WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday, 9 November 2014

Pengalaman Beli Notebook Di Senheng

Salam. Sebelum ni saya puji Senheng.. tapi pengalaman saya beli notebook di Senheng Ayer Tawar memang buat saya berhati2 dengan Senheng selepas ni.

Saya pernah beli Blackberry dan Sony Xperia T2, alhamdulillah semua okay. Macam mana di pamplet macam tu la ansurannya. Blackberry tu pun dah lama habis bayar. Notebook rosak dan dalam keadaan gaji tak dapat lagi sejujurnya saya terpaksa memilih Senheng. Harga di pamplet RM101, tapi di kedai RM118 untuk Acer Aspire. Tiba2 dia mintak tambah untuk insurans cover 5 tahun menjadikan bulanan RM126. Okay saya terima lagi. Tanya nanti saya kena bayar deposit apa2 tak, TAK cuma RM1. Okay.

Hari nak ambil notebook, last minute suruh amik insurans kalau barang curi RM34. Saya tak nak tapi paksa juga ambik. Macam Petaling Street kot. Cakap belit2 paksa orang beli. Malas nak bertekak, saya ambil. Tapi dalam hati menyumpah la kan sebab kena con saat terdesak nak siapkan assignment. Apa guna jadi member Plus One kalau tak ada faedah apa pun. Nak ikut sebagai Plus One untuk barangan RM500 ke atas boleh hantar sampai depan pintu without delivery cost.

Okay bayar. Memang tak halal pun sebab korang menipu. Yang halal tang laptop saja. Yang lain bakar la dalam perut. Lepas ni memang tak pergi la Senheng. GOODBYE. Pangkah macam Courts. Penyangak2 Courts Mammoth pun dia beritahu juga tipu tambah dia sebelum beli.

Sigh.

Wednesday, 17 September 2014

Review: Lenovo S930

Salam alaik dan salam sejahtera! Okay hari ini nak cerita pasal Lenovo. Saya tak pernah guna handphone brand China. So ini kali pertama saya cuba try test handphone China.

Handphone China tak kurang juga mempunyai jenama dunia seperti Huawei, Asus, Lenovo.. juga yang dikenali di Asia seperti Oppo dan Xiaomi. Saya memilih model S930 dari Lenovo kerana ia mempunyai 2 speaker dolby di bahagian depan telefon. Atas dan bawah.

Jangan harapkan seperti panggung wayang, namun memang sangat memuaskan untuk tahap telefon. Memang anda tak akan terlepas panggilan. Itu kelebihan utama S930.

Model ini 6 inci tapi masih nipis. Harganya berpatutan kerana untuk harga AP anda boleh dapat antara RM570-630 dengan aksesori. Harga warranty Lenovo Malaysia pula RM700 ke atas dengan aksesori. Harap maklum ini harga semasa review ini ditulis.

Saya menggunakan AP set. Masalah besar AP ialah driver yang dibekalkan untuk pc anda dalam Bahasa Cina. Saya juga berdepan dengan masalah untuk register Whatsapp sehingga terpaksa menggunakan option call bukan sms. Telefon ini masih menggunakan Android Jelly Bean setakat ini. Tak tahulah sebab saya guna hp AP mungkin yang Lenovo warranty sudah update Kit Kat. Quad core processor dengan 8gb internal storage yang tinggal 4gb lebih selepas dipenuhi sistem asal. Anda boleh tambah external memory card sehingga 32gb. Ram pula 1gb.

Graphic tidak begitu baik terutamanya keterangan warna. Namun begitu saya tak ada masalah 'lag' sama ada bermain Candy Crush atau yang berkapasiti besar seperti The Walking Dead. Cuma untuk game seperti The Walking Dead memang ada missing graphic seperti rumah yang tergantung dari tanah.

Kamera bolehlah tahan. Tak ada self timer jadi memang susah sikit nak selfie groufie kecuali ibu jari panjang :P..

Bagi Celcom, anda tidak boleh menggunakan setting yang diberi Celcom. Memang hancur. Nak masuk FB pun tekan banyak kali. Sebaliknya gunakan setting yang sama seperti Sony. ( Rujuk review Sony Xperia TX). Daripada segi micro sd rasanya model ini lebih bagus daripada Sony Xperia T2 yang suka menendang(remove unexpectedly) memori kad.

You get what you paid. Untuk handphone mid end.. S930 sebenarnya okay dan tidak mengecewakan. Kesimpulannya Lenovo S930 memberi anda kepuasan dalam bunyi dan speaker dolby. Yang lain tu berbaloilah dengan harganya.

Mungkin sebab sudah terbiasa dengan siri Note daripada Samsung, maka saya terasa kurangnya. Not fair nak banding dengan hp high end.. mungkin sama juga rasanya jika saya menggunakan hp mid end daripada Samsung.

Tuesday, 2 September 2014

MY TOP 10 FAVORITE MOVIES!

Semua pilihan movie ni berdasarkan movie yang saya baru boleh replay berkali2 sambil makan cekodok pisang dan minum kopi haha... nak ikut banyakkkkkk lagi tapi Top 10 inilah.

1. INCEPTION (2010)
Leonardo Di Caprio sentiasa heartthrob sejak zaman Growing Pains kan? Saya tak boleh masuk filem Nolan. Saya reject semua siri Batman daripada Nolan tetapi boleh layan Inception. Daripada Leo sampai Joseph Gordon Levitt hingga ke Ellen Page semuanya best!

2. A WALK TO REMEMBER (2002)
Siapa tak boleh lupa masa Landon pertahankan Jamie dekat cafe kan? Saya masih menangis masa depa kahwin sebelum Jamie mati. Mungkin juga sebab ini satu-satunya filem adaptasi novel Sparks yang tak ada adegan ranjang.. jadi jiwa rasa jiwang saja :P...

3. THE EYE (2002)
Sampai sekarang saya boleh replay lagi horror movie daripada Hong Kong ni. Bukan yang remake Jessica Alba tapi yang original cast dari director Pang Brothers. Yang Jessica tak menakutkan sikit pun.

