WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday, 29 August 2009

Kisah Wanita Dalam Filem Perempuan Berkalung Sorban


Tak tahu sama ada mahu diletakkan Jom DVD atau Jom Wayang kerana rasanya pasti filem ini diharamkan di Malaysia.Hanya berkesempatan menonton di You Tube petang tadi.

Sejam pertama pasti rasa geram dan marah dengan pendekatan Islam yang di bawa cerita ini.Rasa nak bakar filem ni kalau boleh.Seperti menghina Islam.Tapi tunggu sehingga cerita ini berakhir.Sebuah karya adaptasi novel dengan tajuk yang sama daripada penulis Abeedah el Khaleeqi.

Cerita bermula dengan Anissa(Revalina S.Temat ‘Bawang Putih’) menunggang kuda dengan bertudung dan menutup mulutnya ditutup serban.Ibunya(Widyawati,isteri Allahyarham Sophan Sophian) memanggil-manggil namanya.Kemudian anda diimbas ke zaman kanak-kanak Anissa yang memberontak kenapa tidak boleh berkuda atau menjadi ketua darjah.Anissa selalu bertelingkah dengan bapanya seorang kiyai di pesantren(madrasah barangkali) kerana kedua abangnya dibenarkan berkuda dan sebagainya.Dia di ajar bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin atau ke luar negeri.Hanya Khudori yang selalu mendengar luahannya.Khudori akan melanjutkan pelajaran ke Kaherah.Masa berlalu,setiap kali Anissa menulis surat,Khudori tidak pernah membalas dan memadamkan rasa cintanya.Setelah remaja Anissa diajar pula bahawa kuasa perkahwinan hanya di atas lelaki.Contoh:akan dilaknat si isteri jika tidak menunaikan ‘hajat’ suaminya.Ini menambahkan pemberontakan Anissa.

Anissa berhajat untuk melanjutkan pengajian ke Yogjakarta atau Kaherah.Akhirnya dia mendapat biasiswa ke Yogjakarta.Malangnya bapanya tidak membenarkan kecuali Anissa bertemankan muhrim yakni bernikah.Maka Anissa dinikahkan dengan Samsuddin,seorang anak kiyai di pesantren yang lain.Samsuddin digambarkan seorang suami yang asyik melaknat isteri jika tidak melayannya.

Beberapa-berapa adegan menyebabkan aku hampir tidak meneruskan tontonan.Termasuk adegan Samsuddin memaksa Anissa melayannya ketika dia sedang berwuduk dan azan sedang berbunyi.Begitu juga adegan Samsuddin memaksa madu Anissa untuk melayannya ketika sarat mengandung.Rasa memang gila filem ini kerana menggambarkan Islam sezalim itu.

Khudori pulang dari Kaherah.Anissa menemui Khudori untuk meluahkan rasa penderitaannya.Di sini Anissa digambarkan hampir-hampir melanggar batas agama Islam seperti hilang sabar sehingga dipujuk Khudori.Pertemuan Khudori dengan Anissa menimbulkan fitnah Samsuddin dan kuncu-kuncunya dengan mengatakan mereka berzina.Orang-orang di pesantren merejam mereka dengan batu.Masa ni pun aku marah dengan hukum Hudud yang main redah aje.Akibatnya bapa Anissa meninggal dunia dan pesantren itu dijaga oleh kedua abang Anissa.

Pandangan aku yang jijik dengan filem ini berubah apabila Samsuddin menceraikan Anissa dan Anissa berkahwin dengan Khudori.Manis sangat kasih sayang yang ditunjukkan Khudori seperti memanggil Anissa ‘isteriku yang cantik jelita’.Mengikut contoh Nabi Muhammad S.A.W yang memberi panggilan manja Ya Umairah kepada Siti Aishah R.A.Malah Khudori mengikut sunnah nabi yang memicit hidung isterinya ketika marah.Membantu isteri di dapur dan sangat sabar menanti Anissa melayaninya(kerana Anissa masih fobia dengan keganasan Samsuddin).

