WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday, 26 December 2010

Cuti Yang Dihabiskan Dengan Cik Piya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Minggu depan dah nak mula sesi persekolah tahun 2011.Paling nak dirindu mestilah Cik Piya.Dah nak balik Perak.Dah nak kena set minda untuk kerja dan jauh daripada family.Huhu..

Aksi sebelum tido..
Aksi menunggu order tak sampai-sampai..
Aksi minta whipped potato kat Achik..

Friday, 24 December 2010

Penyakit Tak Boleh Tidur

Salam,

Sejak dua minggu lepas dah dapat penyakit mata terbuntang waktu malam.Lepas Subuh baru boleh tidur.Lepas tu mulalah sakit kepala sebab dapat tidur kejap je.Habis kuat pukul 10 pagi lebih dah kena bangun.Tidurnya 4 jam je.Ntah la..dah macam vampire.Sekolah akan bermula 3 Januari 2011 ini.Seminggu saja lebih kurang.Jadi kenalah tune waktu tidur ikut GMT 8+ Malaysia balik...ni tak tidur2 lagi..

Wednesday, 22 December 2010

The Deleted Post:A Stranger Called Pembuli

This is a post yang saya delete.Entry ni pada 2 Oktober 2010.And I don't think I should delete it.Coz it's something to remember.At least,kita ingat benda yang pernah membuat kita tersenyum.Right?

Di bawah lindungan langit kirmizi,ketika itu lintasan shooting star melalui longitud dan latitud yang bertepatan di bawah garisan waktu yang ditetapkan Dia.Tanpa sengaja Aishwarya telah add seorang jejaka ala Abishek Bachan setelah melihat uniform seperti Tom Cruise dalam Top Gun layaknye.

Watching in slow motion as u turn around n say..take my breath away..(haha)

Okay..okay..dah iklan.Tak berapa minit kemudian,dah approve.Sebagai heroin Hindustan yang berbudi bahasa,Aishwarya pun mengucapkan kalimah syukriya.Abishek pula dah buat Q&A seperti temuramah reporter Rolling Stones dan Kristen Stewart.
BELLA!BELLA!

Berlangsung lebih lanjut mengalahkan Forum Perdana di RTM1..teman setia anda!
Huh,rupa2 nye Abishek bukanlah An Officer and A Gentleman tapi rupanyer uniform men paintball.Memang tak de kecederaan sedikit pun mahupun kecederaan tumit.Bukan TOM CRUISE!Tidak!

Baru kenal..Aishwarya dah kena buli dengan Abishek Bachan nih.
U belanja I makan roti canai 4 keping!Esok gerak Subuh(walauponnnnn..)!Butang baju Melayu mana?Apa ni makan coklat!Sebab tu sakit perut!U kecik,I smackdown je!U tak de lesen keta!Hahaha!Chicken!Kok!Kok!

IKUT SUKA HATI LAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Tapi...

Sebenarnya Abishek ni baik ati(part kembang idung)..Abishek ni selalu suruh makan nasi walaupun ada makanan lain seperti bihun goreng,mi kari dan sebagainya(hehehe..).Abishek ni memang cakap tak de filter,tapi soft hearted terutamanya pasal children.

Dah..dah..kalau puji lebih2 karang mulalah Abishek tu karang bermaharajalela.
Selepas beberapa ari kenal,Aishwarya rasa dah lali dah kalau Abishek asyik ping!ping!masa tengah keje.:p..tapi Abishek janganlah cakap garang sangat..

‘I MANA DER GARANG..KELAKOR..’(ye ler tuh..:p)

Alasan!Haishhh..

Hehe..panjang umur dan rezeki bersambung lagi al-kisah abishek Bachan A STRANGER CALLED PEMBULI!Itupun kalau ukhuwah antara Aishwarya dan Abishek dipanjangkan Allah SWT..:)

Sunday, 19 December 2010

Hmmm....

Berapa orang yang sanggup berkawan kerana kepentingan?Dan berapa orang juga yang sanggup menggadaikan kepercayaan seorang sahabat juga kerana kepentingan?Serta berapa orang yang menggadaikan amanah pastinya kerana kepentingan.

