Salam alaik,
Minggu ini memang kerja sangat banyak sampai tak cukup tangan. Kalau sotong mungkin cepat siap sebab tangan banyak. Hehe..
Selain melengkapkan fail panitia, saya dan kawan-kawan perlu juga melengkapkan Fail Portfolio Guru, Fail LINUS, Fail PROTIM, Fail iThink, Fail Kelab (bukan kelab malam mahupun kelab golf..) dan yang lain mengikut panitia masing-masing. Dokumentasi ini semua perlu dilengkapkan sebagai menyambut ketibaan pegawa-pegawai JPN atau lebih hebat lagi, Kementerian?
Selama ini sibuk dengan PdP (pengajaran dan pembelajaran) maka adalah dokumentasi yang terlepas pandang. Itulah guru, merangkap juga seorang kerani, pengasuh, jururawat (masa anak murid jatuh tergolek dan lutut berdarah maka sapu antiseptik), jaga (Program Guru Penyayang menyambut di pagar sekolah), penyambut tetamu, Crime Scene Investigator (siasat anak murid siapa tumbuk siapa dulu?:p) dan paling penting seorang ibu atau bapa. Alhamdulillah, kalau dahulu saya baran nian, tapi ingat kerja kerana Allah, ingat kerja sebagai seorang mualimah, dia macam rasa marah pun cepat sejuk.
Alhamdulillah, rangka tugasan Sosiolinguistik telah disahkan berkualiti oleh pensyarah. Isi dah ada, cuma perlu diolah sahaja.
Minggu ini memang sibuk, rasa macam tak boleh nak balik Perlis. Tapi handphone adik pula memang sah dihilangkan dealer Samsung Aloq Staq. Kasihan kat adik. Mereka berjanji nak tukar dengan handphone second hand.. patutkah?? Saya sudah pun menghubungi Samsung Centre di KL, mereka sudah ambil komen dan maklumat daripada saya. Tapi sampai hari ini belum ada apa-apa tindakan. Leceh sebenarnya nak bawa sampai ke Tribunal Pengguna. Tapi agak-agaklah sampai telefon Samsung yang dihantar untuk diperbaiki boleh dihilangkan. Sekalipun pekerjanya yang pecah amanah, patut lebih bertanggungjawab. Saya beri masa kepada mereka sampai Jumaat ini, mohon doa agar semua berjalan lancar.
Banyak dugaan.. Allah cuma memberi ujian setakat yang kita mampu. Ingat Allah selalu, insyaAllah ujian itu menjadi sedikit ringan. Apatah lagi ada orang yang lebih berat ujian yang ditimpa terhadapnya.
No comments:
Post a Comment