WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?
AMAN PALESTINE
NOTHING LASTS!
Sunday, 26 July 2009
BELASUNGKAWA:ALLAHYARHAMAH YASMIN AHMAD
Thursday, 23 July 2009
Hampir Ramadhan dan Mengingati Mereka Yang Pergi
Pejam celik,pejam celik..lebih kurang sebulan lagi kita akan meyambut Ramadhan Al-Mubarak.Satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.Bulan bonus berganda daripada Yang Maha Esa,Allah S.W.T.
Baru tersedar yang ada ahli keluarga yang rapat telah jauh meninggalkan kita.Teringat arwah chaq(datuk) walaupun sudah 22 tahun meninggalkan dunia yang fana ini.Begitu juga arwah wan(datuk sebelah papa)..arwah bapa2 saudara aku yang baru meninggal dunia tahun lepas(arwah pak teh dan ayah).Semakin terasa yang setiap kali Ramadhan,ada ahli keluarga yang hilang.
Arwah chaq mengingatkan aku yang aku rajin pow duit arwah minta belikan bunga api atau mercun.Masa tu buka puasa dengan pisang goreng pun Alhamdulillah(walaupun masa kecik puasa aku tak pernah cukup..full masa darjah 6 aje..).Arwah pula memang tak berkira dengan aku.Selalu nak buka puasa mesti ada air tin Fanta Grape.Ntah apa2.
Aku tak rapat sangat dengan arwah wan,tapi tiap kali raya dia mesti pakai kain pelikat yang aku belikan untuk dia.Masa dia nazak dulu ada arwah mengadu orang pakai kain pelikat dia.Padahal dia memang tengah pakai kain pelikat yang aku bagi.Sedih kalau aku ingatkan balik.
Arwah pak teh tentulah bab sporting bab2 handphone,kucing dan recording video.Seingat aku,tak pernah aku terguris dengan kata2 dia.Tak pernah terkeluar ayat2 yang kasar atau nak buat aku marah tak tentu pasal.
Arwah ayah pula memang selalu jaga aku dari kecik.Apabila dewasa,aku ubah nak panggil arwah pak ngah.Tapi arwah pula buat muka macam tak best.Sampai ke akhir hayat aku panggil arwah tu ayah.Sehari sebelum arwah meninggal,aku ada jenguk arwah kat hospital.Arwah tiba-tiba menangis lepas kami adik-beradik salam dia.Katanya dia sedih sangat.Rupanya arwah nak pergi.
Begitu juga buat kawan2 yang sudah lama meninggalkan kita..arwah Mohd.Shahrin dan Arwah Yan(Arianty Alias).
Arwah Mohd Shahrin meninggal dunia semasa umur 14 tahun.Sempat masa form 1,arwah hantar kad raya kat aku.Secret admirer masa tu kononnya.Arwah Yan pula banyak sangat kenangan masa kat AIM.Yang baik2 aje dalam ingatan aku semuanya.
Semoga ALLAH memncucuri rahmat ke atas Allahyarham Salleh bin Chat,Allahyarham Ahmad bin Hassan,Allahyarham Othman bin Abdullah,Allahyarham Dahari bin Salleh,Allahyarham Mohd.Shahrin dan Allahyarhamah Arianty binti Alias.Semoga kesemua mereka ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah.
Sementara hidup masih ada,sayangi ibu ayah dan orang yang kita sayangi seadanya.
Entah bila pula masanya kita akan pergi dan menemui-Nya?
Wednesday, 22 July 2009
HEY,TEACHERS!LEAVE THEM KIDS ALONE!
Another Brick in the Wall Part 2
We don't need no education
We dont need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! Teachers! Leave them kids alone!
All in all it's just another brick in the wall.
All in all you're just another brick in the wall.
We don't need no education
We dont need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! Teachers! Leave them kids alone!
All in all it's just another brick in the wall.
All in all you're just another brick in the wall.
"Wrong, Do it again!"
"If you don't eat yer meat, you can't have any pudding. How can you
have any pudding if you don't eat yer meat?"
"You! Yes, you behind the bikesheds, stand still laddy!"
Lagu nih aku minat masa aku tengok The Faculty(1998).Original mestilah daripada Pink Floyd!Masa lepas SPM.Masa jiwa tengah panas.Suka sangat ler melayan cerita macam Teaching Mrs.Tingle,Dangerous Minds,To Sir With Love dan Great Teacher Onizuka.Ingat nak jadi deejay radio,tapi berkat tengok movies dan drama macam tu jadilah aku cikgu.Aku pun selalu tanam dalam hati nak jadi cikgu yang cool macam Onizuka(Takeshi Kaneshiro).Idak ler yang part suka berangan tu.Yang part cool lah.
Kisahnyer,sorang teachermate aku mendenda anak muridnya pasal tak buat kerja sekolah.Tak ada kecederaan pun.From what I know,budak tu tak dibenarkan duduk dan galas beg sekolah(yang diringankan).Then,the mummy datang.Nampak macam semua okay kat staffroom.Later,dia dah report PPD,JPN,KPM and even polis yang anaknya didenda begitu.
Entahlah..benda ni ada pro dan kontranya.Tapi sejak hukuman rotan tak dibenarkan,Malaysia dengan bangganya melahirkan banyak generasi toya dan poyo.
Dulu,kalau kena libas rotan dek cikgu,berani nak report mak?Kena tambah rotan lagi ada laaaa.Tapi sekarang cikgu marah sikit pun dah kena saman.
