WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Sunday, 20 May 2012

Hobi Bajet Besar: Sekadar Hobi Atau 'Show Off'?

Salam alaik dan hai..lama tak lemaskini blog. Alhamdulillah semua tugasan untuk semester 1 berjaya dilangsaikan. Markah terpulang kepada tuan pensyarah yang bijaksana. Nanti saya cerita pasal tugasan.

Saya nak cerita pasal hobi. Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya, apa hobi kamu? Kita biasanya menjawab hobi-hobi dalam buku teks seperti membaca buku, mendengar radio, menonton televisyen, menunggang basikal, mengumpul setem dan bla bla. Biasanya bila meningkat dewasa, hobi kita sudah lain. Walaupun dah dewasa masih ada lelaki yang suka mengumpul koleksi permainan yang mahal-mahal. Ada yang suka mengumpul jam tangan. Sebut pasal hobi yang memerlukan bajet lebih ini biasanya akan dicop sebagai 'show off' (menunjuk).

Pernah tak anda yang suka kereta setiap kali memasang 'sport rim' atau menukar stereng dianggap menunjuk oleh teman-teman? Atau yang suka membeli barang kemas dan minyak wangi? Atau dalam konteks saya, gajet.

Baru-baru ini rakan yang suka mengumpul minyak wangi terpaksa menunjukkan koleksinya di bahagian dapur bilik guru kerana bimbang disindir menunjuk. Dua orang rakan yang baru membeli Ipad pun sembunyi-sembunyi menggunakan teknologi Steve Jobs itu. Ini semua kerana pemikiran dangkal sesetengah pihak yang menganggap 'show off'.

Banyak bezanya antara keterujaan dan menunjuk. Yang mana menunjuk?

Saya ada seorang sahabat yang suka bercerita mengenai hobi melancongnya. Sekejap di London, sekejap di New York. Mungkin kerana dia suka menyebut harga pelancongannya dia dianggap menunjuk. Ya itu memang menunjuk. Sebut harga memang 'show off'. Tambah disebut dengan penuh keyakinan. Hehe..
Saya dan beberapa orang rakan sekerja mempunyai hobi gajet, minyak wangi dan perfume. Bagaimanapun kami mengelak menyebut harga di hadapan orang lain. Mujur hobi murah jugak. Kalau minat mengumpul kereta?Tu dia.

Tak kurang juga yang membebel membazir. Untuk orang begini ingin saya nasihatkan, tak perlulah membebel untuk orang lain selagi mereka tidak meminjam wang anda. Kedua, selagi tidak mengganggu kerja. Ketiga, selagi hobinya bukan mudarat seperti mengumpul mangsa bunuh. Orang sebegini bukan sahaja tidak memahami hobi seseorang malahan kategori sakit hati tengok hobi yang agak urban. Urban tak urban pun, orang yang suka mengumpul setem dan matawang asing pun mengeluarkan bajet yang lebih. Tapi benda dah suka memang tak lokek.

Contohnya macam di bilik guru, hobi yang kurang mendapat kritikan ialah membeli 'tupperware', membeli buku resepi masakan, membeli 'handbag' Louis Vuitton keluaran Petaling Street dan kasut tinggi Polo Swiss di Billion, Manjung. Bagaimanapun di SJKC, hobi yang mahal seperti melancong ke China, Russia, Hong Kong dan sebagainya masih diterima dan mendapat sokongan padu. HAHA. Adoi! Itulah manusia kan, kalau sudah perkara yang disukai.

Obses terhadap sesuatu benda itu menyebabkan kita sering bercerita dengan teruja tanpa menyedari impaknya dari pandangan orang lain. Jadi, kawallah sikit. Atau cerita saja pada ibu..:p..pernah saya buat benda yang sama. Menceritakan telefon bimbit keluaran terbaru atau psp yang baru dibeli. Mama dengar saja tanpa komen. Tapi kalau saya kekeringan wang barulah mama memberi pandangan dengan lemah lembut dan sopan: Lain kali beli barang kemas macam mama, harga pun tinggi kalau gadai dan jual balik..bukan macam gajet jual balik rugi..:p

Selagi hobi itu memberi faedah dari segi ilmu dan kesihatan..teruskanlah. Kita tidak dilahirkan untuk memuaskan hati setiap insan. Jika mereka masih terus bercerita biarkan mereka bercerita di belakang kita. Di situlah kedudukan orang yang sentiasa tidak puas hati dengan orang lain. Di belakang orang menerima kentut. :)

Friday, 20 April 2012

Oh de Bono!

