Caution: Sedikit panjang dan ada 6 part 😆
PART 1: Cari Rumah
( Ogos 2018)
Assalammualaikum..
Sebenarnya lama dah nak post liku2 nak beli rumah di hujung
usia ni. Tapi masa tidak mengizinkan hamba untuk menyusun ayat dan frasa. Maka,
cuti2 sekolah ni cikgu alhamdulillah ada masa. 🤲
Baiklah, saya terdetik nak ada rumah sendiri bila sedar diri
sudah umur 40 bakal menjelang dan sudah pasti insuran akan tinggi jika saya
beli rumah selepas umur 40. Selain itu, nak bagi ibu dan bapa bertenang dan
damai di usia emas.. kita yang anak2 ni cukup2lah bermanja sejak zaman baby
kan. Sekarang ni hanya ada adik bongsu dan ibu saudara saja di rumah bapa. Yang
lain-lain semua dah kahwin. Post ni juga untuk orang-orang yang banyak enjoy
boros masa muda dan sudah berusia sikit ni baru nak kembali ke pangkal jalan.
Ya benar.. huhu. Maknanya saya tak akan beli rumah baharu.
Saya memang zero dalam beli-beli rumah ni. Tapi rasanya
memang sejak kecil, saya ni jenis trial and error serta redah saja. Anak kedua
dan anak perempuan pertama, memang kena independent daripada kecik gitu..
begitulah macek.
Okay.. saya target rumah subsale dan area Kangar kalau boleh
sebab senang nak jenguk parent. Walaupun saya kerja di Pauh, Arau. Rumah style 80-an pun teda hal. Janji jangan
teruk sangat. Masa tu saya google2 jumpa Bank R (bukan nama sebenar) memberikan pinjaman
perumahan 110%. Antara rumah yang saya
jumpa, Taman Putra Height. Rumah baru tapi penjual nak jual tanpa fully
furnished. Makna rumah tu tak ada elektrik dan air lagi. Kawasan pun baru
membangun. Teres dengan harga RM140k. Saya okay tapi mama tak okay. Dekat
dengan sekolah tetapi mama sure tak suka sebab jauh daripada beliau. So bulan
September, rumah lama di Taman Jeliti dekat bandar Kangar. Rumah teres 2
tingkat. Semua okay. Yang ini under ejen hartanah. Ejen dia pun baik. Malangnya
ejen cakap tak lepas buat loan sebab rumah tu harga tinggi daripada harga
semasa dan tuan rumah tak nak turunkan harga. So benda ni diam sat. Saya pun
sibuk dengan UPSR 2018 masa tu.
11 November 2018, saya jumpa satu rumah di Mudah. Rumah yang
saya sekarang ni lah haha. Lokasi pun berdekatan Kangar. Melalui ejen hartanah
juga, Encik Aminul. Encik Aminul ni memang banyak membantu sampai saya berjaya
dapat rumah ni tahun hadapan (2019).. ya panjang cerita ni haha. Call Encik
Aminul dan tengok rumah. Ok ada 3 bilik, 1
toilet, semua tile, dapur pun dah renovate. Kurang2 tu ada tapi tak ketara.
Harga letak RM sekian2 something. Saya tekad nak beli, jadi saya kena bagi
deposit dulu untuk tuan rumah. Andaikata
loan tak lulus, ejen akan balik deposit lock rumah untuk saya. Saya dah lupa berapa,
tapi rasanya dalam Rm1k saja. 13 November 2018, ejen datang ke sekolah untuk
urusan deposit. Ejen ada suggest BSN . Dia bagi contact number pegawai semua.
Tapi lepas seminggu saya fikir nak ambil Bank R sebab mereka sediakan 110%
loan rumah. Actually, ni permulaan
langkah salah saya.. melambatkan proses.. okey, kisahnya..
PART
2: Trial and Error Loan Bank Yang Mana Friendly?
Saya pun call balik Bank R Cawangan Kangar pada
22 November 2018. Macam biasa minta payslip 3 bulan. Pegawai bank A pun ada
contact ejen hartanah, minta dokumentasi untuk tengok harga semasa rumah. Janji
seminggu. Tapi tak contact balik.
