WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?
AMAN PALESTINE
NOTHING LASTS!
Tuesday, 22 November 2011
Bertindak Biar Bijak
Apa yang dapat saya lihat malam itu semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan ideologi politik bersatu menyokong anak-anak muda kita.Melihat anak-anak Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka juga nampak menyejukkan mata berbanding melihat konsert menyambut Hari Merdeka(mohon maaf tapi itulah yang terdetik di hati saya).
Menerima cemuhan media dan penyokong Indonesia juga diharungi bersama.Agak sedih melihat Konfrontasi Malaysia diwujudkan semula oleh sebilangan besar rakyat jelata Indonesia.Di bawa menaiki kereta perisai barracuda bagaikan pergi berperang.
Yang sering digembar-gemburkan adalah kerana lagu 'Negaraku' diplagiat daripada lagu 'Terang Bulan'.Namun beberapa kajian menunjukkan lagu tersebut asalnya daripada lagu 'La Rosalie' daripada pencipta Perancis,Pierre-Jean de Béranger.Lagu tersebut popular di Pulau Seychelles dengan irama Hawaii,'Mamula Moon'.Apakah maling sedang menuduh maling?Jika pihak Perancis tidak menuntut lagu tersebut bermakna ada perjanjian lisan(barangkali) atau sememangnya kerana zaman dahulu tiada akta hakcipta maka sebegitu saja dijadikan lagu sama ada 'Negaraku' atau 'Terang Bulan'yang disadur daripada lagu 'La Rosalie'.Rujukan:http://en.wikipedia.org/wiki/Negaraku
Saya juga terkilan melihat komen balasan rakyat Malaysia yang ibaratnya ‘2 kali 5,5 kali 2’ dengan komen penyokong fanatik Indonesia.Marah itu adalah percikan api daripada syaitan.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku,“Lalu Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”Riwayat al-Bukhari.
Marah untuk mempertahankan agama dan maruah sememangnya dituntut tapi seorang muslim tidak akan mengeluarkan perkataan yang kotor.Bertindak biar bijak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi.
Setiap kejadian ada hikmahnya.Saya percaya huluran bantuan tsunami yang diberi rakyat Malaysia kepada saudara kita di Acheh adalah ikhlas.Maka,tidak perlu kita mengungkit-ungkit apabila ada di antara mereka yang menghina kita kembali.
Semangat yang ditunjukkan skuad Harimau Muda kita juga mengajak kita untuk bersatu-padu mempertahankan agama,bangsa dan negara kita.Dalam kehidupan seharian,jadikan teladan untuk kita bekerja keras meningkatkan ekonomi negara.Pemimpin juga perlu melihat kejadian ini sebagai pembakar semangat untuk mentadbir negara dengan lebih ikhlas demi maruah dan harga diri.Bukan sekadar parti politik,populariti dan material.
Saya rasa tindak balas sedemikian lebih baik daripada mencaci mereka kembali.
Saturday, 29 August 2009
Kisah Wanita Dalam Filem Perempuan Berkalung Sorban

Tak tahu sama ada mahu diletakkan Jom DVD atau Jom Wayang kerana rasanya pasti filem ini diharamkan di Malaysia.Hanya berkesempatan menonton di You Tube petang tadi.
Sejam pertama pasti rasa geram dan marah dengan pendekatan Islam yang di bawa cerita ini.Rasa nak bakar filem ni kalau boleh.Seperti menghina Islam.Tapi tunggu sehingga cerita ini berakhir.Sebuah karya adaptasi novel dengan tajuk yang sama daripada penulis Abeedah el Khaleeqi.
Cerita bermula dengan Anissa(Revalina S.Temat ‘Bawang Putih’) menunggang kuda dengan bertudung dan menutup mulutnya ditutup serban.Ibunya(Widyawati,isteri Allahyarham Sophan Sophian) memanggil-manggil namanya.Kemudian anda diimbas ke zaman kanak-kanak Anissa yang memberontak kenapa tidak boleh berkuda atau menjadi ketua darjah.Anissa selalu bertelingkah dengan bapanya seorang kiyai di pesantren(madrasah barangkali) kerana kedua abangnya dibenarkan berkuda dan sebagainya.Dia di ajar bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin atau ke luar negeri.Hanya Khudori yang selalu mendengar luahannya.Khudori akan melanjutkan pelajaran ke Kaherah.Masa berlalu,setiap kali Anissa menulis surat,Khudori tidak pernah membalas dan memadamkan rasa cintanya.Setelah remaja Anissa diajar pula bahawa kuasa perkahwinan hanya di atas lelaki.Contoh:akan dilaknat si isteri jika tidak menunaikan ‘hajat’ suaminya.Ini menambahkan pemberontakan Anissa.