Sampai satu tahap,kesabaran saya sudah sampai kemuncaknya.Saya cuba mengembalikan aura positif dengan menyingkirkan rasa MARAH,DIKHIANATI dan DITIPU BULAT2.Sudah berapa kali terhantuk.Acapkali juga saya terngadah.Sepatutnya daripada dulu lagi saya tidak membuang masa dan rezeki berulang alik ke kota metropolitan untuk satu perkara yang cuma keseronokan semata-mata.Betapa saya memperjudikan kerjaya saya ketika itu.

Entahlah..sekarang kepentingan itu saya buang jauh-jauh.Sama-sama kita lihat,berapa orang yang masih bersahabat kerana tiada kepentingan lagi?Satu sudut yang lain saya berasa lega kerana tiada yang perlu hasad lagi kerana tiada kepentingan.Saya kembali kepada seorang guru bersama nawaitu untuk memberi didikan yang sempurna kepada anak Malaysia.Walaupun gaji sederhana dan tidak glamour,doakan saya berjaya dengan nawaitu saya.

Tak salah menjadi jujur dan naïf kerana kualiti itu sukar ditemui dalam individu sekarang.Sikap mudah baran dan emosi yang patut disingkirkan.Teringat kat Prof Dr Muhaya Mohamad,orang yang tension ialah orang yang mengambil kira cakap orang(lebih kurang).Orang berasa susah dan keliru kerana perkataan itu sering dilafazkan dan diset dalam mindanya.Difikirkan balik,ada kebenarannya.

Allahuakbar,tak tahulah nak cakap..saya cuba tarik nafas dalam-dalam dan lepas.

Ya Allah ampunkan dosa saya yang saya lakukan secara sedar atau tanpa sedar..

Friday, 17 December 2010

Terkenang Semasa Dulu

Cuti-cuti sekolah ni memang teringat zaman kanak-kanak dulu.Dulu dari kecik sampai darjah enam(sebelum UPSR)memang duduk rumah arwah chaq(datuk).Memang rapat dengan arwah,masa tadika kat Kemas Mukim Paya dulu arwah chaq yang hantar dengan basikal dia.Bukan duduk belakang sebab basikal dulu-dulu seat lebar.Selalu duduk kat palang,arwah dah alas pakai kain berlapik-lapik.Arwah ni ada bela kera(sejenis spesies monkey buat ambil kelapa ye..).So kera tu kat belakang,aku kat depan..haha...so orang kampung bagi gelaran Pak Leh Kera.Sabar je la..bunyi macam zalim tapi tu dah jadi trademark.

Arwah memang datuk kesayangan cucu-cucu.Masa tu sepupu2 aku Abang Mir,Kak Uni,Yen,Ajun,Ajam,Kak Mezia,Aira dan Oney boleh jer main-main rounders dan baling kasut bagai nak rak.Arwah suka je sebab cucu dia ramai.Paling aku suka main lubang rusuk arwah sebab arwah kurus sangat so ada macam lubang sikit bawah dada.Seminggu sebelum adik aku Yaya(Eziera)lahir,arwah menghembuskan nafas terakhir selepas menderita stroke dekat 2 tahun.Arwah mula stroke masa aku darjah 1.

Masa tu aku tak tahu kenapa bibir arwah senget dan sebelah anggota dia tak boleh gerak.Memang sedih sangat,walaupun masa tu aku kecil lagi,tapi memang sedih sebab sebelum arwah meninggal aku kecil hati sebab arwah minta aku bagi duit kat sepupu aku yang lain.Konon otak kanak-kanak aku ingat arwah nak bagi kat aku.Padahal sebagai cucu yang menetap kat situ,aku dah selalu dapat macam-macam.Rupanya arwah macam tahu dia nak pergi tu arwah bagi kat cucu-cucu lain.Aku memang menyesal gila masa tu sebab marah kat arwah.Semoga Allah merahmati roh chaq,Salleh Bin Chat dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Kenangan masa kat kampung yang aku masih ingat masa banjir besar tahun 1988.Masa tu family ada bela seekor anak kucing nama Jojie.Jojie ni dapat masa baby lagi.So masa banjir,mama terpaksa la susah payah teman dia buang air kecil dan besar kat beranda rumah lepas tu cuci balik.Tu satu,yang tak boleh blah lepas banjir memang berkumpul cacing-cacing kat bawah rumah.Euww!Memang geli gila bergelimpangan.Yang ntah apa-apa masa tu aku ngan papa dan abang boleh sauk(tahan guna baldi atau penapis santan)ikan haruan dan puyu yang terlepas daripada bendang dekat beranda rumah.Bukan sikit,ada la dekat sebaldi kecil.Memandangkan kami tiga orang je dalam keluarga yang makan ikan darat(air tawar),so papa la yang kena siang sebab Nanab dan mama tak sudi sebab hanyir.Berlagak tu bonda dan bonda sedara aku itu haha!...

