Sudah 2 tahun saya melalui Disember yang pahit.Sebagai manusia biasa saya mengeluh.Sebagai Hamba Allah saya cuba memohon kekuatan.Benarlah kata arwah chaq(atok) saya dulu.. “Jangan suka sangat,suka jawapnya duka..,”
Saya sebolehnya tidak mahu mencari musuh.Namun harus saya akui kadangkala tak semua orang dapat memproses apa yang dipertuturkan atau ditaipkan saya.Saya selalu menghadapi masalah disalah ertikan pertuturan atau kata-kata.Saya perlu berhati-hati apabila bertutur atau menintakan kata-kata kelak.Nak mengatakan TIDAK pun sukar.Akhirnya saya terjerumus dengan masalah ‘janji atau tidak janji’.
Ramai rakan-rakan melabelkan raut wajah saya dalam kategori baik dan kesian.Perubahan perlu dilakukan agar situasinya kelak tugas saya bukan hanya untuk memuaskan hati pihak lain terlebih dahulu.Adakalanya saya ikhlas dan redha dengan situasi itu dan adakalanya saya Cuma pasrah untuk mengelak keadaan menjadi parah.Namun daripada pasrah itu akibatnya hati saya yang tidak tenteram kerana terlalu memendam.
Serius?Mungkin masanya saya patut serius.Tahun hadapan saya bakal menjangkau 33 tahun.Sudah terlewat untuk saya tidak serius dalam mengharungi hidup dan akhirat.Asyik suka-suka sampai bila kan?
Saya terpanggil untuk serius dalam kehidupan semenjak melihat sahabat sekolah rendah saya,Puan Raudzah Mat Rejab seorang peguam syarie yang memenangi kes berprofil tinggi ‘RM 999,999.99’ Puteri Netty Izma(sila rujuk Google atau arkib Utusan Malaysia).Saya dan Che Di(nama panggilan)sama-sama saja buat nakal semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Paya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(P)Kangar.Bagaimanapun dewasa ini beliau sudah meninggalkan saya jauh ke belakang dalam mencapai matlamat hidup di alam fana ini.Bukan sahaja beliau malah rakan-rakan lain yang pernah berada di kedudukan di bawah saya dalam akademik pun.
Allah menguji saya dengan seronok dalam dunia sehingga membuat saya lupa untuk berbakti kepada dunia.InsyaAllah semoga tahun hadapan dan tahun berikutnya saya akan tutup Disember dengan senyuman…
Doakan saya dapat menyambung pengajian Ijazah dalam program pensiswazahan guru pada tahun hadapan.Doakan juga semoga manuskrip pertama saya yang sudah diubahsuai diterima syarikat penerbitan.Saya sudah berusaha yang tinggal hanya doa dan izin Allah SWT.Jika tiada rezeki,walaupun kecewa bermakna Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya.
Minggu ini kakitangan awam bersyukur menerima bonus setengah bulan gaji.Para penjawat awam juga akan memilih sama ada setia dengan SSM atau SPBA.Andai merasakan ingin terus berbakti di muka bumi Allah ini makan terimalah pencen 60 tahun di bawah SPBA.
Allah berikan kekuatan untuk saya meneruskan perjalan hidup pada masa ini dan pada masa akan datang.Berikan senyuman kerana selain sedekah ia juga terapi buat rohani diri :)
No comments:
Post a Comment