WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday, 13 December 2019

Secebis Kisah Angker Semasa Jejak Rumah Baharu

Assalammualaikum,

Sekarang sudah pukul 12.27 tengah malam. Kakak terkebil2 mata tak boleh tidur sebab siang tadi banyak tidur karena migrain. Jadi malam ni sejenis burung hantu pulak.

Okay post kali ni nak cerita pasal kisah sherem gitu2 masa baru masuk rumah baharu ni bulan Mei yang lalu. Masa masuk tu bulan Ramadhan. Minggu pertama tak de apa pun. Minggu seterusnya tu datang bendera merah. Malam tu mimpi masuk rumah ni tapi usang dan ada lelaki tua. Haiyoh.. haha kejap nak on lampu bilik. Hashtag bila kau nak throwback cerita tapi masih scary. So dalam mimpi tu ada lelaki tua tu dekat dining table. Macam rumah ni dia yang punya. Tapi tak cakap apa, dan kita pun tak cakap apa. Siap kita yang keluar rumah dan kunci.. apakah? Lepas tu bangun terkebil2.. tengok kat sebelah anak saudara tidur nyenyak dan adik kat bawah pun nyenyak. Masa ni diorang ada lagi.

Lepas mimpi ni, maka rajinlah depa main guli dan tumbuk sambal belacan rumah sebelah. Ada masa tu dari pukul 7 sampai lepas buka puasa tak henti tumbuk. Tak taulah cabai apa dia tumbuk.. huhu. Adik pun ada cerita, dia ada dengar kerusi meja makan kena tarik dinihari. Tak kisahlah janji jangan dok jenguk2. One night masa Piya datang tidur (my anak menakan), tengah dia bebel2 hal sekolah bunyi orang ubah2 perabot rumah sebelah pulak.. padahal rumah sebelah masa bulan puasa tu memang tuan rumah tak de. Terus dia diam. Memang cuak anak menakanku, haha.. tapi terus sembang benda lain dengan dia, konon tak dengar. Selalu saja buka mp3 al-quran dan kita sendiri pun masa Ramadhan tu memang rajin baca Al-Quran. Alhamdulillah.. senyap sat..

After raya, dah pakai telekung nak Asar. Dia main tumbuk sambal belacan lagi. Kali ni bukan rumah jiran tapi memang gegar kabinet dapur ai. Masa tu memang cuba buat tak reti. Dia siap tumbuk dinding, berdesing bunyi. Wah! Masa tu dah fed up, siap cekak pinggang depan kabinet dapur tu, dia dok ketuk ketak gegar kabinet. Last masuk bilik nombor tiga untuk solat Asar, ai iqamat kuat2. Diam sat. Masa tu geram. Ye la ai teruk2 bayar loan rumah bulan2 🙄, suka suki je tumpang free.

Lepas tu memang renovate bilik nombor 3 tu jadi khas untuk musolla. Imarahkan dengan bacaan al-quran dan tetamu2 pun solat kat situ. Rumah memang kena sentiasa bersih especially sebelum tidur. Biasalah sebelum ni 6 bulan tak de penghuni, jadi ada makhluk2 Allah transit kejap. Lepas raya tu tak da apa dah. Alhamdulillah.

Begitulah flashback cerita saya. 😌

P/S: Post ni related dengan post sebelum ni.


Wednesday, 11 December 2019

Pengalaman Membeli Rumah Subsale

Caution: Sedikit panjang dan ada 6 part 😆

PART 1: Cari Rumah ( Ogos 2018)
Assalammualaikum..

