WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday, 31 October 2009

HASIL TAIPAN PIYA HEHE

TENGAH BABYSITS PIYA,SUDDENLY DIA SIBUK NAK TYPE..HEHE..NTAH PA2..AKU PUN TAK FAHAM LUAHAN DIA HEHE..
c gb v njm njnmmmmjn jnmn mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, m , , vvvvvvvvvvm m, bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbj v gh bb ,m m m,ll,,,,,,,,,,,mmmmmmm

Wednesday, 28 October 2009

Tragedi Kuala Dipang dan Ibu Yang Membunuh Anaknya Sendiri

Warga guru masih dikejutkan dengan Tragedi Kuala Dipang.Takziah untuk keluarga mendiang N Dhina Dev dan kita mohon dipermudahkan jalan dan usaha bagi pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari dua lagi mangsa lemas walau apapun situasi kedua murid tersebut.Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana la perasaan guru-guru pengiring murid-murid yang terlibat dengan kejadian runtuhan titi gantung untuk perkhemahan 1Malaysia tu.Besarnya tanggungjawab menjaga anak murid merangkap anak orang hanya Tuhan sajalah yang tau.

Kedua kisah ibu di Kota Bharu yang menghadapi tekanan sehingga membunuh anaknya yang berusia 10 bulan!Menekup dengan bantal dan membuang di tali air berhampiran rumah.Hukuman dikenakan penjara 10 tahun.Aku bukanlah manusia yang sempurna untuk menghakimi seseorang.Tapi,ada satu rasa yang meretak hati ini dengan berita-berita sebegini…..

Semoga Allah mengampuni kita semua.Amin.

Saturday, 24 October 2009

Apabila Fahri berkahwin dengan Maria dalam Ayat-Ayat Cinta

ASSALAMMUALAIKUM..MEMANDANGKAN SEBELUM INI AKU BEGITU MUSYKIL DENGAN PERKAHWINAN FAHRI DAN MARIA DALAM ‘AYAT-AYAT CINTA’..MAKA AKU BERUSAHA MENCARI PENYELESAIAN TERHADAP KEMUSYKILAN INI. HMM..BETAPA JAHILNYA HAMBA ALLAH INI.SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH S.W.T YANG MAHA MENGETAHUI!BERIKUT IALAH SEDIKIT PETIKAN DARI SOAL-JAWAB AGAMA. KESELURUHAN SOAL JAWAB TEKS BOLEH DIPEROLEHI DI LAMAN WEB

http://rampaiseri.wordpress.com/2007/09/02/hukum-wanita-islam-berkahwin-lelaki-kristian/
Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi pengajian Islam)

Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor ialah pensyarah di Jabatan Pengajian al- Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan ahli Mailis Fatwa Kebangsaan dan ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dibenarkan suami yang beragama Islam, berkahwin dengan wanita ahli kitab (beragama langit). Suami ini tetap beriman kepada nabi-nabi Isa dan Musa yang diimani oleh penganut agama Yahudi dan Kristian. Pasangan mungkin beroleh kebahagiaan sepenuhnya kerana suami tidak perlu memaksa isteri menurut agamanya. Hanya jika isteri yang beragama Kristian atau Yahudi itu menyatakan kesediaannya beragama Islam, maka itulah yang diharap-harapkan dan selesailah masalahnya.

Rujukan perkahwinan antara pasangan berlainan agama ini, antaranya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan jangan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman memeluk Islam dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik (al-Baqarah: 221).

Islam tidak membenarkan perkahwinan antara seorang muslim dengan wanita kafir musyrik (penyembah berhala) kerana perbezaan akidah antara pasangan ini terlalu jauh. Mereka berbeza tentang hari akhirat, syurga, neraka, dosa dan pahala, kira-kira sukar untuk dicari jalan damai antara mereka padahal perkahwinan itu suatu usaha bagi mencari kedamaian.