Papa masa tu kerja kerani kanan saja,tapi entahlah masa tu aku rasa cukup bahagia sangat walaupun sederhana.Masa tu makan KFC pun tak pernah.Masa aku dapat UPSR 3A1B(yang B nye penulisan BM..ironiknya aku jadi cikgu BM)baru la papa nak bawa pergi makan KFC,tapi sebab penuh papa bagi alasan sebab aku dapat 1B pergi je dekat Restoran Diana Fried Chicken(restoran tempatan).

Wayang?Hehe masa tu Dewan Unimap yang ada sekarang tu Panggung Kapitol.Zaman dulu-dulu hiburan cuma wayang.Aku tak ingat bila first time aku tengok wayang,tapi masa tadika aku dah nangis-nangis nak tengok Azura.Mula-mula pergi Kapitol,full house.Memang papa dah nak balik rumah,aku menangis sampai papa terpaksa beli tiket black market tengok kat Cathay Kuala Perlis.Dulu ada ticket black market,orang tu beli banyak2 pas tu jual balik dengan harga yang mahal.So lepas tengok cerita tu,esok kat tadika masa nyanyian semua budak nyanyi lagu Pak Mamat Ada Kebun,aku seorang je bantai lagu yang Zack duet ngan Azura tu.
Sepupu aku Kak Mezia dan Aira selalu bawa aku tengok wayang free sempena keputeraan Raja Perlis.Aku ni sekolah kampung di Sekolah Kebangsaan Paya.Sepupu-sepupu aku ni sekolah pekan di Sekolah Kebangsaan Putra so selalu dapat tiket free.Pergi tengok wayang naik beca je.Tak cukup bajet jalan kaki sebab masa tu family Kak Mezia,mak teh aku tinggal di Quarters Hospital Kangar(sekarang Hospital Tunku Fauziah).

Apa lagi?Oh ye masa tu video tape(VHS) dah popular.So masa tu selalu juga pinjam video.Selalu abang aku dan sepupu-sepupu aku yang kaki sewa video.Masa tu ada Ariff Video Centre.Sewa macam pinjam buku kat library hehe.Masa tu memang popular horror movie.Ada siri Nightmare’s On Elmstreet,Hellraisers,siri Evil Dead dan Tales From The Crypt.Siri TV paling popular MacGyver,pernah la juga suka dekat Richard Dean Anderson tu.Masa aku darjah 5 dah pandai dah layan radio,so masa tu dah minat kumpulan NKOTB,Richard Marx dan Tommy Page.Even dah pandai baca majalah Remaja haha.Aku ingat lagi first cover Remaja yang aku baca cover Julia Rais.

Masa cuti masa mengaji Al-Quran pun berubah,kalau tak pukul 2 petang dah ubah waktu pagi.Pukul 8 pagi dah kena pergi surau.So kadang-kadang memang liat.Ustaz masa tu Pak Mat memang garang budak lelaki asyik kena tampar sampai songkok terbang.Tapi Alhamdulillah sejak dari darjah dua sampai khatam Al-Quran masa darjah 5 memang tak pernah kena rotan.Ada juga budak perempuan yang kena.Alhamdulillah aku dapat ustaz yang garang.Mana idzhar halqi,mana idgham,mana ihfak hakiki semua kena hafal..