4. X-MEN: THE LAST STAND (2006)
Saya suka semua siri X-Men. Tapi saya pilih Last Stand sebab timbul watak Phoenix. Masa kanak-kanak dulu favorite saya Cyclops. Tapi dalam movie saya suka watak Jean Grey versi jahat: Phoenix. Kalaulah Wolverine tak ada kuasa sembuh memang Phoenix character X-Men paling kuat.

5. THE HUNGER GAMES (2012)
'Keknis' dan ' Pita' ! Agaknya saya memang suka kot watak heroin yang boleh 'Kick Buttowski'. Chemistry Josh Hutcherson dan JLaw juga sangat comel. Tak sabar menunggu Mockingjay Part 1 November ni.

6. AMAZING SPIDERMAN (2012)
Sorry Tobey, sangat sayang Tobey tapi tak boleh deny aura Andrew Garfield sebagai Peter Parker. Suka juga semua siri Amazing Spiderman walau siapapun yang akan bawa watak Mary Jane untuk Part 3 nanti. Emma Stone yang dye red hair?

7. HARRY POTTER: THE GOBLET OF FIRE (2005)
Suka juga semua siri HP. Tapi saya sangat suka Goblet Of Fire. Agaknya idea Hunger Games dari sini?

8. MEAN GIRLS (2004)
That's so fetch! Rachel McAdams dan Amanda Seyfried sudah jauh meninggalkan Lindsay Lohan. Girls movie yang sangat best selain daripada Bring It On dan John Tucker Must Die. Epic!

9. JEEPERS CREEPERS (2001)
Watak utama kakak dan adik. Watak penjahat, freaky creature yang makan tangan untuk tumbuh tangan balik.. makan mata untuk ada mata. Grab your popcorn and turn on DVD's player. :D

10. RED EYE (2005)
Sekali lagi watak heroin Rachel McAdams yang ' Kick Buttowski'. Wes Craven memang suka letak heroin sebagai main character sejak zaman Nightmare On Elmstreet dan Scream lagi. Jadi unsur suspens dan thriller memang wajib. Dan saya tak perlu bazir masa untuk adegan remeh temeh sebaliknya terus buat jantung makin berdebar-debar. Best scene? Cucuk mata dengan pensel hokey!

Thursday, 1 May 2014

Review: The Amazing Spiderman 2

Spiderman merupakan su0erhero yang paling romantik daripada Marvel.. :)..

Selain Batman, saya memang minat karakter Spiderman. Masa zaman maktab dulu memang sangat suka Tobey Maguire. Tobey perfect sebagai Peter Parker kerana dia cute dan nerd. Sejak Andrew Garfield mengambilalih watak Peter, saya juga menerima Andrew seadanya sebagai Peter Parker versi kacak dan rebel.

Jangan miss Amazing Spiderman 2! Antara adegan yang mencuit hati semasa Spiderman mengangkat handphone dari Gwen sewaktu dia melekat di trailer, Spiderman join bomba masa nak padamkan elektrik Electro (memang lawak dengan topi bombanya) dan sangat2 comel semasa Spiderman terpaksa mengalah dengan tindakan Gwen yang stubborn untuk menolongnya masa dia tengah berlawan dengan Electro di penghujung cerita. Selain itu, Peter memang sengal sebab letak ringtone 'Spiderman'.. -_-...

Harry Osborn dalam cerita ini tidak menjadi New Goblin yang baik seperti James Franco.. tapi beliau dipotretkan sebagai Green Goblin. Watak Max Dillon yang blur dan nerd boleh diagak akan menjadi Electro.

Saya menangis semasa menonton Spiderman 3 versi Tobey.. dan kali ini saya sangat tersentuh, tersentap dan tersedu-sedan melihat adegan kematian Gwen Stacy.... T_T... mungkin Andrew sangat2 menghayati watak kehilangan Emma Stones. Siapakah pembunuh Gwen? Goblin atau Electro? Yang follow komik Spiderman memang dah dapat jawapan.

Sorry saya memang sangat suka semua siri Spiderman.. full 5 stars ***** :D..

Saturday, 26 April 2014

Review: Apokalips X


Saya melihat APOKALIPS X daripada pandangan penonton kali pertama.. tanpa merujuk sinopsis yang disediakan.. pertama, filem ni filem fantasi ala video game, percubaan Mamat Khalid untuk lari daripada genre komedi.. kedua, anda boleh menerima Farid Kamil sebagai X kalau anda dibesarkan dengan filem Ekin Cheng (macam saya hehe).. ketiga: cerita okay tapi kesinambungan cerita memang agak meletihkan.. keempat: siapa yang membandingkan dengan Crows Zero semata-mata sebab pakaian sama memang kelakar.. Crows Zero lebih kepada kisah gangster sekolah menengah dan yakuza dalam kehidupan sekarang.. Apokalips X pula cerita fantasi selepas dunia musnah kerana nuklear dan X mempunyai super power. Yang betulnya bab itu ialah Shun Oguri lebih macho daripada Aman Chai yang cute.

Review ini mengandungi spoiler. Jangan baca kalau tak nak tahu ending.

Menonton kali pertama saya ingat Klan Merah-Putih, Klan Taring, Klan Flora, Klan Jengking dan Klan Teratai. Okay cukup 5 klan haha!

View pertama anda dapat melihat seorang anak kecil yang sedang menunggang basikal sebelum dihujani bom nuklear. Risau juga melihat filem yang dibarisi pelakon-pelakon Islam dimulai dengan ayat ' Hari itu mentari timbul dari barat..'... saya bukan orang filem, tapi saya percaya sila beri bimbingan pada anak-anak ( PG13). Iya, mungkin bila kita melihat filem Armagedon boleh pulak ye kita terima... berbalik pada kepercayaan agama.

Saya suka watak X yang pelindung.. kepercayaannya kepada Aman Chai ( Adam AF). Razor ( Iqram Dinzly) yang melindungi adiknya QiQi ( Miera Liyana). Watak Melur yang ala watak yang tendang kaki panjang (dah lupa nama dia) dalam Street Fighter. Razor dan QiQi yang adik-beradik sudah ala West Side Story. Kedua mereka anak Sri Gala (Peter Davis). Dan Jehan Miskin sebagai Kala Jengking yang gila kuasa.