Sebenarnya lama dah nak post liku2 nak beli rumah di hujung usia ni. Tapi masa tidak mengizinkan hamba untuk menyusun ayat dan frasa. Maka, cuti2 sekolah ni cikgu alhamdulillah ada masa. 🤲

Baiklah, saya terdetik nak ada rumah sendiri bila sedar diri sudah umur 40 bakal menjelang dan sudah pasti insuran akan tinggi jika saya beli rumah selepas umur 40. Selain itu, nak bagi ibu dan bapa bertenang dan damai di usia emas.. kita yang anak2 ni cukup2lah bermanja sejak zaman baby kan. Sekarang ni hanya ada adik bongsu dan ibu saudara saja di rumah bapa. Yang lain-lain semua dah kahwin. Post ni juga untuk orang-orang yang banyak enjoy boros masa muda dan sudah berusia sikit ni baru nak kembali ke pangkal jalan. Ya benar.. huhu. Maknanya saya tak akan beli rumah baharu.

Saya memang zero dalam beli-beli rumah ni. Tapi rasanya memang sejak kecil, saya ni jenis trial and error serta redah saja. Anak kedua dan anak perempuan pertama, memang kena independent daripada kecik gitu.. begitulah macek.

Okay.. saya target rumah subsale dan area Kangar kalau boleh sebab senang nak jenguk parent. Walaupun  saya kerja di Pauh, Arau. Rumah style 80-an pun teda hal. Janji jangan teruk sangat. Masa tu saya google2 jumpa Bank R (bukan nama sebenar) memberikan pinjaman perumahan 110%.  Antara rumah yang saya jumpa, Taman Putra Height. Rumah baru tapi penjual nak jual tanpa fully furnished. Makna rumah tu tak ada elektrik dan air lagi. Kawasan pun baru membangun. Teres dengan harga RM140k. Saya okay tapi mama tak okay. Dekat dengan sekolah tetapi mama sure tak suka sebab jauh daripada beliau. So bulan September, rumah lama di Taman Jeliti dekat bandar Kangar. Rumah teres 2 tingkat. Semua okay. Yang ini under ejen hartanah. Ejen dia pun baik. Malangnya ejen cakap tak lepas buat loan sebab rumah tu harga tinggi daripada harga semasa dan tuan rumah tak nak turunkan harga. So benda ni diam sat. Saya pun sibuk dengan UPSR 2018 masa tu.

11 November 2018, saya jumpa satu rumah di Mudah. Rumah yang saya sekarang ni lah haha. Lokasi pun berdekatan Kangar. Melalui ejen hartanah juga, Encik Aminul. Encik Aminul ni memang banyak membantu sampai saya berjaya dapat rumah ni tahun hadapan (2019).. ya panjang cerita ni haha. Call Encik Aminul dan tengok rumah. Ok ada 3 bilik, 1 toilet, semua tile, dapur pun dah renovate. Kurang2 tu ada tapi tak ketara. Harga letak RM sekian2 something. Saya tekad nak beli, jadi saya kena bagi deposit dulu untuk tuan rumah. Andaikata loan tak lulus, ejen akan balik deposit lock rumah untuk saya. Saya dah lupa berapa, tapi rasanya dalam Rm1k saja. 13 November 2018, ejen datang ke sekolah untuk urusan deposit. Ejen ada suggest BSN . Dia bagi contact number pegawai semua. Tapi lepas seminggu saya fikir nak ambil Bank R sebab mereka sediakan 110% loan rumah. Actually, ni permulaan langkah salah saya.. melambatkan proses.. okey, kisahnya..


PART 2: Trial and Error Loan Bank Yang Mana Friendly?

Saya pun call balik Bank R Cawangan Kangar pada 22 November 2018. Macam biasa minta payslip 3 bulan. Pegawai bank A pun ada contact ejen hartanah, minta dokumentasi untuk tengok harga semasa rumah. Janji seminggu. Tapi tak contact balik.

Pada 29 November 2018, saya terus ke pejabat masih tak dapat update. Minta saya whatsapp pegawai B sebab anak pegawai A di hospital, okay memahami tapi pegawai B ni tak reply langsung. 30 November patah balik whatsapp pegawai A.  Jawab minta tunggu. 6 Disember after seminggu tak reply whatsapp dan call. Saya call ejen hartanah dan dia minta saya cuba BSN. 

