WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, 19 August 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al Mubarak

Setiap kali menjelang Ramadhan,aku pasti teringat puasa masa kecik-kecik dulu.Masa dapat beli ABC kat Kedai Fauzi kat Kangar.Masa Bazar Ramadhan Kangar masih di Pejabat Pos Kangar.Sebelum wujudnya Stesen Bas Kangar.Masa kecik2 dulu balik sekolah lepak bawah rumah pasal papa akan letak televisyen kat luar sebab dalam rumah panas.Dulu umah arwah chaq(atuk) aku atap zink,panasnya Ya Allah.Posa pun aku seksi bantai short.Masa sepupu sepapat aku suka men perang2 mercun hahaha.

Masuk sekolah menengah sudah berpuasa kat Kangar.Menyambut Ramadhan saja sudah cukup meriah,siap dengan banner AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK.Okey,masa ni Bazar Ramadhan dah bertukar ke Stadium Datuk Sheikh Ahmad dan Taman Sena Indah.Setiap hari sekolah kitaorang akan mengadakan tadarus Al-Quran dan jemaah Zohor sama-sama.Geng2 ‘jahat tapi baik?’ macam aku(baik juga lew kan),Kak Yan,Eida,Reen dan Tie akan ‘baik’ juga le bulan posa nih.Syaitan pun dah kena rantai kan????Hehe..

Posa kat Jalan Raja Alang pun best.Masa tuh Pre IT kat AIM.Wisma Aida hoho.Balik kelas kitaorang terus beli makan untuk buka puasa di Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang.Masa tu Rosnah Mat Aris pun der jual.Tapi tak ingat dia jual per.Aida ngan Mona pula rajin ambik bubur lambuk kat Masjid Jamek.Memandangkan kitaorang sebaya,kecuali arwah Yan yang tua setahun,chemistry tu amatlah sangat.Mel tukang suap nasi kalau memasing windu mak.Dan another frens cam Pie ngan Sab.Walaupun perhubungan tu Cuma 6 bulan tapi sentiasa dalam ingatan gitu.Macam bebudak AF ler.Dapat pulak men bunga api atas bumbung Wisma Aida tu kan.Kalaulah warden yang garang itu dapat tau.Nak dekat Syawal,kitaorang pakat dengar lagu raya ramai2..(ntah apa2).

Sebagai muslimah sesungguhnya Ramadhan ini sangat dirindui dan ditunggu-tunggu.Semoga anda sumer dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang utuh untuk melengkapkan ibadat-ibadat bonus di bulan yang mulia ini.AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK!

Thursday, 23 July 2009

Hampir Ramadhan dan Mengingati Mereka Yang Pergi

Pejam celik,pejam celik..lebih kurang sebulan lagi kita akan meyambut Ramadhan Al-Mubarak.Satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.Bulan bonus berganda daripada Yang Maha Esa,Allah S.W.T.

Baru tersedar yang ada ahli keluarga yang rapat telah jauh meninggalkan kita.Teringat arwah chaq(datuk) walaupun sudah 22 tahun meninggalkan dunia yang fana ini.Begitu juga arwah wan(datuk sebelah papa)..arwah bapa2 saudara aku yang baru meninggal dunia tahun lepas(arwah pak teh dan ayah).Semakin terasa yang setiap kali Ramadhan,ada ahli keluarga yang hilang.

Arwah chaq mengingatkan aku yang aku rajin pow duit arwah minta belikan bunga api atau mercun.Masa tu buka puasa dengan pisang goreng pun Alhamdulillah(walaupun masa kecik puasa aku tak pernah cukup..full masa darjah 6 aje..).Arwah pula memang tak berkira dengan aku.Selalu nak buka puasa mesti ada air tin Fanta Grape.Ntah apa2.

Aku tak rapat sangat dengan arwah wan,tapi tiap kali raya dia mesti pakai kain pelikat yang aku belikan untuk dia.Masa dia nazak dulu ada arwah mengadu orang pakai kain pelikat dia.Padahal dia memang tengah pakai kain pelikat yang aku bagi.Sedih kalau aku ingatkan balik.

Arwah pak teh tentulah bab sporting bab2 handphone,kucing dan recording video.Seingat aku,tak pernah aku terguris dengan kata2 dia.Tak pernah terkeluar ayat2 yang kasar atau nak buat aku marah tak tentu pasal.

Arwah ayah pula memang selalu jaga aku dari kecik.Apabila dewasa,aku ubah nak panggil arwah pak ngah.Tapi arwah pula buat muka macam tak best.Sampai ke akhir hayat aku panggil arwah tu ayah.Sehari sebelum arwah meninggal,aku ada jenguk arwah kat hospital.Arwah tiba-tiba menangis lepas kami adik-beradik salam dia.Katanya dia sedih sangat.Rupanya arwah nak pergi.

Begitu juga buat kawan2 yang sudah lama meninggalkan kita..arwah Mohd.Shahrin dan Arwah Yan(Arianty Alias).

Arwah Mohd Shahrin meninggal dunia semasa umur 14 tahun.Sempat masa form 1,arwah hantar kad raya kat aku.Secret admirer masa tu kononnya.Arwah Yan pula banyak sangat kenangan masa kat AIM.Yang baik2 aje dalam ingatan aku semuanya.

Semoga ALLAH memncucuri rahmat ke atas Allahyarham Salleh bin Chat,Allahyarham Ahmad bin Hassan,Allahyarham Othman bin Abdullah,Allahyarham Dahari bin Salleh,Allahyarham Mohd.Shahrin dan Allahyarhamah Arianty binti Alias.Semoga kesemua mereka ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah.

Sementara hidup masih ada,sayangi ibu ayah dan orang yang kita sayangi seadanya.

Entah bila pula masanya kita akan pergi dan menemui-Nya?

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D