Ada unsur sindiran politik dalam cerita ini. Misalnya, yang lama sila berundur dan beri peluang kepada yang baru. Otai-otai kita cuma nak baju kemas tapi tak ada otak. Generasi baru mahu sekolah dan membaca buku bukannya bergaduh. Kala melantik dirinya sendiri menjadi Paduka. Watak Pekin adalah pengacau yang tugasnya mengganggu dan menyebabkan pihak yang lain bertelingkah. Contohnya ketika dia menikam QiQi ketika Aman Chai dan Razor bergaduh supaya Sri Gala menyalahkan Aman Chai dan X. X berpegang pada perjanjian lama supaya klan-klan dapat bersatu. Minyak dan elektrik menjadi rebutan.

Saya lebih suka jika dialog dituturkan ketika X mengimbas masa mudanya. Daripada flashback X, Zara (Sarimah Ibrahim) menjadi rebutan X dan Kala. Namun Zara mati ketika di tangan Kala ketika mempertahankankan X. X menikam Kala. Namun Kala diselamatkan oleh pengikutnya dan dia dihidupkan 2 tahun kemudian (adegan yang menunjukkan Kala dengan wayar-wayar di dada pada adegan awal). Saya rasa sepatutnya penceritaan kisah X semasa muda lebih patut ditekankan. Daripada flashback Kulat (Zoey Tan) pula jelas dia pula memendam perasaan kepada X. Saya tak pasti adakah Kulat ibu kepada QiQi dan Razor? Serius memang mengganggu bagi saya tanpa plot X semasa muda. Patut itu yang ditekankan.

Berbalik pada zaman terkini, X berjaya membunuh Kala namun Kala juga sempat membunuh X. Selepas pemergian X dan Kala, barulah generasi baru seperti Aman Chai, QiQi, Kunyit dan lain-lain lagi dapat keluar dari bandar berhantu itu dengan diiringi Pendita (Pyanhabib). Mereka juga tidak terikat lagi dengan protokol pakaian dan semuanya tersenyum. X pula keluar dari kuburnya dan dijemput 3 lelaki bersayap ( angel?). X juga ditumbuhi sayap dan terbang bersama mereka. Okay saya sangat susah memecah falsafah Mamat Khalid pada adegan itu.

Dan Kala sebenarnya adik X dengan nama sebenarnya Y. Kedua-dua mereka dibesarkan oleh pendita, namun kegilaan terhadap kuasa menyebabkan Y lupa akan dirinya dan abangnya, X.

Cerita diakhiri dengan X cuba menukar cerita dengan ayat.. " Itu jika aku mati, jika aku masih hidup?".. jadi saya anggap X belum mati, mungkin dia dalam keadaan para sedar semasa membayangkan generasi baru keluar daripada bandar dan dia bersayap.

Mungkin sepatutnya Mamat Khalid dengan kerjasama pihak tertentu menerbitkan dulu komik atau novel grafik ' Apokalips X' supaya cerita ini lebih difahami. Sekali lagi, saya lebit suka jika plot cerita X semasa muda lebih ditekankan berbanding kisah cinta Aman Chai dan QiQi yang kaku atau lagu thrash yang membingit dan anak-anak muda yang khayal dengan tarian. Kepala anjing yang mempunyai dua hasil mutasi mengingatkan kepada Resident Evil.

Setelah merujuk kepada sinopsis barulah saya faham sikit: Sejak mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji. Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.

Serius saya tak perasan pula dalam filem ada sebut yang berumur 30 tahun mati.

Tidak mengecewakan, walaupun CGI agak 10 tahun ke belakang. Sebagai bekas gamer hehe saya bagi 3 daripada 5 bintang.

Friday, 28 February 2014

Si Otak Kanan Atau Kiri?

SUMBER: http://pasca.unila.ac.id/anda-tipikal-si-otak-kiri-atau-si-otak-kanan/

Lately mata kananku bertambah rabun dah 550 dan yang kiri cuma 250. Campur silau dan rabun senja lagi :p.. sian dia ni kurang penglihatan. Semuanya bermula sejak mula kerja tahun 2005 dulu. Adakah menonton TV lampu tutup. Awal-awal dulu kiri 50 dan kanan 100 je. 9 tahun kemudian? Nah!

Tengah check kaitan otak dengan mata terjumpa kuiz ni. Tak kena mengena dengan mata tapi personaliti diri. Jawab beberapa soalan berikut yang akan membantu anda menentukan sama ada anda jenis si otak kanan atau si otak kiri . Kalau kuiz ni meraban makna kita anggaplah isi masa

1 . Jika anda diberi tugas untuk mengarang , maka yang akan anda tulis adalah ...
a . Menerangkan sistem planet dan peredarannya
b . Menulis cerita bagaimana seekor gajah boleh menyelamatkan dunia

2 . Menurut rakan anda , anda ialah seorang yang ...
a . Akademik dan berdisiplin
b . Popular dan disukai ramai

3 . Pada waktu pagi , anda memilih pakaian berdasarkan ...
a . Apa saja yang penting praktikal
b . Seperti yang telah dirancang semalam

4 . Kalau ada dua pekerjaan yang menanti , maka anda akan ...
a . Menyelesaikan satu-persatu terlebih dahulu sampai sempurna , baru menyelesaikan yang lain
b . Mengerjakan yang satu , apabila bosan mengerjakan yang lain , dan kembali mengerjakan yang pertama semula . Yang penting tidak bosan .

5 . Dalam produksi filem , agaknya anda akan berperanan sebagai apa ?
a . Pengarah
b .Pelakon

6 . Anda baru sahaja memenangi sebuah tiket percutian selama seminggu ke pantai , anda akan ...
a . Mengajak bersama ibu, bapa dan keluarga
b . Bercuti bersama teman - teman saja

7 . Seseorang baru saja mengatakan bahawa anda ini terlalu mementingkan penampilan . Maka anda berfikir ...
a . Iya ke ?
b . Iya la kot . Penampilan juga kan penting .