So 10 Disember saya whatsapp boleh update ke tak status loan dan kalau tak boleh saya cancel. Baru jawab, minta maaf tak dapat buat segera etc. Masa tu saya cuma aim nak beli rumah jadi hal ni biarlah pegawai A dan B sendiri yang fikir sendiri asbab2.  Jadi 19 hari tak tolak cuti hujung minggu, urusan saya terhenti hanya untuk tunggu status loan perumahan boleh buat atau tidak. Apapun saya nak bagi kredit dekat Bank R Cawangan Manjung, Perak sebab urusan dia SUPER A.

PART 3: Jumpa dah bank yang OKAY.. Huuurahhh huureyy!

Jadi 11 Disember saya berurusan by call dengan pegawai bank daripada BSN Cawangan Alor Setar. Memang beliau bagi penerangan lengkap dan detail kat saya. Apa yang perlu:

1.      Salinan IC
2.      Payslip 3 bulan terkini
3.      Bank statement 3 bulan
4.      Surat pengesahan majikan
5.      Gambar rumah
6.      Alamat rumah
7.      Salinan geran
8.      Payslip pasangan 1 bulan terkini
9.      Sign borang skim belia (alhamdulillah masa ni umur 39 hadoih haha)

Ada sesetengah borang memang ejen dah ada. Yang lain2 saya uruskan dan hantar ke pegawai bank BSN Cawangan Kangar. Pegawai BSN Alor Setar pun mudah urusan dan friendly. Kenapa saya tak buat di Kangar? Kan dah cakap saya zero knowledge masa ni dan cuma harap guide ejen hartananah. Mujur ejen saya memang jujur, amanah dan bertanggungjawab. Ejen saya orang Alor Setar, jadi memang lebih mudah beliau cari contact banker Alor Setar. 

So saya uruskan semua urusan dokumentasi dengan pegawai BSN di Kangar. Credit juga mudah urusan dan friendly. Kemudian, cepat-cepat pergi angkat sumpah dengan pesuruhjaya sumpah untuk buat loan perumahan ni. Patah balik BSN dan BAM!! Bukan 19 hari tetapi dalam beberapa JAM saya dah boleh buat loan perumahan BSN dengan extra loan. 

Alhamdulillah nasib saya lebih baik dengan BSN. Saya cuma berurusan Whatsapp dengan pegawai bank Alor Setar sampailah 19 Disember 2018, loan sudah lulus. Esoknya, 20 Disember 2018 ke BSN Alor Setar untuk tandatangan dokumen. Ya kena buka akaun BSN kalau belum ada. Pegawai juga bagi contact lawyer bank dan jurunilai. Yuran RM700 untuk jurunilai kita sendiri akan bayar. Begitu juga yuran guaman. 

Pada 24 Disember 2018, staff lawyer call dan minta contact number ejen untuk urusan jurunilai. Sebab kunci rumah dipegang  ejen. Kemudian, 26 Disember 2018, jurunilai call dan saya ke pejabat jurunilai di Taman Sena Indah dan selesaikan dokumentasi di situ dan bayaran RM700 kechingg!! Kredit untuk jurunilai yang juga friendly dan mudah urusan.


PART 4: Dokumentasi Dengan Lawyer Bank Dan Penjual Rumah Serta Yuran Guaman

Selepas itu, pada 2 Januari 2019 saya, ejen, lawyer dan tuan rumah ke Pejabat Tanah Perlis untuk dokumentasi. Masa tu memang tuan rumah curious sebab duit belum dapat, tapi tu urusan tuan rumah dan lawyer bank. So serahkan urusan menjawab tu kat lawyer bank. Yuran lawyer kena bayar RM500 deposit masa tu. Yuran guaman saya RM5615k dan duti setem dikecualikan. Daripada 5615 tu dak tolak 1k (deposit kat ejen) dan RM500. Jadi saya kena settle RM4505 lagi. 31 Januari 2019, dah dapat dokumentasi daripada jurunilai.

