WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday 12 September 2010

Luahan Hati Seorang Hamba Yang Lalai

Assalammualaikum WBT..lama rasanya tak tulis blog.Pagi ini saya menulis blog ini selepas keadaan yang amat marah dan kemudiannya tenang secara perlahan-perlahan.Saya terfikir,betapa Allah SWT itu masih sayang akan saya walaupun kadang-kadang saya lupa kepadaNya.Kadangkala saya menangis di atas tikar sejadah dan ada kalanya hamba Allah yang tak sedar dek untung ni mudah sahaja melipat sejadah selepas solat.Tapi...Dia tak pernah melupakan saya.

Iman ini ada naik dan turunnya.Terima kasih kerana mama dan papa menghantar saya belajar di SMKA.Saya ni nakal jadi mudah terbabas.Sudah tentu besar harapan orang tua saya supaya saya mampu menjaga akhlak dan akidah.Usia kadangkala bukan mematangkan tapi membuatkan saya kadangkala hanyut dengan nikmat yang Allah berikan.

Saya pernah menjauhkan diri daripada Aishkimmers dengan niat mendekatkan diri kepadaNya.Bukanlah bererti melalaikan saya tetapi ingin mendekatkan diri dengan lebih kepada Maha Pencipta.Maka penulisan saya pun lebih kepada karya seperti Khilaf Cinta.Kemudian,manusia yang mudah lupa ini menyertai pula Shahiratics.Saya sudah lupa nawaitu saya yang ingin menumpukan lebih kepadaNya.Kelalaian saya semakin bertambah-tambah.Seronok dengan duniawi semata-mata.Hinggalah Dia menghantukkan kepala saya daripada lena yang panjang.

Saya dikejutkan dengan satu perkara yang tak pernah diduga dek akal kewarasan saya.Begitu hinanya saya di pandangan mata mereka selama ini.Saya hanya manusia biasa,yang pasti semua itu berpunca daripada saya sendiri.Saya tak layak menyalahkan manusia yang lain.Sedangkan Dia tidak pernah membezakan hambaNya,daripada bilal yang melaung azan yang merdu sehinggalah pembunuh yang mengelar leher ayahnya sendiri.Dia sentiasa membuka pintu keampunan.Jadi,apalah saya untuk menghukum manusia?Pusing-pusing balik saya pun tidak sesempurna mana.

Apa yang dapat saya simpulkan,saya yang sedikit hanyut dengan duniawi kembali.Dia yang Maha Penyayang menyedarkan saya semula.Saya menangis apabila disalah anggap dan dipandang hina atas sebab yang memang tak patut dihina.Tetapi saya lebih hina apabila melewatkan solat kerana asyik melayari Facebook atau meluangkan masa untuk hiburan semata-mata.Apa yang berlaku ada hikmahnya.Sejauh mana keimanan ini dapat bertahan,mohon zikrullah setiap masa(satu amalan yang saya sudah lupa 2,3 menjak ini..).

Begitulah manusia,sudah terhantuk baru mengadah.Baru ingat panas api neraka.Baru ingat dunia ini cuma fana.Baru ingat hanya Dia yang tidak pernah menyalahertikan saya..hambaNya yang tak pernah cukup amalan..........

اِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهْلاَ وَلاَ اَقْوَى عَلَى النَّارِِ الْجَحِيْمِ الله فَهَبْ ِلى تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِِِي فَاءِنَّاكَ غَافِرِ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Tuhanku, aku tak layak masuk syurga Mu. Namun tak upaya menghadapi api neraka Mu. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hambamu.

2 comments:

widydib said...

what happen sis?

Bidasari said...

muhasabah diri widy..peringatan utk diri sendiri sbb sekarang dah pndai lengah solat,so kalau Allah dah bg ujian,Dia nak sdarkan akk..tu je..:)

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D