WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday 11 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi

Salam alaik... hari ini sudah 2 Ramadhan 1434H... sudah siap masak. Sambal udang dan telur dadar. Minumnya cuma milo ais. Agak ralat tak ada kurma hari ini.

Hari ini saya tak beli di Bazar Ramadhan. Cuba berbuka puasa dengan makanan yang selalu dimakan. Semalam, berbuka dengan makanan Bazar Ramadhan, murtabak, keli bakar, air asam dan air jagung manis.

Berbuka dan bersahur tanpa keluarga tersayang sudah 9 kali saya lalui. Awal-awal tahun dulu memanglah sedih. Iyalah biasa makan bekas tangan mama dan nanab.. berbuka dan bersahur dengan keluarga. Apatah lagi Ramadhan kali ini saya ada short sem. Setiap Sabtu ada kuliah, kecuali 27 Julai ini. Memang tak sabar nak balik berbuka, bertarawikh dan bersahur dengan keluarga.

Namun bila usia makin meningkat, saya gunakan masa berseorangan ini dengan lebih mengingati Dia. Tak ada sedihnya saya dibandingkan anak2 yatim Palestin atau Syria.

Jadikan Ramadhan ini untuk mengikis sifat kebendaan dan duniawi. Sama ada yang kaya atau miskin, yang cantik atau hodoh... sama-sama meletakkan diri di taraf yang sama. Puasa lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga. Mari kita mengimarahkan bulan yang dipenuhi sejuta barakah ini!

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D