Banyak nak cerita kenangan zaman kanak-kanak ni.Masa tu memang happy sangat.Kalau bergaduh pun bergaduh macam budak-budak.Kawan memang kawan atas kejujuran.Izyani Mashrin Zahari kawan aku sejak tadika,tapi sekarang dah jarang berhubung,bahagia dengan family di Damansara.Yang lain Raudzah Mat Rejab dan Norsanita Md Harris masih ada di FB.Rosnita Mahmud pun sesekali masih ada.Cuma Nurazalia Zakaria dan Farahida Ahmad yang lost contact.

Masa tu mana ada lagi Facebook,Youtube atau Twitter.Memang kuat main kat luar rumah,rounders,baling kasut,bola beracun,konda kondi dan entah apa-apa main kejar-kejar sampai main bola tampar ala Moero’s Attacks.Cuma masih ingat masa buat nakal tengok cerita The Kiss ramai-ramai..haha..

Mungkin sebab masa kecil-kecil hidup kami memang sederhana sangat jadi sekarang apabila dewasa,aku sentiasa cuba berkongsi dengan semua orang setakat yang mampu.Kalau ada rezeki buat apa nak lokek belanja keluarga dan kawan-kawan kan?Kalau tak ada senyaplah.:)

Kenangan mengusik jiwa betul!

Monday, 13 December 2010

Naskhah Salina Bakal Dipentaskan Di IB

Istana Budaya mencari Salina
Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Kredit:Pancaindera,Utusan Malaysia 12/12/2010

NOVEL Salina karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pernah dipentaskan pertama kali pada 1984. Ketika itu, dua watak utamanya iaitu Salina dipegang oleh Fauziah Nawi manakala Jalil Hamid menerajui watak Abdul Fakar.

Tanpa disangka, Salina yang diarah Datuk Johan Jaaffar waktu itu menjadi besar dalam dunia teater apabila mendapat sambutan hebat di kalangan peminat teater. Pementasan itu dianjurkan oleh Badan Budaya DBP.

Selepas 26 tahun berlalu, Istana Budaya (IB) mengesahkan akan mementaskan sekali lagi teater itu pada Jun tahun depan selama 10 hari.

Ketika ura-ura teater itu dalam perancangan pementasan semula, tidak dinafikan ramai pihak yang berminat untuk terlibat dalam Salina.

Lantaran itu, teka-teki mula timbul apabila ramai ingin tahu sama ada pementasan Salina akan diterbitkan oleh Istana Budaya atau syarikat produksi teater? Siapa pula pengarahnya? Paling dinanti, siapakah terpilih memegang watak Salina?

Bagi karyawan teater, mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada teater berkenaan ibarat pungguk yang merindui bulan. Ini kerana novel Salina merupakan antara naskhah hebat Pak Samad yang telah melahirkan banyak sarjana membuat kajian tesis mengenainya.
Justeru, baik pengarah mahu pun barisan pelakon, ramai yang sudah memasang angan-angan untuk dipilih menjayakan teater itu.

Untuk mengarah sahaja, khabarnya ramai yang melobi. Bermacam nama yang disebut-sebut. Tidak ketinggalan nama pengarah teater muda, Norzizi Zulkifli. Namun sekuat mana pun kempen melobi, rezeki tetap di tangan Tuhan. Pengarah Salina khabarnya secara tidak rasmi sudah menjadi milik pengarah dan pelakon tersohor, Mior Hashim Manap.
Bahkan, pemilihan Mior Hashim juga dikatakan telah mendapat ‘restu’ daripada Johan yang menghasilkan naskhah adaptasi dari novel Salina.

Apa yang menarik, pemilihan Mior Hashim itu dilihat tepat kerana beliau pernah terlibat dengan pementasan Salina pertama. Mior Hashim ketika itu memegang watak Hilmy manakala isterinya, Izzaidah Khairan sebagai Nahidah.

Ketika dihubungi, pengarah filem Kemarau Cinta itu enggan mengesahkan tawaran sebagai pengarah Salina sebaliknya selesa mendiam diri seribu bahasa.

