WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday, 20 November 2008

BARU LEGA DEMAM DAAA..

Actually,semalam lagi sudah ada sedikit kelegaan demamku ini..tapi hari ni Alhamdulillah,Catwoman bertambah-tambah kuat.

Semalam pi Tesco,Sentosa,Tekstil Mee Ca Mee dan Star Parade. Ikutkan,aku beli bantal kat Tesco ngan bagi kotak hp Yan kat Sentosa ajer. Tapi Maksu Som yang shopping sakan. Huh..hp Nokia E66 yang aku trade telah bertukar menjadi hs baru. Hah,korang jangan tak tau,inilah taktik penjual hp Sentosa Parade. Bukan diaorang saja, semua pekedai. Pasal tu bila trade dia minta kotak sekali. Kalau korang nak hp yang betul-betul baru,baik korang beli dari pengedar sah macam Zitron atau Avaxx. Tapi ada juga pengedar bukan sah yang boleh dipercayai macam CSL. Yang lain-lain tu aku tak jamin.

Tapi macam hp aku okay la pasal aku pun baru pakai 2 minggu. Yang lain?Hmm. Aku pun berani beli hp AP dari CSL. Takpun hp keluaran baru. Walaupun dah ada orang pakai,tapi fungsinya masih baik. Kedai mana? Ish,tak bolehlah bagitau,nanti aku tak dapat special price lagi.Apapun yang nak beli hp AP berhati-hati.

Sekarang ni ada batuk-batuk sikit pasal gatal nak makan nasi goreng kampung kat kedai makan depan sekolah memandu Behor Pulai tu..uhuk..uhuk..

Sayangilah hp anda..tihtihtih..

Monday, 17 November 2008

NEW GUY-NOKIA N85

Aku baru jer menukarkan Nokia E66 dengan Nokia 85. Untuk full review aku akan update kat http://www.claire-bear.blog.friendster.com/ tapi wat masa ni friendster tengah wat maintenance pe ntah..so aku cerita sikit2 kat sini.

Ok i bought it at Sentosa,Alor Setar.Macam2 rega AP set sepanjang survey aku dari Perak ke Penang ke Alor Setar. Ada RM2000 hingga paling rendah RM1580..depend pada syarikat AP itu aku rasa,atau sejauh mana penyangaknya penjual HP. Yang aku pasti harga Avaxx atau Zitron dalam RM2000 lebih. Akhirnya aku beli AP set dengan harga RM1780 pasal dia ambil aku punya Nokia E66 tinggi..plus dapat mc 4GB..bolehlah.

HP ni okay..tapi keypad dia agak keras sikit..okaylah full review lawati laman blog friendster ku itu..:)



new guy..

Sunday, 16 November 2008

HOLIDAY..HAPPY HAPPY HOLIDAY!

Huhu..holiday juga at last..
aku baru sampai dari Perak..sekarang kat Perlis.
Baru saja beli Nokia N85..tapi card reader aku slow tak boleh baca memory card 4GB..
Nanti aku cerita lain pasal Nokia N85 ni..caloooo..

Friday, 14 November 2008

COUNTDOWN:1 DAY MORE..

Thanks God..keje dah abishhhhhh..
My family masih kat Sungai Dua..
One day more,keje dah siap and lotsa things to do masa holiday nanti.
Hmmmmmm..

Monday, 10 November 2008

MINGGU MALAS UNTUK GURU DAN MURID

Assalammualaikum dan saley sejahtera. Tengah bersiap nak balik ke Ayer Tawar. Pertukaran balik ke Perlis tidak diluluskan walaupun GB aku sokong. Biasalah..tak ada kabel..wayar pun tak ada.

Malasnya nak ke sekolah esok. Kalaulah cikgu pun dah malas. Korang fikirlah anak murid. Nak aje aku amik cuti rehat. TETAPI..ada banyak hal nak diselesaikan. Isi borang PROTIM Tahun 4,PLBS dan hantar laporan Panitia Bahasa Melayu. Lepas selesai nanti,aman dan tenteram..

