WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday, 31 January 2013

Khabar Angin: Samsung Galaxy S4 Dengan S Pen

Salam alaik dan hi.. balik sekolah tadi kelam kabut masak sebab lapar. Mandi dan solat dulu baru makan tengah hari. Tahun 2013 ni memang sangat sibuk, nak dapat hari yang balik 1.05 petang memang jarang. Jadi saya cuba menikmati hari 'rehat' dengan sebaik mungkin. Saya sangat hormat ibu-ibu yang bekerja sampai petang dan sampai rumah selepas Maghrib. Hormat jika dapat menguruskan rumahtangga dengan baik.
Itu intro saja baru.. :-D.. lepas makan, selak majalah Initial D baru. Khabar angin tentang kemunculan Samsung Galaxy S4. Khabarnya bulan Jun 2014. S4 juga akan ditambah dengan S Pen dan resolusi kamera 13 MP. Tapi itu cuma khabar angin. Namun soal S Pen tak mustahil kerana itu yang membezakan dengan pattern Iphone. Juga berdasarkan sambutan Samsung Galaxy Note 2. Apapun rasanya biarlah Note saja yang mempunyai ciri 'phablet'. Mungkin S4 boleh ditambah kehandalan kamera dan video. Kalau S4 juga mempunyai S Pen tak ada pula perbezaan dengan Note. Apapun sama-sama kita tunggu.
KREDIT: MAJALAH INITIAL D

Thursday, 24 January 2013

Kitalah Umat Muhammad S.A.W

Salam Maulidur Rasul.. 12 Rabiul Awal Tahun Gajah kelahiran junjungan besar Muhammad S.A.W. Selawat ke atas nabi dan keluarganya. :)

Entri saya sempena Maulud Nabi tahun ini bukanlah bererti saya cuba berlagak bijak agama. Demi Allah ilmu saya cuma setitis dakwat atau mungkin lebih rendah dari sekecil zarah. Namun inginlah saya ajak rakan-rakan Muslim saya rindu akan baginda, kenang sunnah2 baginda dan selawat berbanyak-banyaknya ke atas baginda pada hari ini.

Umat Muhammad pada masa ini ialah umat yang penuh dengan ujian dan berat dengan dugaan. Lemah juga akidah dan akhlak. Sedangkan umat terdahulu yang dihadirkan dengan Adam A.S sehingga Muhammad S.A.W pun banyak kelemahannya apalagi kita yang berdiri tanpa rasul dan nabi. Apa yang tinggal? Al-Quran, hadis dan para ulamak supaya kita masih teguh kepada agama fitrah.

Saya tertarik dengan kewujudan sekolah tahfiz aliran sains yang baru ini didokumentasikan di dalam akhbar Kosmo. Walaupun bayaran yang dikenakan tinggi namun saya tabik ibu bapa yang berkemampuan ini dan mempunyai kesedaran untuk membentuk pemimpin berwadah ulamak. Sains dengan Islam sangat sinonim sejak zaman Ibnu Sinna lagi. Walaupun kitab-kitab Ibnu Sinna dihapuskan dan barat menggantikan dengan Avecenna, kita maklum bahawa sains dalam Islam telah lama bertapak.

Tapi itu dulu, sebelum hati kita umat Muhammad akhir zaman ini dinafsu-nafsikan dengan hiburan hendonisme sehingga melemahkan urat saraf kita.

Umat Islam kini hanya tingga Islam pada kad pengenalannya. Kita gagal memberi contoh terbaik pada penganut agama lain seperti mana Rasulullah S.A.W. Jika kita dipropagandakan sebagai pengganas dan barbarian pun sepatutnya kita dapat menangkis bukan mengiyakan pendapat itu.

Kaum Taif mencederakan baginda sehingga berdarah dan luka-luka. Sehingga baginda memohon petunjuk Allah yang Maha Esa. Allah S.W.T malahan mengirimkan Jibrail untuk memusnahkan kaum itu dengan gunung-ganang yang menghimpit mereka. Namun apa permintaan baginda? Baginda meminta jangan diperlakukan sedemikian, dengan izin Allah S.W.T memohon agar hati mereka menerima agama fitrah, moga keturunan mereka menerima agama fitrah.

