Dengan asma Allah Yang Maha Penyayang Lagi Pengampun.. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..
Sudah banyak blog, Facebook dan YouTube yang memaparkan kisah Allahyarham Ahmad Ammar Azam. Ammar ialah anak lelaki tunggal kepada Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. Ammar baru berusia 20 tahun. Seorang bekas pelajar Maktab Tentera Darat yang melanjutkan pelajaran di Instanbul. Ammar seringkali terlibat dengan kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan termasuk sebagai sukarelawan gejolak Syria. Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah betapa kerdilnya saya dibandingkan Ammar.
Ammar meninggal dunia pada malam 3 November 2013 kerana dilanggar ambulans ketika menyeberang jalan. Sepertimana yang dipaparkan di laman web dan akhbar Kosmo (hari ini baru dikeluarkan..) esoknya, Datuk Bandar Instanbul memberikan keistimewaan kepada Ammar untuk dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan yang telah menyemadikan 60 sahabat nabi, ada manik peluh di dahi Ammar yang terbaring kaku, ulama terkenal Turki yang mengimamkan solat jenazah hamba Allah ini dan berebut-rebut manusia ingin mengangkat jenazah Ammar. Awal minggu yang lalu saya menonton video pengebumian Ammar di YouTube dengan genangan air mata. Gentar dan takjub melihat Adik Ammar dimuliakan.
" Mama, tengok ni video pengebumian Ammar.. ammar hanya seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kemanusiannya.. baik pekerti kata kawan-kawan dia. Dan pengakhirannya di bumi, dia dibagi keistimewaan menjadi antara tetamu Saidina Abu Ayyub Al-Ansari,"
" Macam mana kematian kita na?"
Mungkin ramai daripada kita yang berbuat kebaikan demi kemanusian dan agama.. namun berapa ramai daripada kita yang lurus niatnya seperti Ammar?
Air mata yang bergenang di kelopak mata perlahan-lahan mengalir ke pipi.
Allah, besarnya nikmat yang Kau tumpahkan kepadaAhmad Ammar Ahmad Azam.. bersemadilah dengan damai di sana. Kita betulkan langkah dan niat.. kerana kematian husnul khotimah masih jauh untuk kita capai...
Perbualan terakhir Ammar dengan kakaknya Nabila Azam. Credit: OHARTIS |
No comments:
Post a Comment