8 . Dalam soal pilihan aneka pilihan , anda akan ...
a . Menelaah jawapan satu persatu kemudian baru memilih.
b .Keliru memilih jawapan mana satu yang benar

9 . Apabila anda menonton filem yang mengharukan maka anda akan
a . Menangis bagai nak rak.
b . Berusaha keras untuk tidak menangis

10 . Saat beradu pendapat dengan orang lain anda akan
a . Mengeluarkan semua fakta yang ada
b . Berusaha memanipulasi keadaan dan membuatnya lebih dramatik

Kebanyakan A : Si Jenis Otak Kiri

Anda adalah jenis otak kiri , di mana anda seorang pemikir yang praktikal dan tak suka hal-hal yang remeh-temeh . Anda ialah jenis orang yang dikagumi kerana disiplin anda . Anda sangat teliti dan tidak suka hal-hal atau barang yang berselerakan . Anda akan menyelesaikan semua problem yang ditemui satu-persatu terlebih dahulu sebelum menyempurnakan problem lain .
Anda sangat pandai dalam hal menganalisa serta mencari jawapan akan sebuah problem .

Kebanyakan B : Si Jenis Otak Kanan

Anda jenis yang ikut suka hati dan seringkalibimbang saat berhadapan dengan banyak pilihan . Anda sering kurang yakin dan kurang tegas , serta mudah termakan dengan pujuk-rayu .

Anda lebih senang berangan - angan dan cepat bosan . Gemar mendengar cerita fiksyen dan khayalan serta menyukai hal - hal yang berkaitan dengan seni . Anda juga suka cabaran serta kejutan . Anda orang yang moody , dan tidak suka fokus pada satu hal saja saat mengerjakan sesuatu .

Hah, tu dia! Hat mana hangpa? Masa macek buat kuiz ni.. macek dapat 6B 4A. Otak kanan la kira.. agak dah sebab mata kurang rabun pun sebelah kiri. Bab moody, ikut suka hati, cepat bosan dan hati mudah goyah tu adalah haha.. tapi sejak tua2 ni kira dah kukuhkan hati.

Kalau anda seimbang kedua-dua jawapan maknanya anda memang mempunyai otak yang balance dan oh-sem! :)))

Thursday, 27 February 2014

PBS Ditangguh Sehingga April

PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) ditangguh sehingga APRIL.

Alhamdulillah.. apa yang saya bebelkan seterusnya lebih kepada PBS sekolah rendah. Pertama, perbaiki ratio 1:15 guru dan murid sepertimana di Australia di mana idea PBS ini tercetus diminda pihak pelaksana. Sekolah di Malaysia ada yang mempunyai ratio 1 guru 40 orang murid.. itu untuk 1 kelas. Nasib baik purata kelas saya 30 orang sahaja dan dicampur 3 kelas 120 orang murid.. menyediakan bahan untuk belasan deskriptor × 30 ( tolak 60 orang murid tahun 5 dan 6 yang masih KBSR).. sistem 60% pusat dan 40% sekolah memang bagus untuk murid cerdas. Tapi tak semua perkembangan murid serupa.. ada murid yang tidak menguasai PdP semasa di tahap 1 dan sebaliknya semasa di tahap 2. Baru-baru ni seorang rakan saya bertanya bertanya mengenai sistem 60:40 ni bolehkah anakmya yang mungkin dapat A semasa UPSR menjadi B bila dicampur dengan 40%?

Guru-guru sendiri belum diberi pencerahan tentang pembahagian markah itu untuk sekolah rendah. Paling kasihan anak di tingkatan 3 sekarang.. PBS ke mana PMR ke mana.. sepatutnya biar bermula dengan peringkat sekolah rendah dahulu. Kelebihan dengan didik hibur memang  menyeronokkan tetapi anak-anak di tahap 1 tak ada motivasi kerana tak ada peperiksaan dan diberitahu guru pun mereka tak fikir impak 40% yang mereka akan tempuhi 5 tahun nanti (utk murid tahun 1). Dalam hal ini, pihak pentadbir sekolah kena memainkan peranan menerangkan kepada ibu bapa. Ingat! Bukan semua ibu bapa peduli sangat anak-anak mereka, kadang-kadang cikgu yang tak malu lebih prihatin. Teringat lagi semasa Program Aku Janji Januari yang lepas. Ibu murid saya boleh buat muka macam kena paksa datang da siap-siap geleng kepala lagi bila dia terpaksa datang semata-mata nak dengar anaknya berjanj mendapat markah-markah tertentu untuk UPSR. Siap bertanya dalam Bahasa Mandarin ( Walaupun India): Tu je sebab mummy kena datang sekolah? -_-

Kedua, ya server perlu dibesarkan, saya pasti sebilangan besar guru memang tidur pukul 3 pagi :P.. kemudian, diulangi purata guru dan murid perlu dititikberatkan, pembantu guru dari 3 tahun lepas disebut-sebut oleh KPM.. secara berperingkat.. namun tak ada. Itu beban guru.. bagi murid? Setiap kali ada murid yang mendapat band 1 atau 2.. murid itu akan mengulangi assessment yang sama sehingga menguasai band. Syllabus perlu diteruskan untuk yang lain dan disiplin terus dipantau untuk 30-40 murid itu..dengan 40 perangai.. hoho. 

Ketiga, setelus mana guru memberi band kepada murid pun tetap ada perbezaan berdasarkan sekolah. Sekolah kluster, cemerlang, gemilang dan terbilang akan mempunyai piawaian yang tinggi. Sekolah yang kurang kluster :P akan memberi piawaian yang berbeza.

Ya, kita tak nak exam oriented.. ada juga yang berbunyi cemerlang di universiti atau sekolah bukan akan menjamin masa depan. Biarlah anak dapat band 4 di sekolah yang cemerlang. Tengok saja Bill Gates! Steve Jobs! Bukan pelajar cemerlang pun. Okay betul.. yang bertanya soalan demikian saya nak tanya: Jadi anda anggap pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan bertepuk tangan jika melalui PBS akan melahirkan Bill Gates yang bijak tetapi kualiti A menurun dalam UPSR? Tolong perbetul juga bab kenapa sekolah ni band lain, kenapa sekolah nun band lain.