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera..wahhh sudah baru design nak post blog. Hairan teman sebab lama tak masuk. Minggu ni hectic dengan TID, LINUS dan assigment Edward de Bono dan Kenegaraan Malaysia. Wahhhhh penat..dan alhamdulillah dah settle :D

Memang zero pasal de Bono pada mulanya. Minta tolong sheshaper pun tak nak tolong..termasuklah yang dapat anugerah ala dekan..jadi terpaksa cari masa untuk tahu apa itu Program Pemikiran CoRT. Maklumlah mahasistua sedikit kekura. Menggunakan alat berfikir CoRT FIP(First, Important, Priorities) saya pun amik yang important juga..hikhik..

Akhir kalam, sayanglah orang yang sayang kita bukan orang yang kita sayang..sekian :D..(nak tidur esok kuliah lagi..-_-)

Friday, 23 March 2012

24 Jam Satu Minggu Yang Sibuk

Alhamdulillah dah siap..bila laminate cantik2 sayang pulak nak hantar kat lecturer..huhu

Salam alaik dan salam sejahtera,
Lama tak kemaskini blog.Tahun ni bertambah sibuk kerana saya menyambung pengajian di bawah Program Pensiswazahan Guru.Mahasistua :P..Alhamdulillah,ralat tak dapat masuk UITM lepas SPM dulu tercapai 15 tahun kemudian di UPM.Dulu dapat offer Matrikulasi Sains Perpustakaan(sekarang Sains Maklumat) tetapi tak ada rezeki sebab masa tu tak dapat kediaman di Shah Alam.Jadi saya sambung kejap tingkatan enam di Sekolah Menengah Putra sebelum buang masa di Pra IT Akademi Infotech Mara.Sebab apa buang masa?Sebab saya tak minat Maths,ambil IT memang haru ler..

Beberapa orang rakan semasa di sekolah menengah dulu taklah sehebat mana tapi berkat usaha dan doa sudah menjadi hebat.Saya ni memang malas.Bak kata orang,orang yang berbakat tetapi malas akan dipintas oleh orang yang kurang berbakat tapi rajin.Jadi buanglah sifat yang negatif tu.(Bebel lagi..)

Membahagi masa antara kerja dan belajar memang memenatkan.Sebelum cuti sekolah bulan Mac yang lepas saya kena demam teruk.Jangkitan kuman dalam darah.Masa tu juga saya terpaksa menghadiri kursus pengadil bola jaring,bikin soalan Ujian 1,pergi kuliah kali pertama dan kena selesaikan kerja kursus yang pertama.Demam sampai 2 minggu.Saya sepatutnya menyiapkan kerja kursus semasa cuti tapi sebab demam saya hanya sempat menyiapkan cerita(tugasannya buku cerita).Allah nak uji hamba yang lalai ni.

Akhirnya pukul 6.30 petang tadi baru selesai.Esok kena hantar.Tapi saya belum selesaikan lagi tugasan kedua(berpasangan)..man man..

Segi emosi ada juga naik turun.Masa tak betul memang rasa sakit jiwa.Tapi saya cuba tak layan.Hidup ni ada atas dan bawah.Bila berada di bawah pandai-pandai la naik sendiri.Ada hari orang suka kita dan ada hari orang menyampah.Jadi terimalah seadanya..

Selagi keluarga masih sayang..Alhamdulillah...yang pasti Allah juga yang sentiasa membuka ruang untuk kita..

Oh tadi depan mata tengok orang jual dadah dengan selamba.Tak tahulah ganja ke apa.Yang menjualnya lelaki India dan yang membeli lelaki Cina.Kebetulan semasa atas teksi.Uncle teksi pun geleng-geleng kepala.Dahsyat juga Ayer Tawar ni,urusniaga dadah tepi jalan je.Rasa macam CSI New York dah..






AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D