WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Friday, 23 March 2012

24 Jam Satu Minggu Yang Sibuk

Alhamdulillah dah siap..bila laminate cantik2 sayang pulak nak hantar kat lecturer..huhu

Salam alaik dan salam sejahtera,
Lama tak kemaskini blog.Tahun ni bertambah sibuk kerana saya menyambung pengajian di bawah Program Pensiswazahan Guru.Mahasistua :P..Alhamdulillah,ralat tak dapat masuk UITM lepas SPM dulu tercapai 15 tahun kemudian di UPM.Dulu dapat offer Matrikulasi Sains Perpustakaan(sekarang Sains Maklumat) tetapi tak ada rezeki sebab masa tu tak dapat kediaman di Shah Alam.Jadi saya sambung kejap tingkatan enam di Sekolah Menengah Putra sebelum buang masa di Pra IT Akademi Infotech Mara.Sebab apa buang masa?Sebab saya tak minat Maths,ambil IT memang haru ler..

Beberapa orang rakan semasa di sekolah menengah dulu taklah sehebat mana tapi berkat usaha dan doa sudah menjadi hebat.Saya ni memang malas.Bak kata orang,orang yang berbakat tetapi malas akan dipintas oleh orang yang kurang berbakat tapi rajin.Jadi buanglah sifat yang negatif tu.(Bebel lagi..)

Membahagi masa antara kerja dan belajar memang memenatkan.Sebelum cuti sekolah bulan Mac yang lepas saya kena demam teruk.Jangkitan kuman dalam darah.Masa tu juga saya terpaksa menghadiri kursus pengadil bola jaring,bikin soalan Ujian 1,pergi kuliah kali pertama dan kena selesaikan kerja kursus yang pertama.Demam sampai 2 minggu.Saya sepatutnya menyiapkan kerja kursus semasa cuti tapi sebab demam saya hanya sempat menyiapkan cerita(tugasannya buku cerita).Allah nak uji hamba yang lalai ni.

Akhirnya pukul 6.30 petang tadi baru selesai.Esok kena hantar.Tapi saya belum selesaikan lagi tugasan kedua(berpasangan)..man man..

Segi emosi ada juga naik turun.Masa tak betul memang rasa sakit jiwa.Tapi saya cuba tak layan.Hidup ni ada atas dan bawah.Bila berada di bawah pandai-pandai la naik sendiri.Ada hari orang suka kita dan ada hari orang menyampah.Jadi terimalah seadanya..

Selagi keluarga masih sayang..Alhamdulillah...yang pasti Allah juga yang sentiasa membuka ruang untuk kita..

Oh tadi depan mata tengok orang jual dadah dengan selamba.Tak tahulah ganja ke apa.Yang menjualnya lelaki India dan yang membeli lelaki Cina.Kebetulan semasa atas teksi.Uncle teksi pun geleng-geleng kepala.Dahsyat juga Ayer Tawar ni,urusniaga dadah tepi jalan je.Rasa macam CSI New York dah..






Thursday, 30 June 2011

Catatan Kertas Yang Kosong

Tidak bersedia.Bukan tidak bersedia untuk memberi komitmen tetapi tidak bersedia hatta untuk berjumpa pun.Jadi,segalanya cuma mampu diteruskan seperti biasa..seperti ukhuwah fillah kerana Allah.Kerana apa sahaja sudah dicatat di luh mahfuz nya.Perasaan?Kosong cuma…

Tiada tanggungjawab dan tiada masa depan yang pasti..cuma mengorak langkah mengikut jalan yang ada..

Saturday, 5 February 2011

Allah Selamatkan Kamu Cik Yaya

Salam,
Happy birthday to my younger sister,Yaya also known as Cik Mengkudu Duka.Dah 23 tahun dah(6/2).Semoga panjang umur murah rejeki ya mbak!
Motip Yaya pakai payung dan pegang bendera Malaysia nak balik rumah ala Kak Limah balik rumah :D
Birthday girl ceriye..
Yang happy sangat pun orang lain hehehehe

Wednesday, 12 January 2011

Anak Kecil Main Api

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Duduk bersendirian,jauh daripada keluarga dan menjadi komuniti Melayu yang kecil di kawasan ini membuatkan saya berfikir sejenak.Menjadi minoriti bererti sedikit tak banyak akan menghadapi tekanan daripada majoriti.Lantas mengenangkan Melayu yang gah apabila menjadi majoriti.Melayu yang senang lenang.Adakalanya mengejar urbanisasi sehingga terlupa tamadun manusia bangsa Melayu itu sendiri yang berkait dengan Islam.

Melayu terkenal dengan adab sopannya.Menunduk hormat ketika berjalan di hadapan orang tua.Arakian sibuk bagaimanapun tetamu datang disambut dengan senyuman dan jemput sila makan dan minum.Meminang anak dara lagikan berpantun.Hendak bergaduh pun lagikan berpantun.Selat Melaka dahulu menyaksikan Melayu merantau dan berdagang.Marah pun berkias-kias.Al-kisahnya bak peribahasa ‘pukul anak,sindir menantu’.

Berbanding bangsa lain yang mempunyai multi agama.Melayu satu-satunya bangsa yang teguh dengan Islam.Taboo jika didengar Melayu beragama Kristian atau Yahudi.Arab Majusi pernah didengar,Melayu Majusi jelik bunyinya.