Iya... memang bagus sistem pendidikan yang tidak menyasarkan peperiksaan semata-mata. Murid diberi markah daripada segi sahsiah, bakat dan penglibatan sosial dalam persatuan atau kelab. Sebenarnya guru-guru ini tidaklah sampai nak demo ntah apa2. Mungkin ada yang beberapa kerat yang hilang sabar. Tapi ya, memang sebilangan besar guru-guru kurang setuju dengan sistem PBS yang kelam-kabut tapi terus dilancarkan. 

Saya juga amat tak bersetuju dengan  campurtangan politik dari mana-mana pihak pun. Kalau bab lain, silalah berpolitik.. ini bab pendidikan.. bab anak-anak kita. Tolong ikhlas.. berbincang secara ilmiah.. 

Ada yang mencadangkan assessment yang datangnya daripada pihak JPN.. supaya tak timbul perbezaan assess para guru. Yang membabitkan masa depan murid.

Ada pihak yang mencadangkan PBS sebagai top up untuk ke sekolah menengah. Ada yang mencadangkan PBS hanya dikira semasa Tahun 6 bagi sekolah rendah. ( Macam zaman kita buat folio Geografi dan projek baju KH dulu.. hehe..). 

Kita tunggu sajalah APRIL ini ibubapa, anak-anak dan warga pendidik. Semoga semuanya memberi kebaikan untuk anak-anak kita. Amin.

Monday, 24 February 2014

Converse Chuck Taylor Superman Limited Edition

Assalammualaikum..

Hal duniawi.. soalan: Mana nak cari Converse Superman di Malaysia? Hah, kalau anda berminat dengan Superman.. boleh dapatkan kasut Converse edisi Encik Super ni di Cacamerba ( Facebook dan IG ada ). Macek kalau bab adiwira ni lebih gemar Spiderman, Batman dan Keluangman :P.. tapi ada la nilai sentimental Superman ni. Kedai tu declare authentic.. rasanya macam authentic.. tapi tanyalah pada yang pakar.. cuma rasanya harga berpatutan sebab Converse daripada kedai ni dari China dan Vietnam. Hah, macek pun ingat macam pelesu.. tapi bila disiasat memang ada made in China dan Vietnam.. murah sebab kos labour sana murah. Maafkan saya kalau tersalah... kalau salah betulkan na :)

Urusan semua online by whatsapp.. cepat by POSLAJU. Warna kasut macam kaler kunen sikit... dimaafkan sebab mungkin diperam dalam stor. Ada sesetengah saiz start dari 36 ( legaaaa.. ada jugak Converse saiz daku.. susah nak jumpa saiz sendiri kat Butik Converse).. ada versi Gorillaz, Twilight dan London juga. Nak face to face.. untuk orang N9, Selangor dan Kehel boleh ke outlet dia di Nilai 3 Streetmall.

It's a bird!! It's a plane! No! It's Supergirl!!!! Supermacek! :D

Ka-el!



Sunday, 16 February 2014

Jom Review: Frozen


Let it go! Nyanyi Demi Lovato. Lepaskan? Luahkan? tapi Marsha nyanyi bebaskan untuk versi Bahasa Melayu.. bolehlah kot walaupun kalau tengok scene Elsa daripada innocent bertukar jadi ala2 Beyonce tu macam dia kata ' Mampuslah, orang dah tahu.. amik ko!' tu versi dewasa, adik2 jangan baca.. terbaca abaikan.. :D

Dah lama nak review ' Frozen' tapi tak sempat nak mengarang. Dengan voice over Kristin Bell sebagai Anna ( Elle Bishop dalam Heroes yang sangat jahat dengan kuasa elektriknya hehe.. my feveret selain Claire Bennett dan Sylar yg jahat hoho), Jonathan Groff cikgu Glee sebagai Kristoff dan Idina Menzel sebagai Elsa. Elsa dikurniakan kelebihan mempunyai kuasa ais, malangnya kuasa itu dianggap kutukan kerana Elsa tidak mampu mengawal kuasanya sehingga pernah mencederakan Anna tanpa niat semasa kecil. Dengan bantuan Atok Troll, Anna sembuh namun dia akan lupa yang kakaknya mempunyai kuasa kecuali kenangan manis diorang si Olaf ( Snowman yang Elsa buatkan untuknya). Anna hairan kenapa Elsa menjauhinya. Tiap2 tahun la dia ketuk pintu si Elsa sambil nyanyi ' Do you want to play a snowman?' haha comey tak agak..

Ibu bapa diorang meninggal dan automatik Elsa akan menjadi ratu negara Arendelle. Sebenarnya nak cerita semua plot ni anda boleh baca je kat wiki sampai ending pun ada hah gitu. Cerita ini diadaptasi daripada kisah hikayat Snow Queen ( Ratu Salju).

Berlainan dengan Snow White atau Princess Aurora ( Sleeping Beauty) yang sopan santun, rajin dan tak cemerkap, Anna digambarkan dengan attitude budak2 remaja sekarang. Bangun lewat, rambut serabai dan malas haha.. cuma part cepat jatuh cinta tu memang sangat tipikal bagi puteri2 Disney. Anna cepat jatuh cinta dengan Putera Hans. Hans apa? Hans dari selatan :P... sebab tu wujudnya watak Kristoff yang mempertikai motif Anna jatuh cinta dengan Hans walaupun tak tahu nama femili Hans dan ketinggian Hans. Kristoff busuk, mulut longkang, kawan baik dengan rusa Sven and even anak angkat mummy Troll ( OMG Kristoff haha) tapi digambarkan comel dengan rambut blonde. Sebenarnya sejak The Princess and The Frog dan Tangled lagi Disney cuba memberikan sentuhan yang lain kepada watak hero dan heroin. Hero dan heroin yang tidak sempurna!

Paling menggeletek hati tentulah Olaf! Olaf sebenarnya cuma snowman yang tak berfungsi dan tak bernyawa namun apabila Elsa mengamuk sehingga Arandelle ditimpa sumpahan bersalji di musim panas, Olaf hidup. Even Elsa pun tak tahu Olaf boleh hidup, kira ni ada kaitan dengan pembomohan Atok Troll semasa diorang kecik dulu. Olaf sangat comel tapi snowman yang tak sedar diri. Suka sangat summer, warm and heat sedangkan dia tak tahu apa akan jadi dengan dia bila sudah summer.. sian Olaf hehe.. Olaf sangat konfiden dan entahlah sangat comellllllllllll...

