WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!
Showing posts with label aishkimmers. Show all posts
Showing posts with label aishkimmers. Show all posts

Sunday, 12 September 2010

Luahan Hati Seorang Hamba Yang Lalai

Assalammualaikum WBT..lama rasanya tak tulis blog.Pagi ini saya menulis blog ini selepas keadaan yang amat marah dan kemudiannya tenang secara perlahan-perlahan.Saya terfikir,betapa Allah SWT itu masih sayang akan saya walaupun kadang-kadang saya lupa kepadaNya.Kadangkala saya menangis di atas tikar sejadah dan ada kalanya hamba Allah yang tak sedar dek untung ni mudah sahaja melipat sejadah selepas solat.Tapi...Dia tak pernah melupakan saya.

Iman ini ada naik dan turunnya.Terima kasih kerana mama dan papa menghantar saya belajar di SMKA.Saya ni nakal jadi mudah terbabas.Sudah tentu besar harapan orang tua saya supaya saya mampu menjaga akhlak dan akidah.Usia kadangkala bukan mematangkan tapi membuatkan saya kadangkala hanyut dengan nikmat yang Allah berikan.

Saya pernah menjauhkan diri daripada Aishkimmers dengan niat mendekatkan diri kepadaNya.Bukanlah bererti melalaikan saya tetapi ingin mendekatkan diri dengan lebih kepada Maha Pencipta.Maka penulisan saya pun lebih kepada karya seperti Khilaf Cinta.Kemudian,manusia yang mudah lupa ini menyertai pula Shahiratics.Saya sudah lupa nawaitu saya yang ingin menumpukan lebih kepadaNya.Kelalaian saya semakin bertambah-tambah.Seronok dengan duniawi semata-mata.Hinggalah Dia menghantukkan kepala saya daripada lena yang panjang.

Saya dikejutkan dengan satu perkara yang tak pernah diduga dek akal kewarasan saya.Begitu hinanya saya di pandangan mata mereka selama ini.Saya hanya manusia biasa,yang pasti semua itu berpunca daripada saya sendiri.Saya tak layak menyalahkan manusia yang lain.Sedangkan Dia tidak pernah membezakan hambaNya,daripada bilal yang melaung azan yang merdu sehinggalah pembunuh yang mengelar leher ayahnya sendiri.Dia sentiasa membuka pintu keampunan.Jadi,apalah saya untuk menghukum manusia?Pusing-pusing balik saya pun tidak sesempurna mana.

Apa yang dapat saya simpulkan,saya yang sedikit hanyut dengan duniawi kembali.Dia yang Maha Penyayang menyedarkan saya semula.Saya menangis apabila disalah anggap dan dipandang hina atas sebab yang memang tak patut dihina.Tetapi saya lebih hina apabila melewatkan solat kerana asyik melayari Facebook atau meluangkan masa untuk hiburan semata-mata.Apa yang berlaku ada hikmahnya.Sejauh mana keimanan ini dapat bertahan,mohon zikrullah setiap masa(satu amalan yang saya sudah lupa 2,3 menjak ini..).

Begitulah manusia,sudah terhantuk baru mengadah.Baru ingat panas api neraka.Baru ingat dunia ini cuma fana.Baru ingat hanya Dia yang tidak pernah menyalahertikan saya..hambaNya yang tak pernah cukup amalan..........

اِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهْلاَ وَلاَ اَقْوَى عَلَى النَّارِِ الْجَحِيْمِ الله فَهَبْ ِلى تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِِِي فَاءِنَّاكَ غَافِرِ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Tuhanku, aku tak layak masuk syurga Mu. Namun tak upaya menghadapi api neraka Mu. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hambamu.

Friday, 22 January 2010

DOA PERPISAHAN

Doa Perpisahan merupakan sebuah lagu nasyid lama daripada An-Naurah.Lagu ini juga pernah dinyanyikan semula oleh kumpulan Brothers dan In Team.
Terharu dan sedih melihat mesej2 Aishkimmers di blog Aishkim.Walaupun KC bukan admin blog bukan bererti KC bukan lagi sahabat Aishkimmers.Kita hanya berpisah di Aishkim.Kita masih boleh bertaulan lagi di Facebook atau di mana2.
Seperti yang KC janjikan kepada Nadia,KC akan cuba kirimkan cerpen Aishkim andai KC ada masa.KC akan cuba habiskan Khilaf Cinta di blog ini.Kenapa KC tinggalkan blog?Komitmen salah satunya,kesian Nadia yang berusaha untuk memberi berita terkini untuk Aishkimmers,KC pula tenggelam timbul.
Namun terutamanya,sebagai Hamba Allah KC cuba berhijrah.Cuba..dan sentiasa mendoakan cubaan ini berjaya.Jangan risau,saya masih Kak Claire yang anda kenali dulu..cuma hayatilah lirik lagu ini.KC tujukan khas untuk Aishkimmers yang disayangi..

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yg terjadi
Dugaan yg menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua..

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu

Mencari HIDAYAH daripadaMu
Dalam mendidikkan KESABARANku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini..

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yg terjadi
Dugaan yg menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua..

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu

Senyuman yg tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yg terjadi
Dugaan yg menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua..

Senyuman yg tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D