Mungkin kerana sinonimnya Melayu dan Islam maka adab-adab seorang muslim amat kuat dalam diri Melayu.Dibaling najis,Rasulullah SAW tidak membalas.Si kucing yang tidur di atas kain serbannya,tidak digerakkan malah dipotong kain serban itu.Cucu-cucu baginda Hassan dan Hussin menunggangi baginda ketika dalam kedudukan sujud semasa solat,baginda sabar menunggu sehingga mereka turun.Rasulullah terkenal dalam dunia perniagaan sebagai seorang jujur dan amanah.Hendak berperang dengan musuh Islam lagikan dibuat perjanjian dan persetujuan.Bukannya menyerang membuta-tuli tak kira anak-anak,orang tua mahupun wanita.

Sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW menjadi pegangan Melayu.Kerana Melayu itu tiangnya agama Islam maka kukuh Melayu sebagai bangsa yang berdaulat,tegas tetapi masih berbudi bahasa.

Namun kini sukarnya untuk mendidik manusia bernama Melayu.Sedangkan hal remeh seperti pemenang Anugerah Juara Lagu 25 pun Melayu sanggup menjatuhkan Melayu yang lain.Apa lagi soal politik yang membabitkan Melayu Muslim seperti UMNO dan PAS?Jeliknya Melayu apabila tidak menjadi mangsa banjir pun mengaku jua demi habuan 5 keping not RM100.Susahnya hendak bernafas dengan aman apabila Melayu terlalu mengagungkan hendonisme,korupsi,birokrasi dan materialistik.

“Emak,kalau kita baik,jujur,orang akan pijak kita,”

Salah satu dialog yang diungkapkan dalam Bujang Lapok semasa si ibu tidak mahu menerima wang si anak yang menipu wang Melayu yang lain.

Maka Melayu,berpijaklah di bumi nyata.Kembali pada tiang asas agama kita.Saya seorang perantau di negeri orang.Bekerja dengan bukan Melayu.Cuma ada 6 orang Melayu di dalam komuniti kecil.Itupun adakalanya sukar nak bersatu.Ada juga yang gemar meninggikan diri daripada membantu rakan yang lain.Tekanan kerja daripada majoriti bangsa lain memang ada.Masa baik,memang manis,jika salah setitis dakwat bisa dicanang sebesar najis lembu.Apatah lagi jika salah sebesar tompok dakwat?Namun sebagai motivasi,jadikan sebagai semangat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.'Mereka' jika salah masih ada yang membantu atau melindungi.'Kita' jika salah jadi bualan sepanjang waktu.Maka elakkan membuat salah.

Seorang bangsa Cina boleh membuka kedai di perkampungan Melayu.Seorang bangsa Melayu membuka restoran bersebelahan Melayu yang lain pun belum tentu mendapat kerjasama,disantau lagi ada.

Mungkin kerana kita generasi PTPN,UITM dan segala hak keistimewaan Melayu.Kita amat bersyukur dengan keistimewaan itu,tapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk kita bersenang-lenang menjatuhkan sesama sendiri,daripada isu sebesar hama sehingga sebesar gajah.Jangan biarkan lagi sejarah pintu gerbang Melaka dibuka untuk Portugis.

Sedih rasanya melihat Melayu menjatuhkan sesama Melayu,menjadi cendekiawan tapi berarah homoseksual atau mati sia-sia di jalanan sebagai mat rempit.Sedangkan semangat berani tak takut mati itu patut digunakan atas landasan yang betul atas nama berjihad kepada Islam.Menjadi khalifah tapi mengambil wang rakyat atau menggunakan nama Islam untuk kepentingan sendiri.Tidak semua,segelintir.Tapi masih sesak nafasnya.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
('Melayu' Sasterawan Negara Usman Awang)

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.
('Melayu Mudah Lupa' Tun Dr Mahathir Mohammad)

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
(Warisan)

Akhir sekali,video ini untuk tontonan bersama.Fikir-fikirlah sejenak.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Say:"O my Servants who have transgressed against their souls!Despair not of the Mercy of Allah.For Allah forgives all sins:for He is Oft-Forgiving,Most Merciful.
(Surah Az Zumar,ayat 53)

Semoga Allah mengampuni kesalahan kita,bukalah mata wahai bangsa Melayu ku..amin.

Sunday, 9 January 2011

Membuka Kalendar 1432 Hijrah Dan 2011 Masihi

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Allah masih sayang lagi untuk kita semua yang masih bernafas pada 1432 hijrah dan 2011 Masihi.Dalam dosa-dosa yang masih bergelumang kita semua masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki keadaan sebelum mata tertutup atau sengkakala berbunyi.

Saya rasa tidak lewat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan selamat mengajar untuk semua pendidik.

Tahun 2010 saya tinggalkan dan saya lupakan semua kenangan pahit.Setiap curang dalam persaudaraan sesama Muslim saya jadikan pengajaran.Tak perlulah saya membuka aib dan nama Hamba Allah yang mencoret arang dengan kata fitnah kepada saya di dada blog yang boleh dibaca umum ini.Semoga Allah membuka pintu hati saudari tersebut.Seindah nama biarlah seindah hati.Semoga Allah meniupkan nur ke dalam hatinya.Walaupun langsung tiada ungkapan maaf setelah berkonfrontasi antara saya dan dia tapi saya serahkan kepada Allah untuk menghukum Hamba Allah ini.Menghukum atau memberi hikmah..sedangkan Saidina Umar Al-Khatab yang pernah membunuh anak kandungnya sendiri pun diberi hidayah,inikan Hamba Allah ini.Jika beliau mempunyai masalah psikologi,mohon rujuk kepada pakar supaya keadaan tidak bertambah parah.Wallahualam..