Beza sangat kan kita dengan akhlak baginda? Ya, kita akan mengulang ucapan, “ Saya bukan nabi,”. Namun setiap kali kita ditindas, kita mohon Allah S.W.T memberi petunjuk dan hidayah. Perang dan pembunuhan adalah perkara terakhir. Lebih baik cuba berbuat baik tetapi dijauhi manusia daripada berbuat jahat tapi disukai manusia. Redha Allah segalanya. Jika tercapai redha Ilahi akan wujudlah kasih-sayang manusia.

Menyebut Islam hanya pada nama dan masjid. Lapan tahun yang lepas, zaman baru lepas belajar maktab perguruan, saya dan seorang kawan singgah di sebuah masjid berhampiran pekan Jitra, Kedah. Kami menumpang untuk menunaikan solat Zohor. Ketika masuk ke dalam masjid, kipas  dan lampu dibuka kesemuanya di bahagian muslimah. Baru sahaja kami masuk, seorang AJK masjid terus mengherdik kami kerana andaiannya kami yang membuka semua kipas dan lampu. Rakan saya terus melenting kerana kami diherdik tanpa sebarang salah. Ketika kami mula untuk bersolat, semua lampu dan kipas ditutup menjadikan keadaan panas dan gelap. Kedengaran suara yang menyindir, “padan muka.”. Selesai solat, AJK yang mengherdik kami itu duduk berbual dengan selamba bersama rakan-rakannya. Usia remaja ketika itu memang membuat hati bikin panas, namun difikirkan balik pakcik itu diberi ujian yang besar oleh Allah S.W.T. Moga dibukakan hatinya untuk menjadi Islam seikhlasnya. Segelintir golongan sebegini yang menyebabkan umat Islam yang muda jarang bertandang ke masjid. Di pihak kami juga salah kerana membalas herdikannya dengan lentingan.

Umat Islam akhir zaman ini lemah.. kalau tidak membuat dosa, kita lebih banyak membuat perkara yang tidak berfaedah. Kita lebih banyak berpecah kerana egois berbanding bersatu kerana Allah S.W.T. Allah yang Maha Satu, yang tidak beranak atau diperanakkan. Kerana itu Allah itu Tuhan sekelian alam.
Saya pun sama, imannya kadangkala setinggi gunung dan kadangkala hancur bagai hampas. Dosanya sebesar lautan. Kadangkala ingin berada jauh daripada kehidupan dunia yang penuh godaan dan cabaran. Namun hidup juga bukan sampai meninggalkan dunia. Berusaha manfaatkan dunia sebelum kembali ke alam abadi. Masa yang disia-siakan merupakan penyesalan yang hanya mampu ditebus dengan memohon keampunan Ilahi.

Mohon doa jangan dijadikan di antara golongan yang sesat, menyesatkan, menzalimi, dizalimi dan disematkan kalimah 'lailahailaAllah' sampai ke hujung nyawa. Sudah tertulis di dalam Al-Quran bahawa umat manusia akan disesatkan Dajjal, diturunkan Imam Mahadi untuk membimbing kita. Sehinggalah turunnya Nabi Isa A.S dari langit. Mohon doa Allah S.W.T jangan kita dijadikan golongan yang disesatkan. Nauzubillahiminzalik.

Akhirul kalam, saya bukannya ustazah, jauh semanggang dari api. Dosa tidak tertanggung dan malunya amat besar setiap kali sujud di sejadah di hadapan Maha Pencipta.. :(..saya cuma hamba Allah yang sangat berusaha menjadi lebih baik. Sekadar berkongsi perkara manfaat. Jika saya bisa berkongsi hal gadgets dan hal lain dengan rasa teruja, izinkan saya berkongsi hal manfaat dengan rasa rendah diri sebagai peringatan untuk saya dan anda.

Sallallahu ala Muhammad.. sallallahu alaihi wasallam..

Friday, 18 January 2013

Setia Hujung Nyawa Punya Pasal

Salam alaik dan salam sejahtera. Yihuu akhirnya sampai juga novel yang dilanggan secara alam maya buat kali pertama. ( Wah, ayat!)

Sebenarnya saya bukan kaki novel sangat, kaki kumpul novel iya sebab memang tak kudrat nak membaca bila sudah mula kerja. Novel terakhir yang saya baca sampai habis pun ' Harry Potter: The Deathly Hallows'.
Novel Melayu masa mula kerja dulu, lupa tajuknya tapi karya Norhayati Berahim. Tapi tengok koleksi memang banyaklah.. hihihi..

