Cuti-cuti sekolah ni memang teringat zaman kanak-kanak dulu.Dulu dari kecik sampai darjah enam(sebelum UPSR)memang duduk rumah arwah chaq(datuk).Memang rapat dengan arwah,masa tadika kat Kemas Mukim Paya dulu arwah chaq yang hantar dengan basikal dia.Bukan duduk belakang sebab basikal dulu-dulu seat lebar.Selalu duduk kat palang,arwah dah alas pakai kain berlapik-lapik.Arwah ni ada bela kera(sejenis spesies monkey buat ambil kelapa ye..).So kera tu kat belakang,aku kat depan..haha...so orang kampung bagi gelaran Pak Leh Kera.Sabar je la..bunyi macam zalim tapi tu dah jadi trademark.
Arwah memang datuk kesayangan cucu-cucu.Masa tu sepupu2 aku Abang Mir,Kak Uni,Yen,Ajun,Ajam,Kak Mezia,Aira dan Oney boleh jer main-main rounders dan baling kasut bagai nak rak.Arwah suka je sebab cucu dia ramai.Paling aku suka main lubang rusuk arwah sebab arwah kurus sangat so ada macam lubang sikit bawah dada.Seminggu sebelum adik aku Yaya(Eziera)lahir,arwah menghembuskan nafas terakhir selepas menderita stroke dekat 2 tahun.Arwah mula stroke masa aku darjah 1.
Masa tu aku tak tahu kenapa bibir arwah senget dan sebelah anggota dia tak boleh gerak.Memang sedih sangat,walaupun masa tu aku kecil lagi,tapi memang sedih sebab sebelum arwah meninggal aku kecil hati sebab arwah minta aku bagi duit kat sepupu aku yang lain.Konon otak kanak-kanak aku ingat arwah nak bagi kat aku.Padahal sebagai cucu yang menetap kat situ,aku dah selalu dapat macam-macam.Rupanya arwah macam tahu dia nak pergi tu arwah bagi kat cucu-cucu lain.Aku memang menyesal gila masa tu sebab marah kat arwah.Semoga Allah merahmati roh chaq,Salleh Bin Chat dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.
Kenangan masa kat kampung yang aku masih ingat masa banjir besar tahun 1988.Masa tu family ada bela seekor anak kucing nama Jojie.Jojie ni dapat masa baby lagi.So masa banjir,mama terpaksa la susah payah teman dia buang air kecil dan besar kat beranda rumah lepas tu cuci balik.Tu satu,yang tak boleh blah lepas banjir memang berkumpul cacing-cacing kat bawah rumah.Euww!Memang geli gila bergelimpangan.Yang ntah apa-apa masa tu aku ngan papa dan abang boleh sauk(tahan guna baldi atau penapis santan)ikan haruan dan puyu yang terlepas daripada bendang dekat beranda rumah.Bukan sikit,ada la dekat sebaldi kecil.Memandangkan kami tiga orang je dalam keluarga yang makan ikan darat(air tawar),so papa la yang kena siang sebab Nanab dan mama tak sudi sebab hanyir.Berlagak tu bonda dan bonda sedara aku itu haha!...
Papa masa tu kerja kerani kanan saja,tapi entahlah masa tu aku rasa cukup bahagia sangat walaupun sederhana.Masa tu makan KFC pun tak pernah.Masa aku dapat UPSR 3A1B(yang B nye penulisan BM..ironiknya aku jadi cikgu BM)baru la papa nak bawa pergi makan KFC,tapi sebab penuh papa bagi alasan sebab aku dapat 1B pergi je dekat Restoran Diana Fried Chicken(restoran tempatan).
