WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday, 26 December 2015

Thank U UPM..

Salam.. banyaknya sarang labah2 di blog ni. :P. Alhamdulillah tarik nafas legaaa dengan selamatnya kami mengakhiri final exam pada 19 dan 20 Disember nan lalu. Last exam UPM. Perasaan sangat berbaur sebab 4 tahun tu bonding da sangat kuat dengan cikgu2 ting tong group IPOH UPM dan tambah2 lagi geng kak limah.
Masa daftar dulu 4 tahun yang lepas, tumpang rumah kazen Aira di Rawang and 2nd day umah Run di Kajang.. tak pernah nak ingin clique dengan sesiapa pun. Nak pokes study je dan say hai2. Memang pun masa centre Ipoh di Fairpark n KPTM dah start kawan tapi tak clique. Sampai la start sem 4 kami kena ulang alik UPM almost every weekend. Padan muka amik kau! 2 tahun setengah macam tu. Masa tu baru keluar belang memasing yang tersembunyi dan bonding yang utuh.
Gimnastik, bola sepak, bakti siswa, PL, PITA, pembentangan viva dan malam gala kami rempuh sama2. Macam2 kelakar badak dari yang gerak subuh 2 pagi, renung McD pukul 3 pagi, mandi paip pecah sebelum bentang viva, Sungai Gombak kata KL banjir, make up sampai tertungging, kejar AJ dari concept store Ipoh sampai gudang sale kat Shah Alam, bas rosak di KL Central, wiper Cikgu Jawari sangkut, bau busuk pontianak dalam keta Pidah, bangla almost raba kaki nak amik hp, Awi Rafael bunuh lebah pakai kasut, bala2 PL dan PITA, lepak Pudu Central dan TBS.... Haihhh banyak sangat nak diceritakan haha. Hanya PPG UPM saja yang dapat merasa semua ni. Rumaja sangat wp dah tua :P.
Personally for me, gue akan rindu banget dengan kakak2 n adik2 geng kak limah n minah tiga serangkai geng sedinding. Apatah lagi sudah tukaq di Perlih memang susah nak jumpa korang di Perak. Walaupun nanti kita tak akan segila dan sehangat ini gitu haha.. abadikan ini sebagai kenangan yang terindah. Thank u UPM for choosing us to be with u. Dengan izin Allah kami bertemu, dan UPM dijadikan titian pertemuan kami. Sayang angpa semua muah muah.

Friday, 14 August 2015

Share Your Memories On Facebook

Salam alaik.. Direct ke tajuk, Facebook sekarang dah bawa kita kembali ke masa silam. Ada throwback 1 year ago or even 5 years ago. Zuckerberg may be nak bawa kita going down memory lane sambil nyanyi lagu 'Memory' dari teater Cats.

Malangnya bila dah throwback sampai 5 years ago.. Ada orang masa tu tengah bahagia dengan ex husband yang belum curang. Ada berita kemalangan keluarga yang muncul balik.. Sampai hal yang remeh seperti keluar status sajak pakwe lama yang sudah kahwin dengan jiran sebelah :P..

Some memories are better forgetten.. Once I buka memories tu ada yang keluar sesuatu atau orang2 yang telah lama kita lupakan. Yang memberi kita bitter memories. Coz we r human n fragile. I choose not to re open again.. Kecuali memory yg kelakar badak :P..

Saturday, 27 June 2015

Cak!!

Assalammualaikum!!!! Lama betui x update blog. Setiap Sabtu Ahad bertandang ke UPM dengan keje hakiki lagi memang laaa..

Bulan puasa ni ada Sem Khas, nasib baik di Ipoh saja. Baru lepas PL( Pendidikan Luar) di PD untuk 8 hari sebelum Ramadhan. Pernah PL di maktab sebelum ni tapi 5 hari saja lah. Yang versi UPM ni kira happening la sebab dah masuk 30 series.

Dah lama rasanya tak dulik muka itam merelit, water confidence dalam period (eeeewwww :p) dan hari2 menapak 8km. Kayak, abseiling n survivals satu ari hingga 8 mlm dalam hutan simpan. Paling tak pernah jadi berbual2 dengan makhluk alam lain.. Amik!!! Berpoya2 lagi dalam hutan. Phuii!! :p

Balik umah dekat seminggu otak nak centre balik ke alam nyata. Bukan sy sorang je.. semua yang pi. Ada yang nak bangun sentri pukul 3 pagi, ada yang rasa dalam khemah lagi. Macek siap raba palang katil nak confirm memang katil sebab kadang2 rasa macam dalam khemah, kadang2 rasa atas kayak lagi.. Balik jumpa mama, peluk cium Piya baru kembali alam nyata. Hoh!