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.An Nuur:Ayat 11

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku:“Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.Al Israa’:Ayat 53

Untuk peringatan diri saya sendiri juga kerana wanita selalu sangat menyalahgunakan lidahnya.Tak perlu saya berlagak poyo dan skema seolah-olah saya terlalu suci tanpa dosa.Tiada manusia yang sempurna.Namun jika saya ada kesalahan yang saya lakukan tanpa saya sedari,sejuta keampunan saya mohon daripada mana-mana Hamba Allah.Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan dan kelalaian diri.Kadang-kadang musibah yang diberi kerana kealpaan diri sendiri.Kerana alpa,Yunus A.S ditelan ikan nun,kan?MasyaAllah..

Secara peribadi,semoga tahun 2011 ini memberi peluang bagi saya memperbaiki segala kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun yang lepas.Saya ingin member tumpuan yang lebih kepada kerjaya saya sepertimana semangatnya saya semasa mula-mula bergelar mualimah dulu.

Terima kasih untuk kehadiran seorang teman.Semoga kita sentiasa berlindung di bawah rahmat Ilahi dan syafaat nabi.Saya bukanlah wanita yang sempurna,masih memerlukan bimbingan dan naungan daripada Hamba Allah yang diberi amanah menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.Perasaan kasih dan sayang antara sesama insan itu adalah anugerahNya yang bernilai dan tidak terkira...:)..


Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. Surah al-Nahl: 72

Amin.

Sunday, 26 December 2010

Cuti Yang Dihabiskan Dengan Cik Piya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Minggu depan dah nak mula sesi persekolah tahun 2011.Paling nak dirindu mestilah Cik Piya.Dah nak balik Perak.Dah nak kena set minda untuk kerja dan jauh daripada family.Huhu..

Aksi sebelum tido..
Aksi menunggu order tak sampai-sampai..
Aksi minta whipped potato kat Achik..

Friday, 24 December 2010

Penyakit Tak Boleh Tidur

Salam,

Sejak dua minggu lepas dah dapat penyakit mata terbuntang waktu malam.Lepas Subuh baru boleh tidur.Lepas tu mulalah sakit kepala sebab dapat tidur kejap je.Habis kuat pukul 10 pagi lebih dah kena bangun.Tidurnya 4 jam je.Ntah la..dah macam vampire.Sekolah akan bermula 3 Januari 2011 ini.Seminggu saja lebih kurang.Jadi kenalah tune waktu tidur ikut GMT 8+ Malaysia balik...ni tak tidur2 lagi..

Wednesday, 22 December 2010

The Deleted Post:A Stranger Called Pembuli

This is a post yang saya delete.Entry ni pada 2 Oktober 2010.And I don't think I should delete it.Coz it's something to remember.At least,kita ingat benda yang pernah membuat kita tersenyum.Right?

Di bawah lindungan langit kirmizi,ketika itu lintasan shooting star melalui longitud dan latitud yang bertepatan di bawah garisan waktu yang ditetapkan Dia.Tanpa sengaja Aishwarya telah add seorang jejaka ala Abishek Bachan setelah melihat uniform seperti Tom Cruise dalam Top Gun layaknye.

Watching in slow motion as u turn around n say..take my breath away..(haha)

Okay..okay..dah iklan.Tak berapa minit kemudian,dah approve.Sebagai heroin Hindustan yang berbudi bahasa,Aishwarya pun mengucapkan kalimah syukriya.Abishek pula dah buat Q&A seperti temuramah reporter Rolling Stones dan Kristen Stewart.
BELLA!BELLA!

Berlangsung lebih lanjut mengalahkan Forum Perdana di RTM1..teman setia anda!
Huh,rupa2 nye Abishek bukanlah An Officer and A Gentleman tapi rupanyer uniform men paintball.Memang tak de kecederaan sedikit pun mahupun kecederaan tumit.Bukan TOM CRUISE!Tidak!

Baru kenal..Aishwarya dah kena buli dengan Abishek Bachan nih.
U belanja I makan roti canai 4 keping!Esok gerak Subuh(walauponnnnn..)!Butang baju Melayu mana?Apa ni makan coklat!Sebab tu sakit perut!U kecik,I smackdown je!U tak de lesen keta!Hahaha!Chicken!Kok!Kok!

IKUT SUKA HATI LAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Tapi...

Sebenarnya Abishek ni baik ati(part kembang idung)..Abishek ni selalu suruh makan nasi walaupun ada makanan lain seperti bihun goreng,mi kari dan sebagainya(hehehe..).Abishek ni memang cakap tak de filter,tapi soft hearted terutamanya pasal children.

Dah..dah..kalau puji lebih2 karang mulalah Abishek tu karang bermaharajalela.
Selepas beberapa ari kenal,Aishwarya rasa dah lali dah kalau Abishek asyik ping!ping!masa tengah keje.:p..tapi Abishek janganlah cakap garang sangat..

‘I MANA DER GARANG..KELAKOR..’(ye ler tuh..:p)

Alasan!Haishhh..

Hehe..panjang umur dan rezeki bersambung lagi al-kisah abishek Bachan A STRANGER CALLED PEMBULI!Itupun kalau ukhuwah antara Aishwarya dan Abishek dipanjangkan Allah SWT..:)

Sunday, 19 December 2010

Hmmm....

Berapa orang yang sanggup berkawan kerana kepentingan?Dan berapa orang juga yang sanggup menggadaikan kepercayaan seorang sahabat juga kerana kepentingan?Serta berapa orang yang menggadaikan amanah pastinya kerana kepentingan.

Sampai satu tahap,kesabaran saya sudah sampai kemuncaknya.Saya cuba mengembalikan aura positif dengan menyingkirkan rasa MARAH,DIKHIANATI dan DITIPU BULAT2.Sudah berapa kali terhantuk.Acapkali juga saya terngadah.Sepatutnya daripada dulu lagi saya tidak membuang masa dan rezeki berulang alik ke kota metropolitan untuk satu perkara yang cuma keseronokan semata-mata.Betapa saya memperjudikan kerjaya saya ketika itu.