Pada 29 November 2018, saya terus ke pejabat masih tak dapat update. Minta
saya whatsapp pegawai B sebab anak pegawai A di hospital, okay memahami tapi pegawai B ni
tak reply langsung. 30 November patah balik whatsapp pegawai A. Jawab minta tunggu. 6 Disember after seminggu
tak reply whatsapp dan call. Saya call ejen hartanah dan dia minta saya cuba
BSN.
So 10 Disember saya whatsapp boleh update ke tak status loan dan kalau tak
boleh saya cancel. Baru jawab, minta maaf tak dapat buat segera etc. Masa tu saya cuma aim nak beli rumah
jadi hal ni biarlah pegawai A dan B sendiri yang fikir sendiri asbab2. Jadi 19 hari tak tolak cuti hujung minggu,
urusan saya terhenti hanya untuk tunggu status loan perumahan boleh buat atau
tidak. Apapun saya nak bagi kredit dekat Bank R Cawangan Manjung, Perak sebab
urusan dia SUPER A.
PART
3: Jumpa dah bank yang OKAY.. Huuurahhh huureyy!
Jadi 11 Disember saya berurusan by call dengan pegawai
bank daripada BSN Cawangan Alor Setar. Memang beliau bagi penerangan lengkap
dan detail kat saya. Apa yang perlu:
1. Salinan
IC
2. Payslip
3 bulan terkini
3. Bank
statement 3 bulan
4. Surat
pengesahan majikan
5. Gambar
rumah
6. Alamat
rumah
7. Salinan
geran
8. Payslip
pasangan 1 bulan terkini
9. Sign
borang skim belia (alhamdulillah masa ni umur 39 hadoih haha)
Ada sesetengah borang memang ejen dah ada. Yang
lain2 saya uruskan dan hantar ke pegawai bank BSN Cawangan Kangar. Pegawai BSN Alor Setar pun mudah urusan dan friendly. Kenapa saya
tak buat di Kangar? Kan dah cakap saya zero knowledge masa ni dan cuma harap
guide ejen hartananah. Mujur ejen saya memang jujur, amanah dan
bertanggungjawab. Ejen saya orang Alor Setar, jadi memang lebih mudah beliau
cari contact banker Alor Setar.
So saya uruskan semua urusan dokumentasi dengan pegawai BSN
di Kangar. Credit juga mudah urusan dan friendly. Kemudian, cepat-cepat pergi angkat sumpah dengan pesuruhjaya sumpah
untuk buat loan perumahan ni. Patah balik BSN dan BAM!! Bukan 19 hari tetapi dalam beberapa JAM saya
dah boleh buat loan perumahan BSN dengan extra loan.
Alhamdulillah nasib saya lebih baik dengan
BSN. Saya cuma berurusan Whatsapp dengan pegawai bank
Alor Setar sampailah 19 Disember 2018, loan sudah lulus. Esoknya, 20 Disember 2018 ke
BSN Alor Setar untuk tandatangan dokumen. Ya kena buka akaun BSN kalau belum
ada. Pegawai juga bagi contact lawyer bank dan jurunilai. Yuran RM700 untuk
jurunilai kita sendiri akan bayar. Begitu juga yuran guaman.
Pada 24 Disember 2018,
staff lawyer call dan minta contact number ejen untuk urusan jurunilai. Sebab
kunci rumah dipegang ejen. Kemudian, 26 Disember
2018, jurunilai call dan saya ke pejabat jurunilai di Taman Sena Indah dan
selesaikan dokumentasi di situ dan bayaran RM700 kechingg!! Kredit untuk jurunilai yang juga friendly dan mudah urusan.
PART
4: Dokumentasi Dengan Lawyer Bank Dan Penjual Rumah Serta Yuran Guaman
Selepas itu, pada 2 Januari 2019 saya, ejen, lawyer dan tuan rumah ke
Pejabat Tanah Perlis untuk dokumentasi. Masa tu memang tuan rumah curious sebab duit belum dapat, tapi tu urusan tuan rumah dan lawyer bank. So serahkan
urusan menjawab tu kat lawyer bank. Yuran lawyer kena bayar RM500 deposit masa
tu. Yuran guaman saya RM5615k dan duti setem
dikecualikan. Daripada 5615 tu dak tolak 1k (deposit kat ejen) dan RM500. Jadi
saya kena settle RM4505 lagi. 31 Januari 2019, dah dapat dokumentasi daripada jurunilai.
