WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday 27 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalammualaikum,hari raya korban nih macam biasa pergi makan kenduri daging korban le kan.Ke Chemumar rumah ayah kakak ipar aku.Piya pun di bawa ibunya ke sana sejak kelmarin.Masa kitaorang pergi sana,dia excited giler jumpa kitaorang.Macam-macam aksi aneh dibuatnya.Hari Ahad baru Piya balik Kangar.
Kat umah kitaorang wat kenduri laksa aje.Makan sepuas-puasnya.:)

Piya wat aksi yang kunun-kunun comel sesangat!
Muka nakal tengah membuli mak ngah nyer..
Puan Hatun dan Encik Rais on the way nak pergi kenduri daging korban..:D
Me and my younger sister..yang kecik tak nak ler posing raya2 nih..ish,ish..

Kesalahan Yang Tidak Disedari

Kadang-kadang melalui hidup ini tanpa kita sedari kita melukai hati pihak-pihak tertentu tanpa disengajakan.Tak ada niat..kadang-kadang orang yang sesekali kita jumpa ataupun sekadar berhubung secara maya.Bagi kita mungkin tidak ada apa-apa tetapi bagi pihak yang terasa mungkin menganggap kita melakukan salah.Kadang-kadang sibuk mengejar kerja dan masa ada hati yang terluka dengan tindakan kita tanpa kita sedari.
Maafkan saya jika saya pernah mengguris hati anda semua..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

Monday 9 November 2009

JOM WAYANG:Papadom


Last weekend aku tunaikan permintaan adik aku,Yaya untuk menonton Papadom.Plan asal aku,mama ngan Yan nak tengok Pisau Cukur tapi Big Cinema kat sini tak de lak show Pisau Cukur,so kitaorang pun layan Papadom.Positif aku fikirkan ada Liyana Jasmay yang teramat brilliant dalam Kami dan Castello serta Farid Kamil yang superb dalam Anak Halal.Plus Scha a.k.a Dania dan Que Haidar yang aku suka sangat lakonan dia dalam Zombie Kampung Pisang(haha..).

Saadom(Afdlin Shauki) merupakan pengusaha nasi kandar yang berjaya.Saadom sangat sayangkan anaknya Miasara a.k.a Mia(Liyana Jasmay) semenjak kematian isterinya,Mun(Noorkhiriah).Sebabnya Saadom berasa bersalah kerana sering mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa sehingga kematian Mun.

Very caring..babak Saadom bangun awal untuk masak breakfast untuk Mia dan menunggu di tepi katil anaknya sehingga 6 pagi untuk menggerakkan Mia.Walaupun dah 17,Saadom masih nak mandikan Mia(hahahaha) dan ikat rambut anaknya.Belasah guru silat yang membelasah anaknya.Sehinggalah Mia berjaya mendapat 20 A dalam SPM dan oh,tidak..bukan engineering,kedoktoran tapi Mia memilih untuk menyambung course perfileman di UITM Shah Alam.Saadom berjanji untuk tidak mencampuri urusan Mia tapi dia menyamar sebagai tukang kebun untuk menjaga Mia tanpa pengetahuan Mia.

Di sini Mia dan kawannya Yvonne berjumpa dengan mamat skema filem,Mat@Wajib Tayang(Que Haidar),budak bimbo jahat yang repeat paper merangkap cheerleader,Shasha(Scha Al-Yahya) dan Hisham Hashim(Farid Kamil) pelakon popular dan juga senior di UITM(macam life Farid aje).

Mat mendapat kepercayaan Saadom untuk mengawasi anaknya malah Mat diajar Saadom cara tackle anaknya(menantu pilihan).Hisham pula buaya darat dan mungkin biseksual?Shasha cemburukan kehadiran Mia dan cuba memfitnah Saadom menskodeng Mia(padahal anaknya).

Adegan yang menarik semasa Mun muncul semula sama ada sebagai roh ataupun bayangan dalam fikiran Saadom.Opening filem Hisham,Puaka Padang Ragbi(hahaha) dan adegan cheer Scha tepi padang ragbi.

Sebuah kisah remaja ala John Tucker Must Die yang dicampur dengan The Father’s Bride.Sebuah hiburan ringan yang diselit komedi sindir dunia filem.

Baik Punya Cilok sebuah karya masterpiece Afdlin tapi Papadom lebih kepada hiburan ringan antara hubungan anak gadis dan bapanya.
2.5 daripada 3 bintang juga.

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D