Anissa di uji Allah S.W.T apabila Khudori meninggal dunia kerana dilanggar kereta Samsuddin.Tinggal Anissa bersama anak lelakinya bersama Khudori.Di sini adegan menunggang kuda yang pertama cerita tadi dikembalikan.Anissa meneruskan perjuangannya dengan membekalkan buku-buku moden yang diharamkan pesantren kepada pelajar.Pelajar-pelajar di pesantren hanya dibenarkan membaca Al-Quran dan hadis.Bukan karya-karya sastera yang bisa mengalihkan perhatian.Anissa menekankan bahawa Islam memberi kebebasan dan hak yang istimewa kepada wanita selagi tidak melampaui batas-batas norma yang sebenar.Pengakhiran cerita ini diteruskan dengan Anissa bersama anaknya meneruskan perjuangan di pesantren itu.

Cerita ini menimbulkan kontroversi di Indonesia apabila Mejelis Ulama Indonesia mengaggap cerita ini memberi tentangan kepada penghidupan di pesantren.Untuk gambaran,suasana di pesantren di dalam cerita ini tak ubah seperti markas Al-Arqam di Malaysia.Aku tak berani nak komen.

Tapi yang aku faham cerita ini menggambarkan penindasan wanita apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang menggunakan alas an Al-Quran dan hadis untuk memperhambakan kaum wanita.Sedangkan kita sedia maklum yang Islam meletakkan wanita di tangga tertinggi terutama ibu.Malah sebelum kedatangan Islam,puak musyirikin menanam hidup-hidup anak perempuan mereka(seperti yang disesali Saidina Umar Al-Khatab R.A).Khudori melambangkan lelaki Islam apabila meletakkan wanita untuk dikasihi.Wanita dijadikan daripada tulung rusuk kiri lelaki,dekat di hati untuk disayangi.Tidak daripada kepala untuk memimpin lelaki atau di kaki untuk dipijak lelaki.Itu nilai seorang wanita di mata Islam.

Lagu tema cerita ini dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Keseluruhan cerita menyemakkan tapi memuaskan dan anda bisa tersenyum di akhirnya.

Kerana Iman Ini Ada Naik Dan Turunnya

Bila menjelang dinihari,aku mula terfikirkan akan situasi aku kepada Hamba Allah.Menerjah di ingatan tentang kematian(kerana sunat mengingati kematian sebagai seorang Islam).Memikirkan berapa kerat pahala yang dilakukan.Mengharapkan esok masih ada untuk terus membaiki kekhilafan diri.Merancang masa hadapan supaya tanggungjawab di dunia ini dapat dilunaskan.Kerana iman ini ada turun naiknya,maka kadang-kadang sebagai manusia aku alpa dengan kseronokan dunia.Aku,kau,kita dan kamu semua.

Semoga Allah S.W.T sentiasa berada dekat di hati umat2 Islam dan minta2 dijauhkan dengan sifat bongkak dan sombong kepada-Nya.Iman ini ada naik turunnya tapi semoga hari esok bertambah-tambah keimanan ini.Manusia dengan seribu kehilafan.Seperti bait-bait zikir munajat..
اِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهْلاَ وَلاَ اَقْوَى عَلَى النَّارِِ الْجَحِيْمِ
(
TUHANKU AKU TAK LAYAK MASUK SYURGA-MU..NAMUN TAK UPAYA MENGHADAPI API NERAKA MU).
استغفر الله...................

Wednesday, 26 August 2009

THE WONDERFUL VOICE OF 13 YEAR OLD YATHARTH RASTOGI

Budak lelaki 13 tahun nih rasanya boleh memalukan mana2 top 5 AF(sorry to say).Dari program Sa Re Ga Ma Pa Lil Champs 2009,salah sorang peserta yang masih berjuang.Best of luck for this kiddo!