Ramai member cakap kenapa UPM layan korang macam freshie. Tak apalah, kalau tak idaklah kami hafal wp tersekat2 lagu UPM Ahmad Nawab tu. Dan bonding sangat close sesama kawan kuliah.

Benda yang mudah dapat senang dilupa.. Apa yang kami PPG UPM lalui memang tak akan lupa sampai akhir hayat.

SELAMAT BERPUASA DAN IMARAHKAN RAMADHAN DENGAN IBADAT. :)

Sunday, 1 February 2015

Buku-buku Biografi

Buku Biografi pertama kali yang saya baca ialah mengenai 4 khalifah utama Saidina Abu Bakar As Sidiq, Saidina Umar Al Khatab, Saidina Uthman Al Affan dan Saidina Ali masa Tahun 4. Tebal dalam 20 mukasurat lebih je hehe..

Meningkat remaja saya mula disumbatkan dengan bacaan cintan-cintun. Masa Tingkatan 3 saya dihadiahkan buku biografi Rabiatul Adawiyah kerana menang Pertandingan Melukis Poster sempena Ramadhan kalau tak salah. Saya baca sekerat.

Usai sudah membaca komik biografi Dr M dan Cerita Cinta Ahmad Ammar, saya masih dalam proses membaca biografi kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah dan bacaan santai tapi bermakna Catatan Mat Luthfi.

Ada yang menganggap membaca buku biografi ini membosankan tapi bagi saya apa yang dibaca mempengaruhi hidup anda. Bila saya membaca novel cinta sesungguh-sungguhnya, saya akan terpengaruh untuk mencari Encik Perfect 10 yang menerima si dia yang tak perfect dalam kehidupan sebenar. Hakikatnya mana ada manusia yang perfect sangat kan..

Jadi, biarlah novel cinta tu sekadar bacaan sampingan. Mungkin ini juga punca saya sudah kurang obses menghasilkan bacaan romantika d amour.

Berbalik pada bacaan biografi, selagi tokoh yang dibaca itu tidak menafi akidah saya, okay saja. Membaca biografi juga memberi motivasi kepada kita untuk menambahbaik kehidupan.. begitu kan?..

Saya sedang mencari biografi aktor Faizal Hussein, Limelight. Di MPH pun sudah kehabisan stok.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama apa yang nak kita tinggal?..

Saturday, 31 January 2015

Semester 7 Dah :D

Lama sudah saya tak aktif tulis blog.. sejak zaman guna kata ganti nama diri aku tahun 2008. Tu memang zaman aktif. Zaman banyak sangat masa sampai boleh buat fanfiction atau cerita novel cinta sesuci lebaran setulus zahir dan batin. Zaman mekap blog comel-comel melati.  Jadi tahun ni, saya nak cuba aktif blogging balik. Ya, saya guna perkataan cuba sebab saya memang nak cuba saja.. nilai murni: Yakin pada diri sendiri. Background cliche ni kalau ada masa baru cari hat comel-comel melati balik. Tapi konon nak nampak matang.

Hari ini saya baru mula kelas untuk Semester 7. Ni tahun terakhir saya. Kalau hat ni habis, saya CUBA buat Master.. ya cuba lagi :P. Kelas sekejap UPM sekejap KPTM Ipoh adalah mengikut citarasa pembuat jadual UPMET. Jadi seperti bermain permainan Survivor, Opposite Worlds dan yang sewaktu dengannya, kami haruslah bijak mengagak bilakah masa yang tepat untuk menempah hotel atau tiket bas tanpa kerugian jika kelas dibatalkan atau ditukar pusat sehari sebelum kuliah. Hohoho.

Tadi kelas Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu. Walaupun tak se'terror' pembangun software yang advanced macam Clash Of Clans, kami cikgu-cikgi tetap kena membangunkan software untuk pembelajaran. Kerja berkumpulan dan kami dibahagikan mengikut kemahiran. Jadi saya kena resap jiwa macam Angelina Jolie dalam cerita Hackers walaupun kami bukan la nak hack komputer. Jauh la rupa nak macam dia pun.

Nani tanya: Kak Tiesha tau buat potato?

Masa tu terkedip-kedip biji mata dok ingat balik kursus potato zaman tok nadok dulu.. yang masuk dalam ingatan cuma fries KFC dan Banana Potato Minions.

Macek: Tak apa, macam tau.. tak pun kita guna Publisher. ( Dalam kepala, ya aku kena belajaq balik guna Gugel).