Islam juga melarang wanitanya mengahwini lelaki bukan Islam, seperti dinyatakan terdahulu, kerana Islam tidak membuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang Islam. Jika jalan perkahwinan dibuka kepada bukan Islam dengan membenarkan mereka mengahwini wanitanya bermakna tiada halangan bagi bukan Islam berkuasa terhadap orang Islam, sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman (an-Nisa’: 141).

Perkahwinan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab, Islam membenarkannya. Ini selaras dengan pandangan khas Islam terhadap kafir kitabi, sekalipun telah diketahui mereka telah mengubah kandungan kitab suci mereka sejak awal-awal lagi.

Dalam konteks perkahwinan, wanita ahli kitab dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Wanita yang tinggal dan menjadi warganegara kepada sebuah negara Islam. Wanita ini juga disebut ahl al-zimmah (kafir yang tertakluk kepada pemerintahan Islam). Ulama berpendapat lelaki beragama Islam harus kahwin dengan wanita ini.

2. Wanita ahli kitab yang tinggal dan menjadi warganegara kepada negara bukan Islam. Ulama sepakat berpendapat lelaki beragama Islam tidak harus berkahwin dengan wanitanya kerana kedudukannya lebih kuat, mungkin pengaruhnya juga lebih besar.

Sejarah menunjukkan terdapat beberapa orang sahabat rasulullah s.a.w. mengahwini wanita ahl al-zimmah yang tinggal di bawah pemerintahan Islam, antaranya Uthman ibn Affan. Beliau mengahwini Nailah bt al-Farafisah seorang wanita penganut agama Kristian yang kemudian memeluk Islam. Sejarah juga meriwayatkan Huzaifah ibn al-Yaman berkahwin seorang wanita Yahudi dari al-Mada’n, Iraq. Demikian juga dengan Jabir ibn Abdullah yang mengahwini wanita beragama Yahudi atau Nasrani pada masa pembukaan Kufah ketika pemerintahan Saad ibn Abu Waqqas (Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/153).
Ada hikmah mengapa Islam membenarkan lelaki Islam berkahwin wanita Yahudi atau Nasrani tetapi tidak membenarkan sebaliknya, kerana seorang lelaki muslim beriman kepada semua rasul dan mempercayai prinsip-prinsip asas yang dibawa mereka. Akidah isterinya yang belum Islam itu tidak dibimbangi.

Sebaliknya lelaki ahli kitab tidak mengiktiraf agama dan nabi yang dianuti isterinya yang beragama Islam. Selain hukum syarak seperti yang dinyatakan di atas, ada lagi beberapa perkara yang perlu diambil sebelum sesuatu perkahwinan diteruskan termasuk soal-soal keluarga, suasana semasa, politik dan budaya bangsa.

Sesetengah penulis berpendapat wanita beragama Yahudi pada zaman ini sepatutnya tidak dipilih untuk dijadikan isteri oleh lelaki muslim kerana sikap mereka yang angkuh dan tidak berperikemanusiaan. Faktor ini cukup membuktikan tidak ada jaminan kesetiaan kepada keluarga Islam jika mereka dikahwini. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Pilihlah wanita yang beragama, rugilah anda jika tidak memilihnya. Hadis ini jelas menyatakan wanita yang kuat agama lebih baik daripada wanita yang lemah agama. Secara tidak langsung ia juga bermakna wanita yang beragama Islam lebih baik daripada wanita yang beragama Yahudi atau Nasrani.

Ulama dari mazhab Maliki dan Hanafi memfatwakan, kalaupun sah tetapi terlalu makruh berkahwin dengan wanita Yahudi dan Kristian, kerana wanita-wanita ini bebas memilih makanan dan minuman yang halal menurut agamanya, mereka harus makan babi dan minum arak, mereka boleh pergi ke gereja, sedangkan suami tidak berhak melarangnya.

Dalam suasana ini para suami banyak haknya yang terhakis. Suami tidak berupaya melarang isteri makan babi, minum arak dan ke gereja. Kita juga boleh mengambil kesimpulan, jika makan minum tidak dapat dikawal, maka tiada apa lagi yang boleh dikawal oleh suami, oleh itu apalah ertinya beristeri jika pinggan mangkuk terpaksa berasingan buat selama-lamanya.

