WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday, 18 December 2011

Bil Celcom Exec 50 Plus M Advance 58 PERTAMA

Salam dan hai..hari itu saya agak ternganga menerima bil PERTAMA Exec 50+Data 58 saya.Penting juga untuk anda yang baru nak mencuba Celcom.Jangan jadi seperi saya yang tak research dahulu.Nak tau apa cerita?Jom!

Urusan convert line dari DIGI ke Celcom berlangsung di cawangan Celcom SEJAGAT INDAH di Kangar,Perlis.Pegawai Celcom yang berurusan dengan saya namanya Cik Jarina.Sebelum ini saudari tersebut cuma menerangkan fixed bil yang saya perlu bayar cuma RM108 setiap bulan.Malah dia juga meminta saya tidak menggunakan Exec 20 kerana katanya rugi.RM20 baru sewa belum dicampur dengan berapa sms dan call yang saya guna.

Saya pun tanya ada apa-apa yang perlu dibayar tak?Mulanya katanya tidak namun dia meminta saya membayar RM58(pada 30/11/2011)untuk m Advance saya(3GB untuk RM58).Jadi saya pun berfikir,okay sekurang-kurangnya bulan ini saya akan bayar RM50(Untuk penggunaan call dan SMS yang tak sampai RM50 pun sebenarnya).

"Bayaran lain,cik?"
"Tak ada,itu sahaja."

Akhirnya sampai bil terus rahang jatuh ke bawah macam Spongebob.Rupanya saya tetap dikenakan bayaran data RM58,yang saya bayar cuma up front yang tak diterangkan Cik Jarina itu(sekali seumur hidup katanya di dalam bil).Juga duti setem yang tak diterangkan oleh cik puan itu sebanyak RM10.

Pasal pro rate itu saya call customer service dan itu katanya bayaran sebelum bil dikemukakan(grrrr...apa salahnya start terus dari saya guna khidmat talian mereka macam DIGI?).Memandangkan saya terlewat menukar bil online maka kena RM3 untuk kertas bil dan pro rate lagi RM1.30.Si Pegawai Khidmat Pelanggan tu barulah menerangkan semua bil yang saya tak tahu itu.Saya pun beritahu beliau yang pegawai anda juz menerangkan fixed price RM108 dan tidak menerangkan yang advanced RM58 yang saya bayar untuk upfront M Advance.Apa benda pro rate,duti setem atau hidden charges lain untuk bil pertama langsung tak berbunyi.Si Pegawai Khidmat Pelanggan itu berjanji yang bil kedua saya akan OK macam biasa.

Panggilan dan SMS saya tak sampai RM10 pun.Tapi itu no komen la sebab saya tengah bercuti.Takut nanti dah balik Perak call mama dan piya sudah lebih RM50.Kita tengok nanti kalau sampai bil kedua pun macam tu saya tukar juga Exec 20.Yang best cukai kerajaan RM4.31.

Setelah ditolak rebate segala bayaran dikenakan saya RM169.31 dan oleh sebab saya dah bayar advance RM58 maka bayaran bulan ini RM111.30.Amik kau...

Sebelum ini saya gunakan DIGI SMART PLAN.Memandangkan signal DIGI di Perlis teruk terpaksa saya bertukar kepada Celcom.Saya bayar advance DIGI RM68 dan bil yang datang cuma bil yang saya gunakan.Kalaulah DIGI membuat liputan menyeluruh..memang sudah bye bye Celcom dan Maxis letak dalam tong sampah.

Buat masa ini bak kata Mila Amylia dalam novel dan filem 'Ombak Rindu'..REDHA ITU RELA DAN PASRAH ITU MENYERAH.

Saya PASRAH je..huk huk

Bill Date 13/12/2011
Package Celcom Exec 50

Payment Detail Date
Amount(RM)
Cash Payment 30/11/2011
=-58.00

One Time Charges
Amount(RM)
Stamp=10.00
mAdvance Upfront Charges=58.00
=68.00

Monthly Charges(From Date To Date)
Amount(RM)
Itemised Bil(13/12/2011-12/01/2012)=3.00
Itemised Bill-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=1.30
Call Waiting/Hold(13/12/2011-12/01/2012)=-0.00
Call Waiting/Hold-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
CLIP(13/12/2011-12/01/2012)=0.00
CLIP-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
Telemanager Basic(13/12/2011-12/01/2012)=0.00
Telemanager Basic-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=0.00
Monthly Fee(13/12/2011-12/01/2012)=50.00
Monthly Fee-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=21.67
Celcom Broadband mAdvance(13/12/2011-12/01/2012)=58.00
Celcom Broadband mAdvance-Prorate(30/11/2011-12/12/2011)=25.13

TOTAL:159.10


Chargeable Usage
Amount(RM)
Local Calls=3.01
Domestic SMS - Send=2.76
1300 Calls=1.05
SMS Content Services - Sent=0.15

TOTAL=6.97

Discounts & Rebates
Amount(RM)
Itemised Bill Discount=-4.10
Usage/Call Charges-Waived=-6.97
mAdvance Rebate (1 Month)
-58.00
-69.07

6% Service Tax
Amount(RM)
Monthly Charges=4.31

Current Charges
169.31<------lalalalalalalalalala..:p

Moral cerita jangan percaya cakap mana-mana kakitangan telco mana-mana pun atau syarikat mana-mana pun.Buat Research dahulu.Sekian,terima kasih.SEMOGA PEKERJAAN DAN REZEKI GAJI ANDA DIBERKATI ILAHI...:)

8 comments:

sadeed86 said...

