WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Friday, 14 September 2018

Pengalaman Test Memandu JPJ 2018

Assalammualaikum. Hari ni I nak cerita pengalaman menjalani ujian memandu JPJ. Patut cerita, pasal masa I nak buat test memang I dok Google bagaimana test ni dijalankan.

Ni second attempt. First attempt, 2005. Masa tu dok Perak tapi belajar di Perlis. Memang tak pass la sebab jarang2 praktis. Masa tu test cuma side parking dan bukit. 2nd attempt 2018, memang kena ambil lesen sebab my father pun dah tak sihat. Syllabus dah tambah parking 3 penjuru, selekoh S dan Z. Padan muka 😂. Syllabus makin macam2 kan? Siapa yang belum ambil, better ambil. Katanya nanti masa ujian guna kamera berkomputer dah tak ada pegawai JPJ di sebelah. Kalau I, lagi nervous.

Okey, pagi tu I pi IKMP, Kangar, Perlis dalam pukul 8 pagi. Tunggu kaunter buka. Lepas tu pergi daftar kat kaunter, dapat jaket warna hijau bernombor. Kalau calon ulangan warna jingga. Masuk dalam bilik taklimat, tunggu kat situ. Semua diam2 saja, kalau cakap pun sikit2. Nervous la tu masing2. I pun nervous walaupun muka tenang. Selak2 baca Al Mulk sementara tu. Dalam pukul 9 pagi macam tu, Uncle IKMP masuk bagi taklimat bagaimana ujian dijalankan. Sesekali sergah manja2 tengok tahan mental ke tidak.. 😌..

Lepas taklimat bergerak ke blok permulaan ujian. Tunggu di situ untuk taklimat JPJ kejap. Lepas taklimat, bagi IC kat pegawai IKMP bertugas bila dipanggil nama dan bergerak ke ruang rehat tengah sirkit memandu tu. Tunggu giliran. Rasa dalam pukul 10 pagi lebih baru mula ujian. Masa tu calon lebih kurang 22 orang saja kalau tak silap. Sikit saja sebab esoknya Hari Raya Haji. First ujian I, RSM.. masa nombor dipanggil, salam atau selamat pagi untuk non muslim dan kenalkan diri. Sebuah kereta, 2 calon.. buat je RSM tu ikut putaran jam dan suara mesti kuat. Walaupun dah buat semua tapi ada markah kena potong, abaikan.. janji lulus. Dapat borang biru dan bawa untuk ujian bukit, side parking, 3 penjuru, selekoh S dan Z. Perlu ingat, jangan gagal salah satu bahagian, kena ulang semua huhu.

2nd ujian bukit. Masa tu dapat kereta Kancil 850 EX. Masa belajar memandu Kancil 660 yang lama. Bezanya, steering 850 berat sikit dan handbrake pun ada liat. Oh ya, pastikan kertas ujian letak tempat penumpang sebelah. Masa tu uncle bebel sebab I letak belakang sekali dengan handbag haha. First attempt, I dah stop side mirror dekat tiang dah. Tapi sebab handbrake agak liat, masa lepas tayar slow2 tu terlajak daripada garisan. Pegawai JPJ tu suruh undur dan buat lagi. Selagi tak angkat tangan, boleh undur kali kedua, ketiga tak boleh la. Second attempt semua ok dan perfect. Alhamdulillah.

Lepas tu gerak buat side parking dan parking 3 penjuru. Alhamdulillah yang ni memang ok nak buat. Jangan lupa angkat tangan bila dah settle. Bergerak untuk selekoh S ok. Selekoh Z yang lemah sikit, dalam 5 kali buat mesti 1 kali ada naik batas tepi masa belajar dulu haha. Jadi I buat slow2, jaga klutch dan steering berat tu ku pusing sesungguh. Hafal teknik2 yang cikgu ajar. Ye la, nanti dapat lesen.. terkeluar line sikit dan ternaik batas sikit teda hal dah. Masa ni memang kena buat betul2. Alhamdulillah lepas. Drive balik kereta ke tempat yang kita naik tadi. Parking. Patah balik tempat taklimat JPJ tadi. Borang biru nanti pegawai sekolah memandu akan hantar.

Sampai sana tunggu kertas keputusan. Berdebar juga dan lama menanti. Cikgu IKMP akan panggil dan sign borang biru. Alhamdulillah lepas dan akan dapat borang pink pula untuk test jalan raya. Tunggu turn di luar. Tengok borang dapat jalan C, makna masuk town dan round about Bukit Lagi. Nervous juga sebab masa tu jalan jem sebab nak raya. Fikir juga dalam kepala nak buat2 babas jalan B yang lebih selamat.. haha, yang tu lalu Taman Ira, Taman Kemajuan dan Taman Jali sebelum patah balik IKMP.