Kalangan ulama ada juga yang melihat perkahwinan ini dari aspek al-Qawamah (penguasaan suami dalam rumah). Islam hanya mengharuskan lelaki beristerikan ahli kitab jika mereka mempunyai kekuatan menentukan pendidikan anak-anak dalam keluarga dan berhak membuat pilihan untuk mereka. Jika suami gagal dalam menguasai rumah tangga dan membuat keputusan, maka demi menjaga keselamatan agama anak-anak dan zuriat akan datang, perkahwinan dengan mereka wajar dilarang (Muhmud Syalt, al-Fatawa, halaman 279-280).

Ada lagi pandangan menyatakan jika bilangan umat Islam sedikit dalam sesebuah negara, iaitu mereka merupakan kumpulan minoriti, lelaki Islam diharamkan berkahwin dengan wanita bukan Islam. Ini kerana jika hukum keharusan itu diteruskan ia akan menimbulkan masalah kepada wanita Islam seperti sukar mendapatkan pasangan dan sebagainya. Saya setuju dengan pendapat ini. Malah zaman ini sepatutnya ada peraturan khas melarang mana-mana orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam sama ada Yahudi atau Kristian, sekalipun mereka bernaung di bawah pemerintahan Islam atau bukan Islam.

Suasana pada zaman ini jauh berubah di mana wanita lebih banyak menguasai rumah tangga.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ibn Umar, Yahudi dan Kristian juga kafir musyrik apabila mereka mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya.

Friday, 23 October 2009

Kanak-kanak 3 tahun didera, dirogol, diliwat..apabila manusia lebih jahil daripada binatang!

KREDIT:HARIAN METRO

KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
Claire:Ibu kanak-kanak terbabit telah pun dibebaskan tanpa syarat.Secara peribadi aku kurang percaya kata-kata ibunya yang mengatakan dia tak menyangka yang kekasihnya sanggup mendera anaknya.Kalau tengok gambar,budak tu dah lebam teruk-teruk pun.Sedangkan kita,anak kena gigit nyamuk pun dah nampak terang-terangan.Anak saudara aku kena bisul pun aku bebel kat abang aku(tu kata bukan anak aku).Aku tak sanggup nak upload gambar kanak-kanak tu kat blog ni.Masa berita ni keluar kat paper ari Rabu(kalau tak silap) pun aku elak beli Metro sebaliknya beli Kosmo.Mat Negro tu memanglah hantu tapi apa punya emak yang kononnya tak perasan anaknya didera??????

Saturday, 10 October 2009

PC KAT UMAH KENA VIRUS!TERIMA KASIH CUSTOMER SERVICE TM!

Haha..penat juga kitaorang yang tak terror IT nih nak format balik connection streamyx yang hilang.Berkat usaha call customer service TM berjaya akhirnya..walaupun abis kredit...:D

Friday, 2 October 2009

Takziah untuk Padang,Samoa dan Filipina

Mujur dan bersyukur kepada Allah SWT kerana kita rakyat Malaysia tidak dihujani mala petaka yang dahsyat. Kembali bekerja selepas pulang dari Perlis hari Rabu lepas. Hari ini idak le pulang semula ke Perlis pasal baru jer balik kan.Ingat dua hari nih nak manjakan diri cukup2 agagagaga.

Sekolah tinggal lagi 7 minggu. Syllabus kena habiskan dalam masa 3 minggu pasal 26hb ni dah exam PKSR.

Suasana kat tempat kerja agak membosankan. GB selalu moody. Banyak perkara yang perlu diselesaikan..PROTIM,PLBS,minit mesyuarat..buat senyum je,buat macam tak de koje..karang fening.(buat macam tak de tapi buatlah juga keje tu..karang ada yang hangin!).
Mood aku dah tune okey sket. Kalau tak rasa macam nyampah je nak keje kat sini. Tapi kepala dah waras semula. So everything is okay!

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D