Yg pelik tuh amende tu Pro-Rate? Yg ak phm bulanan exec 50 RM50 + broadband mAdvance RM58 = RM108. Yg upfront payment tuk mAdvance tu bese la kire mcm deposit gak. Tp ape mnde tuh caj pro-rate? Melayu ckp pro-rata?

Bidasari said...

Celcom ada tarikh dia sendiri untuk buka bil.mcm bil ats tarikh buka bil 13hb stiap bulan.saya dftar 30hb so msti la pkai 30hb kn?utk first bill celcom akn kira yg 30hb smpai 12hb.trmasuk pro rate kertas bil n segala.ni yg dia x crita msa awal dftar.tp pro rate ni juz for first bill.

sham said...

aku pon kene bende yg same.. actually aku da 3 tahon pkai pelan celcom exec 50. bln lepas aku upgrade pelan internet 1GB - rm38. baru2 ni bil sampai. terkejut tgk charge rm180.. check2 rupe nyer ader charge prorate.. (monthly fee : rm50 / monthly fee prorate : rm50 / broadband mbasic : rm38 / broadband mbasic prorate : rm38 / Total :rm+-180) mase kat kaunter aku tnye byk kali, konfiden jer staff tuh kate takde charge pape. ape ar celcom nih..

Faye said...

tertgk blog u kat google masa aku search pasal celcom.
Thanks for telling the world this, in fact, i got same situation as well masa aku sign plan dgn U mobile! Damn it!

Sales / Promoter U mobile itu kata aku saje bayar 48/month untuk broadband dia, tapi masa bill aku sampai, dorang caj aku rm135!
gile!

Cikgu Dahlia said...

Tgh google pasal Pro Rate...
bengang dengan bil.. huhuh
esok nk pergi menuntu keadilan...

Unknown said...

Pro rate maksudnya jumlah penggunaan yg xsampai sebulan. Contohnya, charge bulanan rm58, tapi masa kita daftar 2, baki hari untuk bln tu ada lg 15 hari. So xkan kita nk bayar utk sebulan jgak kan. So dia org kenakan pro rate la. Maksudnya, utk bln 2 kita just bayar utk penggunaan 15 hari tu je.. That means rm29 la. Yg kita bayar advance rm58 tu adalah utk bulan seterusnya. Kebanyakan service yg ada skrg adalah berdasarkan konsep bayar dulu baru guna. In other word, kalau tarikh bil tu 2hb mac, maksudnya rm58 yg kita bayar bln mac tu adalah utk penggunaan dari 2 mac sampai 1 april. Bil yg kita bayar tu bknnya utk bulan yg lps. Ttg setem duti.. Semua pendaftaran baru mesti ada charge pemprosesan.. Bukan just celcom je, even nk daftar PTPTN pun ada setem duti. Yg tu semua org tau.. Kalau xtau tu, hrp2 lps ni tau la. Berkaitan pemilihan pakej, even kalau promoter tu ckp rugi kalau guna exec20, itu mmg keja dia utk memberi penerangan dan ttg rugi tu adalah pendapat peribadi dia. Keputusan utk memilih adalah di tangan anda sendiri. Kalau anda pilih utk ikut pendapat dia, itu pilihan anda.. Then lps daripada tu kalau anda rasa menyesal sbb ikut ckp dia, kesalahan itu tidak boleh diletakkan kpd promoter tu sbb anda yg membuat pilihan..

Bidasari said...
This comment has been removed by the author.
Bidasari said...

Salam alaik mohd nazman,terima kasih utk penerangan panjang lebar.kisah entry ni untuk first celcom customer dan pro rate.tak ada pun sebut menyesal tak pilih exec20.utk makluman,semasa memakai digi line saya mula dicaj pada hari mula saya guna bermakna kalau saya guna 23hb akan dikira bil 23hb(terma ketika itu).tak tahulah terma digi sekarang.saya pergi ke celcom dan bukan jumpa mana2 promoter.kisah di sini,bila telefon celcom centre baru customer service tu menceritakan keseluruhan.seperti saya maklum bil pertama digi saya memang hanya bil yg saya gunakan.apa yang staff digi tu terang memang sama dengan bil.duti setem saya dibayar masa mula pendaftaran.penerangan yang telus dan jelas.ptpn memang la kena duti setem nak buat pinjaman n perjanjian.itu saja.:) salam alaik

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D