Satu lagi kelainan ' Frozen' ialah ciuman cinta sejati bukanlah pemecah segala sumpahan. Mungkin Snow White, Sleeping Beauty dan Beast ( Beauty and The Beast) menemui cinta sejati mereka melalui ciuman.. tapi sumpahan ' Frozen' dihapuskan dengan pengorbanan seorang adik kepada kakaknya... nilai murni yang sangat saya setuju dalam filem ini.

4.5 dari 5 bintang!

ENGLISH VERSION BY DEMI LOVATO
MALAY VERSION BY MARSHA
KOREAN VERSION BY HYORIN

Saturday, 1 February 2014

LANGKAWI SECOND DAY ( LAST DAY)

31 Januari 2014, Jumaat..

Nasiblah bajet pergi satu malam je. Pukul 4 pagi dah terbangun kepala memang pusing sangat. Rasa lidah kering dan mata panas. Mandi pukul 4 pagi tu dan tidur balik. Bangun esoknya memang panas lagi dalam badan. Kepala berdenyut2. Memang diri ni kurang daya tahan sejuk panas sejuk panas. Kalau tak, idaklah pergi Cameron Highlands pun balik Ayer Tawar demam.. huhu

Breakfast pagi tu memang Yaya dan Yan yang kena beli.. makcik dah rasa pusing2. Kirim juga panadol. Siap2 semua dalam 11.50 pagi kami akan bertolak ke Jeti Kuah. Uncle Anbalagan tu datang ambik. Kena caj RM14 kira call caj sekali. Kalau yang nak datang Langkawi nak motel murah2 boleh try Joy Motel atau kat dalam Kuah lagi ada D'sa Motel.

Memang plan ke pantai2 punah sama sekali. Yaya dah muncung. Sampai jeti, kami pun jalan kaki ke Dataran Lang. Dekat je dengan jeti, tak sampai 5 minit berjalan kaki. Yaya pun teruja semula, walaupun baru last year dia pergi Langkawi bergambor dengan Lang Besaq tu.

Kat situ ada juga la jual cenderamata macam keychain, kipas, pensel dan segalanya. Tapi mahal lah sikit. Masa kitaorang pergi tu ada rombongan besar dari Taiwan. Sambut CNY kat sini kot.

Cuaca? Panasnya macam biasa Ya Allah panasnya. Memang yang putih jadi merah dan yang hitam bertambah gelap :P.. lepas tu terus ke departure hall. Ada lalu kastam, tapi kastam tak peduli pun. Kalau tak seludup juga batik ke rokok hoho :P.. mungkin muka kitaorang suci murni tak de ciri2 smuggler hehe..

Feri kami bertolak pukul 1.45 petang. Nama feri Bahagia 98. Tapi dalamnya tak bahagia. Seat keras. Tayang cerita The Avenger dengan subtitle ' Saya Bayi' ( My baby) :P... haha komplen je kan. Alhamdulillah selamat sampai dalam 2.40 petang. Tetanjat tengok Jeti Kuala Perlis penuh dan sesak sampai ada yang duduk atas lantai makan nasi. Nasib baik kitaorang pergi sehari sebelum CNY.

Itu je destinasi bajet kitaorang sebab niat nak bawa Piya naik ' feris'. Bila la derank nak temankan I ke Zoo Songkhla atau USS, Singapore pulak ni? Hehek...

Ni view dalam Joy Motel.. memang bersih.. motip pakai kasut sebab dah nak check out :P

Piya dan peace nya

Ni panaih merelit nih time nih

Sebelum ke Dataran Lang.. Piya wat manja dengan mamatok

Lang yang tak reti terbang.. masa ni ada rombongan daripada Taiwan ke China.. memang penuh bahagian depan..

Senyum walaupun panaih

Nih dalam Jetty Point.. tengah cari kedai ceklet.. cousin suh beli Baim Wong last minute huhu

Piya sempat main kat Departure Hall sebelum bertolak

Tu la feri Bahagia 98.. nak balik Perlis da.. tatatatata

LANGKAWI FIRST DAY PART 2

Maka 4.30 petang kami pun bertolak ke Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park. Dari Kuah lebih kurang 10 minit by taxi. Kami booking Uncle Anbalagan ni juga, dia tunjuk la jadual perjalanan pergi RM30. So kalau da tunggu pergi balik RM60. Haha jatuh juga dagu makcik ingat dalam RM40 ke kan.. tak pe la.. dah memang tak ada yang boleh drive.. okey on.

Sampai sana macam jakun juga sebab kepala imejin zoo. Tapi macam plaza. Masuk jer dalam tu dan akan jmpa kaunter tiket. Adult dengan MYKAD kena RM15, 60 years old ke atas dengan MYKAD kena RM10 dan juga kanak2 dengan MYKID kena RM10.. patut teacher's rate kena RM8 kalau ikut website dia.. macek pun tak perasan yang dia caj macek RM12. Apapun nak harga special kena tunjuk MYKAD and anything kad guru (NUTP ke apa2 persatuan guru).

Sampai depan pintu staff situ akan ambil gambar sefamili dengan burung-burung yang baik hati. Yaya dapat burung hijau yang baik dan Piya pun berani dapat burung warna putih. Mama je kelakar dapat burung besar yang patuk keronsang mama sampai patah haha.. gambar tu kena caj RM35, masa keluar nanti dia bagi. Kalau tak nak pun tak apa. Tapi dia tak bagi ambil guna kamera sendiri. Kalau nak juga, pandai-pandailah korang klik.

Masuk dalam tu boleh beli makanan untuk feeding haiwan2 ni. Sebungkus RM6 masa kitaorang masuk la. Ada dedak, carrot, epal dan yang sewaktu dengannya.

Antaranya haiwan-haiwan yang terdapat selain burung, ada kura-kura, ular, buaya, musang, rakun, landak, rusa, kancil, kuda, arnab, kasawari dan apa2 je yang kitaorang lupa nak mention.

Haiwan paling dedikasi dan peramah kami anugerahka untuk Mummy Rusa yang periang dengan anaknya. Memang friendly alam betul. Haiwan paling poyo Pak Cik Merak yang dibiarkan bebas dalam tu. Gila poyo asyik cari pasal haha.