Tapi kerana penangan Zain Hakimi dan Ersalina dalam drama 'Setia Hujung Nyawa' buat saya gigih cari novelnya. Mana nak sangka selepas drama tersebut novel ini boleh laris macam goreng pisang panas. Al-kisahnya, minggu lepas saya balik kampung melawat anak saudara terkini.. newborn. Malamnya pergi Popular di Tesco pun tak de. Pergilah esoknya ke Toko I Luv  Novel di C-Mart, Arau dan C-Mart, Changlun pun habis stok. Katanya pukul 7.30 malam sampai stok. Kirim kat adik esoknya, terus habis.. huhu, apakah malangnya?..

So, hari Selasa yang lalu saya gigih melanggan di Lazada.. memang alamat delivery saya letak alamat sekolah. Entah macam mana hari Rabu tu boleh sampai di alamat tetap di Perlis. Hadoihhh.. gigih suruh papa post kat Perak balik. So, dipendekkan cerita sampai la petang Jumaat ni. Geram juga kat Lazada, bila saya check balik entah apa masalah memang delivery dia letak alamat Perlis. Agaknya line internet bermasalah kot masa tu.

Pancaroba sungguh perjalanan novel nih..

Selalu je kalau bersungguh-sungguh nak sesuatu barang tu banyak halangan. Apapun membacalah saya dua hari cuti ini..:D

Sampai petang.. terpaksa Kak Ros orang pejabat tolong hantar ke rumah.. hihi

Ni L dan Zain punya fasal lah..

Thursday, 17 January 2013

Jadual PIKOM PC Fair

Assalammualaikum dan salam sejahtera, lagi sekali Perlis atau Kedah tidak tersenarai dalam PC Fair tahunan. Kali terakhir PIKOM PC Fair di Perlis kalau tak salah tahun 2009. Sempat membeli ACER notebook masa tu. Intai2 jadual kali ni kalau berkesempatan mungkin KLCC atau SCCC, Seberang Jaya kalau berkesempatan. Simpan duit untuk tengok apa gadgets or notebook yang best :))..

SESI 1 – PIKOM PC Fair 2013 (Mac – Mei)
22 – 24 Mac 2013
Johor Bahru, Johor -Persada Johor International Convention Centre
 29 – 31 Mac 2013
Ipoh, Perak – Stadium Indera Mulia
Kota Kinabalu, Sabah – 1Borneo Hypermall
Sibu, Sarawak – Sibu Trade & Exhibition Centre
5 – 7 April 2013
Melaka – Melaka International Trade Centre (MITC)
Kuching, Sarawak – Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
Miri, Sarawak – Stadium Tertutup Miri
12 -14 April 2013
Kuala Lumpur – Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Muar, Johor – Dewan Jubli Intan
25 – 27 April 2013
Kota Bharu, Kelantan – KB Mall
3 – 5 Mei 2013
Kuantan, Pahang – Berjaya Megamall
Pulau Pinang – Penang International Sports Arena (PISA)

SESI 2 – PIKOM PC Fair 2013 (Ogos – September)
23 – 25 Ogos 2013
Kuantan, Pahang – Berjaya Megamall
Kuala Lumpur – Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Johor Bahru, Johor -Persada Johor International Convention Centre
29 – 31 Ogos 2013
Kuala Terengganu, Terengganu – Terengganu Trade Center (TTC)
 30 – 1 September 2013
Seberang Jaya, Pulau Pinang – Sunway Carnival Convention Centre (SCCC)
Kota Kinabalu, Sabah – 1Borneo Hypermall
6 – 8 September 2013
Melaka – Melaka International Trade Centre (MITC)

SESI 3 – PIKOM PC Fair 2013 (November – Disember)
21 – 23 November 2013
Ipoh, Perak – Stadium Indera Mulia
6 – 8 Disember 2013
Kuala Lumpur – Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Pulau Pinang – Penang International Sports Arena (PISA) 1
13 – 15 Disember 2013
Melaka – Melaka International Trade Centre (MITC)

SUMBER: PIKOM

Sunday, 6 January 2013

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

(Nyanyian Edcoustic)

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D