetapi gilalah dia jika dia turut menerkam Aesyah yang kesakitan itu.

“Apa yang Haqim jeritkan?Memang perempuan ni pembawa sial.”Mata Datin Balqis bergenang dengan air mata.Tubuhnya terketar-ketar menahan amarah.

Please stop this non sense.Ya Allah mummy,daddy baru saja meninggal.Hadiey,tercegat apa?Pergi ambil first aid!”

Hadiey hanya mengikut arahan Haqim,dia masih terkejut dengan tindakan mummy yang tak diduga.

“Sejak dia masuk ke dalam rumah ni macam-macam jadi.Memang pembawa sial!”Datin Balqis tidak mempedulikan Siti Aesyah yang kesakitan.Dia berlalu masuk ke dalam biliknya seperti anak kecil yang merajuk.

“Gila!”Hafeez menjerit seraya keluar dari rumah besar itu.Jauh di sudut hatinya dia tidak sanggup melihat kesakitan Siti Aesyah.

Luqman Haqim sendiri tidak memahami apa yang sudah terjadi.Mummy tidak pernah mengamuk sebegini.Berjangkit pula kepada adiknya.Hadiey menghulurkan ubat krim kepada abangnya.Dia bergegas pula naik ke atas untuk mendapatkan ibunya.Sebagai anak,Hadiey risau dengan perubahan mendadak Datin Balqis.Jembalang mana yang merasuk ibunya?

Haqim meniup perlahan-lahan lecuran yang kemerahan di tangan Aesyah.

“Sakit?”Perlahan-lahan ubat krim itu disapunya.

“Sikit je abang.Mummy pun tak sengaja,”Siti Aesyah cuba tersenyum.Air mata di pipinya dikesat Haqim.

“Maafkan mummy,abang minta maaf bagi pihak mummy,”Kekesalan terukir di wajah Haqim.

“Aesyah..Aesyah faham,”Nada suara Siti Aesyah sebak.Air mata masih berjujuran mengalir ke pipinya.Itupun dia masih cuba tersenyum.

Seraut wajah ayu dan polos itu bisa meruntun jiwa sesiapa sahaja.Luqman Haqim berasa amat bersalah.Mengapa gadis sebaik ini terheret dalam keluarganya yang sudah hilang kebahagiaannya?Dia tamak kerana menyintai Sofiya.Kepentingan dirinya sering menghantui fikirannya.Bila difikirkan pemergian daddy seolah-olah memberi isyarat supaya dia memutuskan ikatan suami dan isteri dengan Siti Aesyah.Tiada siapa lagi yang bisa melarangnya.Namun bisakah dia meleraikan ikatan pernikahan yang berusia seminggu lebih itu?Kasihan kepada Aesyah atau kasihnya terhadap Sofiya yang harus dipilih.Luqman Haqim buntu.Dua persimpangan yang mula menyesatkannya.

Seminggu yang lalu tanpa ragu dia akan memilih untuk meninggalkan Aesyah dan mengiktiraf gelaran janda muda untuk gadis itu serta-merta.Kini dia sendiri bingung.Keliru dan was-was dengan pilihan yang terbaik buatnya dan semua pihak.

“Assalammualaikum,”Suara orang memberi salam di luar rumah mematikan lamunan Luqman Haqim.

“Waalaikumussalam,”Haqim menjawab sambil memandang Siti Aesyah.Tiba-tiba isterinya mengukir senyuman.Seolah-olah kesakitannya hilang serta-merta.Dia bangun lantas membuka pintu.Menerima tetamu-tetamu yang dirinduinya.Wajahnya berseri-seri.

“Abah!”

Siti Aesyah memeluk erat tubuh tua di hadapannya.Hampir terjatuh Haji Salleh dibuatnya.Seolah-olah sudah lama terpisah dia memeluk pula ibunya.Sebak Hajah Fatimah dibuatnya.Kurus sedikit anaknya.Ya lah majlis perkahwinan yang bertukar menjadi majlis pengebumian.Dugaan yang bukan kecil harus diterima anaknya.

Siti Khadijah merenung adiknya atas dan bawah.Dia memegang lengan adiknya.

Awat tangan hang melecur?”

Aesyah terdiam.Mata Siti Khadijah meliar memandang serpihan kaca yang bertaburan di lantai.Anak matanya memandang tepat ke mata Luqman Haqim yang berdiri tegak seperti patung di situ.

Luqman Haqim berasa tidak senang direnung sedemikian.Kedatangan yang tidak diduga dengan masa yang salah

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D