WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday, 22 November 2013

Bersemadilah Ammar Dengan Damai

Assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh
Dengan asma Allah Yang Maha Penyayang Lagi Pengampun.. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Sudah banyak blog, Facebook dan YouTube yang memaparkan kisah Allahyarham Ahmad Ammar Azam. Ammar ialah anak lelaki tunggal kepada Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. Ammar baru berusia 20 tahun. Seorang bekas pelajar Maktab Tentera Darat yang melanjutkan pelajaran di Instanbul. Ammar seringkali terlibat dengan kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan termasuk sebagai sukarelawan gejolak Syria. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah betapa kerdilnya saya dibandingkan Ammar.

Ammar meninggal dunia pada malam 3 November 2013 kerana dilanggar ambulans ketika menyeberang jalan. Sepertimana yang dipaparkan di laman web dan akhbar Kosmo (hari ini baru dikeluarkan..) esoknya, Datuk Bandar Instanbul memberikan keistimewaan kepada Ammar untuk dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan yang telah menyemadikan 60 sahabat nabi, ada manik peluh di dahi Ammar yang terbaring kaku, ulama terkenal Turki yang mengimamkan solat jenazah hamba Allah ini dan berebut-rebut manusia ingin mengangkat jenazah Ammar. Awal minggu yang lalu saya menonton video pengebumian Ammar di YouTube dengan genangan air mata. Gentar dan takjub melihat Adik Ammar dimuliakan.

" Mama, tengok ni video pengebumian Ammar.. ammar hanya seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kemanusiannya.. baik pekerti kata kawan-kawan dia. Dan pengakhirannya di bumi, dia dibagi keistimewaan menjadi antara tetamu Saidina Abu Ayyub Al-Ansari,"

" Macam mana kematian kita na?"

Mungkin ramai daripada kita yang berbuat kebaikan demi kemanusian dan agama.. namun berapa ramai daripada kita yang lurus niatnya seperti Ammar?

Air mata yang bergenang di kelopak mata perlahan-lahan mengalir ke pipi.

Allah, besarnya nikmat yang Kau tumpahkan kepadaAhmad Ammar Ahmad Azam.. bersemadilah dengan damai di sana. Kita betulkan langkah dan niat.. kerana kematian husnul khotimah masih jauh untuk kita capai...

Perbualan terakhir Ammar dengan kakaknya Nabila Azam. Credit: OHARTIS

Monday, 18 November 2013

Dewi Remaja Hero Remaja

Salam alaik yeay selamat bercuti sekolah anak murid dan cikgu! Selesai post mortem UPSR 2013 dan analisa target UPSR 2014, saya pun hari ni baru balik Perlih.

Tetiba saja tajuk di atas melintasi minda masa melihat majalah Remaja di rak buku sebuah toko buku. Dekat 13 tahun tak baca Remaja haha.. tapi tak dapat dinafikan Remaja antara bahan bacaan suatu masa dahulu.. hehe

Sebut pasal Dewi Remaja, abang sepupu saya yang asyik menyebut nama Tengku Anis dan Aleeza Kassim sebagai sangat 'hot'.. masa tu sekolah rendah lagi. Tapi melihat wajah Tengku Anis di majalah milik abang sepupu tu, Dewi Remaja yang pertama tu memang lawa.

Masa form1 baru beli sendiri. Masa tu Jasmine Deo pemenang. Peserta2 yang lain termasuklah Umie Aida (guna nama Ermie Zura), Kuza, Didie Alias dan Jasmin Hamid. Tak berapa lama baru datang geng2 sebaya saya seperti Wardina Saffiyah dan pemenang Juliana Banos. Zaman tu Rita Rudaini pun join. Rita ni kawan kakak sepupu masa SK Putra, pernah la tengok masa zaman budak2 kat Kelab Buku, library awam. First time nampak Rita kat cover macam eh eh dia ni haha..

