WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday 11 August 2013

Salam Aidilfitri

Salam alaik dan salam sejahtera.. untuk para muslimin dan muslimat, taqaballahu minna wa minkum. Sedar tidak sedar hari ini sudah 4 Syawal 1434H. Sudah 4 hari kita meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Sedihnya hati kita apabila meninggalkan Ramadhan. Tiada bulan lain yang ada solat sunat Tarawikh.. tiada bulan lain yang masjid diimarahkan sehingga dipenuhi jemaah. Saya pulang ke Perlis pada 27 Ramadhan yang lalu, jemaah masjid berkurangan berbanding awal Ramadhan. Mungkin sibuk dengan persiapan hari raya. Terasa kekuatan di jiwa dan hati apabila berjemaah. Teringat ceramah di IKIM FM yang saya lupa siapa ustaz yang memberi ceramah.. umat Islam akan bertambah kuat apabila bermasyarakat, berjemaah dan dalam kumpulan berbanding berseorangan. Diibaratkan seperti salah seekor rusa yang terlepas dari kumpulannya akan dibaham serigala begitulah juga syaitan yang diibaratkan serigala akan menyambar hamba Allah yang berseorangan dengan bisikan ke arah lagha...

Sekali lagi, di mana-mana entri pun saya bukanlah mukminah yang tidak lepas dosa. Dosanya seluas lautan pun belum bisa tercuci jika taubat tidak diterima Allah Yang Maha Esa. Ingatan untuk kita semua termasuk saya sendiri, hamba Allah yang memang tiada maksumnya.

Sejuta kemaafan saya pohonkan dengan susunan sepuluh jari jika ada post saya yang mengguris hati sama ada sedar atau tidak.

Salam Aidilfitri kepada semua.. kita diminta untuk bergembira di hari raya.. senyumlah seikhlas hati :).. dan Ramadhan pasti dirindui.. kerana apakah ada Ramadhan untuk kita lagi pada tahun hadapan?...

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.. tiada anugerah yang terindah di dunia ini daripada sebuah keluarga..





No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D