WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday 1 February 2015

Buku-buku Biografi

Buku Biografi pertama kali yang saya baca ialah mengenai 4 khalifah utama Saidina Abu Bakar As Sidiq, Saidina Umar Al Khatab, Saidina Uthman Al Affan dan Saidina Ali masa Tahun 4. Tebal dalam 20 mukasurat lebih je hehe..

Meningkat remaja saya mula disumbatkan dengan bacaan cintan-cintun. Masa Tingkatan 3 saya dihadiahkan buku biografi Rabiatul Adawiyah kerana menang Pertandingan Melukis Poster sempena Ramadhan kalau tak salah. Saya baca sekerat.

Usai sudah membaca komik biografi Dr M dan Cerita Cinta Ahmad Ammar, saya masih dalam proses membaca biografi kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah dan bacaan santai tapi bermakna Catatan Mat Luthfi.

Ada yang menganggap membaca buku biografi ini membosankan tapi bagi saya apa yang dibaca mempengaruhi hidup anda. Bila saya membaca novel cinta sesungguh-sungguhnya, saya akan terpengaruh untuk mencari Encik Perfect 10 yang menerima si dia yang tak perfect dalam kehidupan sebenar. Hakikatnya mana ada manusia yang perfect sangat kan..

Jadi, biarlah novel cinta tu sekadar bacaan sampingan. Mungkin ini juga punca saya sudah kurang obses menghasilkan bacaan romantika d amour.

Berbalik pada bacaan biografi, selagi tokoh yang dibaca itu tidak menafi akidah saya, okay saja. Membaca biografi juga memberi motivasi kepada kita untuk menambahbaik kehidupan.. begitu kan?..

Saya sedang mencari biografi aktor Faizal Hussein, Limelight. Di MPH pun sudah kehabisan stok.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama apa yang nak kita tinggal?..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D