WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Monday, 9 November 2009

JOM WAYANG:Papadom


Last weekend aku tunaikan permintaan adik aku,Yaya untuk menonton Papadom.Plan asal aku,mama ngan Yan nak tengok Pisau Cukur tapi Big Cinema kat sini tak de lak show Pisau Cukur,so kitaorang pun layan Papadom.Positif aku fikirkan ada Liyana Jasmay yang teramat brilliant dalam Kami dan Castello serta Farid Kamil yang superb dalam Anak Halal.Plus Scha a.k.a Dania dan Que Haidar yang aku suka sangat lakonan dia dalam Zombie Kampung Pisang(haha..).

Saadom(Afdlin Shauki) merupakan pengusaha nasi kandar yang berjaya.Saadom sangat sayangkan anaknya Miasara a.k.a Mia(Liyana Jasmay) semenjak kematian isterinya,Mun(Noorkhiriah).Sebabnya Saadom berasa bersalah kerana sering mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa sehingga kematian Mun.

Very caring..babak Saadom bangun awal untuk masak breakfast untuk Mia dan menunggu di tepi katil anaknya sehingga 6 pagi untuk menggerakkan Mia.Walaupun dah 17,Saadom masih nak mandikan Mia(hahahaha) dan ikat rambut anaknya.Belasah guru silat yang membelasah anaknya.Sehinggalah Mia berjaya mendapat 20 A dalam SPM dan oh,tidak..bukan engineering,kedoktoran tapi Mia memilih untuk menyambung course perfileman di UITM Shah Alam.Saadom berjanji untuk tidak mencampuri urusan Mia tapi dia menyamar sebagai tukang kebun untuk menjaga Mia tanpa pengetahuan Mia.

Di sini Mia dan kawannya Yvonne berjumpa dengan mamat skema filem,Mat@Wajib Tayang(Que Haidar),budak bimbo jahat yang repeat paper merangkap cheerleader,Shasha(Scha Al-Yahya) dan Hisham Hashim(Farid Kamil) pelakon popular dan juga senior di UITM(macam life Farid aje).

Mat mendapat kepercayaan Saadom untuk mengawasi anaknya malah Mat diajar Saadom cara tackle anaknya(menantu pilihan).Hisham pula buaya darat dan mungkin biseksual?Shasha cemburukan kehadiran Mia dan cuba memfitnah Saadom menskodeng Mia(padahal anaknya).

Adegan yang menarik semasa Mun muncul semula sama ada sebagai roh ataupun bayangan dalam fikiran Saadom.Opening filem Hisham,Puaka Padang Ragbi(hahaha) dan adegan cheer Scha tepi padang ragbi.

Sebuah kisah remaja ala John Tucker Must Die yang dicampur dengan The Father’s Bride.Sebuah hiburan ringan yang diselit komedi sindir dunia filem.

Baik Punya Cilok sebuah karya masterpiece Afdlin tapi Papadom lebih kepada hiburan ringan antara hubungan anak gadis dan bapanya.
2.5 daripada 3 bintang juga.

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D