Elok la pakai topi sebab burung-burung tu bebas berterbangan.. kalau ter 'crek' ke apa..

Kami pusing-pusing dalam tu ikut arrow dia tunjuk sampai pukul 6 petang. Sebelum balik ke hotel kami pergi Plaza Haji Ismail Group cari coklat murah sikit sebab coklat di jeti sangat mahal. Contoh Kisses kat Haji Ismail RM10.90 kat jeti RM15.90. Kalau rajin ronda dalam Pekan Kuah lagi murah. Mama juga pergi cari brooch baru yang patah dipatuk Aiman Si Burung. Beli tapau kat gerai di situ. Nasi goreng cina RM5. Walaupun gerai dan nasi keras. Makanan kat Langkawi kan paling mahai di Kedah..

Balik motel.. semua dah pening kepala dan rasa nak muntah sebab baru rasa panasnya dalam badan bila daripada suhu panas di luar tetiba sejuk dalam motel. Mandi, solat dan makan, Konon nak jalan2 kat Pekan Kuah... tapi cancel sebab semua dah pening hehe. Memang dalam pukul 10, Piya dah zzzzzz...

Okay next post untuk second day.... whew!..

Sang Kura-Kura musuh Sang Arnab

Merak poyo yang sentiasa follow kitaorang.. poyo garang pulak tu..

Pak Cik Merak yang gigih guide kitaorang tapi garang huhu

Piya sedang rasuah kancil dengan carrot dengan harapan dapat seberang sungai yang ada buah-buahan... hah gitu caption..

Bagi merak makan dedak sambil berbual-bual.. -_-

Ini la Mak Cik Rusa yang paling dedikasi dan mesra alam

Itik2 sedang bermanja dengan Piya selepas dijamu makan

Yaya bajet Snow White nyanyi tralalala kekunun semua haiwan suka dia termasuk Flamingo.. ( padahal rasuah makanan)

Ni bapak rusa gigih asah tanduk.. beza daripada Sven yang comey dalam Frozen huh!

Buaya ni besar.. tapi pendiam.. gitu kan.. Piya palin seronok semua haiwan2 dalam Pada Zaman Dahulu di depan mata,

Enchanted la sangat arnab2 suka melihat kedatanganku dengan kobis di jemari :P



Friday, 31 January 2014

LANGKAWI FIRST DAY PART 1

30 Januari 2014, Khamis..

Assalammualaikum.. okay, tak bajet pon nak pi Langkawi. Dah berapa kali ajak mereka pergi Zoo Songkhla tapi adik2, mak dan anak menakan tetap nak pi Langkawi. Okaylah.. nak juga cari binatang so macek pun nak pi Wildlife Park.

First cari hotel murah. Sebab nak pegi a day before CNY. So guna AGODA. A week before nak pergi. Kitaorang pilih Joy Motel dekat pekan Kuah. Sebab bilik sangat besar dengan queen bed satu dan dua katil single. Tapi tak pi lagi kan.. jadi tak taw motel ni camno. Ada few review yang puji bersih. Ada guests Melayu juga.

Okay.. next Pakcik Raih tak nak pi.. so, just us ' The Ladies' - Mama, Yaya, Yan dan Piya. Jadi, kitaorang memang bajet sebab nak guna taxi.

Maka 30hb Januari 2014, kami pun bertolak dari jeti Kuala Perlis. Masa ni orang tak ramai lagi. Kami amik tiket pukul 12.30 tengah hari. Even tak booking pun, beratur beli masa pukul 11.30 pagi. Adult RM18 dan Piya RM13.

Tak perasan pula nama feri yang kitaorang naik ni. Tapi kondusif la seat dia. Sila ikut nombor dalam tiket kalau nak duduk. Tengok bahagian atas. Kot tak ada juga kekecohan ada rombongan dari Selangor yang bising-bising tempat duduk dah bercerai-berai. Nasib baik kitaorang duduk seat betul, Tayang cerita ' Walking With Dinosaurs' tapi suara memang tak dengar. Daripada dok fokus mulut dino2 tu cakap apa.. guessing bagai nak rak, maka tidurlah. Sebab duduk tengah, nak layan ombak pun tak dapat.

Kami sampai Langkawi lebih kurang 1.30 petang. Soalan pertama Piya: ANGAH ADA SOTONG TAK? -__-. Panasnya ya Allah.. memang sangat beza sebab suhu di Perlis sekarang sejuk. Memang rasa kering kontang juga. Kami ingat nak makan di motel. Kat jeti ni ada Nasi Kandar Hameed, Starbucks, KFC dan deretan kedai coklat dan perfume. Tapi tak naklah makan kat jeti, cekik darah.. lainlah ku bercuti sorang diri. Cari tiket untuk esok. Pukul 1.45 petang. Dapat seat 1-5 tu dia depan :p. Pas tu dengan Yaya cari taxi. Sebut Joy Motel, ada pak cik taxi tu renung semacam.

" Dekat Hokkien Club tu, ada tokong sebelah.. nak duduk situ?"

Dah booking pakcik. Pakcik2 semua nak customer yang pergi jauh2 macam Underwater World. Yang sudi ambik kami pergi tempat dekat2 ni seorang uncle hehe. Kami pergi dengan taxi driver nama ANBALAGAN. Very friendly guy. Caj dengan resit RM12. Contact number dia 0136331007. Tapi dia memang van teksi betul yang ada tulis Langkawi kat van tu. May be kalau korang dapat van sapu lagi murah.

Joy Motel ni dekat Haji Ismail Group Plaza. Ada banyak gerai makan di situ. Lintas jalan je. Tak sampai 5 minit dari Joy Motel ni. Sampai motel memang sebelah tokong. Macam wing lain ada tokong. Tapi even esok nak CNY tak ada pula ada sembahyang kat situ.

Motel bersih. Cuma tak ada cerek. Turun je bawah kalau nak air panas. Makan bungkus kat hotel. Mandi, makan dan sembahyang. Sebab pukul 4.30 petang nak pergi Wildlife Park.

Nanti bersambung pasal Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park. Hehe.
Jeti Kuala Perlis
Mereka yang gigih IG
Piya berjaya naik ' feris'
Van teksi 

Thursday, 16 January 2014

Semester 5!

