WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Monday, 13 May 2013

Review: Samsung Galaxy Note 2 N7100 Pink Edition

Salam alaik.. hellooo :) lama Kak Esah tak membebel di dada blog ini. Okay, finally.. dalam bulan lepas saya telah mendapatkan Samsung Galaxy Note 2 N7100 edisi PINK. Memandangkan saya ini peminat warna PINK maka saya korbankan Sony Xperia TX James Bond untuk Note 2 PINK. Bukan AP tapi warranty SME. Bagus juga Samsung sudah mula memahami pasaran Malaysia yang suka edisi kawaii serta gwiyomi ni. Samsung juga baru-baru ini mengedarkan edisi warna RUBY WINE. Setakat blog ini ditaip edisi itu belum dikeluarkan oleh SME, AP set ya.

Sekali lagi saya mengusulkan anda untuk membeli handphone di kiosk banner NOKIA di Tesco Manjung. Harganya sangat berpatutan RM1850 dengan gift casing bag, screen protector dan muat turun aplikasi (untuk yang malas muat turun dari Playstore). Di kedai rasmi Samsung mereka menawarkan handphone sahaja tanpa gift dalam harga RM1790. Kalau nak casing bag dan screen protector sudah jadi RM1900. Kalau anda jenis tak kisah dapat handphone saja boleh saja membeli di outlet rasmi Samsung Tesco Manjung.(for Perakian)

Okay saya cerita serba sedikit pasal Note 2 ini daripada pandangan pengguna biasa. Processor quadcore sangat memuaskan kerana handphone saya belum pernah hang lagi. Seperti S3 terdapat smart stay,kamera belakang 8MP, kamera belakang 1.9 MP, LED (handphone Samsung yang LED setakat ini cuma S3 dan Note 2). S Pen lebih lancar dan sensitif dari Note 1 N7000. Tulisan memang tak ada beza dan melukis pun smooth je.

Bateri? Alhamdulillah dengan 3100Mh tahan lebih lama. Kalau saya cas penuh dengan penggunaan maksimum internet untuk Facebook dan Whatsapp boleh tahan sehari lebih. Kalau kuat main game memang kena cas sehari. Android versi Jellybean.

Ramai kawan saya suka Martian Pink yang lembut ni tetapi secara peribadi saya lebih cantik PINK N7000 yang lebih garang. Berbanding dengan Samsung Galaxy S3, Note 2 lebih berbaloi untuk dimiliki. Saya bagi 4.5/5 lah. Dapatkanlah segera kerana harga memang turun selepas kedatangan Samsung Galaxy S4. Satu yang saya suka mengenai Samsung ialah setiap kali datangnya generasi baru S atau Note, Samsung akan upgrade yang luarbiasa, contohnya gesture dan kamera depan belakang boleh ambil gambar serentak dalam S4. Sesuatu yang tiada pada jenama lain. Memandangkan hari itu saya pernah pakai Sony Xperia TX, nanti saya citer apa masalahnya Sony walaupun kacak :)
Bahagian depan

Bahagian belakang

Dalam pun pink

Ini Samsung Galaxy Note 1 N7000 edisi PINK.. saya lebih suka PINK ini

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D