“Lebih baik tanya pihak IB. Saya belum sign kontrak apa-apa lagi,” jawabnya berlapik dalam nada ketawa.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, Pancaindera menghubungi Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani yang mesra dengan panggilan Abang Joe.

Beliau mengakui pihaknya telah memuktamadkan calon pengarah Salina dan mencadangkan Mior Hashim sebagai pilihan utama.

“Namun sehingga kini, senarai pelakon Salina belum ada lagi dan pada masa sama pihak IB masih menunggu kebenaran Pak Samad untuk mementaskan Salina buat kali kedua.

“Kalau secara lisan, kami sudah mendapat kebenaran daripada Pak Samad sejak dua tahun lalu. Tetapi yang penting, biarlah wujud persetujuan antara dua pihak yang dibuat secara bertulis,” katanya yang pada mulanya enggan mendedah tenaga kerja di belakang Salina.

Vanida, Umie jadi Salina?

Selepas pengarah Salina diketahui, spekulasi kini pasti beralih kepada barisan pelakon utama yang akan dipilih nanti. Watak penting iaitu Salina sebagai pelacur tentunya menjadi idaman ramai pelakon wanita di negara. Berdasarkan senarai awal, khabarnya Tiara Jacquelina menjadi calon utama berdasarkan kredibiliti di pentas teater.

Namun difahamkan Tiara terpaksa menolak tawaran keemasan itu apabila dia perlu menumpukan perhatian kepada syarikat produksinya yang akan sibuk menerbitkan teater muzikal ketiga iaitu Nora Zain pada tahun depan.

Penolakan Tiara itu dijangka memberi peluang kepada aktres popular, Sofia Jane untuk beraksi dalam Salina. Jika Sofia menjadi pilihan, ibu kepada kepada tiga orang anak itu dilihat berdepan tugas besar untuk menjayakan watak Salina.

Sofia yang mula dikenali menerusi filem Mira Edora perlu lari daripada watak Zaleha sebagai isteri yang menjadi jalang dalam filem Perempuan, Isteri dan ... pada 1993.
Pelakon kacukan British dan Melayu itu juga mungkin berdepan kritikan ramai apabila raut wajahnya yang tidak memiliki wanita Melayu.
Ini kerana Salina digambarkan sebagai seorang wanita yang penuh dengan wajah kemelayuan, menggoda, berambut panjang dan berusia dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun.

Dan jika faktor wajah wanita kemelayuan menjadi keutamaan, Mior Hashim mungkin mempunyai dua pilihan lain iaitu Vanida Imran dan Umie Aida.
Selain menepati ciri perwatakan Salina, standard lakonan Vanida dan Umie berada dalam kelas tersendiri apabila masing-masing pernah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik di negara.
Mohamed Juhari ketika diajukan siapa peneraju Salina itu, dia memberitahu ramai pelakon wanita yang mengidamkan watak Salina itu sejak 10 tahun lalu.

Jelasnya, Tiara pernah berhasrat untuk menerbitkan filem Salina manakala Erma Fatima juga pernah kepingin watak yang penuh mencabar itu.

“Pementasan Salina kali kedua ini merupakan langkah IB untuk memenuhi hasrat ramai pihak yang tidak kesampaian mementaskan Salina sebelum ini. Mengenai ura-ura watak Salina akan dipegang oleh Sofia, tawaran rasmi belum dibuat lagi dan kita juga perlu mendapat kebenaran daripada suaminya.

“Namun kita tidak menafikan terdapat calon lain jika berdasarkan perwatakan Salina memiliki wajah kemelayuan dan berambut panjang, Vanida Imran dan Umie Aida memenuhi ciri-ciri itu,” katanya sambil membayangkan pengumuman rasmi barisan pelakon Salina akan dibuat pada Februari depan.

Mohamed Juhari menambah, watak Salina bukan satu-satunya watak penting yang perlu diberi perhatian sebaliknya watak di sekeliling Salina turut menjadi tonggak kekuatan teater itu nanti.
Katanya, watak-watak seperti Abdul Fakar, Hilmy, Nahidah dan Sunarto tidak boleh dipinggirkan kerana kehadiran mereka membuatkan watak Salina menjadi kuat.

