WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday 27 February 2014

PBS Ditangguh Sehingga April

PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) ditangguh sehingga APRIL.

Alhamdulillah.. apa yang saya bebelkan seterusnya lebih kepada PBS sekolah rendah. Pertama, perbaiki ratio 1:15 guru dan murid sepertimana di Australia di mana idea PBS ini tercetus diminda pihak pelaksana. Sekolah di Malaysia ada yang mempunyai ratio 1 guru 40 orang murid.. itu untuk 1 kelas. Nasib baik purata kelas saya 30 orang sahaja dan dicampur 3 kelas 120 orang murid.. menyediakan bahan untuk belasan deskriptor × 30 ( tolak 60 orang murid tahun 5 dan 6 yang masih KBSR).. sistem 60% pusat dan 40% sekolah memang bagus untuk murid cerdas. Tapi tak semua perkembangan murid serupa.. ada murid yang tidak menguasai PdP semasa di tahap 1 dan sebaliknya semasa di tahap 2. Baru-baru ni seorang rakan saya bertanya bertanya mengenai sistem 60:40 ni bolehkah anakmya yang mungkin dapat A semasa UPSR menjadi B bila dicampur dengan 40%?

Guru-guru sendiri belum diberi pencerahan tentang pembahagian markah itu untuk sekolah rendah. Paling kasihan anak di tingkatan 3 sekarang.. PBS ke mana PMR ke mana.. sepatutnya biar bermula dengan peringkat sekolah rendah dahulu. Kelebihan dengan didik hibur memang  menyeronokkan tetapi anak-anak di tahap 1 tak ada motivasi kerana tak ada peperiksaan dan diberitahu guru pun mereka tak fikir impak 40% yang mereka akan tempuhi 5 tahun nanti (utk murid tahun 1). Dalam hal ini, pihak pentadbir sekolah kena memainkan peranan menerangkan kepada ibu bapa. Ingat! Bukan semua ibu bapa peduli sangat anak-anak mereka, kadang-kadang cikgu yang tak malu lebih prihatin. Teringat lagi semasa Program Aku Janji Januari yang lepas. Ibu murid saya boleh buat muka macam kena paksa datang da siap-siap geleng kepala lagi bila dia terpaksa datang semata-mata nak dengar anaknya berjanj mendapat markah-markah tertentu untuk UPSR. Siap bertanya dalam Bahasa Mandarin ( Walaupun India): Tu je sebab mummy kena datang sekolah? -_-

Kedua, ya server perlu dibesarkan, saya pasti sebilangan besar guru memang tidur pukul 3 pagi :P.. kemudian, diulangi purata guru dan murid perlu dititikberatkan, pembantu guru dari 3 tahun lepas disebut-sebut oleh KPM.. secara berperingkat.. namun tak ada. Itu beban guru.. bagi murid? Setiap kali ada murid yang mendapat band 1 atau 2.. murid itu akan mengulangi assessment yang sama sehingga menguasai band. Syllabus perlu diteruskan untuk yang lain dan disiplin terus dipantau untuk 30-40 murid itu..dengan 40 perangai.. hoho. 

Ketiga, setelus mana guru memberi band kepada murid pun tetap ada perbezaan berdasarkan sekolah. Sekolah kluster, cemerlang, gemilang dan terbilang akan mempunyai piawaian yang tinggi. Sekolah yang kurang kluster :P akan memberi piawaian yang berbeza.

Ya, kita tak nak exam oriented.. ada juga yang berbunyi cemerlang di universiti atau sekolah bukan akan menjamin masa depan. Biarlah anak dapat band 4 di sekolah yang cemerlang. Tengok saja Bill Gates! Steve Jobs! Bukan pelajar cemerlang pun. Okay betul.. yang bertanya soalan demikian saya nak tanya: Jadi anda anggap pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan bertepuk tangan jika melalui PBS akan melahirkan Bill Gates yang bijak tetapi kualiti A menurun dalam UPSR? Tolong perbetul juga bab kenapa sekolah ni band lain, kenapa sekolah nun band lain.

Iya... memang bagus sistem pendidikan yang tidak menyasarkan peperiksaan semata-mata. Murid diberi markah daripada segi sahsiah, bakat dan penglibatan sosial dalam persatuan atau kelab. Sebenarnya guru-guru ini tidaklah sampai nak demo ntah apa2. Mungkin ada yang beberapa kerat yang hilang sabar. Tapi ya, memang sebilangan besar guru-guru kurang setuju dengan sistem PBS yang kelam-kabut tapi terus dilancarkan. 

Saya juga amat tak bersetuju dengan  campurtangan politik dari mana-mana pihak pun. Kalau bab lain, silalah berpolitik.. ini bab pendidikan.. bab anak-anak kita. Tolong ikhlas.. berbincang secara ilmiah.. 

Ada yang mencadangkan assessment yang datangnya daripada pihak JPN.. supaya tak timbul perbezaan assess para guru. Yang membabitkan masa depan murid.

Ada pihak yang mencadangkan PBS sebagai top up untuk ke sekolah menengah. Ada yang mencadangkan PBS hanya dikira semasa Tahun 6 bagi sekolah rendah. ( Macam zaman kita buat folio Geografi dan projek baju KH dulu.. hehe..). 

Kita tunggu sajalah APRIL ini ibubapa, anak-anak dan warga pendidik. Semoga semuanya memberi kebaikan untuk anak-anak kita. Amin.

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D