Entahlah..sekarang kepentingan itu saya buang jauh-jauh.Sama-sama kita lihat,berapa orang yang masih bersahabat kerana tiada kepentingan lagi?Satu sudut yang lain saya berasa lega kerana tiada yang perlu hasad lagi kerana tiada kepentingan.Saya kembali kepada seorang guru bersama nawaitu untuk memberi didikan yang sempurna kepada anak Malaysia.Walaupun gaji sederhana dan tidak glamour,doakan saya berjaya dengan nawaitu saya.

Tak salah menjadi jujur dan naïf kerana kualiti itu sukar ditemui dalam individu sekarang.Sikap mudah baran dan emosi yang patut disingkirkan.Teringat kat Prof Dr Muhaya Mohamad,orang yang tension ialah orang yang mengambil kira cakap orang(lebih kurang).Orang berasa susah dan keliru kerana perkataan itu sering dilafazkan dan diset dalam mindanya.Difikirkan balik,ada kebenarannya.

Allahuakbar,tak tahulah nak cakap..saya cuba tarik nafas dalam-dalam dan lepas.

Ya Allah ampunkan dosa saya yang saya lakukan secara sedar atau tanpa sedar..

Friday, 17 December 2010

Terkenang Semasa Dulu

Cuti-cuti sekolah ni memang teringat zaman kanak-kanak dulu.Dulu dari kecik sampai darjah enam(sebelum UPSR)memang duduk rumah arwah chaq(datuk).Memang rapat dengan arwah,masa tadika kat Kemas Mukim Paya dulu arwah chaq yang hantar dengan basikal dia.Bukan duduk belakang sebab basikal dulu-dulu seat lebar.Selalu duduk kat palang,arwah dah alas pakai kain berlapik-lapik.Arwah ni ada bela kera(sejenis spesies monkey buat ambil kelapa ye..).So kera tu kat belakang,aku kat depan..haha...so orang kampung bagi gelaran Pak Leh Kera.Sabar je la..bunyi macam zalim tapi tu dah jadi trademark.

Arwah memang datuk kesayangan cucu-cucu.Masa tu sepupu2 aku Abang Mir,Kak Uni,Yen,Ajun,Ajam,Kak Mezia,Aira dan Oney boleh jer main-main rounders dan baling kasut bagai nak rak.Arwah suka je sebab cucu dia ramai.Paling aku suka main lubang rusuk arwah sebab arwah kurus sangat so ada macam lubang sikit bawah dada.Seminggu sebelum adik aku Yaya(Eziera)lahir,arwah menghembuskan nafas terakhir selepas menderita stroke dekat 2 tahun.Arwah mula stroke masa aku darjah 1.

Masa tu aku tak tahu kenapa bibir arwah senget dan sebelah anggota dia tak boleh gerak.Memang sedih sangat,walaupun masa tu aku kecil lagi,tapi memang sedih sebab sebelum arwah meninggal aku kecil hati sebab arwah minta aku bagi duit kat sepupu aku yang lain.Konon otak kanak-kanak aku ingat arwah nak bagi kat aku.Padahal sebagai cucu yang menetap kat situ,aku dah selalu dapat macam-macam.Rupanya arwah macam tahu dia nak pergi tu arwah bagi kat cucu-cucu lain.Aku memang menyesal gila masa tu sebab marah kat arwah.Semoga Allah merahmati roh chaq,Salleh Bin Chat dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Kenangan masa kat kampung yang aku masih ingat masa banjir besar tahun 1988.Masa tu family ada bela seekor anak kucing nama Jojie.Jojie ni dapat masa baby lagi.So masa banjir,mama terpaksa la susah payah teman dia buang air kecil dan besar kat beranda rumah lepas tu cuci balik.Tu satu,yang tak boleh blah lepas banjir memang berkumpul cacing-cacing kat bawah rumah.Euww!Memang geli gila bergelimpangan.Yang ntah apa-apa masa tu aku ngan papa dan abang boleh sauk(tahan guna baldi atau penapis santan)ikan haruan dan puyu yang terlepas daripada bendang dekat beranda rumah.Bukan sikit,ada la dekat sebaldi kecil.Memandangkan kami tiga orang je dalam keluarga yang makan ikan darat(air tawar),so papa la yang kena siang sebab Nanab dan mama tak sudi sebab hanyir.Berlagak tu bonda dan bonda sedara aku itu haha!...

Papa masa tu kerja kerani kanan saja,tapi entahlah masa tu aku rasa cukup bahagia sangat walaupun sederhana.Masa tu makan KFC pun tak pernah.Masa aku dapat UPSR 3A1B(yang B nye penulisan BM..ironiknya aku jadi cikgu BM)baru la papa nak bawa pergi makan KFC,tapi sebab penuh papa bagi alasan sebab aku dapat 1B pergi je dekat Restoran Diana Fried Chicken(restoran tempatan).

