WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday, 22 November 2013

Bersemadilah Ammar Dengan Damai

Assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh
Dengan asma Allah Yang Maha Penyayang Lagi Pengampun.. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Sudah banyak blog, Facebook dan YouTube yang memaparkan kisah Allahyarham Ahmad Ammar Azam. Ammar ialah anak lelaki tunggal kepada Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. Ammar baru berusia 20 tahun. Seorang bekas pelajar Maktab Tentera Darat yang melanjutkan pelajaran di Instanbul. Ammar seringkali terlibat dengan kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan termasuk sebagai sukarelawan gejolak Syria. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah betapa kerdilnya saya dibandingkan Ammar.

Ammar meninggal dunia pada malam 3 November 2013 kerana dilanggar ambulans ketika menyeberang jalan. Sepertimana yang dipaparkan di laman web dan akhbar Kosmo (hari ini baru dikeluarkan..) esoknya, Datuk Bandar Instanbul memberikan keistimewaan kepada Ammar untuk dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan yang telah menyemadikan 60 sahabat nabi, ada manik peluh di dahi Ammar yang terbaring kaku, ulama terkenal Turki yang mengimamkan solat jenazah hamba Allah ini dan berebut-rebut manusia ingin mengangkat jenazah Ammar. Awal minggu yang lalu saya menonton video pengebumian Ammar di YouTube dengan genangan air mata. Gentar dan takjub melihat Adik Ammar dimuliakan.

" Mama, tengok ni video pengebumian Ammar.. ammar hanya seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kemanusiannya.. baik pekerti kata kawan-kawan dia. Dan pengakhirannya di bumi, dia dibagi keistimewaan menjadi antara tetamu Saidina Abu Ayyub Al-Ansari,"

" Macam mana kematian kita na?"

Mungkin ramai daripada kita yang berbuat kebaikan demi kemanusian dan agama.. namun berapa ramai daripada kita yang lurus niatnya seperti Ammar?

Air mata yang bergenang di kelopak mata perlahan-lahan mengalir ke pipi.

Allah, besarnya nikmat yang Kau tumpahkan kepadaAhmad Ammar Ahmad Azam.. bersemadilah dengan damai di sana. Kita betulkan langkah dan niat.. kerana kematian husnul khotimah masih jauh untuk kita capai...

Perbualan terakhir Ammar dengan kakaknya Nabila Azam. Credit: OHARTIS

Monday, 18 November 2013

Dewi Remaja Hero Remaja

Salam alaik yeay selamat bercuti sekolah anak murid dan cikgu! Selesai post mortem UPSR 2013 dan analisa target UPSR 2014, saya pun hari ni baru balik Perlih.

Tetiba saja tajuk di atas melintasi minda masa melihat majalah Remaja di rak buku sebuah toko buku. Dekat 13 tahun tak baca Remaja haha.. tapi tak dapat dinafikan Remaja antara bahan bacaan suatu masa dahulu.. hehe

Sebut pasal Dewi Remaja, abang sepupu saya yang asyik menyebut nama Tengku Anis dan Aleeza Kassim sebagai sangat 'hot'.. masa tu sekolah rendah lagi. Tapi melihat wajah Tengku Anis di majalah milik abang sepupu tu, Dewi Remaja yang pertama tu memang lawa.

Masa form1 baru beli sendiri. Masa tu Jasmine Deo pemenang. Peserta2 yang lain termasuklah Umie Aida (guna nama Ermie Zura), Kuza, Didie Alias dan Jasmin Hamid. Tak berapa lama baru datang geng2 sebaya saya seperti Wardina Saffiyah dan pemenang Juliana Banos. Zaman tu Rita Rudaini pun join. Rita ni kawan kakak sepupu masa SK Putra, pernah la tengok masa zaman budak2 kat Kelab Buku, library awam. First time nampak Rita kat cover macam eh eh dia ni haha..

Zaman Scha Al-Yahya, Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir ni sangat baru la. Bagi saya Tengku Anis tetap paling santek hehe..

Pasal Hero Remaja pula masa Esma Danial menang tahun 1991. Memang cute Esma masa tu. Second place, Badrul Muhayat n third, Azhar Sulaiman. Early 90s memang famous 3 orang tu selain Sofea Jane dan Julia Rais. Sebelum kemunculan Awie, Erra n Ziana. Lepas tu ada ingat Ashraff Sinclair, Norman Hakim, Kamal Adli masuk Hero Remaja ni. Yang baru2 ni tak pasti.

Just throwback. Esma tak banyak berubah tapi Azhar.. oh di mana wajah cute Brylcream itu?..

Thursday, 14 November 2013

UPSR! UPSR!

Assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Alhamdulillah result UPSR sudah keluar. Untuk sekolah saya, keadaan agak kurang baik dari segi kualiti semua A. Namun thank you Allah, peratus kelulusan Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan satu-satunya matapelajaran yang meningkat.. dan tidak menjadi punca anak2 terjejas kualiti A.. berkat usaha anak2 dan izin Allah!

Bahasa Melayu Pemahaman 58.1% berbanding tahun lepas 54.7%. Bahasa Melayu Penulisan pula 66.1% berbanding tahun lepas 61.3%. Memang mendebarkan sebab ini kali pertama saya mengajar kelas UPSR.

Memandangkan saya mengajar kelas terakhir, situasinya seperti drama Jepun GTO (Great Teacher Onizuka) ^_^...daripada PKSR2 tahun lepas hanya 3 orang saja yang lulus dengan markah B dan C dari 28 orang murid, Alhamdulillah untuk UPSR, 5 orang lulus untuk Pemahaman dan 8 orang untuk Penulisan dengan ada yang mencapai A.

Bunyinya memang sikit, namun pada saya.. ia satu ganjaran istimewa dengan segala sepak terajang yang saya hadapi dari segi masalah peribadi.. sakit kepala setiap kali memaksa mereka mendisiplinkan diri.. menyiapkan kerja rumah.. memaksa mereka datang tuisyen lebih masa sebulan sebelum UPSR.. semuanya berbayar hatta yang meningkat dari E ke D.

Kecemerlangan ialah bonus.. ilmu yang mereka dapat itu adalah kejayaan sebenar. Semoga mereka dapat memanfaatkan dengan baik.

Tahniah juga untuk kelas elit yang diajar oleh rakan saya. Anda semua sudah berusaha sambil diheret cikgu2 :D

Memang saya skema hari ini! :P

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D