WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday 22 December 2013

FINALLY..

Akhirnya Tengku Adnan memohon maaf juga mengenai keterlanjuran katanya mengenai wanita. Seperti biasa, mulut Shahrizat Jalil sebagai tonggak WANITA UMNO memang terkunci sebelum ini. Apapun Ku Nan dah mohon maaf. Katanya beliau tidak bermkasud demikian.. -_-.. kita belajar untuk berprasangka baik..

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.

Beliau sebaliknya menyalahkan media yang menfasirkan kenyataannya itu dalam terma yang berlainan.

“Ada beberapa wartawan yang menyalahtafsirkan kenyataan saya itu walhal saya memaksudkan dalam makna yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini, hari ini.

“Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga, kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya lagi .

Beliau menambah sudah tentulah beliau menghormati wanita kerana beliau mempunyai enam orang anak perempuan.

“Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa frasa ayatnya  “seperti wanita yang tiada alat solek” tidaklah memaksudkan mereka itu seperti hartanah.

Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.

Mantan Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow menggesa agar Tengku Adnan meminta maaf dengan kenyataan berbaur seksis yang memnandingkan wanita dengan hartanah.

Yu menuduh kenyataan Tengku Adnan itu mempunyai maksud mendalam dan memperkecilkan-kecilkan wanita.

“Kenyataan seperti ini memperkecil-kecilkan wanita. Harga diri seorang wanita itu letaknya pada kemahiran, keperibadian dan pemikirannya dan bukannya pada alat solek dan kita menggesa bahawa beliau membetulkan kenyataan itu kerana kita percaya semua wanita akan menentang kenyataannya itu,” kata Yu.

“Kami,wanita bukanlah sebuah produk atau hartanah. Perbandingan yang diluahkan olehnya itu sangat tidak betul,” katanya lagi kepada pemberita.

SUMBER ASTRO AWANI

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D