Wayang?Hehe masa tu Dewan Unimap yang ada sekarang tu Panggung Kapitol.Zaman dulu-dulu hiburan cuma wayang.Aku tak ingat bila first time aku tengok wayang,tapi masa tadika aku dah nangis-nangis nak tengok Azura.Mula-mula pergi Kapitol,full house.Memang papa dah nak balik rumah,aku menangis sampai papa terpaksa beli tiket black market tengok kat Cathay Kuala Perlis.Dulu ada ticket black market,orang tu beli banyak2 pas tu jual balik dengan harga yang mahal.So lepas tengok cerita tu,esok kat tadika masa nyanyian semua budak nyanyi lagu Pak Mamat Ada Kebun,aku seorang je bantai lagu yang Zack duet ngan Azura tu.
Sepupu aku Kak Mezia dan Aira selalu bawa aku tengok wayang free sempena keputeraan Raja Perlis.Aku ni sekolah kampung di Sekolah Kebangsaan Paya.Sepupu-sepupu aku ni sekolah pekan di Sekolah Kebangsaan Putra so selalu dapat tiket free.Pergi tengok wayang naik beca je.Tak cukup bajet jalan kaki sebab masa tu family Kak Mezia,mak teh aku tinggal di Quarters Hospital Kangar(sekarang Hospital Tunku Fauziah).

Apa lagi?Oh ye masa tu video tape(VHS) dah popular.So masa tu selalu juga pinjam video.Selalu abang aku dan sepupu-sepupu aku yang kaki sewa video.Masa tu ada Ariff Video Centre.Sewa macam pinjam buku kat library hehe.Masa tu memang popular horror movie.Ada siri Nightmare’s On Elmstreet,Hellraisers,siri Evil Dead dan Tales From The Crypt.Siri TV paling popular MacGyver,pernah la juga suka dekat Richard Dean Anderson tu.Masa aku darjah 5 dah pandai dah layan radio,so masa tu dah minat kumpulan NKOTB,Richard Marx dan Tommy Page.Even dah pandai baca majalah Remaja haha.Aku ingat lagi first cover Remaja yang aku baca cover Julia Rais.

Masa cuti masa mengaji Al-Quran pun berubah,kalau tak pukul 2 petang dah ubah waktu pagi.Pukul 8 pagi dah kena pergi surau.So kadang-kadang memang liat.Ustaz masa tu Pak Mat memang garang budak lelaki asyik kena tampar sampai songkok terbang.Tapi Alhamdulillah sejak dari darjah dua sampai khatam Al-Quran masa darjah 5 memang tak pernah kena rotan.Ada juga budak perempuan yang kena.Alhamdulillah aku dapat ustaz yang garang.Mana idzhar halqi,mana idgham,mana ihfak hakiki semua kena hafal..

Banyak nak cerita kenangan zaman kanak-kanak ni.Masa tu memang happy sangat.Kalau bergaduh pun bergaduh macam budak-budak.Kawan memang kawan atas kejujuran.Izyani Mashrin Zahari kawan aku sejak tadika,tapi sekarang dah jarang berhubung,bahagia dengan family di Damansara.Yang lain Raudzah Mat Rejab dan Norsanita Md Harris masih ada di FB.Rosnita Mahmud pun sesekali masih ada.Cuma Nurazalia Zakaria dan Farahida Ahmad yang lost contact.

Masa tu mana ada lagi Facebook,Youtube atau Twitter.Memang kuat main kat luar rumah,rounders,baling kasut,bola beracun,konda kondi dan entah apa-apa main kejar-kejar sampai main bola tampar ala Moero’s Attacks.Cuma masih ingat masa buat nakal tengok cerita The Kiss ramai-ramai..haha..

Mungkin sebab masa kecil-kecil hidup kami memang sederhana sangat jadi sekarang apabila dewasa,aku sentiasa cuba berkongsi dengan semua orang setakat yang mampu.Kalau ada rezeki buat apa nak lokek belanja keluarga dan kawan-kawan kan?Kalau tak ada senyaplah.:)

Kenangan mengusik jiwa betul!

Sunday, 12 December 2010

Once Upon A December

Dancing bears, painted wings,
Things I almost remember
And a song someone sings,
Once upon a December

Someone holds me safe and warm
Horses prance through a silver storm
Figures dancing gracefully
Across my memory

Far away, long ago
Glowing dim as an ember
Things my heart used to know
Once upon a December

Someone holds me safe and warm
Horses prance through a silver storm
Figures dancing gracefully
Across my memory

Far away, long ago
Glowing dim as an ember
Things my heart used to know
Things it yearns to remember

And a song
Someone sings
Once upon a December

Happy belated birthday papa,semoga Allah memberkati selalu..

Tuesday, 30 November 2010

Jangan Jadi Ketam Tapi Jadi Semut

Salam..apa motif tajuk di atas selain daripada lapar ketam masak lemak?Hehehe..peringatan untuk diri sendiri.Ketam jalan tak betul(mengiring) tapi nak ajar anaknya berjalan.Logiknya,apalah salah ketam tu kan?Dah kejadiannya begitu.Tapi abstraknya,kita sebagai orang dewasa haruslah menunjuk contoh yang baik.Begitu jua jika ingin menasihati seseorang,maka betulkanlah langkah kita dahulu.

Kenapa semut?Semut kan selalu salam apabila berjumpa sesama mereka.Kejap-kejap salam dah mengalahkan Ibrahim Pendek dalam Nasib Si Labu Labi.Abstrak,itu tandanya semut menghargai persaudaraan.Malahan sifat kerjasama semut juga hebat yang amat.

Jadi kawan-kawan daripada jadikan semut idola anda dan bukannya Lady Gaga..agagagga..:D

Monday, 22 November 2010

Piya Say Her Name

Muka ceria nak ikut orang bank in payment kad kredit..hoh!
Pagi ni baru dapat jumpa my beloved niece,Piya.Dia baru balik dari rumah nenek sebelah ibunye di Thailand.So memang tak dapat nak control.Pergi CIMB tadi pun nak ikut dan bikin kecoh.Sekarang dah setahun 8 bulan dan dah pandai sebut nama sendiri,kira 1,2,3,salam amin cium tangan dan ucap terima kasih(maceh).Kat bawah ni adegan ceria mak cik kenit nih.