Zaman Scha Al-Yahya, Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir ni sangat baru la. Bagi saya Tengku Anis tetap paling santek hehe..

Pasal Hero Remaja pula masa Esma Danial menang tahun 1991. Memang cute Esma masa tu. Second place, Badrul Muhayat n third, Azhar Sulaiman. Early 90s memang famous 3 orang tu selain Sofea Jane dan Julia Rais. Sebelum kemunculan Awie, Erra n Ziana. Lepas tu ada ingat Ashraff Sinclair, Norman Hakim, Kamal Adli masuk Hero Remaja ni. Yang baru2 ni tak pasti.

Just throwback. Esma tak banyak berubah tapi Azhar.. oh di mana wajah cute Brylcream itu?..

Thursday, 14 November 2013

UPSR! UPSR!

Assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Alhamdulillah result UPSR sudah keluar. Untuk sekolah saya, keadaan agak kurang baik dari segi kualiti semua A. Namun thank you Allah, peratus kelulusan Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan satu-satunya matapelajaran yang meningkat.. dan tidak menjadi punca anak2 terjejas kualiti A.. berkat usaha anak2 dan izin Allah!

Bahasa Melayu Pemahaman 58.1% berbanding tahun lepas 54.7%. Bahasa Melayu Penulisan pula 66.1% berbanding tahun lepas 61.3%. Memang mendebarkan sebab ini kali pertama saya mengajar kelas UPSR.

Memandangkan saya mengajar kelas terakhir, situasinya seperti drama Jepun GTO (Great Teacher Onizuka) ^_^...daripada PKSR2 tahun lepas hanya 3 orang saja yang lulus dengan markah B dan C dari 28 orang murid, Alhamdulillah untuk UPSR, 5 orang lulus untuk Pemahaman dan 8 orang untuk Penulisan dengan ada yang mencapai A.

Bunyinya memang sikit, namun pada saya.. ia satu ganjaran istimewa dengan segala sepak terajang yang saya hadapi dari segi masalah peribadi.. sakit kepala setiap kali memaksa mereka mendisiplinkan diri.. menyiapkan kerja rumah.. memaksa mereka datang tuisyen lebih masa sebulan sebelum UPSR.. semuanya berbayar hatta yang meningkat dari E ke D.

Kecemerlangan ialah bonus.. ilmu yang mereka dapat itu adalah kejayaan sebenar. Semoga mereka dapat memanfaatkan dengan baik.

Tahniah juga untuk kelas elit yang diajar oleh rakan saya. Anda semua sudah berusaha sambil diheret cikgu2 :D

Memang saya skema hari ini! :P

Monday, 11 November 2013

Wednesday, 6 November 2013

Masjid Terapung Al Hussain Di Kuala Perlis

Salam alaik.. salam 2 Muharram 1435H.. okay kali ini saya nak tunjukkan salah satu masjid tercantik di negeri Perlis. Berkesempatan menunaikan solat Asar di situ semasa ke Kuala Perlis memang sangat mendamaikan. Ketika sujud sambil deruan ombak memukul tiang masjid. Jika air pasang memang masjid ini akan kelihatan seperti terapung di dalam air.

Halaman masjid pula dihiasi dengan pokok-pokok kurma. Sayang sekali jika masjid ini tidak diimarahkan dengan muslimin muslimat untuk berjemaah atau dimanfaatkan untuk kegiatan belia yang Islamik untuk menarik golongan muda.