Selepas urusan dokumentasi di Pejabat Tanah tu semua urusan lawyer bank. Memang kena sabar sepanjang proses ini. Bukan sekadar sabar dengan urusan lawyer yang lambat sebab depa nak tunggu loan masuk, sabar macam2 hal peribadi jua masa tu.. hashtag berhuhu.

PART 5: Penantian Itu Tidak Lagi Menyeksakan Serta Serahan Kunci Rumah

Yang bestnya saya tak dimaklumkan loan akan masuk ke akaun lawyer dulu. Dok tunggu loan masuk ke akaun BSN saya huhu. Itu urusan bank dan lawyer lantikan mereka. Pada 17 April 2019 saya dapat surat dari BSN mengatakan pada 11 April 2019, loan dah masuk ke akaun lawyer. Husnuzon saja mereka sibuk seminggu tu tak maklum saya, lepas dapat surat saya terus call lawyer untuk maklum ejen dan saya nak kunci rumah.  Selain itu saya dapat rebate RM200 untuk 2 tahun dan ada insuran kena bayar juga.. dan bayar by hand bukan potong gaji seperti mana yang saya dapat maklumat awal2. Alhamdulillah 20 April 2019 saya dapat kunci dan semua dokumentasi. Cuma bil air, elektrik, cukai2 saya kena uruskan sendiri untuk tukar nama. So petang tu kami pun cuci rumah. Tadaaaaa!

Angkat barang sikit2 dan saya pindah sepenuhnya pada 12 Mei 2019. Dekat 6 bulan juga urusan pembelian rumah ni. Yang saya sediakan sebelum loan yuran jurunilai RM700 dan yuran guaman RM5615. Sebab rumah subsale, of course kena cat2, ada repair toilet sikit2 dan upah orang untuk settle semak samun. Saya sangat bersyukur dapat ejen hartanah macam Encik Aminul yang banyak tolong dan sabar juga dengan saya. Bolehlah tuan-tuan berurusan dengan beliau. Begitulah serba-sedikit  tips2 untuk beli rumah subsale, by bank loan dan yang sewaktu dengannya.

Part 6: Transformation From Haunted House To Sweet Home

Haunted? Biasalah dah 6 bulan tak de orang kan. Tapi sekarang dah aman damai. Alhamdulillah :D

Luaran masa pi tengok.

Dapur.

Master room.

Second room.

Ruang tamu,

12 Mei 2019.. budak Khai rasmi katil..
After duduk.. dah tukar cat.

Welcome.

Ruang tamu yang minimize.

Housewarming.

Housewarming part 2.

Housewarming lagi. Kitchen.

Dining.

Dining and kitchen.

Master room.


Master room 2.

Second room a.k.a guest room. Masih perlu top up.

Guest room part 2.

Third room: Musolla.





Sunday, 28 April 2019

Sengketa Yang Ada Hikmahnya

Salam alaik, sebagai manusia biasa kita selalu diuji. Antaranya hari ini saya diuji satu persengketaan yang tiba2 jadi besar.. maaf dihulur tapi agak dingin disambut. Berakhir kena block setiap sudut. Satu makhluk jahat berbisik supaya marah. Setentunya kita bukan nabi, kita marah.  Kawan yang dianggap saudara, bukannya kenalan media sosial. Satu saat bila kita bertenang, lantas berfikir.. Allah dah tentukan si polan block kita dan menjauhkan diri daripada kita. Lagipun memang salah saya. Ada tak kena dalam persahabatan itu, Allah renggangkan supaya kita muhasabah.. adakah semata duniawi atau kita membawa tangan masing2 ke syurga? Check balik apa salah saya... hmm.. patutlah Allah jadikan persengketaan itu.. banyak kesalahan saya.

Ingat Allah selalu dan doakan yang baik. Setiap kejadian ada hikmahnya walaupun ulat di dalam batu. Semoga Allah melindungi sahabat kesayangan saya. Rindu? Tentulah rindu..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D