Sunday, 21 November 2010

Pecahkan Saja Gelasnya Biar Bising

Halaman rumah papa.Masa banjir.

Nowaday.Macam lepas perang.

Salam pagi Ahad.Semalam saya baru sampai rumah mama dan papa di Perlis.Meninggalkan rumah sewa kesayangan(ye ke)di Ayer Tawar,Perak.

Minggu ni especially 2 ari sebelum sekolah tutup memang menyakitkan hati.Disimpan mahu menanah.Pecahkan saja gelasnya..biar bising!So post pasal BlackBerry Torch tangguh dulu,kali ini saya nak bising.

Sampai di rumah papa,saya terkejut melihat kesan-kesan peninggalan banjir selama 5 hari.Barangan peribadi saya seperti koleksi komik romantika komedi Feel 100% daripada siri 1 hingga 14 hancur.Saya kumpul sejak zaman sebelum memasuki maktab perguruan(zaman menganggur selepas Infotech Mara)sampai zaman kerja.Sayang betul.Novel-novel Norhayati Berahim dan Aisya Sofea pun dah jadi lunyai.Nasib baik siri Harry Potter,Twilight dan buku-buku agama ada di rumah saya di Perak.Katil semua sudah runtuh tinggal tilam saja.Almari mudah pasang siap yang saya selalu letakkan koleksi buku,DVD dan album gambar pun habis rosak.Koleksi DVD filem Ekin Cheng yang saya kumpul zaman remaja pun tak dapat diselamatkan(haha..huhu..).Gambar-gambar zaman sekolah dan teman tapi mesra pun dah melekat-lekat.

Bab katil,rak dan almari nanti kita plan untuk ganti semua2 tu.Alhamdulillah mesin basuh,peti sejuk,televisyen,dekoder astro,DVD player selamat.Kelakarnya rak televisyen dah tinggal sekerat.

Family saya sudah pun mendaftar untuk bantuan mangsa banjir tapi wallahualam mungkin tidak sepantas nasib mangsa-mangsa gunung berapi di Indonesia yang pantas menerima bantuan kerajaan Malaysia kan?Mungkin peta geografi menunjukkan Taman Desa Pulai 2,Kangar,Perlis lebih jauh daripada Indonesia..:)...

Back to basic and reality,saya seronok menghabiskan masa dengan adik-adik dan mama dan papa.Yang sentiasa menyokong saya dalam apa jua keadaan.GEMBIRA,SEDIH,KEBANGKITAN atau KEJATUHAN.Walaupun cuti sebulan lebih tapi saya cuma balik Kangar 2 minggu sahaja.Saya ada 'kerja terbengkalai' di Perak.Doa2 kan saya.Saya memang anak manja mama,rasanya benda sikit-sikit pun saya boleh menangis.Tapi semakin meningkat usia dan pengalaman,ada kalanya saya tak boleh bergantung kepada keluarga lagi.Independent woman dah.Duit pun dah tak boleh terlalu boros.Dua tiga bulan lepas banyak sangat simpanan.Dah rambang mata.Tinggal seciput dah.Bila keluarga sendiri sudah jadi mangsa banjir.Dah pening kepala pula nak cekau duit nak tolong papa.Mari berjimat-cermat!(Walaupun baru beli BlackBerry Torch 9800 hadoihhh...)

Ada hamba Allah ajak saya join MLM.Sebenarnya memang tak kena dengan jiwa saya.Komplikasi nak cakap jiwa orang seni ni.Jadi saya menarik diri.Bagi saya setiap pekerjaan memerlukan kepuasan dan jangan mendera jiwa orang.If we r talking about biz than straight to biz.Dun mix with personal and biz.Dun lie even a white lie.Or whatever.

Apa lagi?Huh!Saya sendiri dah berapa kali mention saya tak suka dengan sikap saya yang mudah kompromi dengan orang.Tapi saya tak sampai hati.I hate people yang outloud.Tolonglah,puhlease..saya masih cuba hormat kerana anda sekalian lebih tua daripada saya.Tolonglah bersikap selayaknya dengan usia.(Ni apahal pula?Semua dah bercampur)

One more.Semalam saya pergi Maxis Kangar(Easyring)and of the staff perempuan yang rambut pendek jaga kaunter registration memang kerek sangat.Apapun terima kasih untuk staff yang kerja bahagian prepaid,payment dan registration(pakai tudung).Yang short hair tu memang sarcastic.Boo.I don't know her name tapi berlagak macam dia anak saudara Fernandez Maxis.PANGKAH!

Guru?Memanglah banyak karenah memandangkan bekerja di dalam kelompok yang kecil.Setelah 6 tahun di tempat kerja yang sama,hati jahat saya memang kadang-kadang membuatkan saya langsung tidak ada hati nak bekerja.Minta transfer tak dapat2.Daripada papa tak ada diabetes sampai dah kritikal.Jadi adalah 'insan-insan prihatin' yang sudi mencari kesalahan saya.Terima kasihlah.Tapi yang tak seronoknya apabila benda yang saya tak buat pun boleh dijadikan isu.Kalau saya tahu siapa yang kaki fitnah tu memang saya nak lempang je mulut yang suka makan daging tak halal.Isi neraka betul.

Kemudian saya berfikir rasional dan waras kembali,berlawan biar bijak.Kalau saya melakukan kerja secara proffesional tak mungkin makhluk-makhluk jahat ni akan sembrono membuat cerita palsu.Tahulah manusia,kesalahan lebih enak dicari walaupun kononnya 1 Malaysia.Kerja mana pun ada karenah dan birokrasi.