Rasa baru 2 minggu cuti semester. Nin dia keluar dah penawaran kursus baru untuk semester 5. Pejam celik dah semester 5. Bau Pendidikan Luar begitu jelas terasa... kena la jaga badan bagi fit.. tak mau la pengsan tengah laut. Takut ayaq pulak tu :p.. last kayak 12km di Pangkor nun masa umur 24 tahun..
Dengan tangan menggerutu nan reput kuku ni moga cepat sembuh..
Sambung belajar di usia ' petang' ni kenalah pekerjaan didahulukan, study di angin lalu hehe... moga Allah melindungi.. aminnnn..

Tuesday, 7 January 2014

Tengku Adam Encik Keith Foo :)

Assalammualaikum!
Tak baik betul TV3 ni tayang drama Melayu time Maghrib yang sesingkat waktu kan? Jadi bila masuk Maghrib silalah ingat Allah kan.. tu WAJIB!
Keith Foo ni ku tak tahu siapa pun dia.. even last drama pukul 7 yang saya layan ' Setia Hujung Nyawa' yang zaman dinosaur tu telah ditayangkan.  Tapi tengok beliau sebagai Tengku Adam yang jahat itu memang tersengih-sengih di depan TV :P.. rasa macam keluar lagu tema Raja Ema.. ' oh sayang engkaulah jejaka idaman..'.. *gelak lari2 sambil cabut bunga jiran*
Sekian, terima kasih.
PHOTO: KEITH FOO'S INSTAGRAM

Monday, 6 January 2014

Ariel Sharon Tak Mampu Dipermudahkan Mati Semudah Katak

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Minggu pertama persekolahan, tidak ada yang terlalu sibuk kecuali Mesyuarat Panitia. Kelas tambahan Tahun 6 pun akan bermula pada minggu hadapan. Isu globalisasi yang paling panas sekarang sudah pasti isu 'kematian' Ariel Sharon.

Setelah koma sejak tahun 2006, Ariel Sharon menghadapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang dan dalam kondisi ' mati'. Namun dia masih diberikan jagaan intensif sambung hayat atas permintaan ahli keluarganya. Susahnya kematian mantan Perdana Menteri Israel ini!

Begitulah nasib lelaki kejam ini yang pernah bersumpah untuk membunuh setiap anak-anak Palestin dan merogol gadis-gadis Palestin! ( Namun dunia luar tidak meletakkan Sharon sebagai pengganas. Yang terrorist hanya Muslims :).. ironik!)



Sharon was interviewed by a general named Ouze Merham about his service in the 1956 Suez Crisis, and said the following: “I don’t know something called International Principles. I vow that I’ll burn every Palestinian child (that) will be born in this area. The Palestinian woman and child is more dangerous than the man, because the Palestinian child’s existence infers that generations will go on, but the man causes limited danger. I vow that if I was just an Israeli civilian and I met a Palestinian I would burn him and I would make him suffer before killing him. With one hit I’ve killed 750 Palestinians (in Rafah in 1956). I wanted to encourage my soldiers by raping Arabic girls as the Palestinian women is a slave for Jews, and we do whatever we want to her and nobody tells us what we shall do but we tell others what they shall do.” ( WIKIPEDIA)





Thursday, 2 January 2014

Fight Back To School!

Bismillahirrahmanirrahim..
Yeah.. selamat datang 2014! Angah balik ke sekolah dan Cik Piya baru nak sekolah. Semoga semuanya bertambah baik!
Muka2 assembly pertama 2014
Muka pi tadika kali pertama :D

Wednesday, 1 January 2014

2014!

Assalammualaikum dan hai... bila nak bawa anak saudara tengok 'Frozen' baru tersedar kat Perlis tak ada panggung wayang. Perlis satu-satunya negeri Barisan Nasional yang tak ada wayang Norman KRU. Saja sebut benda tu sebut Norman KRU pernah condemn jangan undi PAS sebab akan menggugat industri hiburan sebab Kelantan tak ada wayang... HUHU. Tak ingat bila kali terakhir tengok wayang kat Perlis.. Titanic kot.. zaman tok nadak. Masa tu ada Capitol yang sekarang jadi Dewan Unimap dan Mahkota yang sekarang jadi mini mart.

Usah sebut wayang.. dulu masa kecik2 ada juga mini zoo yang ada beruang dan monyet2 di Sg Batu Pahat. Ada Taman Burung. La yang kekal setia Taman Ular yang juga menempatkan buaya sekor dua dan memerang huhu..

Secret Recipe, KFC, Pizza Hut, Fruitty Tutti adalah berterabur. Tak ada McD? Kalau sebab anti rejim zionis baguslah. Shopping complex? Ada la The Store yang tahap Billion Pantai Remis.
Kalau nak merasa pembangunan kat Perlis, kirim salam. Itulah satu2  nya negeri setia Barisan Nasional yang tak pernah pemimpin setempat tak terpandang tsk..tsk...

Kot famous pun jalan pintas pi Danok tempat orang kahwin lari.

Saya anak jati Perlis. Daripada saya kecik sampai tua, ada la 5% pembangunan kot... kalau orang luar yang harap Perlis koman2 macam Seri Iskandar jauh panggang dari api. Kesian students UITM, Unimap, Politeknik, Kolej Kejururawatan, IPG Perlis, ILP dan sekolah sains yang mai luar dari Perlis.
Kalau nak makan nasi kandar sedap pi Nuun kat pasar pagi (market Kangar).. nak jam mahal n original tapi harga best boleh pergi Emas Kerajang Duty Free Shop kat Padang Besar. Nak thai food pi Restoran Sawaddi. Nak jogging2 sambil sesekali terbau tahi lembu sila ke Pengkalan Asam. Nak handphone? Tak berbaloi. Harga mahal kedekut casing. Dulu mungkin saya suggest Sentosa Parade, Alor Setar tapi dah banyak dihuni gangster daripada yang suci.

Apapun kalau nak kedamaian dan memang anak jati Perlis. Okay saja walaupun tak ada apa pembangunan huhu...

Semoga 2014 Perlis menunjukkan perubahan!!

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D