Wayang?Hehe masa tu Dewan Unimap yang ada sekarang tu Panggung Kapitol.Zaman dulu-dulu hiburan cuma wayang.Aku tak ingat bila first time aku tengok wayang,tapi masa tadika aku dah nangis-nangis nak tengok Azura.Mula-mula pergi Kapitol,full house.Memang papa dah nak balik rumah,aku menangis sampai papa terpaksa beli tiket black market tengok kat Cathay Kuala Perlis.Dulu ada ticket black market,orang tu beli banyak2 pas tu jual balik dengan harga yang mahal.So lepas tengok cerita tu,esok kat tadika masa nyanyian semua budak nyanyi lagu Pak Mamat Ada Kebun,aku seorang je bantai lagu yang Zack duet ngan Azura tu.
Sepupu aku Kak Mezia dan Aira selalu bawa aku tengok wayang free sempena keputeraan Raja Perlis.Aku ni sekolah kampung di Sekolah Kebangsaan Paya.Sepupu-sepupu aku ni sekolah pekan di Sekolah Kebangsaan Putra so selalu dapat tiket free.Pergi tengok wayang naik beca je.Tak cukup bajet jalan kaki sebab masa tu family Kak Mezia,mak teh aku tinggal di Quarters Hospital Kangar(sekarang Hospital Tunku Fauziah).
Apa lagi?Oh ye masa tu video tape(VHS) dah popular.So masa tu selalu juga pinjam video.Selalu abang aku dan sepupu-sepupu aku yang kaki sewa video.Masa tu ada Ariff Video Centre.Sewa macam pinjam buku kat library hehe.Masa tu memang popular horror movie.Ada siri Nightmare’s On Elmstreet,Hellraisers,siri Evil Dead dan Tales From The Crypt.Siri TV paling popular MacGyver,pernah la juga suka dekat Richard Dean Anderson tu.Masa aku darjah 5 dah pandai dah layan radio,so masa tu dah minat kumpulan NKOTB,Richard Marx dan Tommy Page.Even dah pandai baca majalah Remaja haha.Aku ingat lagi first cover Remaja yang aku baca cover Julia Rais.
Masa cuti masa mengaji Al-Quran pun berubah,kalau tak pukul 2 petang dah ubah waktu pagi.Pukul 8 pagi dah kena pergi surau.So kadang-kadang memang liat.Ustaz masa tu Pak Mat memang garang budak lelaki asyik kena tampar sampai songkok terbang.Tapi Alhamdulillah sejak dari darjah dua sampai khatam Al-Quran masa darjah 5 memang tak pernah kena rotan.Ada juga budak perempuan yang kena.Alhamdulillah aku dapat ustaz yang garang.Mana idzhar halqi,mana idgham,mana ihfak hakiki semua kena hafal..
Banyak nak cerita kenangan zaman kanak-kanak ni.Masa tu memang happy sangat.Kalau bergaduh pun bergaduh macam budak-budak.Kawan memang kawan atas kejujuran.Izyani Mashrin Zahari kawan aku sejak tadika,tapi sekarang dah jarang berhubung,bahagia dengan family di Damansara.Yang lain Raudzah Mat Rejab dan Norsanita Md Harris masih ada di FB.Rosnita Mahmud pun sesekali masih ada.Cuma Nurazalia Zakaria dan Farahida Ahmad yang lost contact.
Masa tu mana ada lagi Facebook,Youtube atau Twitter.Memang kuat main kat luar rumah,rounders,baling kasut,bola beracun,konda kondi dan entah apa-apa main kejar-kejar sampai main bola tampar ala Moero’s Attacks.Cuma masih ingat masa buat nakal tengok cerita The Kiss ramai-ramai..haha..
Mungkin sebab masa kecil-kecil hidup kami memang sederhana sangat jadi sekarang apabila dewasa,aku sentiasa cuba berkongsi dengan semua orang setakat yang mampu.Kalau ada rezeki buat apa nak lokek belanja keluarga dan kawan-kawan kan?Kalau tak ada senyaplah.:)
Kenangan mengusik jiwa betul!
No comments:
Post a Comment