Wednesday, 19 August 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak

Setiap kali menjelang Ramadhan,aku pasti teringat puasa masa kecik-kecik dulu.Masa dapat beli ABC kat Kedai Fauzi kat Kangar.Masa Bazar Ramadhan Kangar masih di Pejabat Pos Kangar.Sebelum wujudnya Stesen Bas Kangar.Masa kecik2 dulu balik sekolah lepak bawah rumah pasal papa akan letak televisyen kat luar sebab dalam rumah panas.Dulu umah arwah chaq(atuk) aku atap zink,panasnya Ya Allah.Posa pun aku seksi bantai short.Masa sepupu sepapat aku suka men perang2 mercun hahaha.

Masuk sekolah menengah sudah berpuasa kat Kangar.Menyambut Ramadhan saja sudah cukup meriah,siap dengan banner AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK.Okey,masa ni Bazar Ramadhan dah bertukar ke Stadium Datuk Sheikh Ahmad dan Taman Sena Indah.Setiap hari sekolah kitaorang akan mengadakan tadarus Al-Quran dan jemaah Zohor sama-sama.Geng2 ‘jahat tapi baik?’ macam aku(baik juga lew kan),Kak Yan,Eida,Reen dan Tie akan ‘baik’ juga le bulan posa nih.Syaitan pun dah kena rantai kan????Hehe..

Posa kat Jalan Raja Alang pun best.Masa tuh Pre IT kat AIM.Wisma Aida hoho.Balik kelas kitaorang terus beli makan untuk buka puasa di Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang.Masa tu Rosnah Mat Aris pun der jual.Tapi tak ingat dia jual per.Aida ngan Mona pula rajin ambik bubur lambuk kat Masjid Jamek.Memandangkan kitaorang sebaya,kecuali arwah Yan yang tua setahun,chemistry tu amatlah sangat.Mel tukang suap nasi kalau memasing windu mak.Dan another frens cam Pie ngan Sab.Walaupun perhubungan tu Cuma 6 bulan tapi sentiasa dalam ingatan gitu.Macam bebudak AF ler.Dapat pulak men bunga api atas bumbung Wisma Aida tu kan.Kalaulah warden yang garang itu dapat tau.Nak dekat Syawal,kitaorang pakat dengar lagu raya ramai2..(ntah apa2).

Sebagai muslimah sesungguhnya Ramadhan ini sangat dirindui dan ditunggu-tunggu.Semoga anda sumer dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang utuh untuk melengkapkan ibadat-ibadat bonus di bulan yang mulia ini.AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK!

Saturday, 15 August 2009

The Uptown Boy:Nokia 5730 Xpress Music!

the qwerty board
the front
the back

My new gadget,Nokia 5730 Xpress Music.This sweetheart comes with A+ gorgeous qwerty board.In Malaysia,right now 14th August 2009,ia datang dalam warna merah,biru dan kelabu.Tapi ada juga warna purple,cuma tak de kat Malaysia.

Aku beli hp ni kat Nokia dealer kat Sitiawan.Under warranty avaxx,harga dia RM1250.Untuk AP set korang boleh dapat around RM1090.(berdasarkan tarikh di atas).

Kelebihan?Cun kot.Ada voice msg.Macam biasa ada 3.5g,WiFi,3.2 mp camera,carl zeiss lense dan S60.Speaker lebih lantang lagi Nokia 5800 XM(I give to my sister).

That speaker a lil prob 4 me pasal sebelum ni kan aku pakai 5800 yang ada sket pecah tapi loud.Keseluruhannya 6/10.

Friday, 14 August 2009

BELASUNGKAWA:ALLAHYARHAM USTAZ ASRI

Daripada-Nya kita datang..kepada-Nya kita kembali.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.Amin.