Kalau jalan-jalan di negeri Perlis.. jom singgah solat di Masjid Terapung Al Hussain.. :)

Suasana yang indah selepas Asar

Pemandangan laut boleh dilihat di luar masjid

Pokok-pokok kurma yang ditanam di halaman masjid

Sebelum pulang kami sempat mengabadikan rekaan masjid yang cantik di telefon bimbit

Ruang di pintu hadapan masjid

Tuesday, 5 November 2013

Pusat Sains Negara Wilayah Utara Kedah

Salam Maal Hijrah! Selamat menyambut awal Muharram untuk para muslimin dan muslimat. Semoga tahun baru ini kita mulakan dengan istiqamah dan berjihad menentang bisikan syaitan dan berusaha menghalang kejahatan sendiri. InsyaAllah.. mulakan tahun baru ini dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang disusuli baginda Muhammad S. A.W.. happy Hijrah new year for Muslims! :)

Okay memandangkan hari ini cuti umum dan menjelang cuti sekolah ni kalau nak habiskan masa dengan anak-anak sambil mengembangkan neutron-neutron dalam otak mereka.. bolehlah berkunjung ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara di Alor Setar, Kedah. Dekat-dekat area Gunung Keriang.. berdekatan juga dengan Muzium Padi dan Kampung Tradisional. Masa bawa Piya ke sana memang Piya sangat aktif dan teruja untuk mencuba pelbagai alatan sains kat situ.. tak kurang juga mak2 menakan dia yang terlebih sudah :P. Dalam diri macek ni memang ada unsur2 skema juga haha.. ingat lagi masa Darjah 4, orang lain boring tahap gaban melawat Tapak Candi Bukit Batu Pahat.. macek dah siap salin nota segala Tuhan Hindu.. OMG haha..

Pusat ini rasanya masih baru.. tiada bayaran masuk dikenakan setakat ini. Rasanya pihak pentadbiran di sana perlu memperbanyakkan lagi bahan pameran sains dan teknologi serta mempromosi pusat ini supaya setanding dengan Pusat Sains Negara di KL. Jom cuti-cuti Malaysia :D

Acu mencuba telefon 'cap telinga' :D


UFO

Tree house.. Piya saja yang naik kat atas dengan Acik dia

Tornado.. no entry

Musician la sangat Piya

Entah siapa yang excited.. Angah ke Piya :p

Shooting star with mama

Little pirate Cik Piya

Angah dan Acik memang kuat berlakon :p.. earthquake section.. boleh rasa shaking masa masuk rumah kat situ.. tapi gambar rumah tu gelap sangat..

Who is the winner?

Piya memang sangat excited.. semua nak try

Monday, 4 November 2013

My Kiddos :D

Salam alaik dan hai hai hai.. lagi 2 minggu lagi persekolahan.. Alhamdulillah.. (everybody dance now!:p). Exam dah habis nak nunggu majlis penyampaian hadiah yang extravaganza daripada Anugerah Bintang Popular..  so my kiddos buat seni nih.. ini pun idea dari Google. Selain daripada orang dan binatang, ada yang buat bot dan kereta yang akan bergerak sepanjang lukisan tu..
Pak cik ini boleh gerak-gerak guna 'straw' atau lidi sate. Gunting atau potong laluan untuk pak cik kek gambar pemandangan. Ini namanya pak cik petani berjaya menghalang blue Monday :p.. pakcik totap poie kojo!
Arnab berlainan contact lense.. macam comel jeww.. macam santek jeww.. :p
Penguin diterbangkan angin. Gila tak epic! :D
Beruang posing model.. wardrobe Zac Efron masa 'High School Musical' :p

Sunday, 3 November 2013

Bitstrips!!

Hahaha jakun bebenor baru install bitstrips dan sangat teruja dengan komik2 nya. Edit avatar seboleh2 macam muka korang dan update status melalui komik. Macam IG, korang leh share kat FB. After Instagram, rasanya Bitstrips akan jadi mangsa teman untuk update status. Giler comel la Bitstrips nih. FB da lame :p... (sian orang sekarang kan? Kita ni semua nak update.. telur sejibik riuh sekampung :p)
Avatar yang pose somellllllll gilak!
Intro lepas install
Since kid, i believed zombies are oh-sem fiction!:p (beside vampire and wizard :p)
And we can add our facebook fren! Oh makcik memang jakun dengan benda ni :p

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D