Masa tunggu tengok seorang calon tu dah dibawa balik pegawai JPJ. Terus paling arah lain sebab takut terpengaruh. Memang tu tips I sebab masa first test 2005 dulu memang terus menggeletar tengok makcik kena turun sebelum mula perjalanan sebab tak pakai belt.

Sampai turn, masuk dalam kereta. Pegawai JPJ masuk dalam dulu, bagi borang. Borang biru test sirkit simpan dalam beg. Cuak sebab dapat Viva. Bagi newbie memang cuak la. Sementara tunggu pegawai tu masuk kereta, praktis CITO sendiri. Pegawai JPJ I muda, pangkat adik. Masuk terus salam dan ramah2 dengan beliau. Tips, ringankan mulut. Kalau pegawai ok, dia pun ramah. Yang straight, cukuplah kenalkan diri dan senyum2. Jangan eksyen dan muka ketat. Pegawai JPJ I memang friendly, jadi sembang2 dengan dia.

Masa start memang weird sebab cara main klutch dan minyak Viva lain sikit daripada Kancil lama. Macam jarak jauh sikit. Jadi memang debar. Masa bawak tu memang sampai masuk town Kangar baru stabil cara pijakan tu. Gelabah punya pasal sampai pusing round about tak tukar gear 2. Pernah juga nak masuk gear 2 pi masuk gear 4. Fuh! Adik JPJ selalu remind, hati-hati kak masuk gear.

Cuma ingat JANGAN MATI ENJIN, JANGAN KELUAR GARISAN PUTIH, EXIT GARISAN PUTUS2 JANGAN SEBELUM TU dan JANGAN LUPA SIGNAL. Yang tu semua kesalahan mandatori. Yang sikit2 macam salah gear tu kena potong markah saja. Selamat sampai, Alhamdulillah lulus dengan markah 67 haha (63 gagal). Ucap terima kasih dan selamat hari raya kat adik JPJ. 😍

Dalam pukul 11.30 macam tu habis. Pergi balik tempat taklimat JPJ, bagi markah kat cikgu IKMP. Ucap tq kat cikgu2 dan pergi balik pejabat IKMP. Feeling dia macam baru lepas seksaan wooooo. Serah borang dan jaket. Kerani akan tanya nak depa daftar lesen P atau sendiri. I amik sendiri. Lepas seminggu test baru boleh buat lesen P di JPJ. Bawa salinan IC dan lesen L serta gambar pasport latar putih p JPJ. Alhamdulillah.

Beza masa 2005, kali ni memang I usaha sungguh2. Seminggu 3 kali belajar, banding dulu seminggu sekali bila balik Perlis saja. Syukur dapat cikgu garang. Cikgu I lelaki dan garang. Pantang salah sikit, beliau sergah dan bebel nanti tak pass haha. I selalu balas balik, apa ni doa tak pass? Orang nak pass la haha. Jangan ambil hati, ikut je tips cikgu bagi. Lepas tu cikgu tu ok saja. Hormat sebagai cikgu. Plus dulu I muda lagi 20s, memang baran kalau kena marah. La dah 30s, memang tenang, relaks dan cool 🤭. Doa tu paling penting, termasuk doa mama dalam kes I. Masa drive tu ingat niat kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.

Dah seminggu bawak kereta pi kerja Kangar ke Pauh. I drive Kancil 850 EX Manual yang beli zaman 2005 yang lalu 🤭. Bawa adik2 pi mekdi dan mama pi Giants haha. Hati kena kering, sedikit loqlaq tapi masih menjaga keselamatan dan penting untuk tenang masa drive sorang2. Keluar rumah, baca la la haula wa la quwata illah billah.. masuk dalam rumah, baca Al-Ikhlas. InsyaAllah dipermudahkan perjalanan dan diselamatkan walaupun ada halangan. Sekian, terima kasih 😌


2 comments:

pija said...

salam.kak kc baru dapat lesen ka..sebelum ni kerja perak naik apa g kerja.
macam susah je kak nak ambik lesen kali ni.saya pun belum ada lesen.Ingat habis tahun ni nak ambik.huhu.dah la tak pernah bawa kereta.mmg susah sungguh eh kak.?

Bidasari said...

Kat Perak, upah orang 😂. Better ambik la pija sebab test jpj masih lagi pegawai. Ada saranan nanti kamera saja yg teman kita masa jpj nanti. Susah sebab banyak syllabus. Tapi berbaloi belajaq reverse parking, selekoh s dan z tu. Berguna masa kena bawa betui nanti, sebab kita dah praktis main klutch dan brake.. tambah masa jem kat arau tu..

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D