WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Tuesday, 21 September 2010

Bingkai Jiwa

Tuhan kalau mampu masa diputar
Aku ingin dia melihat semula
Saat penat dia mengendong aku
Yang tak lelah mengganggunya
Saat pulang dari kantor
Dengan kereta peugot lama
Aku ingin mengulang saat dia berkata
“Itu buah hati saya!”
Dengan wajah bangganya
Menyebut nama yang menjadi sebutan bibirnya
Melihat bingkai gambarku
Waktu kali pertama aku jauh daripadanya
Dari Kedah ke Kuala Lumpur
Lewat usiaku 18 tahun
Injakan masa mejarakkan kita
Tuhan kalau mampu dipadam waktu
Aku tak mahu ingat amarah itu
Bara yang meluap di dalam jiwa
Akal langsung tidak terjana
Saat aku lupa
Manusia hanya hamba
Bukan nabi mahupun rasul
Tidak sesekali ulul azmi
Dahulu dia mampu mencuci luka kudisku
Sekarang mampukah aku mencuci luka kudisnya?
Waktu semakin singkat
Kita mampu mengira usia yang meningkat
Tapi tak mampu menjangka usia yang tinggal..
Ku pohon dia semula sihat
Supaya lidahnya basah dengan zikir
Dan langkahnya laju ke rumah Allah
Tiada lagi tubuh yang kering..

5 comments:

widydib said...

motip leta peugeot?? haha

Etiesha Rais said...

kereta lama my father..this one for him actually..slalu dia sihat,tibe2 mata dah tak brapa nmpak nak bwk keta wp pakai spek.kak kc x rapat sgt dgn ayah since dah besar pnjg..so mc ralat..

Etiesha Rais said...

diabetes dia dah agak teruk skit sekarang cmpur sakit2 lain,,dah berumur..

delimaemas said...

kak kc..saya tahu kakak kuat..tabah yea kak...ramai yg mempunyai nasib yang serupa..sama2 doakn yg terbaik ya..(pieja)

Anonymous said...

jgn sedey2...doa banyak2..x rapat dgn my father juga huu

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D