Tapi semasa saya tertekan memang saya rasa nak sembur semua orang saja.Kadang-kadang kita memerlukan sahabat yang kita percayai apabila tengah tak stabil.So kadang2,bila member yang selalu kongsi suka duka dan anggap macam sibling sendiri pun tenggelam timbul macam mangsa banjir memang ada kalanya hangin satu badan.

Back to rasional,kawan pun ada juga life dan masalahnya sendiri.Sebenarnya,di situ menguji keikhlasan saya dalam bersahabat,kalau ikhlas mengapa nak terasa kan Tisha?Apapun she still my fren and sister.Saya minta maaf kepada seorang Hamba Allah yang tak pasal-pasal jadi mangsa.So kalau Hamba Allah itu membaca post ini,sekali lagi akak minta maaf and I hope ur get ur voice back.

Hadoihhh,week ni memang not the best week ever..al-sabr min al-iman..tarik nafas,bawak relaks..ALL IS WELL.Wassalammualaikum WBT.

Wednesday, 17 November 2010

Sembang Gadgets:Pengharaman BlackBerry Dan Nak Cari Handphone Murah Untuk Video Call

Salam.Lama dah tak cerita pasal gadget.So kali ni gebang2 pasal gadget jap.Dulu kita heboh kejap pasal pengharaman BlackBerry.Kita sedia maklum BlackBerry dibangunkan oleh RIM(Research In Motion) di Kanada.

Masalahnya apabila segala perbualan dan data dalam emel dan juga BBM(BlackBerry Messenger)berpengkalan di RIM,Kanada.Jadi mungkin data-data yang mengandungi isu-isu keselamatan atau rahsia Negara akan terbocor.Sebab itu negara seperti Arab Saudi mengharamkan perkhidmatan BlackBerry.Kecuali pemprosesan data maklumat itu di negara masing2.

Bagaimanapun di Malaysia penggunaan BlackBerry tetap diteruskan.Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Joseph Salang Anak Gandum berharap rakyat
Malaysia menggunakan peranti BB dengan bertanggungjawab.

Saya berminat dengan aplikasi social FB seperti Facebook dan Twitter.Malahan melalui Social Feeds segala update status boleh dihantar serentak ke mana2 social network tanpa mengira masa dan tempat.Dengan bayaran RM40(paling minimum bagi Maxis),saya boleh menggunakan BIS termasuk Google(kecuali download,pakej yang lebih mahal).
Tapi masalahnya sekarang,saya rindukan anak saudara yang berada nun di Perlis.Selalu dapat dengar suara saja tak dapat nak lihat wajahnya melalui video call.Saya akan membeli talian prepaid dan membeli handphone 3G(utk video call) yang murah.Jadi saya sedang cuba usha Sony Ericsson Naite J105.Harganya berpatutan iaitu dalam lingkungan RM305-315(untuk AP set).So may be nak cari warna merah..:D..

Sony Ericsson Naite J105

Adik saya pula baru kehilangan Nokia C6 kerana dicuri semasa camping kadet bomba.Kesian pula bila dia terpaksa pakai Sony Ericsson W705i saya yang lama.So bila dia Cuma minta Nokia C3,kita pertimbangkan bulan 12 nanti.Kelemahan Nokia C3 tidak mempunyai 3G(tak dapek nak wat video call)tapi mempunyai wifi.Da macam BlackBerry Curve 8250.Harga original Zitron dan Avaxx dalam lingkungan RM499.
Nokia C3 Pink

Post akan datang saya akan cuba review mengenai BlackBerry Torch 9800.

Tuesday, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam sejahtera,buat pertama kali dalam hidup saya Aidil Adha kali ini disambut tanpa keluarga dan takbir raya di kampung.
Saya juga ada harga diri,apabila mahu diminta cuti rehat khas pun bagaikan meminta sedekah lebih baik saya keraskan hati.Cuti cuma sehari mana bisa saya kelam kabut pulang ke Perlis dari Ayer Tawar?Soal birokrasi ini memang lumrah dunia fana ini.Memberi tetapi dengan nada kurang memuaskan.
Saya rasa kelemahan saya untuk berkata 'tidak' dan sering bertolak ansur dalam sesetengah situasi memberi tamparan juga buat saya.Jadi saya belajar untuk keraskan hati agar ada masanya tidak dipijak oleh manusia-manusia yang lupa hujungnya adalah kematian.
Berbalik kepada Aidil Adha,menurut Islam ini adalah perayaan yang besar..al idul kabir.Tapi budaya di Malaysia telah menjadikan perayaan ini sebagai perayaan kedua selepas Aidil Fitri.Sama-sama kita muhasabahkan diri sama ada kita mampu mencapai tahap pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan puteranya Nabi Ismail A.S.Sesungguhnya Allah SWT telah menduga nabi kita dengan seberat-berat ujian kerana kasihkan baginda.Allahuakbar!

Wednesday, 3 November 2010

Susah Hati Banjir Di Perlis

Papa baru MMS..view dekat Titi Cai,Kangar.Ini dekat jalan raya.Kawasan taman perumahan dah masuk air dalam rumah.

Salam..susah hati sebab rumah mama di Taman Desa Pulai 2,Kangar dah dinaiki banjir paras lutut(dalam rumah).Aku ingat lagi banjir tahun 2005..3 hari baru air surut dan kami dapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri(RM500)dua tahun kemudian selepas banjir.Tak tahulah nak salahkan siapa.

Baru lepas kursus LINUS Tahun Dua di Pangkor dan terus update blog.Ye la,selepas ini aku akan marking paper sampai habis dan esoknya akan cuba curi masa untuk Ujian Pasca murid Protim(sebab deadline 12 November 2010).Jumaat minggu depan juga ada Pertandingan Bercerita dan Syarahan Bahasa Melayu.Sekolah dah nak tutup jadi kena settle juga minit mesyuarat panitia dan fail persatuan BM,jadi jadual agak pack.