Selepas urusan
dokumentasi di Pejabat Tanah tu semua urusan lawyer bank. Memang kena sabar sepanjang proses ini. Bukan sekadar sabar dengan urusan lawyer yang lambat sebab depa nak tunggu loan masuk, sabar macam2 hal peribadi jua masa tu.. hashtag berhuhu.
PART
5: Penantian Itu Tidak Lagi Menyeksakan Serta Serahan Kunci Rumah
Yang bestnya saya tak dimaklumkan loan akan masuk ke
akaun lawyer dulu. Dok tunggu loan masuk ke akaun BSN saya huhu. Itu urusan bank dan
lawyer lantikan mereka. Pada 17 April 2019 saya dapat surat dari BSN mengatakan
pada 11 April 2019, loan dah masuk ke akaun lawyer. Husnuzon saja mereka sibuk
seminggu tu tak maklum saya, lepas dapat surat saya terus call lawyer untuk
maklum ejen dan saya nak kunci rumah. Selain itu saya dapat rebate RM200 untuk 2
tahun dan ada insuran kena bayar juga.. dan bayar by hand bukan potong gaji
seperti mana yang saya dapat maklumat awal2. Alhamdulillah 20 April 2019 saya
dapat kunci dan semua dokumentasi. Cuma bil air, elektrik, cukai2 saya kena
uruskan sendiri untuk tukar nama. So petang tu kami pun cuci rumah. Tadaaaaa!
Angkat barang sikit2
dan saya pindah sepenuhnya pada 12 Mei 2019. Dekat 6 bulan juga urusan
pembelian rumah ni. Yang saya sediakan sebelum loan yuran jurunilai RM700 dan
yuran guaman RM5615. Sebab rumah subsale, of course kena cat2, ada repair
toilet sikit2 dan upah orang untuk settle semak samun. Saya sangat bersyukur dapat
ejen hartanah macam Encik Aminul yang banyak tolong dan sabar juga dengan saya.
Bolehlah tuan-tuan berurusan dengan beliau. Begitulah serba-sedikit tips2 untuk beli rumah subsale, by bank loan
dan yang sewaktu dengannya.
Part
6: Transformation From Haunted House To Sweet Home
Haunted? Biasalah dah 6 bulan tak de orang kan. Tapi
sekarang dah aman damai. Alhamdulillah :D
|
Luaran masa pi tengok. |
|
Dapur. |
|
Master room. |
|
Second room. |
|
Ruang tamu, |
|
12 Mei 2019.. budak Khai rasmi katil.. |
|
After duduk.. dah tukar cat. |
|
Welcome. |
|
Ruang tamu yang minimize. |
|
Housewarming. |
|
Housewarming part 2. |
|
Housewarming lagi. Kitchen. |
|
Dining. |
|
Dining and kitchen. |
|
Master room. |
|
Master room 2. |
|
Second room a.k.a guest room. Masih perlu top up. |
|
Guest room part 2. |
|
Third room: Musolla. |
10 comments:
salam kak kc..wah cantik rumah.. yg kes haunted tu kisahnya camana kak.. ada panggil ustaz ke apa?curious nak tau hehe
Waalaikumussalam. Siapa ni sebab naik anonymous 🙈.. alhamdulillah. Nanti ada masa next post cerita pasal haunted pulak. Biashe2 je tak de la tonjol muka huhu.
sy pieja haha..kak kc rajin la update saya selalu tunggu entry blog kak.
Haha pieja ka. Baik2 😆
Assalamualaikum...nak tanya ye berapa kos yuran guaman (utk snp & lawyer loan)..semua tu 5k ke utk dua² lawyer.. Maaf tanya takde ilmu lagi pasal ni😊
saya dah dua bulan bayar loan rumah, tapi kunci rumah masih belum dapat
rumah apartment
rasa duduk bungalow sekarang, bayar loan + sewa..
Maaf baru baca.. yuran guaman dalam rm5k
Yang saya ni, 1 lawyer saja. Lawyer yang dilantik bank. Ada juga kena bayar rm700 utk jurunilai nak nilai rumah sebab ni rumah 2nd hand.
Aduhai.. lama tu..
Nak tanya bayaran jurunilai tersebut berdasarkan harga rumah atau berdasarkan loan pada bank?
Post a Comment