WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday, 12 December 2008

BETULKAN YANG SALAH:DARI ATAU DARIPADA?

Bahasa Melayu yang mudah dan senang!Kadangkala,sebagai orang Melayu pun kita masih melakukan kesalahan tatabahasa.

Secara peribadi,saya pinjam ayat 'Betulkan Yang Salah' daripada Tuan Haji Salleh,mantan Pengarah Institut Bahasa Melayu Malaysia.

Jika terdapat sebarang kesalahan daripada saya atau beberapa percanggahan,bolehlah kita berbincang secara ilmiah pada ruangan ulasan.

Laporan saya yang lain lebih kepada luahan peribadi.Kalau anda semua perasan,saya hitamkan perkataan slanga dan miringkan perkataan bahasa asing.Bagaimanapun,untuk setiap tajuk 'Betulkan Yang Salah',saya akan menggunakan tatabahasa dan ejaan Bahasa Melayu yang betul.

Ruangan ini ditumpukan untuk para pelajar.Saya sendiri mengajar di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di mana ada sesetengah murid yang merasakan Bahasa Melayu adalah satu matapelajaran yang sukar.

Sebagai contoh,dari atau daripada?

1)Dari digunakan untuk tempat dan masa.
Contoh:Saya datang dari Johor.
Dari pukul satu lagi Soon Yew menunggu kawannya.

2)Daripada pula digunakan untuk membezakan dan asalnya sesuatu benda.
Contoh:Barangan buatan tempatan lebih baik daripada barangan asing.
Meja ini diperbuat daripada buluh.

SELAMAT BELAJAR!

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D