WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?
AMAN PALESTINE
NOTHING LASTS!
Sunday, 22 December 2013
FINALLY..
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.
Beliau sebaliknya menyalahkan media yang menfasirkan kenyataannya itu dalam terma yang berlainan.
“Ada beberapa wartawan yang menyalahtafsirkan kenyataan saya itu walhal saya memaksudkan dalam makna yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini, hari ini.
“Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga, kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya lagi .
Beliau menambah sudah tentulah beliau menghormati wanita kerana beliau mempunyai enam orang anak perempuan.
“Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa frasa ayatnya “seperti wanita yang tiada alat solek” tidaklah memaksudkan mereka itu seperti hartanah.
Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.
Mantan Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow menggesa agar Tengku Adnan meminta maaf dengan kenyataan berbaur seksis yang memnandingkan wanita dengan hartanah.
Yu menuduh kenyataan Tengku Adnan itu mempunyai maksud mendalam dan memperkecilkan-kecilkan wanita.
“Kenyataan seperti ini memperkecil-kecilkan wanita. Harga diri seorang wanita itu letaknya pada kemahiran, keperibadian dan pemikirannya dan bukannya pada alat solek dan kita menggesa bahawa beliau membetulkan kenyataan itu kerana kita percaya semua wanita akan menentang kenyataannya itu,” kata Yu.
“Kami,wanita bukanlah sebuah produk atau hartanah. Perbandingan yang diluahkan olehnya itu sangat tidak betul,” katanya lagi kepada pemberita.
SUMBER ASTRO AWANI
Friday, 20 December 2013
Seriously??
Saturday, 14 December 2013
Free Palestine: Sumbangan Aqsa Syarif
Penangan Nombor Recycle: Makcik Bukan Siti Salwa Penyewa Kereta :P
Assalammualaikum.. kalau beli nombor baru yang tak mula 011 selalunya korang akan dapat nombor recycle. Tak kisahlah sama ada prepaid atau postpaid. Dulu pernah dapat nombor prepaid Celcom dengan duda gila talak. :P.. mula sms makcik tak layan. SMS talu2 buat sedih, drama etc.. so jawap la new user. Tak percaya, dia call so makcik jawap: Ku bukan jandamu. Tak serik call lagi.. (gigih x percaya tu..).. memang kena sound setepek terus tak call dah.
Ini nombor maxis postpaid pula. Sekali dua tak apalah... ni sehari 30 call minta kereta sewa.. haaaahhh... tahu korang tak salah sebab tak tahu makcik ada beskal je :P. Jenis pulak sekali tak angkat lagi nak call puluh2 kali. Kalau terbaca, nombor maxis yang diakhiri 79 bukanlah milik Siti Salwa yang menyewa kereta. Haha.. kasihanilah diriku.. delete nombor tu. Nak bagi sewa baju pun tak kudrat. Salahkan maxis sebab bagi nombor penyewa keta kat diriku. Salahkan juga Siti Salwa sebab tak inform nombor baru dia kat korang.. :D..
Friday, 13 December 2013
Baby G SNSD
Friday, 6 December 2013
Free Palestine: Kerana Dia Eli Dan Bukannya Ali
Eliyahu Michael "Eli" Ben-Dahan (Hebrew: אלי בן דהן, born 11 February 1954) is an Israeli rabbi and politician. He currently serves as a member of the Knesset for the Jewish Home and as Deputy Minister of Religious Affairs.
At the Ramadan time, Eli Ben-Dahan was accused for provoking violence against the Palestinians. During the Al-Aqsa mosque occupation incident, Ben-Dahan described the Palestinians as “animals who do not deserve to live."
Dan kerana dia Eli dan bukan Ali... dia bukan seorang yang racist dan terrorist.