Susah hati sebab tak dapat pulang ke Perlis.Kesian nanti mama,papa,nanab dan adik nak cuci rumah.Bukannya seronok pun nak cuci rumah yang dah bercampur air najis dan air banjir.Tak lama lagi Hari Raya Aidil Adha pulak.Perlis sambut raya Qurban.

Pasal Facebook,buat masa ni diam la dulu.Menyesal juga main redah saja approve orang.Sebab aku dah pening dengan komen dan PM yang tak memahami situasi.So lepas ni kalau terbuka balik pun biarlah kawan yang betul-betul kawan.

Cukup2 la kawan Facebook yang ada..semoga yang ada ni pun saling memegang dunia dan akhirat..(sebab aku pun manusia biasa dan lemah..).

Aku sentiasa ingatkan dalam hati..aku pun tak sempurna jadi don't expect ppl to be perfect too.Kalau aku ada speculation pasal orang,orang pun akan ada speculation pasal aku.I'm trying my best not to judge ppl.Tapi bukan bidang kuasa aku kalau orang nak judge aku.So may be sebab tu aku quit fussy about soulmate or cloz frenz.Tapi once aku dah baik ngan somebody,may be orang pula akan jengkel sebab aku ni too concern n protective.So kalau benda ni mengundang negatif dan merenggang silaturahim,aku akan ubah.Korang tahu siapa korang dan aku memang ikhlas berukhuwah dengan korang.Tak kisahlah kawan dari sekolah rendah,menengah,Mara,maktab atau yang ada sekarang.Tapi kalau dah silent(especially yang dah ada family),kita ikut rentak je.

Back to cerita banjir.Deepavali ni memang cuti umum.Tapi tak de plan lagi.Ingat nak turun KL tapi hati kat Perlis teringat umah masuk banjir.T-shirt2 budak shahiratics pun habis dah kena banjir.So rezeki Izzy Designs.Kuasa Tuhan..Allahuakbar!

Harap family kat umah abang sepupu(Ajun) selamat dan adik aku lagi sorang yang kat Politeknik Arau,Yaya sabar juga duduk atas bukit tapi dikelilingi air.Kerajaan please hantar bantuan makanan untuk budak2 poli tu dan juga untuk mangsa2 banjir.

Letih memang letih..tapi lepas Zuhur ni nak kemas2 rumah yang dah ditinggal 3 hari dan mandi dan tanda kertas.

Tuesday, 26 October 2010

Cukup-cukuplah...

Salam..baru-baru ini terlayan pula lagu Nubhan ‘Aku atau Dia’ versi cover ni,penyanyi dia Suhaimi@Mimi Loma..lagu ni tak ada kena mengena dengan hidup.Memanglah dua tiga menjak ni jiwa saya tak menentu,tapi lagu ni tak kena mengena pun..kawan pun ada pesan jangan dengar lagu sedih2..(hehe)..sesiapa yang selalu ikut status facebook saya pun mungkin naik mereng membaca..

Hai..tak tahulah nak cakap..apalah nak jadi..saya cuba bangkit semula walaupun berapa kali nak bangun tu terpeleot.Tiap kali saya nak senyum depan cermin..senyuman saya kekok..dah tak bersinar.Kerana apa?Senyuman yang manis sempurna dan score 10 itu datangnya daripada hati yang perfect dan tulus suci.

Saya tak mampu nak tunjuk kesedihan di hadapan keluarga saya.Jadi,yang menjadi mangsa selalunya kawan-kawan.Cengengnya saya sampai rasanya mungkin mereka pun naik menyampah.(Huhu..)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Jadi di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa mendorong saya pada saat saya tercium tersungkur menyembah bumi.Semoga Allah SWT yang membalas jasa baik anda.Walaupun masalah saya cuma sekecil zarah tapi tumpuan yang diberi lebih besar daripada muka bumi yang dicipta Allah SWT.Saya juga mohon maaf jika saya banyak beremosi sepanjang kekeliruan saya.

Okay..tarik nafas panjang-panjang dan lepas...sudah hampir 3 minggu..cukup-cukuplah saya merana ala2 Latifah Omar merana dek P.Ramlee dalam filem ‘Merana’..(hahhahaahaha..)..ni lagu favorite Mak Cik Tun nih..


Insya Allah..apa yang berlaku ada hikmahnya..pengajaran buat saya sendiri.Saya cuma Hamba Allah yang lemah dan ujian ini tidak sebesar mana pun jika dibandingkan dengan saudara yang lain terutamanya di Palestine..kan?

Wednesday, 20 October 2010

For Sale My Used Blackberry Bold 9700 (Dah Dijual)

(HARAP MAAF POST LAMA SUDAH DIJUAL)
Fokus BB Torch..saya nak jual BB Bold 9700 ni.Jarang pakai sebab sekarang ni guna BB Storm 2.Ada memori kad 2GB je,charger,earfon,guide dan malangnya kotak tak dapat nak bagi sebab dah ke mana-mana.Kalau betul-betul nak komen je kat bawah.Saya letak rm1200.By hand di Kangar.Tempat lain kena tambah post..:)...Sila2.


Monday, 18 October 2010

Review Blackberry Torch 9800 Di You Tube

Review tentang BB Torch 9800.Berita baik touch screen dia x lagi 'click' macam Storm tapi smooth.Kamera MP.Harga AP set RM2060(setakat tarikh hari ni).Teringin juga,siapa nak beli Storm 2 dan Bold @ saya?:)


credit:crackberry.com

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D