Proffesion guru sekarang jauh tak dihormati.Ada juga skerana sikap guru tu sendiri juga yang menjerumuskan kepada guru tak dihormati.Selebihnya masyarakat,kerajaan dan keadaan semasa.Kerjaya guru dibayangkan tak glamor dan gaji yang ciput.Lainlah artis seperti Siti Nurhaliza yang dibayar RM10 000 satu lagu(kalau tak silap).
Aku cuba mengubah gaya guru lama yang garang tak bertempat.Walaupun diakui cara konservatif itu berkesan.Bebudak cyber sekarang tak susah sangat dididik.Bersyukur sebab aku mengajar daripada peringkat bawah.Macam Tahun 2,3 dan 4,aku ajar mereka macam aku mummy atau kakak yang tegas.You buat baik,you dapat kredit(gula-gula,bintang,pujian,belaian)..you buat salah,you didenda.Usia ni senang,puji aje pandai pun dah kombang idung.Cakap handsome aje pun,sepanjang hari boleh belajar.Masalahnya,Tahun 5 dan 6.Kalau rotan,ada yang memberontak.Terutamanya,budak lelaki.Formula dia tegas.Dalam kelas,I'm the boss,luar kelas..korang nak men handphone cikgu pun boleh.
Kata kunci dia,tegas lah..bukan garang.Mata dan suara memainkan peranan yang penting.Aim budak mana yang bermasalah,detect derang nih..selamat satu kelas.Tambah la aku ni katagori kecik molek.Diorang pulak tinggi daripada aku..hahaha.
FOR TEACHERS..AZA AZA FIGHTING!
Monday, 20 July 2009
Piya suka Fergie?
Sapa budak tecik nih?Nih le partner duet haku bile nyanyi lagu Barney..I love you...you love me..we are happy family..agagagga..this is my niece.Call her Piya.Dia macam Spongebob suke main bubble..tapi made in sendiri ler.Minah wambut punk..huhu..skinhead pun der sket.Cik Piya ni bawak2 ler insaf pasal suka layan VC Fergie and Black Eyed Peas-Boom Boom Pow.Huk eleh..sabo aje haku..
Monday, 13 July 2009
Memujuk hati..:)
Saya hanya manusia biasa,bukannya Nabi..maka,saya sering melakukan kesalahan.Manusia lebih bersemangat melakukan apa yang dia suka tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya sama ada kekejaman
Kadang-kadang beberapa perkara perlu aku timbul secara positif supaya hati dapat ditenangkan.Saya hanya manusia biasa,tapi itu bukan bererti kita sebagai manusia bebas melakukan apa saja kesilapan.Sesekali mungkin alpa,dua tiga kali sudah biasa.Kerjaya aku sekarang bukanlah satu pekerjaan yang aku idamkan atau gilai.Aku lebih senang menjadi penulis atau jurugambar berbanding seorang guru.Itu kata naluri hati aku.Tapi hanya Dia yang mahu tahu betapa rahsia dan hikmah di sebalik kerjaya yang aku sering keluhkan ini.
Malah apalah sangat keluhan aku berbanding Hamba Allah di Palestin yang sentiasa mendengar bedilan peluru dan mortar?Sesekali ingin menjerit atau menangis,apalah sangat perkara yang menyentuh hati aku daripada seorang ibu yang menyaksikan anaknya bekecai di depan mata di
Hati ini juga perlu dipujuk..jika kita susah,ada lagi manusia yang lebih susah daripada kita.Bersyukur kepada Allah seadanya atas rahmat yang diberi..:)..
Saturday, 4 July 2009
THE FAST AND FURIOUS AND FAINTED..LOL
Macam kecoh je tajuknya..pasal aku lah sebenarnya.Jangan buat kerja last minute lagi.Lol.Kelmarin dan hari ini aku rasa hidup aku berterabur sikit.Kelmarin lepas sekolah,aku balik sekejap..tukar baju untuk kem motivasi UPSR.Balik rumah around 6 o’clock.Terus solat dan update cerpen.Lebih kurang kul 9 lebih baru update.Kekurangan idea membina ayat..Zue from Aishkimmers know well why..haha.Aku rest kejap fasal ting tong.Sambung buat power point untuk presentation hari ini.Tidur around 2.40 am.Masa tu aku rasa mengantuk giler sampai tahap nak muntah!
Bangun pagi tadi dah terlewat.Dalam pukul 6.48 am.Hamik!Sepatutnya dah masuk makmal computer dalam pukul 7.30 a.m.Fara dah nak tinggal haku pasal katanya kitaowang janji jam 7.15 am nak gi school.Haku pulak sememangnya blur dan ingat janji around 7.25 am..hahahha.
In house habis dalam kul 1.00 petang.Sampai umah dalam kul 1.40 lebih sebab ada hal sket.Balik umah on9 jap.Tapi the connection is nothing but slow.Aku tidur dalam kul 4 petang baru bangun.Tak sembahnyang dan mandi lagi!Charlie Chaplin ler jadinya.Badan pun dah rasa panas semacam.Tu pun masih gatal bedal 2 ulas durian.Aku mula rasa hangat badan.Pas minum dekat sebotol besar air sejuk baru okay.Pas ni baru nak kemas umah.HAHAHA..
Malam ni dan esok slowly aku akan siapkan Kajian Tindakan yang akan dihantar on 27th July 2009.