Anissa berhajat untuk melanjutkan pengajian ke Yogjakarta atau Kaherah.Akhirnya dia mendapat biasiswa ke Yogjakarta.Malangnya bapanya tidak membenarkan kecuali Anissa bertemankan muhrim yakni bernikah.Maka Anissa dinikahkan dengan Samsuddin,seorang anak kiyai di pesantren yang lain.Samsuddin digambarkan seorang suami yang asyik melaknat isteri jika tidak melayannya.
Beberapa-berapa adegan menyebabkan aku hampir tidak meneruskan tontonan.Termasuk adegan Samsuddin memaksa Anissa melayannya ketika dia sedang berwuduk dan azan sedang berbunyi.Begitu juga adegan Samsuddin memaksa madu Anissa untuk melayannya ketika sarat mengandung.Rasa memang gila filem ini kerana menggambarkan Islam sezalim itu.
Khudori pulang dari Kaherah.Anissa menemui Khudori untuk meluahkan rasa penderitaannya.Di sini Anissa digambarkan hampir-hampir melanggar batas agama Islam seperti hilang sabar sehingga dipujuk Khudori.Pertemuan Khudori dengan Anissa menimbulkan fitnah Samsuddin dan kuncu-kuncunya dengan mengatakan mereka berzina.Orang-orang di pesantren merejam mereka dengan batu.Masa ni pun aku marah dengan hukum Hudud yang main redah aje.Akibatnya bapa Anissa meninggal dunia dan pesantren itu dijaga oleh kedua abang Anissa.
Pandangan aku yang jijik dengan filem ini berubah apabila Samsuddin menceraikan Anissa dan Anissa berkahwin dengan Khudori.Manis sangat kasih sayang yang ditunjukkan Khudori seperti memanggil Anissa ‘isteriku yang cantik jelita’.Mengikut contoh Nabi Muhammad S.A.W yang memberi panggilan manja Ya Umairah kepada Siti Aishah R.A.Malah Khudori mengikut sunnah nabi yang memicit hidung isterinya ketika marah.Membantu isteri di dapur dan sangat sabar menanti Anissa melayaninya(kerana Anissa masih fobia dengan keganasan Samsuddin).
Anissa di uji Allah S.W.T apabila Khudori meninggal dunia kerana dilanggar kereta Samsuddin.Tinggal Anissa bersama anak lelakinya bersama Khudori.Di sini adegan menunggang kuda yang pertama cerita tadi dikembalikan.Anissa meneruskan perjuangannya dengan membekalkan buku-buku moden yang diharamkan pesantren kepada pelajar.Pelajar-pelajar di pesantren hanya dibenarkan membaca Al-Quran dan hadis.Bukan karya-karya sastera yang bisa mengalihkan perhatian.Anissa menekankan bahawa Islam memberi kebebasan dan hak yang istimewa kepada wanita selagi tidak melampaui batas-batas norma yang sebenar.Pengakhiran cerita ini diteruskan dengan Anissa bersama anaknya meneruskan perjuangan di pesantren itu.
Cerita ini menimbulkan kontroversi di Indonesia apabila Mejelis Ulama Indonesia mengaggap cerita ini memberi tentangan kepada penghidupan di pesantren.Untuk gambaran,suasana di pesantren di dalam cerita ini tak ubah seperti markas Al-Arqam di Malaysia.Aku tak berani nak komen.
Tapi yang aku faham cerita ini menggambarkan penindasan wanita apabila terdapat segelintir golongan lelaki yang menggunakan alas an Al-Quran dan hadis untuk memperhambakan kaum wanita.Sedangkan kita sedia maklum yang Islam meletakkan wanita di tangga tertinggi terutama ibu.Malah sebelum kedatangan Islam,puak musyirikin menanam hidup-hidup anak perempuan mereka(seperti yang disesali Saidina Umar Al-Khatab R.A).Khudori melambangkan lelaki Islam apabila meletakkan wanita untuk dikasihi.Wanita dijadikan daripada tulung rusuk kiri lelaki,dekat di hati untuk disayangi.Tidak daripada kepala untuk memimpin lelaki atau di kaki untuk dipijak lelaki.Itu nilai seorang wanita di mata Islam.
Lagu tema cerita ini dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Keseluruhan cerita menyemakkan tapi memuaskan dan anda bisa tersenyum di akhirnya.
AQSA SYARIF
TUAN TANAH
MY BELOVED NIECES :D