Ops,jangan lupa bagi nama-nama pemenang untuk Kuiz Tatabahasa kat handsome man.

14hb nanti merupakan hari terakhir sekolah untuk tahun 2008..yahoo!
Okay untuk para cikgu jangan bermalas-malasan! Senyumlah seindah suria..

Sunday, 9 November 2008

LETIHNYA!

Hello..aku sekarang ader kat Perlis. Baru balik daripada Alor Setar..mengabihkan duit..huhu..

Shopping sakan..daripada menambah koleksi glasses-Bonia hingga sling bag..sayangnyer tak der Polo kat sini..yang der cuma BHP..

Terima kasih untuk staff Tekstil Mee Ca Mee City Plaza yang baik hati. Aku pergi beli kain ela kat situ nak buat baju kurung..

TETAPI..ada kisahnya juga City Plaza Alor Setar. Lama aku tak pergi. banyak betul remaja bermasalah kat sini. Yang khayal jangan cakaplah. Aku rasa macam pergi Star Hill pulak. Food Court pula ada seorang lelaki Cina yang tak berbudi bahasa. Tak tahulah kot-kot pekak. Adakah aku order teh tarik, dia tanya sejuk ke panas? Sebut Coke pun tak tau..kena cakap Coca Cola..lepas tu cakap pulak main tengking-tengking. Berapa tahun agaknya duduk Malaysia? Atau geng racist macam Teresa Kok dan Namewee kot? Untuk family matters, lebih baik shopping di Star Parade Alor Setar.

Serik aku pergi City Plaza....

Lepas tu, aku pergi Star Parade yang lebih selesa. Pergi Popular,beli gift untuk anak-anak murid aku Mokhtar,Jing Wei,Qiao Wei,Hui Ci,James dan Shue Qin yang dapat markah tertinggi untuk kelas masing-masing dalam PKSR 2. Eric Ngu dah buat muka sedih pasal markahnya bukan yang tertinggi. Nak buat macam mana Eric,cuba lagi. Cikgu tak bolehlah bias..:).

Minggu ni kita dapat melihat kemelut rumahtangga Abby dan Norman Hakim. Semoga Akak Abby ku dikurniakan seribu kesabaran..berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Daripada kisah Norman dan Memey, aku lebih simpati dengan kisah Norman Hakim membiarkan Abby sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Aku,Fara,Kak Ros dan Kak Ani sempat meninggalkan kerja melambak untuk mendengar luahan hati Abby di dalam Wanita hari Ini(Tilam dan Bantal). Nasiblah kalau GB,Cikgu Chan nampak kami lepak kat library..alah,sesekali GB..hihihi..isu ni lagi menarik daripada skandal Edison Chen dengan Gillian Chung,Cecilia Cheung,Bobo Chan dan Joey Yung..wahahaha..

Tahniah juga kepada Mr. President, Barrack Hussein Obama, orang baru di White House. Harap beliau akan menunaikan janji untuk mengundurkan 145 000 tentera US di Iraq. Bak kata Angelina Jolie, lebih baik wang ketenteraan itu disalurkan untuk kemudahan rakyat US sendiri. Apatah lagi peningkatan pengangguran dan rakyat miskin di US.

Orang Asia mengharapkan sesuatu, begitu juga orang Afrika. Orang Muslim juga mengharapkan sesuatu memandangkan bapa dan bapa tiri Barrack sendiri merupakan muslim. Si Barrack pula Kristian Protestan. Kehadiran bekas tentera zionis Rahn di White House seperti biasa memberi kelebihan kepada Israel. Kita tengoklah bagaimana Si Barrack ini nanti..adakah beliau hanya bersandiwara?

Okay lah letih pun masih terasa..pukul 9 malam nanti nak tengok Sehati Berdansa pula..siapa yang akan terkeluar? Jeng..jeng..

Aku masih dilamun cinta dengan Nokia E66 yang anti scratch ittew..:)..hahaha,bosannya!


Gambar ni blur pasal kereta tengah bergerak..inilah hasil 3.2MP Nokia E66

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D