Tuesday, 11 August 2009

Aku Dibius Eye Specialist Kerana Sang Semut

Cacing menjolok ke mata?Tidak!!!Salah peribahasa tuh.Exactly,semut menjolok mata.Tadi around 3 pm aku melayan THS:Will Smith kat E!.Hamik Honey Star,tengok-tegok ada semut sikit.Aku pun ketuk2 aje kotak tu pasal berapa ekor sangat.Mix up dengan susu HL dan layan THS.

Pas tu aku rasa dalam mata aku der rasa ketul-ketul.Aku pun gatal tonyoh.Sekali semut daaa gigit mata..siap masuk dalam kulit mata putih.Aku pun jenis gabra kalau bab mata.Mana tau semut mengandung ke yang masuk..mampus haku.Tak pasal2 karang mata kiri aku jadi sarang semut..ngeri!Per lagi,mata asyik terkenyit macam nampak Brad Pitt lalu depan mata.Merah dan gatal-gatal lagik!

Gi eye specialist.Pakar Mata Ho kat Sitiawan dekat2 PKG Manjung.Memang gigil.Sal aku macam gigil kalau orang sentuh mata aku.Nak pakai contact lense pun aku gagap.Last2 pakai glasses aje(tu pun pakai utk tgk tv jew!).Nurse bius dulu..dia tuang ubat bius.Bila doctor dah bawa kepit besi tuh,aku baca ayat Kursi aje bagi leka.Baca dalam ati pasal kat luar doctor cina tu ajak borak2 bagi aku ilang gabra.Nurse siap pegang kepala haku hahahahahaha!Macam aku nak lari dari kerusi.Dalam masa 30 saat lebih dia gobek2 mata aku dah terbang RM80.Ceh!

Ralat jugak pasal aku lupa nak minta gambar biji mata kiri aku yang dimasuk semut tuh.Saja jer buat kenangan.Huhu.

Sunday, 9 August 2009

Balik Perlis

Petang Jumaat,Sabtu dan pagi Ahad kat Perlis,paper exam pun tak tick lagi..juz arrive kat Perak.Sempat jap layan Camp Rock kat Disney(kalau Riz tak dub sore Joe Jonas idak ler haku layan cerita nih lol).

Melengkapkan koleksi Blood.Kebetulan jumpa whole series Blood+ kat Taman Perlis dan anime Blood The Last Vampire di City Plaza.Cuma nak tunggu DVD ori motion picture dia laks.

Sebut pasal City Plaza..haku dengar lagu ‘The Show’ Lenka di Speedy.Tapi aku terus ke Popular pasal ada member’s card.Hampeh..ado.Borong Stephanie Meyer’s New Moon dan Eclipse..selain tuh beli Kamus Dewan dan biografi Fatimah Az-Zahra.

Elok je aku ke 1st floor balik,terus ke Speedy ngan Yaya.Kitaowang der nampak sowang minah pakai baju itam sibuk cari sesuatu.Aku ngan Yaya pun sibuk cari CD Lenka.Mulut becok kitaowang siap wat lawak Lenka jadi lengkong(cincau).Minah tadi kelam kabut pergi counter.Pakwe dia sibuk tengok anime.Adik aku yang ‘pasan’ dia Denise Richards sibuk usha mamat tu(insaf ler Yaya..haha).Aku tanya staff kat situ ada tak CD Lenka.Dia cakap minah baju itam tu dah beli yang last.(Yaya!Serang minah tuh!Rampas CD Lenka ittew!)Bisik hatiku kununnyer.Hoh!Patut ler sengih manjang kat pakwe dia.Nak aje haku baling set box Naruto depan mata haku kat kepala dia..hihihi.

Patut le dia kalut sama ngan kitaowang.Kunun sonot dapat CD yang terakhir..huhuu.

Sepanjang kat perlis habiskan masa dengan my family.Especially my niece.Sad news,mama buang Aweera pasal dia suka main masuk umah jiran..huhu.

Esok..blue Monday.Boringnyer!

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D