Masa terluang aku ada buat fan-made music video untuk YouTube especially for Resident Evil dan Akademi Fantasia.Sekarang aku tengah kumpul material untuk tribute perjuangan rakan seIslam kita di Tebing Gaza.
Semoga serba sedikit memberi kesedaran buat mereka tertentu dan juga memberi kekuatan kepada mereka.Amin.
Korang boleh search Claire79Bear under channel.Thanks.
WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?
AMAN PALESTINE
NOTHING LASTS!
Tuesday, 27 January 2009
Wednesday, 21 January 2009
MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNG
Rasanya belum lewat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah dan juga Selamat Tahun Baru.
Sudah masuk 3 minggu sessi persekolahan bermula.
Segala-galanya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.
Kali ini aku ingin mengupaskan sedikit mengenai cara ibu bapa muda zaman sekarang dalam mendidik anak-anak.
Anaklah nyawa dan intan permata.
Kitalah(ibu bapa) yang bakal menggilapkan atau menggelapkan intan permata itu.
Apa yang sebenarnya berlaku apabila anak-anak berusia 3-7 tahun biadap kepada orang yang lebih dewasa?
Kita biasanya mengatakan..”Alah,budak-budak biasalah,”
Ya,budak-budak memang tak bersalah,tetapi,ibu bapa yang dipertanggungjawabkan Allah S.W.T yang alpa di dalam hal ini.
Adakalanya mereka merasakan anak mereka lebih pandai apabila mengajuk cakap orang tua.Ada juga yang tak boleh langsung anak-anak mereka dikritik.
Hakikatnya apa yang ditonjolkan oleh anak-anak pada usia sebegitu adalah cermin sikap ibu bapa sendiri.
Jangan dikatakan alahai budak-budak..
Mengapa masih banyak lagi anak orang lain yang tidak biadap?
Mungkin kerana ibu bapa sendiri mempunyai sikap sombong dan biadap,maka,secara tidak langsung turun kepada anak-anak mereka.
Paling hairan,ada ibu bapa yang bangga dan menggalakkan anak mereka bersikap sedemikian.Sama ada berniat bergurau atau tidak,hal ini memanglah agak janggal.Misalnya:
“Pukul kepala Pak Cik Man,pukul,”
Seorang lelaki yang ingin bergurau dengan kawannya.Tetapi,baguskah sikap yang ditonjolkan itu?
Apabila perbuatan yang salah digalakkan sendiri oleh ibu bapa,secara tidak langsung,anak-anak akan membesar dengan berfikiran apa yang mereka lakukan adalah betul.
TEPUK DADA,TANYALAH SELERA..
Perlakuan anak-anak kita adalah refleksi kelemahan sikap kita.
Wallahualam.

Subscribe to:
Posts (Atom)