So, kami pilih Tahun 3 dengan tema Sains dan Teknologi. Pasal apa Tahap Satu? Sebab tahap tu yang teruja walaupun tayang slaid Power Point. Study smart not hard :P. Bekerja sambil belajar kena pandai-pandai hidup.

Saya janji dengan anak-anak menakan akan balik kampung minggu ni. Tapi terpaksa mungkir janji bila UPMET buat jadual mengejut kuliah tiap-tiap minggu. Piya paling sakan muncung. " Kata nak tengok Frozen Melayu."

Dak aih, tak ada Frozen Melayu tapi dubbing Melayu guna suara Marsha dan Liyana Jasmay yang baru saya download tertekan kononnya versi tak payah  bayar. Tapi apakan daya, Chinese New Year ni la baru balik hometown. Mungkin sempena tahun kambing.. tahun saya.. kambing yang paling suka mandi.

Assignment tu assignment juga. Anak-anak Tahun 6 jangan dilupakan. Apapun saya bersyukur sangat Selasa ni cuti Thaipusam, walaupun tak sambut tapi kita kan 1Malaysia.. terima kasih untuk yang menyambut Thaipusam sebab saya dapat bercuti.. :))))

Last but not least.. semoga Allah memberkati perjalanan kita semua di bumi fanaNya ini.. Amin..







Tuesday, 6 January 2015

Review OPPO N1 Mini

Salam alaik dan hoi hoi lagi..

Oppo N1 Mini. Harga dia RM1198 (harga semasa review).. biasa OPPO cenggitu la ada 8 kat belakang. Kalau Vivo 9 kat belakang. Apakah saya ketinggalan atau memang OPPO ni tak boleh kurang? Kalau boleh nego habaq na.

Kita mulakan dengan kelebihan dulu:
1. Kamera 13mp boleh rotate. Makna gambar selfie, wefie dan groufie pun lawo.
2. Design lawa. Ada kaler putih, biru dan kuning.
3. Speaker ok. Better daripada speaker Grand Prime.
4. Ada gesture motion macam2. Contoh tulis saja F untuk FB. Korang edit sendiri. Slide down atau up untuk screenshot. Tap screen 2 kali untuk onscreen. Tap 2 kali kat home untuk offscreen.. dan macam2 lagilah.
5. Batt cepat charge.
6. Quadcore.. walaupun la dah ada octacore.

Kelemahan.
1. Batt cepat kong terutama yg kaki online. Inilah kelemahan yang SANGAT KETARA LAGI KENA CAPITAL WORDS.
2. Tak ada slot untuk micro SD. Internal 16gb dan ram 2gb.
3. Android version Jelly Bean.. sampai la tak upgrade lagi.. bosan nau..

Fazura nak bagi berapa bintang ya? 1.. 2... 3.. 3 bintang!

Monday, 5 January 2015

Review Samsung Galaxy Grand Prime

Salam alaik dan hai hai..
Hari ini macek nak cerita pasal Samsung Galaxy Grand Prime. Handphone selfie daripada Samsung. Saya pendekkan cerita lah:

KELEBIHAN:
1. Kamera depan 5mp dengan beauty face memang tak payah edit Camera 360. Auto hilang jerawat :P.
2. Android version Kitkat..
3. Kamera belakang 13mp.
4. Quadcore processor.
5. Walaupun  5 inci tak gedabak, ringan dan boleh masuk poket.

KELEMAHAN:
1. Skrin TFT. Kadang2 mudah panas skrin.
2. Tak ada NFC atau LTE.
3. Tak ada notification LED. Jadi tak tau missed call atau batt full.
4. Internal storage cuma 8gb dengan RAM 1gb.
5. Bunyi speaker so so.. boleh terlepas juga call.
6. Saya selalu menghadapi masalah lag semasa guna Google dan bermain Candy Crush Saga. Tak tahulah sama ada pengguna Prime lain tak ada masalah.

Harga semasa review original RM650 fullset dengan aksesori seperti screen protector dan casing flip bag.

Nora bagi 2.5 bintang! ( Daripada 5 bintang)

Friday, 2 January 2015

Oh My AEON!

Tak tahu apa masalah AEON lately ni kerap call tanya nak bayar manual atau auto. Sebelum ni tak ada perangai macam ni. Dah tu bertalu2 call daripada nombor yang berlainan sedangkan dah potong daripada akaun bank saya. Tak sistematik ke sampai tak tau orang bayar ke tak? Kalau tak bayar lain lah cerita. Dah la dalam agreement tulis auto debit lagi mau tanya nak bayar manual ke auto. Ni siap yang kepala 04 tu siap tanya cik dah check akaun dah? Ya ampun!

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D