Sementara itu, Pancaindera difahamkan watak Abdul Fakar bakal menjadi milik dua aktor popular iaitu Hans Isaac atau pun Aaron Aziz.

Cuma keraguan yang timbul di sini apabila Abdul Fakar memiliki kriteria seorang lelaki yang kelihatan jantan di sebalik wajah yang tidak kacak.

“Kalau Hans atau Aaron yang terpilih, terpaksalah kita menjadikan wajah mereka nampak buruk dan ganas,” katanya sekadar memberi pandangan.

Pada masa sama, watak Sunarto khabarnya mungkin dipegang oleh Fizz Fairuz manakala watak adik angkat Salina, Hilmy yang berusia belasan tahun akan dipikul oleh Mohd. Syafie Naswip.

“IB akan memulakan perbincangan dengan calon barisan Salina dalam masa terdekat ini dan saya harap semua pihak bersabar untuk mengetahui perkembangan selanjutnya,” katanya yang enggan mengesahkan barisan calon pelakon Salina.

PENDAPAT SAYA:
Saya membaca novel Salina lewat usia 19 tahun.Mungkin agak terlewat membaca naskhah itu.Tapi Salina merupakan karya agung Tan Sri A. Samad Said yang wajib dibaca.Kisah suka duka perempuan joget.Salina menerima Abdul Fakar yang ganas kerana lelaki itu mirip bekas tunangnya.Dalam masa yang sama Salina juga kakak angkat kepada Hilmy.Diselitkan juga dengan kisah Hilmy yang baru belajar menyukai perempuan dengan anak dara jirannya,Nahidah dan Sunarto lelaki Indonesia yang juga anak angkat keluarga Ab Mutalib.

Semasa saya membaca novel ini saya baru mengenali nama Zulhuzaimy yang bergandingan mantap bergandingan dengan Umie Aida dalam Intan Mahsuri.Saya memang membayangkan wajah Zulhuzaimy ketika membaca novel ini.Zulhuzaimy ketika itu memang tampak remaja dan kurus-kurus orangnya.Wajahnya membayangkan Hilmy yang amat menyayangi Salina.

Salina pula ketika itu saya membayangkan aktres Nasha Aziz.Abdul Fakar pula Sidi Oraza.Watak Sunarto pula Rosyam Nor.Cuma ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan siapa Nahidah.Tapi jika sekarang,mungkin Liyana Jasmay sesuai membawa watak itu.

Soal Salina saya setuju dengan pemilihan Sofea Jane walaupun dia berwajah keInggerisan.Walaupun hanya muncul berapa minit dalam Sayang Salmah,emosi Sofea Jane amat bertepatan untuk membawa watak Salina yang lemah lembut tetapi tertekan dengan karenah Abdul Fakar.

Saya masih membayangkan Sidi Oraza untuk Abdul Fakar kerana gambaran fizikal Abdul Fakar yang besar-besar orangnya.Kalau diberi pilihan antara Hans atau Aaron,mengambil kira bencinya saya pada watak Hans dalam drama siri Sephia mungkin saya memilih Hans..tapi masih hati saya membayangkan Abdul Fakar itu Sidi Oraza.Saya tidak mempunyai masalah dengan Syafie Naswip untuk watak Hilmy atau Fizz Fairuzz untuk Sunarto.

Tak sabar menantikan naskhah Salina dipentaskan kerana ketika pementasan kali pertama saya baru berusia 5 tahun.

Sunday, 12 December 2010

Once Upon A December

Dancing bears, painted wings,
Things I almost remember
And a song someone sings,
Once upon a December

Someone holds me safe and warm
Horses prance through a silver storm
Figures dancing gracefully
Across my memory

Far away, long ago
Glowing dim as an ember
Things my heart used to know
Once upon a December

Someone holds me safe and warm
Horses prance through a silver storm
Figures dancing gracefully
Across my memory

Far away, long ago
Glowing dim as an ember
Things my heart used to know
Things it yearns to remember

And a song
Someone sings
Once upon a December

Happy belated birthday papa,semoga Allah memberkati selalu..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D